Laporan Unit Kesihatan 2012

2
LAPORAN UNIT KESIHATAN SMJK DINDINGS 2012 Unit kesihatan adalah dibawah seliaan bahagian HEM dan terdiri daripada salah satu unit dalam program 3K. Antara perkhidmatan yang dikendalikan oleh unit kesihatan adalah: Memberi info dan menguruskan pemberian suntikan HPV kepada pelajar perempuan tingkatan satu sahaja dan suntikan ATT( Anti Tetanus Toxoid) kepada semua pelajar Tingkatan tiga. Termasuklah menguruskan tempat pemberian suntikan dan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Dewan atau kelas digunakan sebagai bilik suntikan kerana sekolah tidak mempunyai kemudahan bilik sakit. Suntikan HPV adalah suntikan untuk mengelakkan kanser servik bagi kaum wanita. Suntikan ini mempunyai tiga dos dimana dos kedua akan diberikan pada bulan berikutnya dan dos terakhir ialah selepas enam bulan daripada dos kedua. Suntikan telah diberikan oleh jururawat dari Pusat Kesihatan Sitiawan pada tarikh berikut: o Dos 1 – 15/2/2012 – 16/2/2012 o Dos 2 – 19/3/2012 o Dos 3 – 13/9/2012 – 14/9/2012 Manakala suntikan ATT adalah suntikan untuk mengelakkan kancing gigi yang disebabkan oleh virus dan pemberian suntikan adalah pada tarikh berikut: o Suntikan ATT – 7/5/2012 Selain suntikan ATT pelajar juga diberikan pemeriksaan kesihatan dan juga mata. Menguruskan borang-borang yang perlu dilengkapkan untuk pemeriksaan gigi. Lokasi pemeriksaan adalah bertempat di makmal fizik/kimia kerana sekolah tiada kemudahan Klinik Gigi Khas. Jururawat adalah dari Pusat Kesihatan Sitiawan dan pemeriksaan adalah sepanjang tahun. Memastikan tidak ada tempat pembiakan nyamuk aedes sekitar sekolah dan menghantar laporan ke Unit Vektor Sitiawan setiap bulan. Antara langkah-langkah pencegahan ialah membersihkan sampah sarap yang menyebabkan air bertakung dan meletakkan ‘abate’ ke dalam pam tandas semasa cuti sekolah. Poster-poster mengenai pembiakan nyamuk aedes telah ditampal di sekitar kawasan sekolah untuk memberikan info kepada pelajar. Sekiranya

description

Laporan unit kesihatan

Transcript of Laporan Unit Kesihatan 2012

LAPORAN UNIT KESIHATAN SMJK DINDINGS 2012Unit kesihatan adalah dibawah seliaan bahagian HEM dan terdiri daripada salah satu unit dalam program 3K. Antara perkhidmatan yang dikendalikan oleh unit kesihatan adalah: Memberi info dan menguruskan pemberian suntikan HPV kepada pelajar perempuan tingkatan satu sahaja dan suntikan ATT( Anti Tetanus Toxoid) kepada semua pelajar Tingkatan tiga. Termasuklah menguruskan tempat pemberian suntikan dan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Dewan atau kelas digunakan sebagai bilik suntikan kerana sekolah tidak mempunyai kemudahan bilik sakit. Suntikan HPV adalah suntikan untuk mengelakkan kanser servik bagi kaum wanita. Suntikan ini mempunyai tiga dos dimana dos kedua akan diberikan pada bulan berikutnya dan dos terakhir ialah selepas enam bulan daripada dos kedua. Suntikan telah diberikan oleh jururawat dari Pusat Kesihatan Sitiawan pada tarikh berikut: Dos 1 15/2/2012 16/2/2012 Dos 2 19/3/2012 Dos 3 13/9/2012 14/9/2012Manakala suntikan ATT adalah suntikan untuk mengelakkan kancing gigi yang disebabkan oleh virus dan pemberian suntikan adalah pada tarikh berikut: Suntikan ATT 7/5/2012Selain suntikan ATT pelajar juga diberikan pemeriksaan kesihatan dan juga mata. Menguruskan borang-borang yang perlu dilengkapkan untuk pemeriksaan gigi. Lokasi pemeriksaan adalah bertempat di makmal fizik/kimia kerana sekolah tiada kemudahan Klinik Gigi Khas. Jururawat adalah dari Pusat Kesihatan Sitiawan dan pemeriksaan adalah sepanjang tahun. Memastikan tidak ada tempat pembiakan nyamuk aedes sekitar sekolah dan menghantar laporan ke Unit Vektor Sitiawan setiap bulan. Antara langkah-langkah pencegahan ialah membersihkan sampah sarap yang menyebabkan air bertakung dan meletakkan abate ke dalam pam tandas semasa cuti sekolah. Poster-poster mengenai pembiakan nyamuk aedes telah ditampal di sekitar kawasan sekolah untuk memberikan info kepada pelajar. Sekiranya pemeriksaan dijalankan oleh bahagian Unit Vektor dan menjumpai jentik-jentik maka sekolah akan didenda sebanyak RM500. Memberi info dan mengedarkan borang-borang ujian darah untuk saringan pembawa Thalassemia bagi pelajar 16 hingga 17 tahun. Thalassemia adalah penyakit darah yang menyebabkan terjadinya anemia dan diwarisi daripada ibu bapa. Ujian saringan adalah secara sukarela dan boleh di buat di Pusat Kesihatan berhampiran tempat masing-masing.

Disediakan Oleh;

..(Rafidah Mohamed Kharoni)Guru Kesihatan SMJK DindingsDisahkan Oleh:

(Doong Nguk Choo)PK HEM SMJK Dindings