Lembaran Kerja 090912 ; Budi Bahasa Budaya Kita
-
Upload
halimahtun-saadiah -
Category
Documents
-
view
39 -
download
2
description
Transcript of Lembaran Kerja 090912 ; Budi Bahasa Budaya Kita
Pantun Budi Bahasa
Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup subur di tengah laman,
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.
Indah buatannya cincin suasa,
Disimpan pula di dalam peti,
Kalau kita berbudi bahasa,
Mulia di mata indah di hati.
Dayung sampan membawa padi,
Guni dipikul pemuda sasa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Gembira terasa pabila berjalan,
Singgah di kota membeli barang,
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.
Anak Cik Siti menjual pantun,
Pantun dibeli si anak nyonya,
Baik hati bersopan santun,
Itulah insan mulia hatinya.
Pantun Budi Bahasa
Rendang sungguh pohon kelapa,
Hidup subur di tengah laman,
Sopan kata jangan dilupa,
Budi yang elok kita amalkan.
Indah buatannya cincin suasa,
Disimpan pula di dalam peti,
Kalau kita berbudi bahasa,
Mulia di mata indah di hati.
Dayung sampan membawa padi,
Guni dipikul pemuda sasa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.
Gembira terasa pabila berjalan,
Singgah di kota membeli barang,
Budi bahasa jadikan amalan,
Barulah kita dihormati orang.
Anak Cik Siti menjual pantun,
Pantun dibeli si anak nyonya,
Baik hati bersopan santun,
Itulah insan mulia hatinya.
ADIBA
Selamat pagi, hai Cristiano, Ronaldo! Selamat datang ke Kampung Bukit Awi.
Ini sahabat karib saya, Keshvnie dan Queenie.
RONALDO
Selamat pagi, hai Adiba, Keshvnie dan Queenie. Kami sungguh gembira kerana dapat berkunjung ke Malaysia.
Udara nyaman, masyarakatnya peramah.
KESHVNIE
Wah, pandainya saudara berbahasa Melayu! Saya pun masih tidak fasih berbahasa Melayu seperti saudara
walaupun saya dilahirkan di Malaysia.
CRISTIANO
Kami mengambil kursus Bahasa Melayu di negara kami. Lagipun kami memang
berminat untuk mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Malaysia.
QUEENIE
Oh, begitu! Patutlah saudara berdua fasih berbahasa Melayu. Cara
pemakaian saudara juga memang sesuai berada di Malaysia. Nampaknya saudara berdua betul-betul mendalami
bahasa dan budaya Malaysia.
SHAHIRAH
Masyarakat Malaysia memang unik. Walau di mana-mana sahaja mereka berada, mereka pasti akan berbudi
bahasa dan berperketi mulia. Sebagai contoh, mereka bertiga inilah.
Shahirah pulang ke tanah air untuk menghabiskan cuti semesterya. Dia mengajak kawannya yang berasal daripada England iaitu Ronaldo dan Cristiano untuk menetap di Kampung Bukit Awi. Mereka diperkenalkan dengan adik Shahirah iaitu Adiba dan rakan-rakannya.
Ronaldo dan Cristiano dibawa oleh Shahiran ke rumah Tuk Penghulu untuk menceritakan dengan lebih lanjut tentang masyarakat Malaysia yang menjadikan budi bahasa sebagai budaya.