LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249...

16
LLM Buletin Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 1 Jilid 1. Bil. 1/2012 EDISI: Jan-April 2012 Bil 2/2011 EDISI : Mei -Ogos 2011 Karnival Kerja Raya KKR LLM Rangkul Pingat Emas CSR Pulau Carey

Transcript of LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249...

Page 1: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 1

Jilid 1. Bil. 1/2012 EDISI: Jan-April 2012

Bil 2/2011 EDISI : Mei -Ogos 2011

Latar MuLa Operasi

Karnival Kerja Raya KKR LLM Rangkul Pingat Emas CSR Pulau Carey

Page 2: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

2 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di Buletin LLM bagi edisi kedua tahun 2011.

Sejuta kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurniaanNya juga maka sidang pengarang LLM berjaya menerbitkan Buletin LLM Bil. 2/2011 ini yang memuatkan rentetan peristiwa yang berlaku di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sepanjang bulan Mei hingga Ogos tahun ini. Tirai suku kedua tahun 2011 dibuka dengan penyertaan LLM dalam Kejohanan Sukan Badan Berkanun (SUKANUN). Kesungguhan yang ditonjolkan oleh atlet-atlet LLM dalam SUKANUN 2011 tidak sia-sia apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara memancing berpasukan semasa kejohanan sukan tersebut. Tahniah diucapkan.

Walaupun sentiasa sibuk dengan tugas-tugas seharian, LLM tidak lupa untuk menjalankan program bersama seluruh warganya dan juga masyarakat. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Tanggungjawab Sosial kepada masyarakat Orang Asli Pulau Carey, Kempen Keselamatan Aidilfitri 2011 dan program “Jom Makan Durian”. Aktiviti LLM tidak berakhir di situ tetapi diikuti dengan pelbagai lagi aktiviti yang telah dimuatkan di dalam Buletin LLM 2/2011 ini. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama bergabung tenaga sehingga terbitnya Buletin LLM Bil. 2/2011 ini. Penghargaan juga ditujukan buat seluruh warga LLM kerana sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan program-program yang telah dirancangkan.

Diharapkan agar naskah ini menjadi bahan bacaan yang berguna kepada semua pembaca dan semoga bertemu lagi di lain keluaran. Sekian.

Pengarang

ISI KANDUNGAN

LLMBuletin

2 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

PeNAUNG:Y.Bhg Dato’ Ir. Hj. Ismail BinMd. Salleh

PeNASIhAt :Pn. Zuraida Bt. Shaharudin

KetUA eDItor :Pn. Haslina Bt. Hashim

eDItor :En. Husain Bin Osman

SIDANG reDAKSI BULetIN LLM 2011Pn. Nor Adibah Bt. RamliPn. Junaidah Bt. JamniEn. Zaimasnizam Bin MaspurPn. Norhaslinda Bt. Abu YazidEn. Shahrizal Bin SharuddinPn. Siti Atikaa Hanom Bt. HadiePn. Karimah Bt. Omar

FotoGrAFI :En. Ahmad Syukri Bin HusainEn. Mohamed Saiful Bin Mohamed Shapri

DIcetAK oLeh :Jemz Advertising Sdn Bhd53-2, Jalan Dwitasik 1,Dataran DwitasikBandar Sri Permaisuri56000 Kuala LumpurTel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250

tAJUK M/S

1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3

2. LLM Rangkul Pingat Emas Di Kejohanan Sukan 3 Badan Berkanun Kali Ke-7

3. Pemansuhan Tol Metramac Legakan Pengguna 4

4. Persimpangan Bertingkat Untuk Penduduk 4&5 Sungai Buaya

5. Jom Guna Touch N Go 5

6. LLM Serah Pelan Pengurusan Krisis Jambatan 6 Pulau Pinang

7. ‘Sirim Green 5-S (G5s) Standard’ 6

8. LATAR Dibuka 7

9. Karnival Kerja Raya 2011 Sempena Sambutan 8 60 Tahun KKR

10. Majlis Pelancaran Garis Panduan/ Panduan/ 8 Manual Terbitan LLM Tahun 2010

11. Jom Makan Durian 9

12. Bengkel Kerja Isu Tol 9

13. CSR Ceriakan Masyarakat Orang Asli Kampung 10 Sungai Bumbun, Pulau Carey

14. Pelatih INSPRA Lawat TMC LLM 11

15. Majlis Berbuka Puasa 11

16. Kempen Keselamatan Sempena Aidilfitri 12

17. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Dibuka 13

18. Program 3 Serangkai LITRAK 13

19. Info Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 14&15

20. Sudut Lensa 16

Page 3: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 3

LLMBuletin

LLM RANGKUL PINGAT EMAS DI KEJOHANAN SUKAN BADAN BERKANUN KALI KE-7

acara golf berpasukan lelaki,boling padang (lelaki & wanita), bola jaring, futsal, dart, memancing pantai dan perbarisan kontinjen.

Pasukan LLM buat julung kalinya telah merangkul pingat emas bagi acara memancing pantai apabila memperolehi ikan Haruan Tasik seberat 18.5 kilogram. Keputusan bagi lain-lain acara yang disertai adalah seperti berikut:

1. Golf Berpasukan Lelaki - Peringkat Akhir2. Boling Padang Lelaki - Peringkat Suku Akhir3. Boling Padang Wanita - Peringkat Kumpulan4. Bola Jaring - Peringkat Kumpulan5. Futsal - Peringkat Kumpulan6. Dart - Peringkat Suku Akhir

KUALA tereNGGANU, 8 Mei - Sukan Badan Berkanun Kali Ke-7 telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu selama 7 hari sehingga 14 Mei 2011. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad b. Said.

Majlis penyerahan bendera kepada kontinjen LLM ke kejohanan sukan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah LLM di Dewan Serbaguna LLM dan Sr. Aziz b. Abdullah telah dilantik sebagai Chief D’Mission.

LLM telah menghantar seramai 99 orang pegawai dan kakitangan ke kejohanan ini bagi menyertai

KAJANG, 5 Mei – Seramai 30 orang pelajar tahun akhir jurusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan satu lawatan akademik ke Ibu Pejabat LLM.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar terhadap dunia pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Taklimat telah diberikan oleh pegawai dari Bahagian Khidmat Pakar & Kerjasama Teknikal dan seterusnya pelajar-palajar ini telah dibawa melawat ke Pusat Pengurusan Trafik LLM.

PELAJAR POLITEKNIK KOTA BHARU MELAWAT LLM

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 3

LLMBuletin

Page 4: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

4 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

KUALA LUMPUr, 16 Mei - YB. Datuk Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia telah merasmikan Pelancaran Pemansuhan Kutipan Tol Metramac Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) berikutan pemansuhan bayaran tol di lebuh raya tersebut yang berkuat kuasa pada 16 Mei 2011.

Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menyatakan keputusan memansuhkan tol itu dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lalu yang mahu kutipan tol di lebuh raya tersebut ditamatkan lebih awal.

Pemansuhan tol ini dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2018, memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya yang perlu membayar tol RM 0.50 setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995.

PEMANSUHAN TOL METRAMAC LEGAKAN PENGGUNA

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) serta pegawai-pegawai kanan KKR dan syarikat konsesi, MTD Group.

rAWANG, 19 Jun - Lebih seratus ribu penduduk Sungai Buaya dan kawasan sekitarnya akan mendapat manfaat daripada pembinaan persimpangan bertingkat baru yang menghubungkan Lebuhraya Utara – Selatan dengan kawasan sekitar Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang.

PERSIMPANGAN BERTINGKAT UNTUK PENDUDUK SUNGAI BUAYA

Pelaksanaan projek ini akan mengambil masa selama dua tahun dan dijangka siap pada tahun 2013.

Menteri Kerja Raya Malaysia, Y.B. Dato’ Shaziman Abu Mansor, dalam ucapan beliau semasa majlis pecah tanah pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya menjelaskan pembinaan persimpangan bertingkat ini dijangka dapat memendekkan jarak perjalanan sehingga 32 kilometer berbanding sekiranya menggunakan persimpangan bertingkat Bukit Beruntung atau Rawang. Selain itu, pengguna

4 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Page 5: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 5

Jom Guna ‘Touch N Go’ adalah program bersiri yang dilaksanakan oleh LLM dengan kerjasama syarikat Touch N Go Sdn. Bhd. dan syarikat konsesi lebuh raya untuk mempromosikan pembayaran tol secara elektronik (ETC). Program ini adalah untuk menggalakkan pengguna-pengguna lebuh raya beralih daripada membayar tol secara tunai kepada kaedah pembayaran tol secara elektronik iaitu Smart TAG dan Touch n Go.

Program bersiri ini telah diadakan di Plaza Tol Putrajaya pada 27 Mei 2011 diikuti di R&R Awan Besar (Arah Selatan) Lebuhraya KESAS pada 21 Jun 2011. Selanjutnya program ini diteruskan pada 14 Julai 2011 di Kawasan Hentian Sebelah, Sunway Arah Utara, Lebuhraya Damansara – Puchong dan siri berikutnya di Plaza Tol Penawar, Lebuhraya Senai-Desaru pada 15 Julai 2011. Kaunter jualan Touch n Go juga dibuka di beberapa buah pusat membeli-belah yang terpilih.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah pameran, kaunter jualan Touch n Go, jualan alat-alat keselamatan pemanduan dan insurans.

JOM GUNA TOUCH N GO

juga dapat menjimatkan masa perjalanan antara 40 minit sehingga 60 minit.

Persimpangan bertingkat ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan yang akan menarik ramai pelabur dan pemaju untuk membangunkan lagi kawasan di sekitar Sungai Buaya. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan nilai hartanah serta memberi faedah ekonomi melalui peningkatan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 5

Page 6: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

6 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

BAtU FerINGGI, 15 Jun - LLM telah menyerahkan Buku Pengurusan Krisis kepada pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang di satu majlis yang berlangsung di Hotel Paradise. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM.

Pihak berkuasa tempatan yang terlibat antaranya adalah Majlis Keselamatan Negara, Pulau Pinang, Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri Pulau Pinang, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Pulau Pinang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang. Buku Pengurusan Krisis ini berfungsi sebagai dokumen rujukan dalam mengendalikan insiden atau krisis yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang secara efisyen.

KAJANG, 22 Jun – Satu taklimat ‘SIRIM Green 5-S (G5S) Standard’ telah disampaikan oleh Prof. Dr. Sam Ho, pakar kualiti antarabangsa, untuk memberi pendedahan dalam usaha mengimplementasi dan mengintegrasi dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, persekitaran hijau, produktiviti yang berkualiti dan kecekapan penggunaan tenaga sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam dasar ’Go-Green’.

Buku ini antara lainnya memuatkan pelan kontigensi bagi menentukan tindakan susulan serta menetapkan peranan pihak-pihak yang berkaitan semasa menangani insiden yang berlaku dalam had sempadan penyelenggaraan Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan laluan trafik terhalang, ditutup atau mengalami kesesakan berpunca dari kemalangan major, tumpahan muatan/bahan berbahaya, kegagalan struktur/lebuh raya, ancaman bom/pengganas dan kebakaran jambatan/ kabel utiliti.

‘SIRIM GREEN 5-S (G5S) STANDARD’

LLM SERAH PELAN PENGURUSAN KRISIS JAMBATAN P.PINANG

Seramai 80 orang terdiri daripada warga LLM, wakil syarikat-syarikat konsesi dan kontraktor pembinaan telah menghadiri taklimat ini yang diadakan di Auditorium, LLM. Konsep atau pengiktirafan SIRIM G5S boleh dijadikan panduan kepada LLM untuk diambilkira sebelum pelaksanaan penswastaan projek-projek lebuhraya yang akan datang.

Page 7: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 7

rAWANG, 23 Jun - Majlis Perasmian Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) bertempat di Plaza Tol Taman Rimba Templer telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Lebuh raya LATAR merupakan lebuh raya terbaru yang menghubungkan pekan utama sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi iaitu kawasan Taman Rimba Templer di utara Kuala Lumpur ke Pekan Ijok di Kuala Selangor. Ia juga menghubungkan lebuh raya sedia ada iaitu Lebuhraya Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) dan Lebuhraya Pantai Barat (LPB) yang masih dalam perancangan.

Jajaran lebuh raya sepanjang 30 km ini merupakan laluan alternatif kepada Jalan Persekutuan sedia ada iaitu Jalan Kuala Selangor ke Sungai Buloh. Pengguna

LATAR DIBUKA lebuh raya ini dapat menjimatkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.

Dalam ucapan perasmian, Y.B. Menteri Kerja Raya mengucapkan tahniah kepada KL-Kuala Selangor Expressway Berhad di atas pencapaian menyiapkan projek ini lebih awal dari jadual.

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 7

Page 8: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

8 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

KAJANG, 30 Jun – Sepanjang tahun 2010 LLM telah menerbitkan sebanyak 17 buah garis panduan/panduan/manual. Satu majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna LLM untuk memperkenalkan secara rasmi garis panduan/ panduan/ manual LLM kepada semua pihak terutamanya syarikat konsesi,

MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN/ PANDUAN/ MANUAL TERBITAN LLM TAHUN 2010

KUALA LUMPUr, 25 Jun – Sempena 60 tahun penubuhan Kementerian Kerja Raya, satu Karnival Kerja Raya telah dianjurkan oleh KKR bertempat di Pusat Konvensyen CIDB. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Shaziman Bin Abu Mansor.

Pelbagai program yang diaturkan pada hari tersebut telah mendapat sambutan lebih daripada

KARNIVAL KERJA RAYA 2011 SEMPENA SAMBUTAN 60 TAHUN KKR3,000 warga kementerian, agensi di bawahnya dan syarikat-syarikat konsesi.

LLM telah menyertai acara kemuncak Karnival KKR iaitu Sajian 1 Malaysia yang telah diiktiraf sebagai sajian terbanyak di Malaysia oleh Malaysia “Book of Records”. Sebanyak seribu jenis sajian

masakan kaum-kaum utama di Malaysia telah disediakan oleh warga KKR.

Warga LLM juga terlibat dengan beberapa acara lain yang dianjurkan seperti pertandingan bola jaring, tenpin boling, karaoke dan sukaneka. LLM telah mendapat tempat

kedua bagi acara bola jaring dan karaoke. Secara keseluruhannya, karnival KKR telah berjaya mengeratkan silaturahim antara warga KKR dan syarikat-syarikat konsesi.

konsultan dan agensi yang berkaitan khususnya dalam industri lebuh raya. Pada majlis tersebut, Y. Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM juga telah menyampaikan penghargaan kepada ahli jawatankuasa kerja yang terlibat secara langsung dalam menyiapkan dokumen tersebut.

8 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Page 9: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 9

KAJANG, 25 Julai - Bengkel Kerja : Program Penswastaan Lebuhraya Tol, “Model Kewangan Yang Mampan, Berdaya Maju Serta Tidak Membebankan Kerajaan Dan Pengguna” merupakan lanjutan daripada bengkel kerja terdahulu iaitu Bengkel Kerja Penyelesaian Isu-Isu Tol yang telah diadakan pada 21 Jun 2010 di Persada PLUS.

Bengkel kerja selama dua hari ini bertempat di Auditorium, LLM telah dihadiri oleh seramai 85 orang. Ia bertujuan untuk membuka minda dan mencari satu formula penyelesaian kadar tol mampu bayar yang efektif yang tidak membebankan Kerajaan dan tidak merugikan syarikat konsesi di samping memberikan kebaikan kepada pengguna.

BENGKEL KERJA ISU TOL

KAJANG, 14 Julai - LLM buat pertama kalinya telah menganjurkan program “Jom Makan Durian” yang merupakan salah satu program nilai-nilai murni LLM bertujuan untuk mengeratkan ukhwah dan kemesraan di antara warga LLM. Sebanyak dua ribu biji durian telah dihidangkan kepada kakitangan yang hadir. Selain durian, beberapa jenis buah-buahan tempatan yang lain turut dinikmati pada majlis tersebut seperti buah rambutan dan manggis. Rata-rata warga LLM yang hadir begitu teruja dan berharap agar program seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa yang akan datang.

JOM MAKAN DURIAN

Page 10: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

10 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

10 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

KUALA SeLANGor, 19 Julai – Selaras dengan konsep 1Malaysia serta sebagai langkah mendekatkan LLM dan syarikat konsesi kepada masyarakat setempat, satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Bumbun telah dianjurkan.

Program CSR dengan kerjasama syarikat konsesi SKVE Holdings Sdn. Bhd. dan Muhibbah Engineering Sdn. Bhd. bertujuan memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah, tadika, warga miskin dan anak–anak yatim masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Bumbun. Sumbangan berbentuk wang tunai, peralatan sukan, alat bantuan mengajar serta barangan keperluan

CSR CERIAKAN MASYARAKAT ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUMBUN, PULAU CAREY

dapur telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail b. Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM. Selain itu, golongan mualaf dan asnaf di sekitar Pulau Carey turut menerima sumbangan wang zakat daripada Koperasi LLM Berhad.

Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kerja Raya, agensi Kerajaan Daerah Kuala Langat dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. Program seumpama ini secara tidak langsung membuka ruang kepada agensi kerajaan dan syarikat konsesi untuk menyalurkan sumbangan sosial kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk serta memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan lebih dekat.

10 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Page 11: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 11

KAJANG, 2 ogos – Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM telah menerima kunjungan pelatih-pelatih yang sedang menjalani Kursus Air Defence Management (ADM) dari Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), TUDM, Kuantan.

Lawatan yang disertai oleh 18 orang pelatih ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab serta peranan LLM di dalam pengurusan trafik lebuh raya.Taklimat telah disampaikan oleh En. Ahmad Idham b. Abd Wahab daripada Bahagian Kawalselia & Penyenggaraan.

PELATIH INSPRA LAWAT TMC LLM

MAJLIS BERBUKA PUASA KAJANG, 9 ogos – Sempena bulan Ramadhan 1432 Hijrah, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Dewan Serbaguna LLM disertai oleh Warga LLM, termasuk Ahli-ahli Lembaga LLM dan wakil-wakil dari syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Majlis ini juga meraikan seramai 20 orang anak-anak yatim dari Pondok Bustanul Arifin, Kampung Labuhan Dagang, Banting Selangor. Anak-anak yatim yang diraikan telah menerima sumbangan wang tunai dan zakat dari Koperasi LLM Berhad yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Syed Jamal bin Syed Jaafar, Pengerusi LLM.

LLM mengadakan majlis berbuka puasa ini pada setiap tahun bertujuan memupuk semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja LLM dan Syarikat konsesi.

Majlis seumpama ini turut diadakan di pejabat-pejabat wilayah LLM. Majlis berbuka puasa Pejabat Wilayah Utara yang telah diadakan pada 11 Ogos 2011 turut merai dan menyerahkan wang zakat kepada 30 orang anak yatim dari Madrasah Tahfizul Quranul Karim, Baitul Irfan.

Sementara itu, Pejabat Wilayah Selatan juga telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 19 Ogos 2011 manakala Pejabat Wilayah Timur pada 22 Ogos 2011. Majlis ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan LLM.

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 11

Page 12: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

12 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

KEMPEN KESELAMATAN SEMPENA AIDILFITRIrAWANG, 18 ogos – Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Peringkat Kementerian Kerja Raya sempena Sambutan Aidilfitri 2011 bertempat di Plaza Tol Lagong (Arah Utara) Lebuhraya Guthrie telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Kempen yang diadakan ini adalah usaha pihak Kerajaan dalam memberi kesedaran secara berterusan kepada para pengguna lebuh raya untuk mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan pemanduan di lebuh raya.

Statistik kemalangan di lebuh raya menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kemalangan maut di seluruh negara pada setiap tahun. Justeru, KKR dan LLM mengambil inisiatif yang berterusan dalam memperbaiki dan menaiktaraf jalan-jalan yang merbahaya termasuk kerja-kerja pembaikan di lokasi blackspot untuk keselamatan dan keselesaan pemanduan.

Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menyeru supaya pengguna lebuh raya sentiasa menyokong usaha-usaha Kerajaan dengan mempraktikkan pemanduan berhemat semasa memandu supaya kemalangan dapat dielakkan. YB Menteri juga mengingatkan pengguna supaya mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan agar segala usaha dan kempen-kempen Kerajaan untuk mengatasi masalah ini tidak sia-sia.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan pemberian diskaun dan rebat tol sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2011 oleh 24 buah lebuh raya di seluruh negara sebanyak antara 5% hingga 37.5% pada 30 dan 31 Ogos 2011.

Peraduan “Jom SMS” yang terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah berusia 7 hingga 15 tahun turut dilancarkan mulai 18 Ogos hingga 5 September 2011 bagi mendapatkan SMS bertemakan keselamatan jalan raya yang paling kreatif. Lima SMS terbaik harian dipaparkan di semua papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya. Pemenang SMS terbaik harian juga berpeluang memenangi tiga hadiah utama selepas tamat tempoh peraduan.

12 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Page 13: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 13

SUBANG JAYA, 23 ogos – Program 3 Serangkai LITRAK iaitu Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster 1Malaysia, Majlis Amal Ramadhan dan Kempen Keselamatan Balik Kampung telah diadakan di Kompleks Operasi Litrak di Bandar Sunway.

Sempena penganjuran majlis tersebut, LITRAK telah menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM10,000 kepada 16 orang pemenang Pertandingan Melukis Poster 1Malaysia. Pada majlis yang sama juga, seramai 50 orang anak-anak dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih telah menerima sumbangan berupa duit raya dan hamper.

Sementara itu, LITRAK juga melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2011 dengan memfokuskan kempen keselamatan kepada penunggang motorsikal.

PROGRAM 3 SERANGKAI LITRAK Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Hj Ismail bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM, antaranya turut dihadiri oleh Tuan ACP Zainal Rashid bin Hj Abu Bakar, Ketua Polis Daerah SubangJaya dan Tuan Hj Yusoff Daud, Pengarah Eksekutif LITRAK.

Program 3 Serangkai LITRAK kemudiannya diakhiri dengan jamuan berbuka puasa bersama tetamu-tetamu dan kakitangan LITRAK.

KUANtAN, 22 ogos – Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, (LPT2) telah dibuka kepada pengguna bagi laluan dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpanan Ajil sejauh 42.4 km yang dibina di bawah pengawasan LLM.

Pembukaan laluan ini telah memberi kelegaan dan manfaat kepada pengguna lebuh raya yang mana ianya dapat memendekkan masa perjalanan dari 40 minit ke 25 minit sahaja. Pembukaan lebuh raya ini juga diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 2 DIBUKAraya berbanding di jalan-jalan biasa. Di samping itu, para pengguna dapat menikmati kemudahan lebuh raya secara percuma sehingga kadar tol diumumkan oleh pihak Kerajaan kelak.

Majlis pelancaran pembukaan lebuh raya ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Saleh Bin Santhiman Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LLM di Plaza Tol Ajil bersama wakil dari Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan MTD Capital Sdn. Bhd..

Page 14: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

14 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

LLMBuletin

LLMBuletin

INFO KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAANDeFINISI PeNYAKIt PeKerJAAN

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja.

JeNIS-JeNIS PeNYAKIt PeKerJAAN MeNGIKUt orGAN SASArAN

i. Penyakit Paru Paru Pekerjaanii. Penyakit Kulit Pekerjaan iii. Penyakit Otot Rangkaiv. Penyakit Sistem Kardiovaskularv. Penyakit Sistem Pembiakanvi. Penyakit Sistem Saraf Pusatvii. Penyakit Berkaitan Bangunan viii. Penyakit Hatiix. Penyakit Psikiatri / Gangguan Kesihatan Mentalx. Penyakit Kanser Pekerjaan xi. Penyakit Ginjal

JeNIS-JeNIS PeNYAKIt PeKerJAAN MeNGIKUt AGeN PeNYeBAB

i. Logamii. Gasiii. Pelarutiv. Racun Serangga / herba /roden / kulatv. Hilang Pendengaran Akibat Kebisinganvi. Gegaranvii. Suhuviii. Radiasiix. Tekanan (Hiperbarik dan hipobarik) x. Agen berjangkit / Penyakit Pekerjaan Berjangkit

JeNIS-JeNIS hAZAD PeKerJAAN

i. Hazad fizikal a. Suhu terlampau sejuk/panas

b. Mekanikal c. Gegarand. Kebisingane. Elektrikalf. Radiasig. Tekanan rendah/tinggi h. Pencahayaan

ii. Hazad kimia a. Asid / alkali

b. Pelarutc. Bahan disinfeksid. Gas anastasia e. Ubat sitotoksik

iii. Hazad biologikal a. Virus

b. Bakteria c. Protozoa d. Kulate. Plasmodium

iv. Hazad ergonomika. Pergerakan berulangb. Tiada pergerakan c. Mengangkat beband. Kecederaan otot rangkae. Unit Paparan Visual

v. Hazad Psikososiala. Stress pekerjaanb. Depresi, kerisauanc. Ketagihan dadah / ubatd. Penderaan seksual

14 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Page 15: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

LLMBuletin

LLMBuletin

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 15

Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor Bagi Kategori Maut Sehingga Ogos 2011 ( Disiasat )

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Pengilangan

Bilangan Mangsa

Perlombongan Dan Kuari

Pembinaan

Pertanian, PerhutananDan Perikanan

Kemudahan

Pengangkutan, PenyimpananDan Komunikasi

Perdagangan BorongDan Runcit

Hotel Dan Restoran

Kewangan, Insurans, Hartanah DanPerkhidmatan Perniagaan

Perkhidmatan Awam Dan PihakBerkuasa Berkanun 1

5

1

0

3

3

17

24

27

2

PPPeeeennnnngigiiig lllaaannnggggggggggggaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnn

BiBiBiBiBiBiBBiiBB lalalalaalalaaaallaaangngngngngngngngnggnnggggggggggananananaaanananananannannnaaaa MMM MMMM MMM MMMMMaaanannnnnngsa

Peeeerlomboonngaaaaaannnnnn DDDDDDaaaaaaaaaaaaannnnnn KKKKKKKKKuuuuuuuuuuaaaaaaaririririrrirr

PPPembinnnaaaaa n

Pertanian, PerhhhutananDDDDaan Peeerikanan

KKKemuddahan

Dan Komunnnikasi 3

3

177

242424424

27272722

22

Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos • 15 Sumber: Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Page 16: LAtAr - Lembaga Lebuhraya Malaysia · Bandar Sri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel : 03-9173 9249 Fax : 03-9173 9250 tAJUK M/S 1. Pelajar Politeknik Kota Bharu Melawat LLM 3 2. LLM

LLMBuletin

16 • Buletin LLM • Edisi Mei - Ogos

Foto Perkahwinan

En Mohd Azlan Bin Zaidin &Sabariah Bt Mohamad Basir

23 Julai 2011

En Mohd Firdaus Bin Abd. Aziz & Roselinda Aida Bt Mohd Mokhtar

4 Jun 2011

En. Mohd Al-Qayyum Bin Yusof & Nurhayatie Bt Kamaruzzaman

28 Mei 2011

Pn Noor Fuziah Bt. IsmailMohd Bin Usop

08 Julai 2011

BULETIN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA

BULETIN LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA

Majlis Dialog Pegawai Gred 41-48 bersama Y. Bhg, Dato’ Ketua Pengarah

• 4 Mei 2011 Auditorium LLM

Majlis Penyerahan

Hamper Kepada

Petugas-Petugas TMC

Sempena Hari Raya

Aidilfitri

• 23 Ogos 2011

Auditorium TMC

Jom Guna Touch ‘n Go •14 Julai 2011• Lebuhraya Damansara-Puchong