Laras bahasa iklan
-
Upload
zaidi-baharudin -
Category
Education
-
view
340 -
download
10
Transcript of Laras bahasa iklan
LARAS BAHASA IKLAN
Oleh: Ahmad Zaidi bin Baharudin(A144990)
Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM
Menurut Kamus Bahasa Melayu, susunan Arbak Othman
(1999), iklan dapat diertikan sebagai sesuatu kenyataan yang
ditulis, dibuat untuk tujuan memberitahu kepada orang ramai
atau masyarakat tentang sesuatu perkara atau maklumat. Iklan
biasanya disampaikan melalui media massa - media cetak dan
media elektronik. Namun ada juga yang berbentuk poster-poster
yang ditampalkan pada dinding-dinding kenyataan dan
sebagainya. Bahasa iklan mula berkembang dengan pesat di
negara ini pada tahun 1960 an.
Iklan itu ada berbagai-bagai jenis antaranya, iklan yang
dibuat khas oleh pihak kerajaan (seperti iklan-iklan kekosongan
pekerjaan, iklan tawaran tender-tender dan sebagainya), iklan
yang bersifat peribadi (umpamanya iklan-iklan ucapan tahniah
atau ucapan takziah kematian seseorang) dan sebagainya.
Fungsi iklan itu dibuat ialah untuk mempengaruhi
pengguna dan untuk menimbulkan tanggapan tertentu tentang
sesuatu produk atau barangan atau perkhidmatan yang hendak
diperkenalkan. Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan
bertujuan menyampaikan mesej kepada sasaran iaitu pengguna.
Iklan yang baik bertujuan mengubah sikap pengguna dan
mempengaruhi mereka membeli atau melanggan barangan yang
diperkenalkan (Kamaruddin Husin 1995). Mesej yang
digunakan dalam iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang
membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Omar 1982).
Dalam hubungannya dengan perniagaan, iklan adalah
sesuatu yang mustahak dan menjadi salah satu faktor yang
terpenting menggerakkan sesebuah perniagaan. Oleh yang
demikian, kewujudan akhbar-akhbar selaku penyampai informasi
perkembangan terbaru semasa baik tempatan, 'regional‘
mahupun global berperanan secara tidak langsung sebagai
landasan untuk syarikat-syarikat perniagaan memperagakan
perniagaan dan barangan mereka.
CARA PENGHASILAN IKLAN
DAN PEMILIHAN LARASNYA
1) MEMPUNYAI SLOGAN
2) KAEDAH PENYATAAN
3) ADA KAITAN KONSEP
4) UMPANAN
5) PESANAN (MENYERTAKAN BORANG)
6) BANDINGAN
7) GESAAN
8)PERTANYAAN
1) MEMPUNYAI SLOGAN
Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan sesuatu
pertubuhan atau syarikat pengeluaran barangan. eperti juga
halnya dengan iklan-iklan di televisyen, sebilangan iklan-iklan di
akhbar juga mempunyai slogan. Slogan dicipta sebagai trademark
sesuatu barangan. Contohnya dalam iklan pil multivitamin Kiddi
Pharmaton dengan slogannya 'Membantu Anak Anda Membesar
Untuk Masa Depan yang Cemerlang', juga slogan 'Cepat, Mudah,
Mesra' iaitu seperti yang terdapat dalam iklan pinjaman wang,
ruangan Rampa iklan.
2) KAEDAH PERNYATAAN
Menyatakan secara langsung tujuan pengiklanan. Seperti yang
banyak terdapat dalam ruangan Rampaiklan, dengan menggunakan
frasa-frasa atau klausa-klausa seperti : 'Rumah/Kenderaan / Tanah
untuk dijual / sewa', 'Kerja Sambilan Kontraktor Dikehendaki
Segera', 'Agensi Pembantu Rumah' dan sebagainya.
3) ADA KAITAN KONSEP
Yang dimaksudkan dengan kaitan konsep ialah dengan
mengaitkan sesebuah produk dengan sesuatu atau individu yang
terkenal atau yang mempunyai nilai komersial, seperti dengan
mengaitkan seseorang artis atau penyanyi dengan sesuatu produk
barangan. Sebagai contoh, sebuah syarikat pembekal akses
internet, TM Net prabayar telah mengaitkan perniagaannya dengan
melantik penyanyi terkenal Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai duta TM
Net. Kaedah iklan sebegini adalah bertujuan untuk menarik perhatian
pelanggan, khasnya golongan remaja memandangkan penyanyi
berkenaan mempunyai 'fanbased' yang begitu ramai. Begitu juga
dengan barangan lain seperti sabun mandi, tilam berjenama, rantai
berlian, minyak rambut dansebagainya yang kebanyakannya turut
dikaitkan dengan artis-artis, khasnya artis wanita. Dan artis
berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau
laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang
diniagakan.
4) UMPANAN
Kaedah umpanan kerap didapat dalam mana-mana
iklan, tidak terkecuali iklan akhbar. Umpanan bermaksud
merancang strategik untuk menarik atau memperdayakan
pelanggan. Contoh laras iklan yang berbentuk umpanan ini
adalah seperti yang berbunyi 'Beli Satu, Percuma Satu' iaitu
iklan berkenaan dengan peraduan minuman Vitagen dan
Marigold yang menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU
YANG LENGKAP, dengan syarat mengumpulkan seberapa
banyak mungkin bukti pembelian minuman berkenaan.
Selain itu, dalam iklan pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an
Interaktif, ada dinyatakan kata umpanan yang berbunyi
'Penghantaran Pos Percuma'.
5) PESANAN (MENYERTAKAN BORANG)
Terdapat juga iklan yang menyediakan kemudahan pesanan
barangan dengan menyediakan borang pesanan. Misalnya, iklan
pesanan Cakera Padat (CD) Al-Qur'an Interaktif yang menyediakan
borang pesanan. Dalam borang itu mengehendaki pembaca
mengisikan butir-butir peribadi, seperti nama penuh, umur, jantina,
bangsa, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Begitu juga halnya
dengan, iklan peraduan minuman Vitagen dan Marigold yang
menawarkan hadiah SATU SET RUANG TAMU YANG LENGKAP juga
turut menyediakan borang penyertaan yang juga memerlukan
pembaca yang ingin menyertai pertandingan itu untuk mengisi
butir-butir peribadi yang dikehendaki. Tetapi dalam peraduan itu,
ditambah dengan beberapa syarat penyertaan yang berupa sebuah
wacana lengkap mengenai pertandingan tersebut.
6) BANDINGAN
Iklan yang berbentuk sebegini dibuat dengan cara
membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain.
Umpamanya akan dinyatakan serbuk pencuci Dynamo lebih
berkuasa daripada serbuk pencuci berjenama X.
7) GESAAN
Laras iklan sebegini menggesa pengguna atau pembaca untuk
mengambil perhatian perkara atau barangan yang
diiklankan.Contohnya, dalam iklan makanan segera ala barat
Mc Donald di atas ada menyatakan dengan klausa "Cubalah
Nasi Ayam McD hari ini “
8) PERTANYAAN
Penggunaan penanda "?" kerap didapati dalam iklan-iklan
akhbar. Teknik ini adalah salah satu lagi cara dalam
penggunaan laras bahasa iklan. Dalam iklan cairan pencuci
pakaian DYNAMO ada dinyatakan dengan ayat "LEBIH
MUDAH!
Penggunaan tanda tanya "?" dapat menguatkan hujah
/ laras iklan. Erti kata lain ia seolah-olah memaksa pengguna
menyahut cabaran iklan berkenaan. Contoh frasa lain yang
digunakan ialah seperti,"Sakit Kepala? Sapulah Dengan
Minyak Angin ABC".