laporan peralatan sukan

download laporan peralatan sukan

of 2

Transcript of laporan peralatan sukan

  • 7/29/2019 laporan peralatan sukan

    1/2

    Kemudahan dan peralatan sukan

    Bagi memantapkan lagi pengajaran pendidikan jasmani ini, peralatan dan

    kemudahan sukan juga harus dinaiktarafkan. Pertama sekali setiap peralatan di dalam

    stor harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut

    spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran,

    setiap stor sukan diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga stor

    atau dua orang bagi memastikan peralatan keluar masuk alatan sukan dicatatkan

    supaya tiada peralatan sukan yang hilang semasa di pinjam oleh pelajar. Selain itu

    juga, cara peminjaman barang sukan di dalam stor sukan IPG ini mudah dan tidak

    banyak kesulitan untuk meminjam. Alatan yang hendak dipinjam juga senang dicari dandiperoleh kerana susun atur alatan stor pada tempatnya. Seterusnya pihak atasan IPG

    juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi

    menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di IPG

    ini. Peralatan sukan yang rosak dan tidak boleh digunakan akan disimpan di satu

    tempat khas. Ini bagi mengelakkan pelajar terambil peralatan yang rosak dan

    kemungkinan akan membahayakan pelajar. Peralatan yang baru akan di kodkan

    supaya dan ditanda dengan kod-kod yang tertentu.

    Guru pelatih juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan

    kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. Ini akan mendedahkan mereka

    dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini

    seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih

    mendalam dan merasai cara penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan

    kemudahan yang lengkap ini boleh membantu guru pelatih untuk belajar dan

    diaplikasikan di sekolah kelak.

  • 7/29/2019 laporan peralatan sukan

    2/2

    Peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting

    dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Tanpa peralatan dan kemudahan yang

    lengkap, sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dijalankan dengan

    sempurna dan lancar.