Laporan Proses Membina BBM

2
Laporan proses membina BBM Tajuk tugasan 3 yang diberi kepada saya adalah membina satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi menangani masalah murid bermasalah pengamatan penglihatan aspek kelengkapan. Saya telah mengalami pelbagai proses bagi menghasilkan BBM ini. Pada mulanya, saya membuat bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga, silinder dan pentagon dalam bentuk 3D. Bagi menghasilkan empat bentuk yang lengkap dan besar, saya telah menggunakan kadbod yang besar. Pertamanya, saya telah melukis tiga bentuk segi tiga yang sama dan satu bentuk segi empat tepat untuk menghasilkan satu segi tiga yang berbentuk 3D. Seterusnya, saya telah melukis empat bentuk segi empat dan dua bentuk segi empat tepat bagi menghasilkan sebuah segi empat dalam bentuk 3D. kemudian, bagi menghasilkan silinder yang berbentuk 3D pula saya telah melukis dua bentuk bulatan kecil dan satu bentuk segi empat. Dua bentuk pentagon dan lima bentuk segi empat telah dilukis bagi menghasilkan pentagon 3D. Di samping itu, saya juga telah membina empat bentuk yang tidak lengkap. Empat bentuk yang tidak lengkap tersebut merupakan separuh daripada empat bentuk yang lengkap tadi. Bagi menghasilkan separuh segi tiga, saya telah melukis satu segi tiga sama, dua segi tiga sesiku dan satu segi empat. Tambahan pula, saya telah melukis enam segi empat bagi menghasilkan separuh segi empat dalam bentuk 3D. kemudian, saya telah melukis dua bentuk bulatan dan satu segi empat bagi menghasilkan separuh silinder. saya melukis empat bentuk segi empat dan dua bentuk trapezium bagi membentuk separuh pentagon. Sementelahan itu, saya mengguntingkan bahagian-bahagian bentuk yang telah dilukis atas kadbod dengan menggunakan gunting besi kerana ia amat keras. Seterusnya, saya telah mencamtumkan bahagian- bahagian bentuk yang telah diguntingkan dengan menggunakan ‘binding

description

fuygi

Transcript of Laporan Proses Membina BBM

Laporan proses membina BBMTajuk tugasan 3 yang diberi kepada saya adalah membina satu bahan bantu mengajar (BBM) bagi menangani masalah murid bermasalah pengamatan penglihatan aspek kelengkapan. Saya telah mengalami pelbagai proses bagi menghasilkan BBM ini. Pada mulanya, saya membuat bentuk-bentuk seperti segi empat, segi tiga, silinder dan pentagon dalam bentuk 3D. Bagi menghasilkan empat bentuk yang lengkap dan besar, saya telah menggunakan kadbod yang besar. Pertamanya, saya telah melukis tiga bentuk segi tiga yang sama dan satu bentuk segi empat tepat untuk menghasilkan satu segi tiga yang berbentuk 3D. Seterusnya, saya telah melukis empat bentuk segi empat dan dua bentuk segi empat tepat bagi menghasilkan sebuah segi empat dalam bentuk 3D. kemudian, bagi menghasilkan silinder yang berbentuk 3D pula saya telah melukis dua bentuk bulatan kecil dan satu bentuk segi empat. Dua bentuk pentagon dan lima bentuk segi empat telah dilukis bagi menghasilkan pentagon 3D. Di samping itu, saya juga telah membina empat bentuk yang tidak lengkap. Empat bentuk yang tidak lengkap tersebut merupakan separuh daripada empat bentuk yang lengkap tadi. Bagi menghasilkan separuh segi tiga, saya telah melukis satu segi tiga sama, dua segi tiga sesiku dan satu segi empat. Tambahan pula, saya telah melukis enam segi empat bagi menghasilkan separuh segi empat dalam bentuk 3D. kemudian, saya telah melukis dua bentuk bulatan dan satu segi empat bagi menghasilkan separuh silinder. saya melukis empat bentuk segi empat dan dua bentuk trapezium bagi membentuk separuh pentagon.Sementelahan itu, saya mengguntingkan bahagian-bahagian bentuk yang telah dilukis atas kadbod dengan menggunakan gunting besi kerana ia amat keras. Seterusnya, saya telah mencamtumkan bahagian-bahagian bentuk yang telah diguntingkan dengan menggunakan binding tape untuk menghasilkan bentuk-bentuk 3D seperti yang telah dinyatakan di atas. Saya telah menggunakan eva foam di mana ianya sejenis kertas yang lembut serta berwarna bagi melekatkan pada bentuk-bentuk 3D. saya juga menggunakan sampul lutsinar bagi menyampul bentuk-bentuk 3D supaya tahan lasak. Langkah seterusnya ialah saya telah memotong bentuk yang lengkap di bahagian atas dan bentuk yang tidak lengkap di bahagian bawah kadbod berwarna. Bentuk-bentuk yang dipotong telah dikeluarkan bagi menyediakan ruangan kosong untuk memasangkan bentuk-bentuk 3D. seterusnya, saya juga telah melukis garisan putus-putus pada kertas A4 serta mengguntingnya mengikut setiap bentuk yang dihasilkan sebelumnya. Garisan putus-putus tersebut telah saya tampalkan mengelilingi ruangan bentuk yang ada pada kadbod berwarna supaya mudah untuk murid melengkapkannya. Akhirnya, saya berharap BBM yang telah saya bina dapat membantu murid untuk menyelesaikan masalah penglihatan kelengkapan.