Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

16
Bincangkan peranan Leopold Von Ranke dalam pensejarahan Barat moden terutamanya dalam pendekatan penulisan beliau. 01. Pendahuluan Leopold von Ranke merupakan seorang sejarahwan barat yang dilahirkan pada tahun 1795[1] Kehebatan beliau terserlah dengan penglibatan aktifnya dalam kajian arkib yang dihasilkan dalam History of the Latin and Teutonic Nations, 1495 – 1535, pada tahun 1824. Ini telah meletakkan nama beliau sebagai seorang sejarahwan yang unggul pada masa tersebut kerana hasil kerja beliau yang menjadikan penulisan sejarah tersebut dalam bentuk seperti ia benar-benar terjadi. Ia telah menjadi vitae untuk beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah di Universiti Berlin . Kemudian beliau merantau untuk mengkaji selama tiga tahun di Vienna , Florence , Rome dan Venice . Kemudian beliau telah menerbitkan hasil-hasil kerja beliau seperti The conspiracy against Venice (1831), History of Germany during the Reformation (1839-1847) dan History of Prussia (1847-1848)[2] .

description

Leoppold Van Ranke Dalam Sejarah Barat Moden

Transcript of Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Page 1: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Bincangkan peranan Leopold Von Ranke dalam pensejarahan Barat moden

terutamanya dalam pendekatan penulisan beliau.

 

01. Pendahuluan

 Leopold von Ranke merupakan seorang sejarahwan barat yang dilahirkan pada tahun

1795[1] Kehebatan beliau terserlah dengan penglibatan aktifnya dalam kajian arkib yang

dihasilkan dalam History of the Latin and Teutonic Nations, 1495 – 1535, pada tahun

1824. Ini telah meletakkan nama beliau sebagai seorang sejarahwan yang unggul pada

masa tersebut kerana hasil kerja beliau yang menjadikan penulisan sejarah tersebut dalam

bentuk seperti ia benar-benar terjadi. Ia telah menjadi vitae untuk beliau dilantik sebagai

Profesor Sejarah di Universiti Berlin . Kemudian beliau merantau untuk mengkaji selama

tiga tahun di Vienna , Florence , Rome dan Venice . Kemudian beliau telah menerbitkan

hasil-hasil kerja beliau seperti The conspiracy against Venice (1831), History of Germany

during the Reformation (1839-1847) dan History of Prussia (1847-1848)[2].

 02. Idea dan Sumbangan

Beliau telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada dunia pensejarahan di

mana beliau telah mula menggunakan pendekatan individuality dan development dalam

sejarah. Menurut Friedrich Meinecke (1965) memberi pujian kepada Leopold von Ranke

sebagai historicisme yang unggul[3]. Bagi beliau, setiap pengkisahan sejarah sama ada

tentang sesuatu fenomena, kejadian atau epoch mempunyai keindividulannya yang

tersendiri.

Page 2: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Beliau menegaskan ahli sejarah bertanggungjawab untuk menyatakan isi

kandungan sejarah berkenaan berdasarkan sifat keindividualan tersebut. Untuk itu beliau

mencadangkan agar sejarahwan menyerapkan dirinya seolah-olah beliau berada dalam

peristiwa tersebut dan menilai kejadian tersebut bersesuaian dengan masa berlakunya

peristiwa berkenaan.[4] Mereka seharusnya menggunakan personaliti mereka yang

tersendiri.  

Bagi beliau, dalam pengkaedahan sejarah mengandungi makna dan keselarian

dalam sejarah itu sendiri. Beliau juga berpandangan bahawa institusi politik sesebuah

kerajaan mempunyai tekanan moral mereka tersendiri dan ianya berbeza daripada

kerajaan yang lain. Seterusnya beliau menolak pandangan yang mengecilkan

pengkaedahan sejarah dengan membuat satu generalisasi bagi setiap kejadian atau

peristiwa. Sejarahwan harus memulakan penulisan secara individual kepada umum dan

bukan sebaliknya[5], dan ianya harus bermula dengan laluan yang membolehkan

pembaca memahami tekanan-tekanan moral yang dimenifestasikan dalam pensejarahan

berkenaan.

 

Page 3: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Melalui seminar-seminar di University of Berlin , Ranke telah meletakkan satu

model untuk melatih ahli-ahli sejarah dengan kaedah kajian yang sistematik dan

kritikal[6] di mana, bagi beliau, sejarah telahpun menjadi satu disiplin ilmu yang

professional. Di sini Ranke telah memberi satu sumbangan yang besar  kepada

bermulanya sejarah moden dan seringkali dirujuk sebagai Bapa Sekolah Sejarah

Saintifik.[7] Di sinilah bermulanya  prinsip pengkaedahan kajian arkib dan kritikan

sumber pengkaedahan sejarah dan menjadi popular di institusi-institusi ilmiah yang lain.

[8]

  Satu contoh yang ketara adalah dalam penulisan beliau History of England (1875)

berkenaan dengan sejarah Ireland . Beliau telah mula lari daripada kebiasaan penulis

sejarah British yang lain yang tidak menggunakan sumber Gaelic di mana beliau telah

menggunakan sumber-sumber sepenuhnya. Beliau telah meminta kenalan-kenalan dan

saudara-saudaranya mencari. Terdapat juga sumber-sumber Gaelic yang beliau minta

diterjemahkan untuk kegunaannya[9].

Begitu juga dengan perjalanan beliau ke England dan Ireland pada tahun 1865

untuk melengkapkan penulisan History of England tersebut tentang “sejarah sebenar”

England.  Ini disebabkan beliau telah menemui sebuah manuskrip terbaru yang berada

dalam koleksi Sir Thomas Philipps[10] di mana manuskrip tersebut sangat bermakna

dalam penulisan History of England . Selain daripada itu, akaun Count Lauzun turut

menjadi satu sumber utama yang tidak dapat diketepikan oleh Ranke dalam penulisan

sejarah mengenai Ireland[11]. Sumbangan tersebut sangat bernilai kepada sejarah barat

Page 4: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

moden dan kepujian harus diberikan kepada beliau di atas ketelitian beliau dan usaha

beliau itu.  Selain daripada mencari kebenaran yang hakiki, sumber-sumber utama

merupakan data yang sangat dipentingkan oleh Ranke, dan sumber-sumber yang

diperolehi beliau biasanya sangat berguna kerana nilai sejarah yang ada pada sumber

tersebut.

 Penulisan Ranke digarap daripada pelbagai sumber yang begitu meluas daripada

sumber-sumber utama hingga sumber-sumber sokongan, kesusasteraan dan termasuk

juga sumber dari perbualan. Penulisan beliau History of Serbia[12] merupakan satu

contoh terbaik di mana sejarah  menggunakan kaedah lisan di mana ahli sejarah Serbia,

Wuk, menjadi sumber Ranke yang ditemubual sebagai sumber yang mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi dan ketepatan yang jitu. Wuk dijadikan sumber kerana

sejarah di Serbia pada masa itu cuma boleh diajar secara lisan. Sejarah revolusi Serbia itu

juga ditulis oleh beliau menggunakan sumber puisi dan lagu-lagu rakyat. Terjemahan

buku tersebut dalam bahasa Inggeris juga masih kekal sehingga awal 1990an tentang

sejarah Serbia di dunia barat [13].

 Leopold von Ranke, sebagai sejarahwan unggul barat moden, tidak terlepas

daripada kritikan-kritikan oleh sejarahwan-sejarahwan terkemudian. Mommsen (1954)

dan Vierhaus (1957) mengkritik Ranke sebagai sejarahwan yang menulis berfokus

kepada sejarah politik dan sejarah kuasa-kuasa besar. Namun begitu Ranke sebenarnya

menulis sejarah yang turut memberi tumpuan kepada sejarah budaya juga. Dalam buku-

bukunya yang tertentu, sejarah budaya ditulis secara sepintas lalu sahaja, tetapi terdapat

Page 5: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

penerbitannya yang mengkhususkan bab-bab tertentu untuk ruang sejarah budaya seperti

kesusasteraan. History of England contohnya, meluangkan satu bab penuh tentang

kesusasteraan semasa pemerintahan Queen Elizabeth I[14].

           A.G. Dickens (1980) pula menggambarkan Ranke sebagai Sejarahwan

Reformis. Di dalam analisis beliau, Ranke dikaitkan dengan agama sebelum beliau

membincangkan buku Ranke yang bertajuk History of the Reformation in Germany dan

Peasant’s Revolt. Beliau membuat kesimpulan bahawa Ranke telah menyalin kerja-kerja

terawal tentang reformasi sahaja tidak lebih daripada itu. Beliau juga tidak bersetuju

gelaran bapa sekolah sejarah saintifik diberikan kepada Ranke di atas kerja-kerjanya itu

sepertimana katanya ‘a good deal has been written concerning philosophy of history, but

personally I cannot see that he possessed any mental contraption which deserved so

grandiose a title’[15] ..

             Ranke juga memberi dimensi baru dalam penulisan sejarah apabila beliau

membrikan focus kepada golongan yang ditekan. Dalam bukunya History of Serbia,

beliau menyatakan “ Golongan yang tertekan juga mempunyai sejarah mereka”[16].

Sikapnya yang menyokong golongan bawahan ini menyebabkan beliau dikritik sebagai

seorang yang menyokong mazhab tertentu dalam Kristian. Ranke merupakan seorang

penganut Protestan yang kuat. Ranke juga dikritik kerana memberi penekanan yang berat

sebelah kepada sejarah orang-orang England dan sejarah orang-orang Ireland .

           

Page 6: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

  Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang menarik tentang penulisan Ranke

mengenai istilah “bangsa”. Beliau mengistilahkan bangsa mengikut negeri. Bagi

mentafsir bangsa masyarakat Ireland , “bangsa” yang digunakan oleh Ranke bukan sahaja

bermaksud perpaduan rakyat, tetapi secara lebih menyeluruhnya beliau berpendapat

perpaduan melibatkan negeri dan Gereja Katolik. Beliau menyatakan dalam History of

England, bahawa “perpaduan rakyatnya, berkongsi ajaran Katolik dan tradisi dan

pulaunya sebagai sempadan, adalah merupakan satu bangsa.”[17] Ini bertentangan

dengan pandangan beberapa sarjana sejarah yang lebih awal yang melihat bangsa

melibatkan perpaduan rakyat bukannya perpaduan sesebuah negeri.

             Dalam buku Thirty Years’ War in Germany yang diterbitkan pada tahun 1874,

Ranke secara kritis  mendefinisikan bangsa Jerman, ketika di bawah Bismark, sebagai

sebuah bangsa yang menuturkan bahasa yang sama dan mempunyai tradisi yang serupa.

[18] Ranke turut menulis tentang sejarah negara-negara Eropah yang lain selain Jerman.

Penulisan sejarah beliau menimbulkan kesedaran kepada sejarahwan-sejarahwan tentang

sejarah negara-negara mereka sendiri. Dengan itu satu jaringan cendekiawan peringkat

antarabangsa terbentuk secara tersendirinya. Jaringan tersebut mengandungi ramai sarja-

sarjana Eropah dan mereka yang terlibat dengan penerbitan jurnal-jurnal sejarah. Dengan

itu wujud satu ruang pertukaran maklumat sesama sarjana Eropah tentang sejarah

Eropah... Namun begitu, Ranke berpendapat pertukaran maklumat secara bebas adalah

diperlukan kerana ia membantu mengembangkan sejarah itu sendiri.[19]

          

  

Page 7: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Dalam penulisan beliau tentang sesebuah revolusi, beliau sangat percaya bahawa

revolusi tidak harus dilaksanakan secara ganas kerana beliau percaya tentang “struktur

semulajadi” ciptaan Tuhan.[20] Beliau juga mempunyai kepercayaan yang kuat tentang

emansipasi wanita. Ranke sentiasa percaya kepada kepentingan pendidikan kepada

wanita. Keyakinan beliau mungkin berpengaruh daripada isteri beliau yang mempunyai

latar belakang pelajaran tinggi dan beremansipasi. Ini sebenarnya bertentangan dengan

sikap masyarakat lama yang tidak memberi ruang kepada emansipasi wanita.[21]

             Kenapa Ranke mendapat layanan istimewa oleh kerajaan Prusia Hohenzollern?

Ranke mendapat jemputan bangsawan Prusia ke University of Berlin pada tahun 1824

dengan akses ke banyak arkib di Jerman kemudiannya. Ini dapat dijelaskan bila Ranke

sudi menerima jemputan daripada kerajaan Prusia untuk menulis sejarah tentang Jerman

dan Prusia.[22]

             Tujuan penulisan sejarah bagi Ranke adalah “untuk mengkaji perkara lepas,

mendidik masyarakat kini untuk faedah masa hadapan. Bagi golongan atasan perkara ini

tidak memberi makna kepada mereka: Ianya Cuma ingin menunjukkan apa yang sebenar-

benarnya telah berlaku.”[23] Maksud mengkaji perkara lepas telah menimbulkan

perbahasan di dalam kalangan ahli sejarah.

Page 8: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

Ramai penulis yang menterjemahkan frasa “apa yang sebenar-benarnya telah

berlaku” itu sama ada “seperti yang benar-benar berlaku” atau “cuma menceritakan apa

yang berlaku.”[24] Dalam menulis sejarah, Ranke meminta sejarahwan supaya mereka

adalah bebas daripada apa-apa pandangan tentang sesuatu kejadian semasa menulis.

Dengan cara ini penulisan tersebut akan mampu menjadi lebih tepat dan boleh dipercayai

serta mereka mampu menulis seperti mereka berada di tempat kejadian.[25]

 

           Iggers kurang bersetuju dengan terjemahan tersebut yang dilihatnya tidak tepat

kerana ia tidak menunjukkan konsep sejarah yang diilhamkan oleh Ranke. Iatilah

‘eigentlich’ yang digunakan Ranke tidak harus dilihat bermaksud “yang sebenar”, tetapi

ia bermaksud “yang penting” atau “berperwatakan”. Jadi Iggers sebenarnya

menterjemahkan “sejarah ingin menunjukkan bagaimana, pentingnya. sesuatu itu

berlaku”[26]

             Ranke turut berminat menulis tentang sejarah kebangsaan dalam konteks Eropah.

Walaupun sering dikritik kerana penulisan sejarah yang “ringan”[27], Ranke

mencetuskan idea penyatuan masyarakat Eropah menerusi model kerajaan Rom. Visi

beliau ini didedahkan dalam semua buku-bukunya secara menyeluruh dan bukan sahaja

melibatkan kuasa-kuasa besar malah negara kecil seperti Belgium atau Serbia. Sejarah

kebangsaan harus sentiasa berakarkan konteks Eropah. Dengan pendekatan ini, Ranke

mampu membuat analisis tentang politik yang kompleks dan system keagamaan Eropah.

Page 9: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

            Dalam bukunya History of Pope, beliau membuat satu catatan iaitu “ Adalah

mustahil di Eropah kita ini, tidak ada satu kuasa pun atau satu konsep ideology yang

mampu membangunkan satu kuasa”[28]. Apabila berbincang tentang sejarah Perancis,

beliau membuat satu kesimpulan bahawa “adalah menjadi satu kebiasaan di Eropah,

sebuah kuasa yang berkembang maju akan berusaha untuk menjadi kuasa besar dan akan

sentiasa mencipta kuasa saing yang kuat”[29].

             Kaedah pensejarahan Ranke masih digunakan sehingga kini tetapi Boldt

berendapat kaedah yang anjurkan oleh Ranke ini tidak lagi menjadi pilihan utama para

sarjana sejarah[30]. Boldt mencadangkan pengkaji sejarah agar melihat semua sumber

yang ada kerana sumber dan ilmu baru boleh diperolehi dengan cara begini. Seseorang

pengkaji itu harus  terdedah kepada semua jenis sumber dan tidak boleh mengenepikan

mana-mana sumber cuma kerana ia tidak menyelesakan diri pengkaji itu[31].

03. Penutup

  Pendekatan pensejarahan Ranke didapati berbeza dengan sarjana-sarjana sejarah

sezamannya. Beliau tidak mengikuti Gerakan Romantik atau mengikut idea social

Darwin . Beliau mengikut tradisi rasionalisme dan realisme dan kerana itulah beliau

mendapat pujian dan sokongan kerana sumbangan besarnya kepada sejarah moden

Eropah, tetapi pada masa yang sama beliau mendapat kritikan daripada sarjana-sarjana

yang lain. Kaedah pensejarahan beliau masih lagi dapat digunakan walaupun oleh mana-

mana aliran sejarah.

 

Page 10: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

 

[1] Iggers and Powell, 1990, Leopold Von Ranke and the Shaping of the Historical Discipline GG Iggers, JM Powell - 1990 - Syracuse University Press, ms 1

[2]  ibid Iggers and Powell, 1990 ms 3

[3] Iggers, Historicism: The History and Meaning of the Term, University  of Pennsylvania Press , 1995 online http://www.jstor.org/pss/2710011 23 Nov 2008 ms 45 

[4] Boldt, A. Perception, Depiction and Description of European History: Leopod Van Ranke and his Development and Understanding of Modern Historical Writing, ms 3 online http://www.gla.ac.uk/media/media_64280_en.pdf  20 Nov 2008

 [5] ibid

[6] ibid

[7] ibid

[8] Opcit, Iggers and Powell, 1990

[9] Boldt, 2007

[10] Ibid.

[11] Opcit, Boldt Perception, Depiction and Description of European History: Leopold von Ranke and his Development and Understanding of Modern History Writing, ms 4

 [12] Ibid

[13] Ibid.

[14] Ibid ms 5

[15] Ibid

[16] Ibid ms 7

[17] Ibid ms 8

[18] Ibid ms 9

[19] Ibid

[20] Opcit, Boldt 2007

[21] Ibid

Page 11: Leopold Von Ranke Dalam Pensejarahan Barat Moden

[22] Opcit Boldt Perception, Depiction and Description of European History: Leopold von Ranke and his Development and Understanding of Modern History Writing, ms 11

 [23] Ibid

[24] Ibid

[25] Ibid

[26] Opcit, Iggers and Powell, 1990 ms 67

[27] Opcit, Boldt Perception, Depiction and Description of European History: Leopold von Ranke and his Development and Understanding of Modern History Writing, ms 13

[28] Ibid

[29] Ibid

[30] Ibid

[31] Ibid ms 13 - 14