LAPORAN Reflektif Big 111

3
Laporan Reflektif Nama :Bairavi Govinda Raju Kumpulan Akademik : T2MT1 Angka Giliran : 2013272340021 rogram Bina !n"an Guru #a"a !! $ela% ak%irn&a dijalankan dengan 'erja&an&a Kali ini) kami pelajar guru !G Kampu" ulau inang di'eri peluang un$uk pergi k negeri Kelan$an dan mem'ua$ k%idma$ ma"&araka$( Kami $ela% di'eri peluang un$uk Menenga% Ke'ang"aan *ul$an +a%&a e$ra ,1- di Kuala Krai) Kelan$an &an dilandai 'anjir &ang $eruk "elama le'i% kurang dua minggu pada "eki$ar 'ulan .i" 2014( el'agai perkara &ang $ela% "a&a 'elajar 'er"ama/"ama rakan/rakan "a&a &an lain( *a&a juga mendapa$ 'an&ak pengalaman "epanjang $iga %ari "a&a di "ana( *a&a mendapa$i 'a%a a $erdapa$ 'an&ak kekua$an dan kelema%an dalam program k%idma$ ma"&araka$ ini( An$ara kekua$an/kekua$an &ang $erdapa$ a "eper$i di'in angkan di 'a a%( Kekua$an &ang "anga$ pen$ing dan "e"ua$u &ang ama mengem'irakan &ang $ela% "a&a meli%a$ dalam program ini adala% nilai/ni "eper$i kerja"ama) $olong menolong dan juga keik%la"an( Ke"emua nilai murni ini $erpamer dan keli%a$an dalam "e$iap diri pelajar guru $erma"uk "a&a ke$ika mem'a mem'er"i%kan ka a"an "ekola% *MK *ul$an +a%&a e$ra , -( on$o%n&a) "ema"a kerj men u i 'ilik/'ilik &ang "anga$ ko$or dengan lumpur &ang kering) "emua guru pel $ela% 'er"ama/"ama men u i( *emua guru pela$i% 'egi$u 'erkerja"ama dan 'er"ikap rajin "ekali( a"il daripada i$u) program ini dapa$ di"iapkan dengan 'egi$u ja& *elaini$u) pi%ak penguru"an program Bina !n"an Guru juga mem'erikan "epenu% kerja"ama dari a al ke ak%ir program( Maka) program k%idma$ ma"&araka$ i merupakan "ua$u program "u"ulan un$uk meneru"kan ke"inam'ungan "ila$ura%im ini(

description

BIG Fasa IV

Transcript of LAPORAN Reflektif Big 111

Laporan Reflektif

Nama

: Bairavi Govinda Raju

Kumpulan Akademik: T2MT1

Angka Giliran

: 2013272340021

Program Bina Insan Guru Fasa II telah akhirnya dijalankan dengan berjayanya. Kali ini, kami pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang diberi peluang untuk pergi ke negeri Kelantan dan membuat khidmat masyarakat. Kami telah diberi peluang untuk ke Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) di Kuala Krai, Kelantan yang telah dilandai banjir yang teruk selama lebih kurang dua minggu pada sekitar bulan Disember 2014. Pelbagai perkara yang telah saya belajar bersama-sama rakan-rakan saya yang lain. Saya juga mendapat banyak pengalaman sepanjang tiga hari saya di sana.

Saya mendapati bahawa terdapat banyak kekuatan dan kelemahan dalam program khidmat masyarakat ini. Antara kekuatan-kekuatan yang terdapat adalah seperti dibincangkan di bawah. Kekuatan yang sangat penting dan sesuatu yang amat mengembirakan yang telah saya melihat dalam program ini adalah nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan. Kesemua nilai murni ini jelas terpamer dan kelihatan dalam setiap diri pelajar guru termasuk saya ketika membantu membersihkan kawasan sekolah SMK Sultan Yahya Petra (!). Contohnya, semasa kerja mencuci bilik-bilik yang sangat kotor dengan lumpur yang kering, semua guru pelatih telah bersama-sama mencuci. Semua guru pelatih begitu berkerjasama dan bersikap rajin sekali. Hasil daripada itu, program ini dapat disiapkan dengan begitu jayanya.

Selain itu, pihak pengurusan program Bina Insan Guru juga memberikan sepenuh kerjasama dari awal ke akhir program. Maka, program khidmat masyarakat ini merupakan suatu program susulan untuk meneruskan kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru pelatih untuk berjaya dalam akademik sekaligus menempatkan diri di menara gading.

Program ini turut mewujudkan perhubungan erat dan dinamis antara guru-guru pelatih dengan warga SMK Sultan Yahya Petra (1). Kami telah mendapat peluang untuk berinteraksi dengan pihak pentadbiran dan juga pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Contohnya, ketika kami melakukan kerja pembersihan pengetua dan penolong kanan sekolah tersebut datang berjumpa kami dan berinteraksi dengan kami. Hal ini membolehkan kami mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan pihak atasan sesuatu pentadbiran.

Seterusnya, program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Maka, semua guru pelatih akan lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya berasa bahawa ini merupakan satu kekuatan yang kukuh dalam program ini. Program khidmat masyarakat sememangnya menanamkan nilai-nilai yang dikehendaki dalam diri setiap peserta. Sebagai contoh, nilai seperti tolong-menolong, kasih sayang, cinta kepada alam sekitar, berdikari dan sebagainya dapat dipelajari oleh setiap guru pelatih. Sudah tentu nilai-nilai murni ini dapat mematarbatkan profesion perguruan ini.

Selain daripada kekuatan, program khidmat masyarakat ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Pada pertamanya, bilangan peserta. Bilangan guru yang terlibat dalam program khidmat masayarakat adalah agak ramai, iaitu seramai 82 orang. Hal ini menyebabkan kawasan yang agak kecil itu disesaki dengan guru-guru pelatih.

Seterusnya, saya merasakan bahawa tiadanya suntikan adalah antara kelamahan yang didapati. Saya berpendapat bahawa telah dilandai banjir yang agak teruk, ahli-ahli dalam kumpulah harus diberi suntikan antibiotik supaya tidak diserang dengan sebarang kesakitan atau demand an sebagainya. Ini adalah sebagai suatu tindakan awal untuk menghalang sesuatu kejadian yang tidak dijangka. Segolongan daripada pelajar guru seramai 82 orang, telah mengalami demam, batuk, selsema, sakit otot dan sebagainya sebelum pergi ke Kelantan. Jadi saya berasa bahawa mereka dan juga pelajar-pelajar guru yang lain sepatutnya diberi suntikan, Oleh itu, ketiadaan suntikan antibiotik ini merupakan antara kelemahan program BIG kali ini. Kelemahan seterus yang telah saya melihat adalah pemilihan masa. Hal ini adalah kerana hari yang ditugaskan adalah hari minggu iaitu dari Isnin sehingga Khamis. Kami terpaksa mengorbankan waktu kuliah kami dan terpaksa menggantikan kuliah. Sekiranya kami ke Kelantan pada hujung minggu, tidak perlulah kami mengorbankan waktu kuliah dan seterusnya menggantikannya. Program Bina Insan Guru Fasa IV ini telah memberi beberapa peluang kepada diri saya. Antaranya adalah ia membuka peluang atau laluan kepada saya untuk membantu mangsa banjir. Saya memang tidak sangka, saya akan mendapat peluang untuk membantu mangsa banir. Tetapi, BIG kali ini telah memberi peluang kepada saya untuk membantu mangsa banjir untuk membersihkan kawasan banjir iaitu membersihkan kawasan sekolah. Secara langsungnya, saya telah mendapat peluang untuk membantu warga sekolah.Seterusnya, saya telah mendapat peluang untuk pergi ke Kelantan. Walaupun saya telahpun pergi melawati kebanyakkan negeri di Negara kita, tetapi saya tidak pernah ada peluang untuk melawati Kelantan sebelum. Menerusi program BIG Fasa IV, saya telah berpeluang untuk pergi ke negeri Kelantan dan juga mengenali budaya mereka.

Saya mendapati bahawa tiada sebarang ancaman yang telah kami lalu sepanjang program BIG kali ini.

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa IV telah banyak memberi manfaat kepada saya. Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam program ini, tetapi saya lebih berfokus kepada kekuatan-kekuatan yang terdapat dan mengambilnya sebagai suatu pembelajaran kepada saya.

Sekian, terima kasih.