LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

18
LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN SYARIKAT PEMBUATAN PERABOT KAYU DAERAH RANAU PENDAHULUAN Pemeriksaan keselamatan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan) 1996. Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan masa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan. Selain faktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan (Low, et al., 2000). Industri pembuatan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh (labour intensive). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih. Kejadian kemalangan di dalam industri pembuatan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996). Pelaksanaan amalan keselamatan di kilang pembuatan perlu dipraktikkan oleh semua pihak yang terlibat dalam industri pembuatan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku. Dalam 1

description

Tugasan Ilmiah

Transcript of LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Page 1: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATANJAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

SYARIKAT PEMBUATAN PERABOT KAYU DAERAH RANAU

PENDAHULUAN

Pemeriksaan keselamatan ini dijalankan bagi memenuhi keperluan Peraturan

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)

1996.

Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaan

masa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industri

pembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan. Selain faktor kualiti, keperluan

menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak boleh dipinggirkan dalam situasi

industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi. Semakin banyak projek yang

kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagi memastikan keselamatan

nyawa dan harta benda terjamin.

Revolusi dan perubahan dalam pengurusan sistem keselamatan telah menjadikan

ianya suatu mandat dalam mempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara

berkesan (Low, et al., 2000). Industri pembuatan masih mengamalkan proses kerja yang

berintensifkan buruh (labour intensive). Ini adalah faktor penyumbang utama kepada

kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yang melaksanakan kerja ini tidak

berkemahiran dan terlatih.

Kejadian kemalangan di dalam industri pembuatan sering dikaitkan dengan

kecuaian dalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian

program-program kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta

lain-lain lagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes

kemalangan yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).

Pelaksanaan amalan keselamatan di kilang pembuatan perlu dipraktikkan oleh

semua pihak yang terlibat dalam industri pembuatan bertujuan untuk mengelakkan

kemalangan dari berlaku. Dalam pengurusan keselamatan kilang pembuatan, pelbagai

1

Page 2: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

kos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagi

menjamin pelaksanaan kerja di kilang pembuatan tidak diganggu akibat kejadian

kemalangan.

Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Ini adalah

berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal dan risiko

terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996). Dalam

industri pembuatan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalah

disebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi atau langsung

tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatan meningkat dalam

industri pembuatan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankan.

OBJEKTIF

Secara umumnya pemeriksaan dijalankan untuk menilai:

i. Persediaan bagi menghadapi kecemasan dari segi kemalangan seperti kebakaran.

ii. Tahap pematuhan kepada peraturan keselamatan dari segi pekerjaan dan

sekitarannya, penggunaan alatan dan bahan kimia.

iii. Aspek kebersihan, kekemasan dan pengurusan tempat kerja dan peralatan/bahan.

iv. Mengenalpasti pelaksanaan amalan keselamatan dan kesihatan di kalangan

pekerja di tempat kerja.

v. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak majikan untuk

memupuk tingkah laku bekerja selamat di tempat kerja.

SKOP & KAEDAH PEMERIKSAAN

Pemeriksaan telah dijalankan pada 15 hingga 19 Oktober 2012 oleh pasukan

pemeriksa daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Syarikat Pembuatan

2

Page 3: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Perabot Kayu, Daerah Ranau yang dilantik. Pasukan pemeriksa untuk pemeriksaan terdiri

daripada:

i. Encik Mohammad Tasip Bin Mawang (Ketua Pemeriksa)

ii. Encik Abdul Murad Bin Abdul Momen (Pemeriksa)

iii. Puan Salafiah Binti Sidek (Pemeriksa)

iv. Puan Maimunah Binti Muhammad Razak (Pemeriksa)

Pemeriksaan ini telah dijalankan di Jabatan Bahan dan Pengendalian, Syarikat

Pembuatan Perabot Kayu, daerah Ranau, iaitu salah sebuah kilang pembuatan perabot

yang terbesar di daerah Ranau.

Semasa pemeriksaan dijalankan, ia telah turut diiringi oleh Pengurus dan Penyelia

Jabatan Bahan dan Pengendalian Syarikat Pembuatan Perabot Kayu, daerah Ranau yang

berkenaan termasuk Penyelia Bangunan dan Ruang.

Bagi pemeriksaan ini, skop pemeriksaan telah mengambil kira keseluruhan

kawasan di kilang pembuatan. Pemeriksaan dijalankan secara rawak berdasarkan senarai

semak yang telah disediakan oleh pasukan pemeriksa dan juga laporan pemeriksaan.

Disamping itu, pemeriksaan dari segi kesesuaian sekitaran kerja turut juga dibuat

berdasarkan komen daripada kakitangan yang ditemui semasa lawatan.

Berikut adalah senarai beberapa tumpuan pemeriksaan yang telah dijalankan,

iaitu;

1. Alat pemadam api (di tempat yang betul, baru diperiksa)

2. Pintu kecemasan (tidak terhalang)

3. Housekeeping setiap bahagian (bersih, kemas, tiada limpahan air, kimia atau

minyak tertumpah)

4. Kebajikan (kawasan rehat dan tandas bersih)

5. Pencahayaan (berfungsi dengan cukup terang)

3

Page 4: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

6. Kelengkapan pertolongan cemas

7. Tanda keselamatan (mencukupi, senang dibaca, ditulis dalam bahasa yang betul)

HASIL PEMERIKSAAN

Aspek keselamatan dan kesihatan haruslah dijadikan satu budaya di tempat kerja.

Pihak pengurusan bertanggungjawab mengubah sikap pekerja dengan memberi

keutamaan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pihak majikan dan

pekerja perlulah mengambil bahagian dalam aspek keselamatan dan kesihatan bagi

mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Maka dengan ini akan

tercapai hasrat serta matlamat kerajaan dalam merealisasikan hasratnya untuk

mengurangkan jumlah kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan seterusnya dapat

menaikkan nama Malaysia di serata dunia. Secara tidak langsung, budaya kerja yang

selamat dan sihat mampu memberi daya saing yang mapan di era globalisasi ini.

Pada umumnya, masalah yang dapat dikesan dalam pemeriksaan yang telah

dibuat ialah hampir keseluruhan pekerja atau pengendali mesin-mesin utama, telah

mengabaikan aspek keselamatan. Peraturan-peraturan yang ditetapkan tidak diikuti

dengan baik. Semua masalah yang telah dikenalpasti semasa pemeriksaan ini akan

diambil tindakan. Masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dari masa kesemasa bagi

meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kilang ini.

Berikut adalah beberapa masalah yang telah dikenal pasti dan memerlukan

tindakan yang sewajarnya. Masalah tersebut ialah;

i. Pengendali tidak memberi perhatian sewajarnya dan munasabah terhadap

keselamatan dan kesihatan dirinya dan ini mendatangkan risiko kepada pekerja

lain yang mungkin akan terjejas akibat dari tindakan dan aktiviti kerjanya

ii. Kebanyakan pekerja tidak menunjukkan sikap bekerjasama dengan majikan dan

orang lain dalam menunaikan kewajibannya sebagai seorang pekerja.

4

Page 5: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

iii. Hampir semua pengendali tidak mengamalkan pemakaian dan penggunaan apa

jua kelengkapan dan alat perlindungan diri yang disediakan untuk tujuan

keselamatan dan kesihatan diri semasa bekerja.

iv. Ramai pekerja tidak mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan dan

kesihatan yang diperkenalkan oleh majikan dan Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan.

Jika pekerja dibiarkan mengabaikan aspek keselamatan di tempat kerja, maka

risiko berlaku kemalangan di tempat kerja sangat tinggi. Kerana itu, kedua-dua pihak

majikan dan pekerja akan menerima kesannya. Pekerja akan hilang upaya untuk

melakukan kerja atau tidak mampu untuk bekerja pada tahap yang paling optimum.

Organisasi juga menghadapi masalah seperti peningkatan premium insurans kesihatan,

penggantian pekerja yang menghadapi kemalangan, pembayaran gantirugi kepada

pekerja, mendapat reputasi sebagai majikan yang tidak mementingkan aspek keselamatan

dan kerap menerima lawatan oleh pegawai-pegawai keselamatan dari Kementerian

Sumber Manusia.

TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN KELEMAHAN

Kewajipan Majikan dan Syarikat

Adalah menjadi satu kewajipan syarikat terhadap keselamatan dan kesihatan

pekerja di tempat kerja. Oleh itu perhatian yang serius perlu diberikan terhadap perkara

ini. Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah menjadi tanggungjawab bersama antara

majikan, pekerja, pereka bentuk dan kerajaan. Walau bagaimanapun kerjasama yang

diberikan oleh pihak bawahan iaitu pekerja dengan pihak pengurusan kurang

memuaskan. Pihak majikan (pengurusan) haruslah memainkan peranan yang penting

terhadap kesedaran isu keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Polisi Keselamatan

5

Page 6: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Sememangnya menjadi kewajipan bagi setiap majikan untuk menyediakan dasar

am berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di bawah syarikat tersebut.

Dasar am inilah dipanggil sebagai polisi keselamatan syarikat. Syarikat ini perlu

meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja bawahan agar polisi keselamatan yang telah

sedia ada, dapat dipraktikkan di tapak kilang pembuatan di bawah kawalannya.

Polisi keselamatan yang dikeluarkan oleh syarikat ini menyatakan

tanggungjawab serta polisi syarikat itu terhadap pelbagai perkara yang melibatkan aspek

keselamatan dan kesihatan pekerja. Syarikat ini juga memastikan setiap pegawai

keselamatannya mempunyai polisi keselamatan berserta dengan buku penerangan yang

lengkap bagi setiap perkara yang yang berkaitan di dalam polisi tersebut.

Maklumat, Arahan, Latihan dan Pengawasan Keselamatan

Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat, arahan, latihan dan

penyeliaan tentang amalan kerja selamat termasuk kehendak-kehendak perundangan

seperti yang termaktub di dalam Seksyen 15(2c), Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan, 1994. Maklumat ini perlu disampaikan melalui program ucapan keselamatan

dan (Safety Talk) pada hari Ahad setiap minggu.

Ucapan keselamatan adalah penting bagi memberi kesedaran tentang

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kebiasaannya ia diadakan selama 5 hingga 10

minit tertakluk kepada keadaan semasa.

Latihan keselamatan adalah amat penting bagi pekerja sama ada pekerja mahir,

separuh mahir atau kurang mahir. Latihan tidak dihadkan sekali sahaja tetapi memerlukan

latihan ulangan dan pengukuhan. Latihan diperlukan bagi semua pekerja bagi

memastikan segala prosedur dan kebenaran kerja dapat diikuti sepenuhnya. Antara

latihan yang boleh diberikan termasuk penggunaan peralatan perlindungan diri, prosedur

ketika berlaku kecemasan dan juga penggendalian jentera atau mesin.

6

Page 7: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

Organisasi keselamatan di kilang pembuatan dikira mengikut saiz sesuatu

kilang, sistem pekerjaan dan cara di mana sesuatu projek dijalankan. Organisasi

keselamatan dan kesihatan menunjukkan tanggungjawab dari pengarah kepada

pengurusan teratas dan jawatankuasa keselamatan di kilang. Kesemua ahli jawatankuasa

diberikan tugas masing-masing dan setiap ahli perlu menjalankan tugas yang diberikan

dengan sebaik mungkin.

Secara dasarnya, tujuan penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan

adalah untuk memastikan terdapat kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di kilang

pembuatan. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Bahagian VII, Seksyen 30

menyatakan bahawa setiap majikan perlu menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan

kesihatan di kilang sekiranya terdapat 40 atau lebih orang pekerja.

Pengerusi / Pengurus Projek

Pengerusi atau pengurus projek bertanggungjawab terhadap semua urusan yang

berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di kilang pembuatan. Beliau perlu

menentukan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja berada di tahap yang maksimum.

Pegawai Keselamatan

Pegawai keselamatan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program

keselamatan dan kesihatan di kilang pembuatan. Pegawai keselamatan berkuasa untuk

menghentikan mana-mana bahagian kerja sekiranya didapati situasi kerja yang dilakukan

berada dalam keadaan tidak selamat.

Penyelia

7

Page 8: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Seorang penyelia di kilang pembuatan diperlukan untuk membantu pengurus

projek dalam menentukan kelancaran kerja dan memastikan kerja-kerja yang dilakukan

mengikut prosedur sistem kerja selamat.

Prosedur Kecemasan

Sekiranya sesuatu kemalangan berlaku di tapak pembinaan, penyelia perlu

memberitahu kepada pihak atasan iaitu kepada Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan

untuk tindakan selanjutnya. Penyelia juga dikehendaki mengisi Borang Laporan

Kemalangan yang merangkumi butiran mangsa, pekerjaan yang dilakukan dan juga

punca berlaku kemalangan untuk diserahkan kepada Setiausaha Keselamatan dan

Kesihatan. Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan perlu menyediakan Borang SOCSO 21

& JKJ 107 untuk dihantar kepada PERKESO dan JKKP.

Penyiasatan kemalangan dilakukan oleh ahli jawatankuasa dan keselamatan

secepat mungkin. Penyiasatan ini penting bagi;

i. Mengenalpasti punca berlakunya kemalangan

ii. Menilai semula prosedur kerja yang sedia ada sama ada ia perlu diubah atau

sebaliknya

iii. Mengambil langkah pencegahan supaya kemalangan tersebut tidak lagi berulang

iv. Menasihati pekerja tentang cara yang betul mencegah kemalangan dan

memberitahu pekerja dalam bahagian yang sama tentang punca kemalangan agar

dijadikan ikhtibar serta panduan

Program Peralatan Perlindung Persendirian

Objektif Program Peralatan Perlindung Persendirian (PPE) adalah untuk

melindungi pekerja daripada risiko kecederaan melalui hazard yang wujud di tapak

8

Page 9: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

pembinaan. PPE bukanlah satu keberkesanan yang baik bagi kerja yang bagus tetapi

harus dipraktikkan bersama-sama latihan yang berterusan untuk memastikan keselamatan

dan kesihatan pekerja. Ada kemungkinan bahawa akan berlaku kemalangan di kilang

pembuatan, oleh yang demikian penggunaan PPE harus diambil perhatian.

1. Peralatan Perlindungan Kepala

Pemakaian perlindungan kepala iaitu topi keselamatan di kalangan pekerja adalah

wajib di kawasan yang mempunyai papan tanda yang mewajibkan pemakaiannya. Topi

keselamatan juga perlu dipakai oleh jurutera, pemeriksa dan juga pelawat di kilang

pembuatan apabila hazard berpunca daripada objek yang terjatuh atau kejutan elektrik

wujud di kilang.

2. Peralatan Perlindungan Mata dan Muka

Peralatan perlindungan mata dan muka (goggle) yang sesuai mesti digunakan oleh

pekerja di kawasan kerja yang terdedah kepada hazard daripada zarah-zarah terbang,

habuk kayu, logam lebur, asid, bahan kimia, gas atau sinaran radiasi.

Kemudahan pembersihan mata kecemasan disediakan mengikut peruntukan ANSI

Z358.1 (American National Standard for Personal Protection) di semua tempat yang

terdedah kepada bahan yang boleh mendatangkan mudarat kepada mata dan muka.

Kemudahan ini mesti ditempatkan di kawasan yang senang untuk didapati sekiranya

berlaku kecemasan.

3. Peralatan Perlindungan Kaki

Kasut keselamatan mesti dipakai di semua kawasan yang telah ditetapkan oleh

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kesemua kasut keselamatan mesti mengikut

ANSI Z41-1991, (“American National Standard for Personal Protection-Protective

Footwear”).

4. Peralatan Perlindungan Telinga

9

Page 10: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

Peralatan perlindungan telinga diperlukan di kawasan yang tahap kebisingan

tinggi. Peralatan ini mestilah memenuhi standard ANSI S12.6. (“American National

Standard for Personal Protection”). Alat ini dipakai di kawasan kerja yang tahap

kebisingannya lebih daripada 85 dBA. Kepentingan alat ini ialah ia boleh mengurangkan

tahap kebisingan sekurang-kurangnya 20 dB.

5. Peralatan Perlindungan Tangan

Sarung tangan yang sesuai perlu dipakai apabila terdapat hazard daripada bahan

kimia, kerja pemotongan, kerja pengikatan, kerja di bawah suhu yang tinggi dan

sebagainya. “American National Standard for Personal Protection” tidak menetapkan

sebarang standard bagi penggunaan sarung tangan, walau bagaimanapun, pemilihan

sarung tangan yang sesuai hendaklah berdasarkan keadaan, tempoh dan hazard kerja yang

wujud amatlah penting bagi mengelakkan daripada kecederaan. Tidak semua sarung

tangan sesuai bagi semua tempat kerja.

6. Peralatan Perlindungan Sistem Pernafasan

Peralatan perlindungan pernafasan iaitu mulut dan hidung digunakan semasa kerja

memotong kayu yang melibatkan gas, debu, bahan kimia yang mudah meruap dan asap.

Topeng keselamatan yang mempunyai injap pengaliran oksigen digunakan di kawasan

kerja yang mempunyai kurang oksigen seperti kerja di ruang tertutup.

KESIMPULAN

Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah sangat penting dan perlu

diberi perhatian serius oleh organisasi. Prestasi dan produktiviti organisasi akan menurun

jika pekerja selalu mendapat kemalangan industri atau menghadapi masalah kesihatan.

Imej syarikat sebagai majikan yang prihatin akan terjejas. Motivasi pekerja akan menurun

jika kebajikan mereka tidak diambil berat oleh pihak pengurusan.

Di antara kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan dalam industri pembuatan

adalah seperti:

10

Page 11: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

i. Sikap Perikemanusiaan – Ini untuk memastikan semua pekerja di kilang

pembuatan perabot kayu berada dalam keadaan selamat dan tiada sesiapa yang

mengalami kemalangan dan penyakit semasa di tempat kerja. Sekiranya seseorang

pekerja ditimpa kemalangan, ini akan menjejaskan emosi pekerja yang lain serta

keluarga mangsa yang mungkin kehilangan sumber pendapatan.

ii. Undang-Undang - Menuruti penyediaan undang-undang yang dipiawaikan

bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kilang

pembuatan. Kegagalan pihak terlibat mematuhi undang-undang boleh

menyebabkan sesuatu projek tergendala.

iii. Ekonomi - Ia berperanan mengurangkan kerugian disebabkan oleh kemalangan

berkaitan dengan kos langsung dan kos tidak langsung seperti perbelanjaan

perubatan, gantirugi, kemusnahan harta benda, pembaziran masa dan sebagainya.

CADANGAN

Syarikat Pembuatan Perabot Kayu, daerah Ranau perlu mengambil beberapa

langkah bagi mengekal dan meningkatkan lagi pengurusan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan syarikat ini. Antara langkah-langkah yang perlu diambil oieh syarikat ialah;

i. Mengadakan satu undang-undang kecil di kilang pembuatan bagi memastikan

kesedaran pekerja terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti

sistem penalti bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

ii. Penyeliaan tentang keselamatan dan kesihatan pekerja diadakan dari masa ke

semasa bagi menjamin setiap prosedur kerja diikuti oleh setiap pengendali atau

semua pekerja.

iii. Majikan perlu mengkaji semula tahap keselamatan mesin khususnya yang

melibatkan sektor perabot sebelum membeli mesin. Ini disebabkan ada sebilangan

mesin yang mungkin tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan (safety features) yang

lengkap dan baik, contohnya seperti tiada pengadang atau penutup mata gergaji

11

Page 12: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

pemotong, tiada suis kecemasan atau lokasinya tidak sesuai pada mesin. Tidak

dinafikan faktor kos lebih diutamakan oleh majikan tetapi mereka masih perlu

melindungi pekerja mereka

iv. Untuk mesin-mesin yang sedia ada tetapi setelah dikaji tidak selamat, pihak

majikan boleh mempertimbangkan “engineering control”, iaitu mempertingkatkan

tahap keselamatan mesin yang sedia ada seperti menambah panghadang mata

gergaji pada mesin gergaji ataupun meletak besi penghalang di sekitar mesin

untuk mengelak pekerja lain memasuki kawasan kerja tersebut. Pemasangan

sistem ekzos dengan sistem “scrubber” atau “collector” yang baik untuk

membuang serta menyedut keluar wap-wap cat, pelarut orgnik ataupun habuk-

habuk kayu halus yang bahaya turut merupakan kaedah pencegahan yang baik

v. Majikan boleh membekalkan peralatan lindungan diri (PPE) seperti earplug, ear

muff, cartridge respirator, safety eye goggle, hand glove dan safety boot untuk

melindung keselamatan dan kesihatan pekerja mereka. Perlu diingatkan bahawa

PPE tersebut mestilah bersesuaian dengan tahap risiko kerja serta selesa dipakai

oleh pekerja mereka.

vi. Kaedah pengurusan yang berkesan (administrative control) seperti mewujudkan

jadual kerja bergilir (rotating work schedule) khususnya untuk pekerja-pekerja

yang lebih kerap terdedah kepada bahaya kerja seperti di kawasan penyemburan

cat serta kawasan menggergaji yang terlalu bising turut dapat mengurangkan

frekuensi pendedahan pekerja tersebut terhadap bahaya kerja yang dilakukan.

vii. Untuk memantau tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta

meningkatkan tahap kesedaran di kalangan pekerja sektor ini, pihak majikan

boleh mengambil inisiatif untuk:

a. Mengadakan skim latihan serta program kesedaran berasaskan tatakerja sihat

dan selamat kepada pekerja mereka, contohnya penggunaan PPE atau

peralatan pekerjaan yang betul dan selamat serta kempen keselamatan (safety

campaign) di tempat kerja

12

Page 13: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

b. Mengadakan program pemantauan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

melalui program pemantauan kebisingan di tempat kerja (noise monitoring),

pemantauan kesihatan pekerja (health surveillance) ataupun audit keselamatan

tempat kerja (safety audit)

Perlu diingatkan bahawa pekerja merupakan asset penting dalam kejayaan sesuatu

industri. Majikan seharusnya menjaga tahap keselamatan dan kesihatan pekerja mereka

kerana jikalau aspek ini tidak dititikberatkan, yang rugi bukan sahaja adalah di kalangan

majikan, tetapi negara turut akan kehilangan asset yang berharga ini.

BIBLIOGRAPHY

1. American National Standards Institute, American National Standard ANSI Z41-

1991, “Personnel Protection - Protective Footwear”.

2. American National Standards Institute, American National Standard ANSI Z87.1-

1989, “Practice for Occupational and Educational Eye and Face Protection”.

3. American National Standards Institute, American National Standard ANSI Z89.1-

1986, “Safety Requirements for Industrial Head Protection”.

4. Bird, F. B dan Loftus, R.G(1976). “Loss Control Management”. Georgia: Institute

Press, Loganville.

5. C. Ray Asfahl (1995), Edisi Ketiga, “Industrial Safety And Health Management”,

University of Arkansas.

6. CIDB Constuction Industry Review 2001/2002

7. Construction Industry Development Board Malaysia (2004). Tinjauan Industri

Pembinaan 2001-2002, Kuala Lumpur: CIDB, pp.49-67

8. Davies, V. J. (1992). “Construction Safety Handbook.” 2nd Edition, Thosmas

Telford

13

Page 14: LAPORAN PEMERIKSAAN KESELAMATAN

9. Hanafiah Hashim (1999). “Sebelum Bekerja Fikir Keselamatan Di Tempat Kerja.”

Dewan Ekonomi.

10. ILO(1988). “Major Hazard Control: A practical manual”. International Labour

Office, Geneva.

11. Ismail Bahari, Ph.D(2002), “Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan”, Universiti Kebangsaan Malaysia.

14