LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ......

download LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ... September 2004 dengan siri taklimat kepada Ketua Jabatan berkenaan borang dan buku panduan

of 20

  • date post

    27-Feb-2018
  • Category

    Documents

  • view

    236
  • download

    5

Embed Size (px)

Transcript of LAPORAN TAHUN 2004 UNIT PERKHIDMATAN Pengemaskinian Rekod Cuti Staf ... Cuti Tanpa Gaji ......

  • 1

    L A P O R A N T A H U N A N UNIT PERKHIDMATAN & SARAAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN

    PENGENALAN

    Bagi tahun 2004, Unit Perkhidmatan dan Saraan telah menjalankan aktivitinya berdasarkan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun 2004 yang lalu. Secara keseluruhannya pencapaian Unit Perkhidmatan dan Saraan adalah memuaskan dan berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna. Tambahan pula pada tahun 2004 ini memperlihatkan kemantapan pelaksanaan kerja secara berkumpulan yang menyeluruh dan membanggakan menerusi aktiviti seperti eksesais kenaikan pangkat, aktiviti persaraan dan lain-lain lagi.

    PERSARAAN Majlis Persaraan Majlis Jasamu Dikenang

    Unit Perkhidmatan dan Saraan pada tahun 2004 ini telah berjaya menganjurkan sebanyak 2 aktiviti Majlis Persaraan Majlis Jasamu Dikenang iaitu bagi staf yang bersara tahun 2003 pada 29 Januari 2004 di Hotel Sheraton Pulau Pinang dan bagi staf yang bersara tahun 2004 pada 20 Disember 2004 bertempat di Evergreen Laurel Hotel. Jumlah pesara yang telah bersara bagi tahun 2004 adalah seramai 88 orang. Sebanyak 79% (70 orang) bersara wajib (Pencen atau KWSP), sebanyak 15% (13 orang) bersara pilihan sendiri dan 6% (5 orang) bersara atas sebab kematian. Statistik staf yang bersara pada tahun 2004 adalah seperti di jadual dibawah ini.

    2004

  • 2

    Rajah & Jadual 1 : Statistik Bilangan Pesara USM Tahun 2004 Mengikut Jenis Persaraan

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

    50

    BERSARA WAJIB 4 5 14 47

    BERSARA PILIHAN SENDIRI 0 1 4 8

    BERSARA ATAS SEBAB KEMATIAN 0 0 1 4

    PENGURUSAN TERTINGGI GRED

    UTAMA

    PENGURUSAN TERTINGGI GRED

    KHAS

    PENGURUSAN & PROFESIONAL SOKONGAN

    Perjumpaan Pesara dengan Naib Canselor Unit Perkhidmatan dan Saraan telah mengaturkan beberapa sesi perjumpaan pesara dengan Naib Canselor pada setiap bulan. Perjumpaan ini telah diadakan sebanyak 11 kali. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Naib Canselor dan dihadiri bersama Pemangku Pendaftar, Timbalan Pendaftar Kanan (BPSM&P), Ketua Jabatan yang terlibat, Ketua Penolong Pendaftar dari Unit Perkhidmatan dan Saraan serta pesara. Tujuan perjumpaan ini adalah merupakan sesi perbincangan secara dua hala di mana staf berpeluang secara terus menyampaikan pandangan dan isi hati mereka selama ini melalui pengalaman ke arah penambahbaikan kepada Naib Canselor. Di samping itu juga dalam sesi tersebut Naib Canselor bagi pihak Universiti secara bersemuka menyampaikan penghargaan di atas sumbangan dan jasa staf kepada Universiti. Pada sesi perjumpaan itu juga Y. Bhg. Dato Naib Canselor turut menyampaikan cek Award Wang Tunai (AWT) dan kad rawatan kepada pesara. Sesi perjumpaan yang telah diadakan adalah seperti berikut:

  • 3

    Jadual 2 : Sesi Perjumpaan Pesara dengan Naib Canselor Tahun 2004

    TARIKH

    BILANGAN PESARA YANG TERLIBAT

    26 JANUARI 2004 4 20 FEBRUARI 2004 5

    22 MAC 2004 7 20 APRIL 2004 6

    21 MEI 2004 8 11 JUN 2004 5

    13 OGOS 2004 2 17 SEPTEMBER 2004 6

    13 OKTOBER 2004 9 8 NOVEMBER 2004 8 20 DISEMBER 2004 7

    JUMLAH

    57

    Program Persediaan Bakal Pesara

    Program Persediaan Bakal Pesara tahun 2006 telah diadakan selama 3 hari iaitu dari 23 hingga 25 Oktober 2004 bertempat di Dewan Persidangan Universiti. Program yang menyenaraikan sejumlah 79 orang bakal pesara tahun 2006 di mana seramai 75 orang dari Kampus Induk dan 4 orang Kampus Kejuruteraan telah dijemput untuk program ini.

  • 4

    Antara program-program yang dijalankan sepanjang 3 hari tersebut ialah sesi rawatan kesihatan percuma oleh Pusat Kesihatan USM, ceramah tentang Kesihatan di Alam Persaraan, Psikologi untuk Pesara, Taklimat Pencen dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Taklimat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penerangan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pengenalan kepada Kelab Jasa Budi USM. Program ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato Naib Canselor.

    KELAB JASA BUDI Kelab Jasa Budi telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato Naib Canselor semasa Mesyuarat Agong Pertama kelab tersebut dalam bulan Ogos 2004. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk mengeratkan Hubungan ahli kelab secara berterusan disamping memberi peluang/saluran kepada ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk terus menyumbang kepada universiti serta menjaga kebajikan dan kepentingan ahli. Bagi sesi 2004/2005 kelab ini dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato Sharom Ahmat dan sekretariat kelab ini bertempat di Rumah Alumni USM.

  • 5

    PENGESAHAN DALAM JAWATAN & PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

    Pengesahan Dalam Jawatan dan Pelanjutan Tempoh Percubaan Sepanjang tahun 2004 seramai 132 orang staf diberi pengesahan dalam jawatan dan 4 orang staf diberi pelanjutan tempoh percubaan oleh Jawatankuasa Pemilih, Pengesahan, Kenaikan Pangkat dan Lanjutan Perkhidmatan. Jadual di bawah menunjukkan statistik pengesahan dalam jawatan dan pelanjutan tempoh percubaan staf USM bagi tahun 2004.

    Rajah & Jadual 3 : Bilangan Pengesahan Dalam Jawatan & Pelanjutan Tempoh Percubaan Tahun 2004

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    PENGESAHAN DALAMJAWATAN

    34 30 68

    PELANJUTAN TEMPOHPERCUBAAN

    2 1 1

    P&P AKADEMIK GRED 41 - 54

    BUKAN AKADEMIK GRED 27 - 44

    BUKAN AKADEMIK GRED 1 - 26

    Jawatankuasa bagi staf Kumpulan Akademik & Profesional (Gred 41 54) telah bersidang sebanyak 6 kali iaitu pada 19 Februari, 20 April, 18 Jun, 24 Ogos, 23 Oktober dan 21 Disember manakala Jawatankuasa bagi staf Kumpulan Bukan Akademik (Gred 27 44) telah bersidang sebanyak 5 kali iaitu pada 26 Februari, 15 April, 23 Jun, 23 Ogos dan 27 Oktober dalam tahun 2004. Begitu juga bagi jawatankuasa staf Kumpulan Bukan Akademik (Gred 1 26) yang telah bersidang sebanyak 6 kali iaitu pada 26 Februari, 19 April, & 7 Julai, 19 Ogos, 28 Oktober dan 16 Disember tahun 2004 bagi mempertimbangkan kes-kes pengesahan dalam jawatan dan juga kes-kes pelanjutan tempoh percubaan.

  • 6

    Pemberian Taraf Berpencen

    Dalam tahun 2004 sebanyak 96 kes telah diluluskan untuk mendapat taraf berpencen daripada Jabatan

    Perkhidmatan Awam (JPA). Terdapat 34 kes lagi yang telah dihantar kepada JPA dan belum mendapat kelulusan. Manakala terdapat seramai 9 orang staf telah memilih untuk berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2004 ini. Berikut adalah statistik pemberian taraf pekerja berpencen tahun 2004.

    Rajah & Jadual 4 : Statistik Pemberian Taraf Berpencen Tahun 2004

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    35

    40

    45

    50

    P&P AKADEMIK GRED 41 - 54 28

    BUKAN AKADEMIK GRED 27 -44

    21

    BUKAN AKADEMIK GRED 1 -26

    47

    STAF DILULUSKAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

    PERBEKALAN CUTI UNIVERSITI

    Cuti Penyelidikan Sepanjang tahun 2004 sebanyak 300 permohonan Cuti Penyelidikan dari staf akademik yang diterima dan diluluskan. Berdasarkan Perbekalan Cuti Universiti, cuti ini hanya dilayakkan kepada staf akademik iaitu selama 60 hari dalam setahun. Tujuan Cuti Penyelidikan ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada staf akademik menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja penyelidikan diluar kampus dan waktu kerja. Di dapati Cuti Penyelidikan banyak dipohon oleh staf akademik yang mempunyai geran-geran penyelidikan seperti Geran Penyelidikan IRPA, Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Geran Penyelidikan Luar.

  • 7

    Kelayakan Cuti Rehat Setelah Genap 10 Tahun Perkhidmatan Apabila seseorang staf telah genap sepuluh tahun perkhidmatan pertamanya maka staf tersebut adalah layak untuk diberikan pertambahan sebanyak 5 hari cuti rehat tahunan. Terdapat seramai 56 orang staf yang telah genap 10 tahun perkhidmatan di USM di mana tarikh lantikan pertama pada tahun 1994 telah diberikan kelayakan tersebut bagi tahun 2004.

    Cuti Haji

    Memandangkan musim haji bagi kali ini bermula pada awal tahun dan hujung tahun 2004, permohonan Cuti Haji tahun 2004 telah dilakukan 2 kali iaitu pada Januari 2004 dan pada bulan Disember 2004. Seseorang staf adalah layak untuk bercuti haji selama 40 hari sekali sepanjang tahun perkhidmatannya seperti yang dinyatakan di dalam Perbekalan Cuti Universiti. Walau bagaimanapun kebanyakan staf memohon cuti rehat tahunan bagi menyambung Cuti Haji tersebut. Seramai 10 orang staf telah diluluskan untuk Cuti Haji pada Januari 2004 manakala seramai 32 orang staf diluluskan pada Bulan DIsember 2004. Di mana dari 32 orang staf seramai 12 orang memulakan Cuti Haji pada Disember 2004 dan 20 orang lagi memulakan Cuti Haji pada Januari 2005.

    Projek Pengemaskinian Rekod Cuti Staf Projek pengemaskinian rekod cuti staf telah dilaksanakan berdasarkan jumlah staf yang akan bersara bagi tahun 2005 dan 2006 untuk dihantar ke Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Projek ini telah menyiapkan 80% kerja-kerja kemaskini rekod cuti staf yang akan bersara bagi tahun 2006. Manakala rekod cuti staf yang akan bersara bagi tahun 2005 telah disempurnakan pada tahun 2004 ini.

    Award Wang Tunai (AWT) 2004 Dalam tahun 2004, sejumlah 1030 orang staf dari pelbagai kumpulan perkhidmatan telah memohon mengumpulkan baki cuti rehat mereka ke Award Wang Tunai (AWT) 2004. Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pemberian Gantian Cuti Rehat Award Wang Tunai (AWT) telah ditambah dari 90 hari kepada 120 hari. Rentetan daripada pekeliling ini staf yang telah mencapai maksimum 90 hari AWT boleh dibenarkan mengumpul AWT sehingga maksimum 120 hari. Manakala bagi staf yang akan bersara boleh dibenarkan untuk membawa kesemu