Laporan Persiapan Tempat Bina Insan Guru Fasa Ll

4
LAPORAN PERSIAPAN TEMPAT BINA INSAN GURU FASA ll RUMAH SERI KENANGAN BEDONG,KEDAH Program Bina Insan Guru FASA 2 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang. Dengan bimbingan En. Azman dan juga mentor Pn. Anbukarasi, setiap ahli jawatankuasa telah memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Begitu juga dengan ahli jawatankuasa persiapan tempat. Bina Insan Guru FASA 2 telah dijalankan di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah. Sebelum menjalankan program Bina Insan Guru Fasa 2, satu perjumpaan telah diadakan dengan seorang pegawai yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan aktiviti sukarelawn di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah. Setelah ajk aktiviti menerangkan tentang tentatif program kepada pegawai berkenaan, ajk persiapan tempat diberi peluang untuk mengadakan perbincangan dengannya. Selepas perbincangan tersebut, pegawai berkenaan telah mencadangan beberapa tempat untuk menjalankan program Bina Insan Guru FASA 2 di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah. Terlebih dahulu dimaklumkan bahawa semua guru pelatih 2 PISMP Sejarah dan Muzik perlu berkumpul di dataran kantin sebelum bertolak ke Rumah Seri Kenangan Bedong. Semua guru pelatih telah mematuhi arahan yang diberikan dan telah berkumpul di dataran kantin pada jam 7.30 pagi seperti yang ditetapkan. Setelah tiba di Rumah Seri Kenangan tersebut satu perjumpaan telah diadakan dengan pegawai yang bertugas iaitu

description

bhbhjbjnb nm bn

Transcript of Laporan Persiapan Tempat Bina Insan Guru Fasa Ll

LAPORAN PERSIAPAN TEMPAT BINA INSAN GURU FASA llRUMAH SERI KENANGAN BEDONG,KEDAH

Program Bina Insan Guru FASA 2 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang. Dengan bimbingan En. Azman dan juga mentor Pn. Anbukarasi, setiap ahli jawatankuasa telah memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik. Begitu juga dengan ahli jawatankuasa persiapan tempat. Bina Insan Guru FASA 2 telah dijalankan di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.Sebelum menjalankan program Bina Insan Guru Fasa 2, satu perjumpaan telah diadakan dengan seorang pegawai yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan aktiviti sukarelawn di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah. Setelah ajk aktiviti menerangkan tentang tentatif program kepada pegawai berkenaan, ajk persiapan tempat diberi peluang untuk mengadakan perbincangan dengannya. Selepas perbincangan tersebut, pegawai berkenaan telah mencadangan beberapa tempat untuk menjalankan program Bina Insan Guru FASA 2 di Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.Terlebih dahulu dimaklumkan bahawa semua guru pelatih 2 PISMP Sejarah dan Muzik perlu berkumpul di dataran kantin sebelum bertolak ke Rumah Seri Kenangan Bedong. Semua guru pelatih telah mematuhi arahan yang diberikan dan telah berkumpul di dataran kantin pada jam 7.30 pagi seperti yang ditetapkan. Setelah tiba di Rumah Seri Kenangan tersebut satu perjumpaan telah diadakan dengan pegawai yang bertugas iaitu Encik Shah. Encik Shah telah bekerjasama dengan ajk persiapan tempat dan mencadangkan bilik mesyuarat Rumah Seri Kenangan digunakan sebagai tempat untuk mengadakan perjumpaan sebelum memulakan program. Selepas itu, Encik Shah telah menunjukkan jalan ke kantin. Ahli jawatankuasa telah menyediakan tempat untuk meletakkan makanan yang dibawa untuk warga emas di rumah berkenaan. Selepas itu, ajk makanan telah memulakan tugas mereka. Setelah selesai tugas ini, Encik Shah telah meminta semua guru pelatih untuk melawat setiap asrama sebelum menjalankan program seterusnya. Selepas mendengar arahan tersebut, ahli jawatankuasa persiapan tempat telah meminta semua guru pelatih untuk berkumpul di hadapan pejabat Rumah Seri Kenangan Bedong. Setelah mentor memberikan sedikit taklimat guru pelatih telah mula bergerak untuk melawat warga emas di rumah berkenaan. Rumah Seri Kenangan Bedong terdiri daripada 9 buah asrama. 6 buah asrama menempatkan warga emas lelaki manakala 3 buah asrama untuk warga emas perempuan. Tambahan, setiap asrama mempunyai namanya tersendiri. Lawatan ke blok penghuni telah selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kemudian ajk persiapan tempat telah berjumpa dengan pegawai yang bertuga iaitu Encik Shah dan meminta tempat untuk menjamu makan tengah hari. Beliau tidak setuju untuk menggunakan kantin kerana kantin digunakan oleh warga emas. Beliau meminta makan di hadapan pejabat Rumah Seri Kenangan. Tempat yang dicadangkan tersebut agak selesa. Setelah selesai makan dan berehat, guru pelatih telah bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya.Aktiviti seterusnya ialah indoor games dan mural. Seperti yang dibincangkan dengan Encik Shah terlebih dahulu, indoor games telah dijalankan di dewan Rumah Seri Kenangan. Pada masa yang sama juga 10 orang guru pelatih telah keluar untuk menyiapkan mural. Setelah berlaku sedikit perubahan dalam melukis mural ini. Sebelum ini diberitahu bahawa mural boleh dilukis di hadapan pejabat. Apabila berjumpa dengan Encik Shah sebelum memulakan aktiviti ini, beliau tidak setuju untuk melukis mural di hadapan pejabat dan telah mencadangkan blok anggerik iaitu asrama penghuni lelaki untuk melukis mural. Guru pelatih yang terlibat dalam mural telah memilih tempat yang sesuai di blok anggerik dan melaksanakan tugas mereka dengan baik dan akhirnya dapat menghasilkan mural yang sangat menarik.Yang seterusnya ialah majlis perasmian penutupan. Dewan Rumah Seri Kenangan telah dipilih sebagai tempat untuk menjalankan majlis perasmian penutupan. Ajk persiapan tempat telah menjalankan tugas dengan menyusun kerusi dan juga tempat untuk meletakkan sumbangan yang berbentuk pampers dan beras. Majlis tersebut telah diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Encik Shah selaku wakil pengarah Rumah Seri Kenangan Bedong. Selapas itu, guru pelatih diminta berkumpul di hadapan pejabat sebelum menaiki bas. Tepat pukul 6 petang semua guru pelatih 2 PISMP Sejarah dan Muzik ambilan Jun 2014 sampai ke Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dengan selamatnya bersama dengan mentor Pn.Anbukarasi.

Disediakan oleh,----------------------------(KIRTHANA A/P SIVARAMAN)Ahli Jawatankuasa Persiapan Tempat,Bina Insan Guru Fasa 2,IPG Kampus Tuanku Bainun.