Latihan juruwang

26
CASHIER TRAINING

description

Maklumat asas latihan juruwang. Moga dapat membantu sesiapa yang memerlukan maklumat seperti ini.

Transcript of Latihan juruwang

Page 1: Latihan juruwang

CASHIER TRAINING

Page 2: Latihan juruwang

Kandungan

• Definisi dan Peranan Juruwang

• Ciri-Ciri Juruwang

• SOP Juruwang

• Isu-Isu Lain (Open Discussion)

Page 3: Latihan juruwang

Definisi & Peranan Juruwang

Page 4: Latihan juruwang

Siapakah Juruwang?

Juruwang ialah orang yang berurusan secara terus

dengan pelanggan berhubung dengan

pembayaran barangan di kaunter pembayaran. Ini termasuk menerima dan

membayar wang.

Page 5: Latihan juruwang

Ciri-Ciri Juruwang

1. Berkomunikasi2. Mesra Pelanggan3. Memahami4. Kemampuan Berfikir5. Penampilan Baik6. Jujur & Amanah7. Teliti8. Cepat Belajar

Page 6: Latihan juruwang

Berkomunikasi

Komunikasi adalah proses pertukaran informasi antara individu atau berkumpulan. Proses tersebut membuat seseorang berusaha untuk menyampaikan pemikiran, maksud dan tujuan dengan jelas.

Juruwang yang bagus adalah juruwang yang mampu berkomunikasi dengan baik dan menjalankan tugas mengikut prosedur dan mekanisme/proses kerja yang telah ditetapkan.

Cara menjadi komunikator yang baik:

i) Tahu apa yang ingin disampaikanii) Tahu bagaimana cara menyampaikaniii) Mendengariv) Mencapai kesepakatan

Page 7: Latihan juruwang

Mesra Pelanggan

Mesra Pelanggan adalah perilaku tanpa menunjukkan ancaman terhadap orang lain atau perilaku yang menunjukkan kebaikan terhadap orang lain.

Mesra Pelanggan dalam berinteraksi dengan pelanggan.

Mesra Pelanggan menunjukkan semangat untuk melayani dan menbantu pelanggan untuk mencapai dan memenuhi keperluannya.

Mewujudkan suasana kerja yang selesa dan kondusif

Mesra Pelanggan boleh dilakukan dengan senyuman yang ikhlas.

Page 8: Latihan juruwang

Memahami

Memahami persoalan, proses kerja dan transaksi.

Memahami bererti mampu melihat sesuatu secara mendalam dan memikirkan kesannya terhadap perniagaan dan kepentingan syarikat

Juruwang yang baik mampu melihat sesuatu persoalan secara mandalam, memikirkan aspek pelanggan, kepentingan perniagaan dan syarikat dalam mengambil tindakan atau keputusan.

Page 9: Latihan juruwang

Kemampuan Berfikir

Kemampuan berfikir secara mendalam perlu dalam memahami dan melakukan sesuatu tindakan.

Juruwang harus mempunyai kelakuan berfikir yang logik dalam menjalankan pekerjaaannya. Hal ini penting dalam menangani pelbagai isu yang ada dalam pekerjaannya.

Page 10: Latihan juruwang

Berpenampilan Baik

Juruwang adalah pekarja yang selalu berhubung dengan pihak luar seperti pelanggan dan pembekal.

Dalam beberapa keadaan, juruwang dikehendaki berhubung terus dengan pihak luar seperti pembekal, pelanggan dan pihak lain.

Sebagai seorang wakil stor, penampilan juruwang mencerminkan imej perniagaan/syarikat yang diwakilinya.

Page 11: Latihan juruwang

Jujur dan Amanah

Kepercayaan adalah hal yang penting dalam menjalankan fungsi sebagai seorang juruwang.

Untuk dapat dipercayai, juruwang harus:

a. Menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab dan amanah

b. Mejalankan semua transaksi dengan jujur

c. Menjaga integriti sepanjang tugasnyad. Menghindarkan diri dari tindakan/hal

yang dapat merosakkan integritinya

Page 12: Latihan juruwang

Teliti

Juruwang dituntut untuk menjalankan semua tugasnya dengan hati-hati dan teliti:

o Melakukan pengiraan wang yang diberikan atau diterima

o Melakukan pekerjaan dengan fokus (tidak sambil lewa)

Page 13: Latihan juruwang

Cepat Belajar

Industri dan teknologi peruncitan pasar mini berkembang dengan pesat.

Mampu menyesuai diri dengan cepat terhadap perubahan industri adalah penting.

Juruwang harus dapat menyesuai-diri, mengemaskini pengetahuan dengan cepat dalam menjalankan fungsinya.

Page 14: Latihan juruwang

Peranan Juruwang

1. Melakukan transaksi2. Perkhidmatan Pelanggan3. Kawalan Dalaman4. Pelaporan

Page 15: Latihan juruwang

Melakukan Transaksi

Juruwang berperanan dalam memastikan transaksi dilakukan dengan tepat dan benar.

i) Transaksi yang sahii) Pengeluaran resitiii)Urusniaga dilakukan dengan tepat

Page 16: Latihan juruwang

Kawalan Dalaman

Memeriksa dokumen

Memeriksa persetujuan bayar (kad kredit/debit)

Memastikan kesediaan dana untuk kaunter mencukupi.

Page 17: Latihan juruwang

Perkhidmatan Pelanggan

Pelanggan : ‘internal & ‘external’

Fokus kepada kepuasan pelanggan

Ucapan “selamat pagi”, “selamat datang”, atau “hello”, terima kasih.

Page 18: Latihan juruwang

Sila lapur dan rekod.

Kehilangan wang (shortage)

Kelebihan Wang (excess)

Jumlah jualan harian/mingguan/bulanan

Lain lain

Page 19: Latihan juruwang

SOPJURUWANG

Page 20: Latihan juruwang

Umum

Memastikan mengikut jam kerja:- Syif pagi: 8.00pagi hingga 5.00 petang- Syif petang: 2.30petang hingga 11.30

malam

Mengemas dan menjaga kelengkapan stor, termasuk komputer, kaunter dan lain lain.

Page 21: Latihan juruwang

Isu-isu lain(open discussion)

Page 22: Latihan juruwang

Penerimaan Wang

Memastikan bahawa setiap transaksi wang menggunakan resit standard stor cetakan system.

Memeriksa dengan teliti wang yang diterima agar terhindar dari wang palsu.

Melakukan perhitungan fizikal wang yang diterima dan semak dengan jumlah yang tertera di resit.

Memberikan bukti pencetakan penerimaan wang kepada pelanggan, meminta pelanggan menandatanganinya (jika melibatkan kad kredit).

Page 23: Latihan juruwang

Pencatatan & Penyimpanan Wang

Mencatat setiap transaksi penerimaan dan pengeluaran wang pada hari yang sama transaksi dilakukan.

Memastikan wang yang berada si kaunter tidak melebihi had maksimum yang dibenarkan (RM300 float).

Wang (atau cash float) yang berada di dalam kaunter harus dilindungi dari kemungkinan kecurian atau penyalahgunaan:

i) Setiap juruwang diberikan satu kata laluan. Rahsiakan kata laluan tersebut.

ii) Mengunci laci kaunter pada waktu rehat ataupun masa ingin beredar dari kaunter.

iii) Tidak mengizinkan pihak yang tidak berkaitan masuk ke ruangan kaunter.

Page 24: Latihan juruwang

iv) Melakukan perhitungan wang setiap akhir hari dan membuat laporan harian, termasuk jualan dari kad kredit.

v) Apabila terdapat ‘short’ atau ‘excess’, Juruwang

haruslah melaporkannya kepada Pengurus Stor pada hari yang sama.

vi) Semasa pertukaran syif, Juruwang haruslah melakukan perhitungan wang yang akan diserahkan kepada atau diterima daripada Juruwang seterusnya .

Page 25: Latihan juruwang

Wang Palsu

Apabila Juruwang dikemukakan dengan wang palsu, Juruwang haruslah:

o Dilarang menerima dan menggunakannya untuk transaksi seterusnya.

o Mencatat wang palsu itu sebagai wang rosak/palsu.

o Membuat laporan wang palsu kepada Pengurus Stor.

Page 26: Latihan juruwang

Kerahsiaan Transaksi

Menjaga kerahsiaan transaksi dengan cara tidak memberikan informasi yang berkait dengan kos dan lain lain, contohnya:

• Jumlah jualan harian/mingguan/bulanan kepada pihak luar.

• Nombor kad kredit pelanggan atau nombor transaksi kepada orang lain.