Laporan Projek Mural

3
LAPORAN PROJEK KECERIAAN KELAS PRASEKOLAH NAMA PELAJAR : Robinson Ling Anak Sangah PROGRAM : PISMP (PK/PJ/PSV) NAMA SEKOLAH : SK ST Augustine, Betong NAMA PROJEK : Keceriaan Kelas Prasekolah TEMPOH PELAKSAAN : 4 Minggu ( 5 – 16 Oktober 2015 ) OBJEKTIF: Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada komuniti dan Negara bermula dari projek-projek di sekolah STRATEGI PELAKSANAAN: Pada mulanya, saya telah bercadang untuk membuat mural pada internship kali ini memandangkan saya mempunyai pengalaman melukis mural pada internship yang lepas. Saya telah bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Kamalul untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural

description

mural

Transcript of Laporan Projek Mural

Page 1: Laporan Projek Mural

LAPORAN PROJEK KECERIAAN KELAS PRASEKOLAH

NAMA PELAJAR : Robinson Ling Anak Sangah

PROGRAM : PISMP (PK/PJ/PSV)

NAMA SEKOLAH : SK ST Augustine, Betong

NAMA PROJEK : Keceriaan Kelas Prasekolah

TEMPOH PELAKSAAN : 4 Minggu ( 5 – 16 Oktober 2015 )

OBJEKTIF:

Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada komuniti dan

Negara bermula dari projek-projek di sekolah

STRATEGI PELAKSANAAN:

Pada mulanya, saya telah bercadang untuk membuat mural pada

internship kali ini memandangkan saya mempunyai pengalaman melukis mural

pada internship yang lepas. Saya telah bertemu dengan Penolong Kanan

Pentadbiran, Encik Kamalul untuk berbincang dengan beliau mengenai projek

mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami

membuat mural di dinding prasekolah. Ini kerana dinding tersebut masih kosong

dan tidak berhias. Saya kemudiannya berjumpa dengan guru prasekolah untuk

berbincang.

Kami berempat telah berbincang untuk mencari tema yang sesuai untuk

dibuat mural. Saya telah mencari gambar-gambar yang menarik di buku-buku

Page 2: Laporan Projek Mural

dan juga internet. Akhirnya saya telah memilih tema alam sekitar. Seterusnya

saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja

sebelum memulakan projek.

Selepas disahkan oleh Guru Besar, Encik Setia, saya terus memulakan

langkah pertama iaitu melakar lukisan mural pada dinding. Sebelum itu saya

memastikan agar dinding betul-betul bersih supaya hasil mural nanti lebih

kemas.

Seterusnya, saya telah mula mewarnakan mural tersebut. Saya perlu bijak

membahagikan masa memandangkan saya turut mempunyai tugasan lain. Ini

penting untuk memastikan semua tugasan yang diberi dapat sempurnakan

dengan baik.

Mural tersebut mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan. Diharapkan

mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam menarik minat murid

prasekolah untuk belajar.

Page 3: Laporan Projek Mural

DOKUMENTASI BERGAMBAR