laporan sekolah

6
LAPORAN PROJEK KOKURIKULUM Pengenalan Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut: (a) unit beruniform; (b) kelab / persatuan; dan (c) sukan / permainan. Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk meningkatkan amalan hidup lestari. Peranan (a) Melaksanakan aktiviti pendidikan yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek kokurikulum dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. (b) Melibatkan unit berpakaian seragam/kelab/persatuan dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan alam sekitar. (c) Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pameran Alam Sekitar atau Program Khas Sambutan Hari Bumi (d) Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian Hijau(Desathon), Enviro-Hike, Enviro-Walk dan lain-lain yang berkaitan. (e) Mengadakan Program Kitar Semula PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR Nama Projek Aktiviti dan Projek Penghijauan oleh Kelab dan Persatuan

Transcript of laporan sekolah

Page 1: laporan sekolah

LAPORAN PROJEK KOKURIKULUM

PengenalanKokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut:

(a) unit beruniform;

(b) kelab / persatuan; dan

(c) sukan / permainan.

Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk

meningkatkan amalan hidup lestari.

Peranan

(a)  Melaksanakan aktiviti pendidikan yang menitikberatkan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar dalam aspek kokurikulum dan seterusnya meningkatkan

tahap kesedaran warga sekolah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar.

(b) Melibatkan unit berpakaian seragam/kelab/persatuan dalam perancangan dan

pelaksanaan aktiviti pendidikan alam sekitar.

(c)  Menganjurkan Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Pameran Alam Sekitar atau Program

Khas Sambutan Hari Bumi

(d)  Menganjurkan permainan atau sukan bertemakan alam sekitar seperti Larian

Hijau(Desathon), Enviro-Hike, Enviro-Walk dan lain-lain yang berkaitan.

(e)  Mengadakan Program Kitar Semula

 PROJEK PENGHIJAUAN OLEH KELAB DAN PERSATUAN PELAJAR

Nama Projek

Aktiviti dan Projek Penghijauan oleh Kelab dan Persatuan

Pengenalan Projek

Unit berpakaian seragam, kelab dan persatuan pelajar diberikan peranan dalam mewujudkan dan menyelenggara taman-taman mesra alam seperti Taman Kelab Alam Sekitar(KAS), Taman Kemahiran Hidup, Taman Koperasi, Taman Persatuan Sains & Matematik, Taman Persatuan Agama Islam dan Taman Kokurikulum.

Page 2: laporan sekolah

Program ini khas dilaksanakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Matlamat Projek

SMK Jelutong menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra alam dan bebas daripada pencemaran.

Objektif Projek

(a)   Memupuk nilai murni ‛cintai alam sekitar’ pada kalangan warga sekolah.(b)   Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan       pemuliharaan alam sekitar.(c)   Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan(d)   Meningkatkan kerjasama antara unit berpakaian seragam kelab dan persatuan dalam       menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah.(e)   Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang \      mempraktikkan amalan hidup lestari.

FaedahKewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman KAS, Taman Kemahiran Hidup, Taman Koperasi, Taman Persatuan Sains & Matematik, Taman Persatuan Agama Islam dan Taman Kokurikulum telah menjadikan persekitaran SMK Jelutong lebih cantik dan bebas daripada kekotoran. Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman tersebut telah berjaya memupuk nilai murni ‘cintai alam sekitar’, menggalakkan kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa melaksanakan aktiviti mesra alam.

Page 3: laporan sekolah

PelaksanaGuru penasihat dan AJK pelajar unit berpakaian seragam, kelab dan persatuan.

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Projek Tempoh /

Tarikh

Kos (RM) Pelaksana Status Kemajuan Pelaksanaan

Projek

Taman Kelab

Alam sekitar

(KAS)

Sepanjang

Tahun

290.00 Guru

Penasihat

dan AJK

Kelab Alam

Sekitar

Sebanyak 9 kali penyelenggara

taman telah dijalankan pada

bulan Januari sehingga bulan

Jun.

Taman

Kemahiran

Hidup

Sepanjang

Tahun

120.00 Guru

Penasihat

dan AJK

Persatuan

Kemahiran

Hidup

a.    Aktiviti diuruskan oleh Panitia

Kemahiran Hidup dan

Persatuan Kemahiran Hidup.

Panitia Kemahiran Hidup

biasanya akan menguruskan

taman KH selama 2 minggu

dalam setahun kerana

berkaitan dengan P&P. Masa

lain akan diuruskan oleh ahli

persatuan KH.

b.    Flea market

c.    Mereka cipta dengan

menggunakan bahan kitar

Page 4: laporan sekolah

semula.

Taman

Koperasi

Sepanjang

Tahun

100.00 Guru

Penasihat

dan AJK

kelab

Koperasi

a.    menyiram pokok sepanjang

tahun.

b.    meceriakan Taman Koperasi

sepanjang tahun.

c.    bergotong-royong untuk

mengutip sampah sekitar

d.    Taman Koperasi membubuh

baja.

Taman

Persatuan

Sains &

Matematik

Sepanjang

Tahun

50.00 Guru

Penasihat

dan AJK

Persatuan

Sains &

Matematik

a.    Menanam pokok Yellow Palm.

b.    Manandakan Tanaman Sains.

c.    Memasang papan Nama

Pokok.

d.    Membaja dan mengemaskan

Taman.

Taman

Persatuan

Agama Islam

Sepanjang

Tahun

100.00 Guru

Penasihat

dan AJK

kelab dan

persatuan

Pembinaan Taman Herba.

Penanaman pokok – pokok

herba.

Merumput dan menghijaukan

kawasan taman.

Gotong – royong dan

pembersihan kawasan.

Taman

Kokurikulum

mulai Sept 200.00 Guru

Penasihat

a.    Sedang dalam perancangan.

b.    Akan dilaksanakan pada bulan

Page 5: laporan sekolah

(Semua unit

Beruniform)

2011

Sepanjang

tahun

dan AJK

kelab dan

persatuan

September.

c.    Anak pokok akan disumbang

oleh kelab KAS.

d.    Semua Unit Beruniform akan

bergilir-gilir untuk menjaga

Taman Kokurikulum tersebut.

 Masalah/kekangan yang dihadapi : Tiada

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat

Dijalankan sepanjang tahun.