Latihan Membaca Dan Memahani Berita 2

4
Latihan Membaca dan Memahani Berita 2 Polis Selangor memburu dalang kes culik wanita warga Sri Lanka SHAH ALAM: Polis Selangor sedang memburu seorang lelaki warga Sri Lanka yang dipercayai dalang kes culik wanita senegara dalam kejadian di depan kuil di Batu Caves, Ahad lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai ejen pembantu rumah yang dipercayai membawa masuk wanita tersebut ke negara ini. Wanita berusia 20 tahun itu bukan pelajar seperti yang dilaporkan oleh media, tetapi datang ke negara ini kerana dijanjikan pekerjaan oleh suspek, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Katanya wanita tersebut diculik oleh empat orang lelaki selepas datang ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan ejen berkenaan bagi mendapatkan semula visanya yang disimpan oleh lelaki itu. Siasatan mendapati bahawa ejen itu melarikan mangsa bagi menuntut wang 100,000 rupee (kira-kira RM8,500) iaitu kerugian yang didakwa ditanggung oleh suspek apabila wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah berkenaan melarikan diri daripada majikan, katanya. Mohd Shukri berkata wanita yang sudah dua tahun berada di negara ini diselamatkan oleh polis awal pagi semalam dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Wangsa Maju. Polis juga menahan seorang lelaki warga India dalam serbuan itu dan memberkas dua orang lagi lelaki warga Sri Lanka dalam serbuan susulan di sebuah rumah di Batu Caves, katanya. Ketiga-tiga orang lelaki itu direman sehingga 12 Mac dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Akta Imigresen 1959 kerana tiada permit masuk sah.

Transcript of Latihan Membaca Dan Memahani Berita 2

Page 1: Latihan Membaca Dan Memahani Berita 2

Latihan Membaca dan Memahani Berita 2

Polis Selangor memburu dalang kes culik wanita warga Sri Lanka SHAH ALAM: Polis Selangor sedang memburu seorang lelaki warga Sri Lanka yang dipercayai dalang kes culik wanita senegara dalam kejadian di depan kuil di Batu Caves, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai ejen pembantu rumah yang dipercayai membawa masuk wanita tersebut ke negara ini.

Wanita berusia 20 tahun itu bukan pelajar seperti yang dilaporkan oleh media, tetapi datang ke negara ini kerana dijanjikan pekerjaan oleh suspek, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya wanita tersebut diculik oleh empat orang lelaki selepas datang ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan ejen berkenaan bagi mendapatkan semula visanya yang disimpan oleh lelaki itu.

Siasatan mendapati bahawa ejen itu melarikan mangsa bagi menuntut wang 100,000 rupee (kira-kira RM8,500) iaitu kerugian yang didakwa ditanggung oleh suspek apabila wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah berkenaan melarikan diri daripada majikan, katanya.

Mohd Shukri berkata wanita yang sudah dua tahun berada di negara ini diselamatkan oleh polis awal pagi semalam dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Wangsa Maju.

Polis juga menahan seorang lelaki warga India dalam serbuan itu dan memberkas dua orang lagi lelaki warga Sri Lanka dalam serbuan susulan di sebuah rumah di Batu Caves, katanya. Ketiga-tiga orang lelaki itu direman sehingga 12 Mac dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Akta Imigresen 1959 kerana tiada permit masuk sah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri berkata bahawa Kedutaan Indonesia mengesahkan pembantu rumah yang dipercayai membunuh diri selepas mengelar sehingga mati dua orang anak majikannya dalam kejadian di Taman Sri Putra, Sungai Buloh, sebagai rakyat republik itu.

Sehubungan dengan itu, polis meminta rakan-rakan wanita terbabit tampil menyalurkan maklumat berhubung dengan pembantu rumah yang dikenali sebagai Agnes, berusia sekitar 30-an, bagi melengkapkan siasatan.

Dalam kejadian Selasa lepas, Melvin Selvam Joseph, 18 bulan, dan abang tirinya Koay Jia Hong, 5, ditemui mati dengan kesan kelar di leher, dipercayai dilakukan pembantu rumah itu. – BERNAMA

Page 2: Latihan Membaca Dan Memahani Berita 2

LatihanA Berikan maksud kata-kata yang berikut:a) culik = _____________________________________________________________________b) dalang=____________________________________________________________________c) suspek=_____________________________________________________________________d) sidang=_____________________________________________________________________e) memberkas=_________________________________________________________________f) direman=____________________________________________________________________g) mengelar=___________________________________________________________________

B Jawab soalan-soalan yang berikut:a) Dari manakah asalnya wanita yang diculik dalam berita di atas?

___________________________________________________________________________

b) Bagaimanakah wanita itu diculik?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

c) Berapa orangkah yang terlibat dalam kes culik tersebut?_____________________________________________________________________________

d) Sebut dua kesalahan mereka yang diberkas oleh polis itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

e) Apakah yang terjadi kepada pembantu rumah Indonesia yang mengelar dua orang anak majikannya itu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________