LING_LANJUT_009_Fonologi_Bhs_Melayu-libre (1).docx

62
KOD KURSUS: BBM 3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN: Aspek Fonologi Dialek Kelantan Berdasarkan Teori Transformasi Generatif OLEH : No. Kumpulan Bil No. Matriks Nama 1 2 3 4 5 BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 1 2011/2012

Transcript of LING_LANJUT_009_Fonologi_Bhs_Melayu-libre (1).docx

KOD KURSUS: BBM 3202

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN:

Aspek Fonologi Dialek Kelantan

Berdasarkan Teori Transformasi Generatif

OLEH :

No. Kumpulan

BilNo. MatriksNama

1

2

3

4

5

BBM3202 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEMESTER 1 2011/201217 DISEMBER 2011

KANDUNGAN HALAMAN

1.0Pendahuluan......1-4

2.0Sorotan Kajian Lalu......5 - 9

3.0Metodologi...10 - 14

4.0Hasil Kajian......15 - 26

5.0Kesimpulan......28

BIBLIOGRAFI.....29

(i)1.0 Pendahuluan

Fonologi merupakan satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu dikatakan fonologi. Fonologi memerlukan konsep, istilah, dan inotasi fonetik sebagai unsur tambahan .

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi merupakan satu bidang untuk mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ia selari dengan pendapat Henderson yang menyatakan the study of thesystematicorganization of selected speech sounds in the spokenform of individual language has variously been called phonology.Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speechsounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.

Manakala maksud dialek pula merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir pula, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dialektologi generatif merupakan cabang teori nahu tranformatif yang menghuraikan dan membandingkan kelainan yang wujud antara satu dialek dengan dialek yang lain. Kajian ini ingin melihat aspek fonologi yang terdapat dalam dialek Kelantan berdasarkan Teori Tranformatif Generatif

11.1 Pemilihan Dialek

Kami telah memilih dialek Kelantan dalam kajian ini atas beberapa faktor. Dialek Kelantan merupakan satu daripada dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur yang berasal atau menduduki negeri Kelantan, sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia yang bersempadankan negeri Terengganu, Pahang, Perak dan negara Thai.

Pemilihan dialek Kelantan dalam kajian ini adalah kerana dialek ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. berbanding dengan dialek di negeri-negeri lain. Keunikannya terletak pada kepelbagaian istilah dan makna.yang berlainan daripada bahasa baku.

Penghijrahan penduduk Kelantan ke seluruh pelusok negara atas faktor pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan dan perniagaan. khususnya ke Lembah Klang sedikit sebanyak telah mengembangkan dan mempengaruhi gaya pertuturan masyarakat setempat. Oleh itu pemilihan dialek ini tepat pada masanya memandangkan penggunaan yang semakin meluas dan diterima ramai menyebabkan ia dianggap dialek yang paling popular ketika ini. Ini terbukti melalui drama-drama Melayu yang banyak memasukkan dialek Kelantan dalam dialog kerana dialek ini boleh diterima dan difahami oleh masyarakat Malaysia tanpa mengira sempadan etnik dan geografi.

Pemilihan dialek Kelantan adalah kerana banyak istilahnya mempunyai makna yang berlainan dan mungkin memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif. . Walaubagaimanapun kepelbagaian istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat . Perbezaan ini mendorong kami untuk mengkajinya daripada aspek fonologi dan semantik.

21.3 Permasalahan Kajian

Fonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang fonol o gi m en entuk an sistem b un yi s atu -s at u bah as a d en gan be rd asa r k an j enis -j enis bun yi sam a ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang ke t a r a d i a n t a r a s u b d i a l e k K e l a n t a n de n g a n b a h a s a M e l a y u b a k u i a i t u d a l a m a s p ek pengucapan dan fonem. Oleh itu permasalahan kajian ini ialah :

Mengapakah konsonan [an] dan [ng] di akhir kata dalam dialek Kelantan diganti dengan vokel

[] seperti contoh di bawah:

Bahasa baku Dialek Kelantan

[taan] [tang] [makan] [mak] [kaca] [kac] [lapa] [lap]Mengapakah vokal [a] di akhir kata di tukar dengan vakal [o] seperti contoh di bawah: Bahasa baku Dialek Kelantan[mana] [mano] [lama] [lamo] [lada] [lado]Apakah kata dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna berbeza dengan bahasa Melayu standard 31.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kertas kerja ini adalah seperti berikut;

i- Menjelaskan tentang pengantian konsonan n dan di belakang kata dengan vokal

e dan vokal a di belakang kata juga diganti dengan vokal o

ii- Mendedahkan tentang organ-organ penting yang terlibat di dalam penghasilan bunyi dialek Kelantaniii- Menjelaskan makna dalam bahasa Melayu standard.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya membataskan kepada konsonan akhir [n] dan [ng]

dan vokal akhir [a] kepada [o].

Batasan kajian juga hanya memilih bebrapa dialek yang memberi makna berbeza tetapi ditafsir negetif oleh penutur bukan tempatan.

42.0 Sorotan Kajian Lalu

Kajian tentang fonetik dan fonologi dialek Kelantan telah lama dan sering dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Kepentingan tinjauan kosa ilmu ini adalah bagi melihat pengkajian tentang dialek Kelantan yang dilakukan sebagai rujukan pengkaji dan sebagai titik permulaan bagi pengkaji baharu untuk memulakan sesuatu kajian yang bersifat segar dan idea- idea baharu yang bernas serta dapat memberi suatu kelainan terhadap kajian yang telah dilakukan.

Bahasa Melayu Kelantan adalah bahasa lisan setempat yang digunakan di negeriKelantan Malaysia kecuali sempadan Kelantan-Siam kerana kebanyakan masyarakat di sana menggunakan bahasa yang lebih halus. Bahasa ini juga dituturkan di luar negeri Kelantan

seperti di Pahang (Kuantan) dan Besut dan Dungun (Terengganu). Walaupun loghat ini

kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu standard, namun ia mempunyai banyak persamaan dan tidak sukar untuk dipelajari.

Kadang kadang ada juga perkataan yang disebut oleh sesetengah orang Kelantan tidak difahami oleh orang Kelantan yang lain disebabkan penggunaan perkataan itu yang hanya digunakan oleh sekelompok orang. Bahasa Melayu Kelantan yang lain ialah Bahasa Melayu Kelantan dialek Hulu Kelantan terutama Pasir Mas.

Pengkaji terdahulu telah memilih empat kosa ilmu daripada kajian lepas iaitu kajian tentang dialek Kelantan oleh Asmah Hj Omar (1985) Prof. James T.Collins (1988) dan (1989), dan juga Rahmah Abd Aziz (2006). Penyelidikan mereka menjadi bahan rujukan kepada pengkaji dalam mengkaji dialek Kelantan ini walaupun kajian yang telah dilakukan tidaklah secara menyeluruh dan holistik. 52.1 Asmah Hj. Omar (1985)

Melalui buku Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar telah mengkaji mengenai dialek Kelantan dengan membahagikan dialek tersebut kepada subdialek-subdialek tertentu dan membuat perbandingan fonologi subdialek-subdialek di negeri tersebut. Asmah telah menggelarkan dialek Kelantan sebagai kelompok Timur. Beliau juga telah mengelompokkan tiga negeri sebagai satu kelompok bahasa iaitu negeri Pahang-Terengganu-Kelantan. Dialek Kelantan telah dibahagikan kepada beberapa subdialek iaitu subdialek Kelantan Persisiran, Timur Kelantan, Sempadan Pahang dan Pendalaman Kelantan. Beliau juga telah meletakkan dialek Melayu Kelantan dan Terengganu dalam satu kelompok dan dialek Melayu Patani tidak ada kaitan dengan kajian beliau berbeza dengan rakan beliau iaitu Ismail Hussein yang meletakkan Dialek Melayu Patani dalam kelompok tadi. Di dalam buku tersebut, beliau telah membuat perbandingan subdialek-subdialek tersebut.

Beliau menjalankan kajian perbandingan tersebut mengikut daerah-daerah di Kelantan. Antara fokus beliau adalah tahap penguasaan dan faktor berlakunya perubahan dialek.

Namun begitu, dalam bahagian ini, pengkaji hanya menumpukan kepada kajian Asmah terhadap subdialek Kelantan persisiran. Dialek Kelantan ditutur di sebahagian besar negeri Kelantan menyusur kawasan pantai ke arah selatan hingga ke Besut,Setiu dan Dungun Terengganu. Golongan minoriti Cina tempatan yang menjadi seperti peranakan di sana menggunakan dialek Kelantan dan hokkien sebagai bahasa ibunda mereka. Dialek ini tidak begitu popular di sempadan Terengganu-Kelantan. Contohnya, dialek Kelantan lebih popular di bandar Utara Besut.

62.2 James T. Collins (1996)

Kajian James T. Collins dalam buku Khazanah Dialek Melayu dalam bab Wilayah dialek Kelantan: Bukti dari Sumatera Utara telah membuat perbandingan antara dialek Kelantan dengan bahasa Orang Laut dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis, dan kosa kata secara ringkas.1 Menurutnya, penyebaran dialek Kelantan tidak terbatas ke persisiran Kelantan saja, bahkan salah satu subdialeknya terdapat di Timur Terengganu juga. Pada peringkat ini pengkaji mendapati bahawa ada sekurang-kurangnya tiga ciri fonetik yang kelihatan membezakan dialek Ulu Kelantan ini daripada dialek-dialek lain. Dalam pada itu terdapat juga suatu jenis inovasi yang mungkin menarik minat para penyelidik lain mengenai perkara ini. Akhirnya pengkaji ini telah menyediakan peta-peta yang kira-kira dapat menunjukkan penyebaran dialek Ulu Kelantanini dalam daerah yang dikajinya itu.

Pernyataan yang meletakkan dialek Terengganu, Kelantan dan Patani dalam satu kelompok secara umumnya dapat dipertahankan dari sudut linguistiknya. Namun, perlu diingat bahawa dialek-dialek ini bukan seragam sifatnya. Terdapat variasi dan subdialek bagi setiap dialek ini. Misalnya dialek Trenegganu Pantai atau Pesisiran berbeza dengan dialek Ulu Terengganu.

2.3 James T. Collins (1989)

Buku Antalogi Kajian Dialek Melayu merupakan sebuah buku yang mencatatkan artikel tentang kajian dialek di Malaysia. James T. Collins (Collins ) merupakan seorang pengkaji bahasa Melayu kelahiran Amerika Syarikat. Dilahirkan pada tahun 1946 di Chicago Amerika

7Syarikat memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Lingusitik daripada University of Chicago pada tahun 1975. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah ( Linguistik) daripada universiti yang sama.

Beliau mula mengkaji tentang dialek Melayu di Nusantara dan daerah-daerah bahasa Maluku di Indonesia. Di Malaysia pula, Collins telah membuat kajian tentang dialek Melayu di Pulau Tioman, Langkawi, Muar, Kuala Langat, Pahang, Terengganu dan kawasan perkampungan Melayu di sepanjang Sungai Sarawak.

Dalam buku ini, penulis turut menyentuh secara ringkas tentang Dialek Kelantan (seterusnya akan dikenali sebagai DK) yang digunakan di Sungai Pahang. Beliau telah meneliti tentang vokal sengau DK. Collins dan Husn Dollah ( 1988; 882) menyatakan bahawa bentuk pertuturan orang Melayu di Kelantan dan Patani memperlihatkan banyak persamaan dan mempunyai perkaitan yang sangat erat. Ada juga yang berpendapat dialek kedua-dua negeri ini rapat hubungannya dengan dialek Terengganu dan ada pula menyatakan bahawa ketiga-tiga dialek ini bersaudara. Ini kerana ketiga-tiga dialek ini mempunyai taraf keakraban yang sama berdasarkan banyak faktor antaranya faktor geografi berikutan ketiga-tiga negeri ini berhampiran.

Berdasarkan hakikat ini, artikel ini mengemukakan bukti kebahasaan tentang hubungan ketiga- tiga dialek ini secara kualitatif berdasarkan inovasi bersama yang terdapat dalam dialek-dialek tersebut dan kemudian membahaskan hubungan keakraban ketiga-tiganya.

Perkaitan faktor topografi dengan kebahasaan, pernah dibangkitkan oleh Collins di mana beliau menyatakan bahawa;

8Kalau kita berpangkal pada konsep Maxwell bahawa negeri Melayu berasaskan lembangan sungai dan, sementara itu kita mengetepikan fakto-faktor lain dalam pembentukkan negeri, maka kita berhadapan dengan suatu landasan inetodologi penyelidikan bahasa yang cukup kukuh. Sekiranya penyelidikan bahasa ditentukan oleh konsep sungai, muncullah rangka pengkajian yang hanya tinggal untuk dilaksanakan.

Setiap lembangan sungai dapat ditinjau, dikaji, disusuri dari hilir ke hulu. Data bahasa dapat dikumpulakan melalui wawancara dan observasi secara teratur dengan arah peluasan yang ditentukan topografi, yakni rantau dan ceruk sungai itu sendiri ( Collins 1998: 78)

Rumusan tentang kosa ilmu serta analisis kritis terhadap kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat beberapa kekurangan dan kelonggaran berkaitan dialek dalam kajian terdahulu. Justeru, kelemahan dan kekurangan ini menjadi pengkaji untuk menghasilkan kajian yang lebih baik dan menggunakan pendekatan yang mantap dalam menganalisis data.

93.0 Metodologi

Secara umumnya, perbezaan fonologi yang agak ketara di antara dialek-dialek Melayu dapat dilihat pada penyebaran konsonan di akhir kata. Antara konsonan-konsonan yang memperlihatkan kepelbagaian yang agak rencam di akhir kata ialah bunyi konsonan likuida. Berikut dipaparkan sebahagian daripada data yang melibatkan realisasikan konsonan likuida /l/ dan /r/ di posisi akhir kata dalam dialek-dialek Melayu. Dialek-dialek yang terpilih untuk kajianini ialah dialek Kelantan.

InputDialek Kelantan

/pagar/pago

/ular/ula

/bsar/bsa

/kapal/kapa

/hal/ha

Data di atas menunjukkan perilaku fonologi yang dizahirkan oleh dialek Melayu berhubung dengan konsonan likuida adalah berbeza di antara satu sama lain. Secara umumnya, dapat dirumuskan bahawa konsonan likuida ini mengalami tiga proses fonologi, iaitu (i) pengguguran segmen - segmen likuida digugurkan, (ii) perubahan fitur- segmen likuida berubah menjadi segmen lain, dan (iii) peleburan segmen urutan vokal-likuida dileburkan menjadi satu segmen lain.

10Dalam bahasa Melayu tulisan, segmen ini direpresentasikan sebagai r, dan dispesifikasikan sebagai getaran alveolar oleh Asmah (1975, 2) atau sebagai konsonan gulungan alveolar Yunus (1980,73). Namun, kedua-duanya bersetuju bahawa konsonan r bahasa tulisan itu direalisasikan sebagai bunyi frikatif velar bersuara , dan bukannya sebagai bunyi getaran atau

gulungan r oleh kebanyakkan penutur Melayu (Yunus 1980,95;Asmah 1975,70). Dari segi penyebaran di peringkat dialek, realisasikan sebagai frikatif velar bersuara diujarkan oleh penutar-penutar di kawasan selatan, manakala bagi penutur di kawasan utara konsonan r itudirealisasikan sebagai bunyi frikatif uvular . Berdasarkan analisis fonetik, khususnya dari segicara artikulasi, kedua-dua segmen // dan // ini tergolong dalam kumpulan bunyi frikatif. Namun, pada sudut analisis fonologi , segmen tersebut harus direresentasikan sebagai bunyi

likuida kerana perilaku fonologinya sama dengan bunyi lateral /l/ (Zaharani 2005). Hal ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah sering berlaku dalam banyak bahasa, seperti yang dinyatakan oleh Lass (1984, 157).

Kajian ini juga menganggap bunyi lateral /l/ dan bunyi frikatif velar bersuara // dan frikatif velar uvular // dalam bahasa dan dialek Melayu digolongkan sebagai konsonan likuida.Namun, bagi tujuan memudahkan perbincangan, segmen /r/ yang digunakan dalam bahasa tulisan dipilih untuk merepresentasikan bunyi frikatif tersebut.

113.1 Dialektologi Generatif

Dialektologi generatif ialah kajian tentang kepelbagaian dialek yang menerapkan kerangka teori tranformasi generatif dalam analisanya, khususnya teori fonologi generatif. Sehubungan itu, gagasan-gagasan utama teori fonologi generatif seperti bentuk dalaman, bentuk permukaan dan rumus-rumus fonologi diterapkan dalam kajian dialektologi tersebut. Oleh sebab dialek-dialek itu terbit atau lahir daripada satu bahasa sumber yang sama, maka adalah munasabah diandaikan bahawa dialek-dialek tersebut mempunyai bentuk dalaman yang sama (Newton 1972, 5). Kelaianan atau perbezaan yang bersifat regular dan sistematik yang wujud dalam dialek-dialek berkenaan adalah hasil daripada pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman ini. Justeru itu, dalam analisis teori dialektologi generatif, bahasa sumber itu dianggap sebagai representasi dalaman, manakala dialek-dialek turunannya dianggap sebagai representasi permukaan.

Dalam kajiannya tentang dialektologi generatif bahasa Melayu, Zaharani (1993) telah memilik dialek baku sebagai bentuk dalaman yang mewakili bahasa sumber dan kewujudan pelbagai dialek dalam bahasa Melayu disebabkan oleh empat faktor utama iaitu (i) penambahan rumus, (ii) penghilangan rumus, (iii) atur rumus dan (iv) simplifikasi rumus.

3.2 Penambahan Rumus

Apabila bunyi berubah dan melibatkan satu inovasi, gejala ini dihuraikan sebagai proses penambahan rumus (Lehman 1973, 169). Sesuatu dialek itu berbeza apabila ada pertambahan satu atau lebih rumus dalam nahunya. Pertambahan rumus menggambarkan perkembangan terbaru yang berlaku dalam sesuatu dialek hasil daripada peredaran masa yang mendorongkan

12dialek tersebut menyimpang daripada bentuk asalnya. Berdasarkan data (1), pertambahan rumus didapati berlaku dalam dialek Kedah. Dialek ini telah mengubah bunyi lateral /l/ menjadi bunyi geluncuran . Rumus ini melibatkan perubahan fitur dan boleh diformalisasikan seperti dibawah.

Rumus penggeluncuran /l/

l j / #

3.3 Penghilangan Rumus

Penghilangan rumus bermaksud rumus yang pada asalnya wujud dalam bahasa sumber, tetapi tidak lagi dikekalkan dalam dialek turunannya. Untuk menentukan rumus asal dalam bahasa sumber, lazimnya kaedah perbandingan sinkronis digunakan. Apabila sesuatu rumus itu dimmanifestasikan dalam kebanyakan dialek turunan, maka rumus itu dapat dianggap sebagai rumus asal yang wujud dalam bahasa sumber (King 1969, 176).

Rumus pengguguran /r/

r / #

3.4 Perbezaan Atur Rumus

Dalam teori fonologi generatif diandaikan bahawa rumus-rumus fonologi itu dilaksanakan secara berurutan iaitu satu rumus harus mendahului satu rumus yang lain.Atur rumus itu penting kerana aturan yang berbeza akan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza. Dalam konteks kajian dialek, perbezaan atur rumus boleh menghasilkan dialek yang berbeza.

13Antara rumus-rumus fonologi yang mempunyai kesan atur rumus ke atas dialek-dialek

Melayu ialah rumus pengguguran /r/ dan rumus pembundaran vokal yang mengubah bunyi vokal

/a/ menjadi di akhir kata.

Rumus pembundaran vokal a / #

3.5 Simplikasi Rumus

Rumus yang asalnya terbatas pada satu bunyi tertentu sahaja, dan kemudiannya dipermudahkan dengan melibatkan beberapa bunyi lain dikenali sebagai simplifikasi rumus. Bunyi-bunyi ini biasanya tergolong dalam satu kelas natural yang sama. Misalnya, rumus pengguguran /r/ yang wujud dalam bahasa Melayu sumber hanya melibatkan konsonan /r/ sahaja. Rumus ini beroperasi secara aktif dalam dialek Johor. Namun, dalam dialek Kelantan dan Terengganu, rumus pengguguran ini telah dipermudahkan dengan menggugurkan semua bunyi likuida dan geluncuran iaitu bunyi /l, r, j, w/.Bunyi-bunyi ini tergolong dalam satu kelas natural yang boleh dispesifikasikan sebagai + sonoran, - silabik, - nasal.

Pengguguran konsonan sonoran bukan nasal

/,r,j,w / #

Kesimpulannya, dialektologi generatif menjelaskan bahawa kepelbagaian bentuk permukaan yang direalisasikan dalam dialek-dialek Melayu itu disebabkan oleh pelaksanaan rumus fonologi ke atas bentuk dalaman bahasa sumber. Rumus-rumus fonologi ini meliputi penambahan rumus, penghilangan rumus, perbezaan aur rumus dan simplifikasi rumus. 144.0 Hasil Kajian

Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugasan ini kami memfokuskan kajian terhadap subdialek Kelantan Persisiran. Subdialek ini dituturkan di daerah Kota Bharu. Di sinilah terdapat pusat pentadbiran perdagangan dan penyebaran budaya Kelantan. Di sinilah juga terdapat tempat bersemayam keluarga Diraja Kelantan. Dengan itu subdialek yang dituturkan di daerah ini oleh orang-orang Kelantan sendiri yang dianggap sebagai subdialek yang tinggi yang menjadi tolok (model) dalam penggunaan bahasa bagi orang-rang Kelantan dari daerah- daerah lain.

Penyebaran sesuatu ciri bahasa lebih mudah berlaku antara satu kaeasan pusat dengan dengan kawasan pusat lainnya. Dengan itu dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain Kelantan, subdialek kota Bharu lebih banyak menerima pengaruh dari bahasa standard, khususnya dalam perbendaharaan kata, dibandingkan dengan subdialek-subdialek lain.

4.1 Sistem Vokal

Vokal-vokal

Vokal-vokal dalam subdialek Kota Bharu ini semua lapan iaitu i , e, , , a, o, . Vokal dan a merupakan vokal kardinal primer, sedangkan vocal-vokal yang lain merupakan vokal kardinal sekunder. Untuk kemudahan percetakan, vokal-vokal kardinal sekunder itu selanjutnya tidak diberi lambang khusus.

Dari segi distribusinya, kesemua vokal tersebut, kecuali vokal pepet dapat menghadiri lingkungan akhir kata. Dalam perbandingan ini kita akan lihat bahawa sesungguhnya vokal-

15vokal tersebut terdapat dalam lingkungan yang berkenaan, tetapi kesejajarannya dengan dialek- dialek yang lain itu tidak perlu terdapat dalam perkataan satu lawan satu, kerana sesuatu vokal tertentu dalam lingkungan akhir kata dalam dialek Kelantan boleh jadi kesejajaran dengan urutan VK d lam bahasa standard.

Penyebutan vokal-vokal i, e, u, dan o dalam lingkugan-lingkungan yang terizin oleh sistem fonologi subdialek ini tidak banyak bezanya dengan yang terdapat dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, kecuali adanya ciri kardinal sekunder pada sifat cardinal vokal-vokal berkenaan di mana releven.

Misalnya:

KB BS gigi api dbu dbu pluh pluh

Konsanan a akhir kata dalam bahasa standard kelainan a, atau konsonan pepet dalam bahasa standard kelainan pepet, yang terdapat dalam lingkungan akhir kata, mempunyai kesejajaran dalam vokal dalam subdialek ini.

Misalnya:

KBBS

bahasbahasa

sapsiapa

gilgila16

Vokal a dala suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal , dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa standard merupakan hentian glottis (q) atau frikatif glotis (h)

Misalnya:

KB BS galq galak gambq gamak mq makJika dalam bahasa standard, konsonan penutup kata itu merupakan t atau p, maka t atau p

ini digantikan oleh hentian glotis dalam subdialek ini, dan a sebelumnya itu dipertahankan.

Misalnya:

KB BS ktaq ketat siaq siap ttaq tetapDi samping itu, a yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal dalam suku kata akhir tertup mempunyai kesejajaran dalam dalam subdialek ini.

Misalnya:

KB

malBS

malam

pad

butpadam, padang

butang

17

Konsonan a yang dalam bahasa standard terdapat sebelum s akhir kata adalah dalam dialek ini dipertahankan, sedangkan s digantikan dengan h

Misalnya:

KB BS blah blas kilah kilasDemikian juga halnya denga a yang dalam bahasa standard diikuti oleh l dan r akhir kata. Cuma dalam subdialek yang diperkatakan ini, l dan r dihilangkan.

Misalnya:

KB BS maha mahal tba tebal mka mekar mawa mawar

4.2 Diftong

Subdialek ini tidak mempunyai diftong. Dengan itu diftong-diftong seperti aw dan ay yang terdapat dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dengan a dalan subdialek ini.

18Misalnya:

KB BS pisa pisau pula pulau kda kdai paka pakaiDiftong ay yang bukan merupakan unsur akhir kata yang digantikan dengan , dan ini terdapat dalam contoh yang terbatas seperti hran (hairan, heran)Rangkap Vokal

Subdialek Kota Bahru ini mempunyai banyak rangkap vokal yang boleh dibandingkan seperti berikut:(i) rangkap depan - ae, ui, ue,

(ii) rangkap tengah - ia, ua

(iii) rangkap belakang - io, i iu, u

Contoh rangkap depan

Misalnya:

KBBS

baeghbaik

kaengkain

kuehkuih

cuiqcuit

buehbuih19

Contoh rangkap tengah - Misalnya:

KB BS bia biar siaq siap jua jual suaq suapContoh rangkap belakang - Misalnya:

KB BS lio liur rioh riuh di dia biq biar tip tiup

4.3 Sistem Konsonan

Konsonan-konsonan yang terawatt dalam subdialek ini adalah seperti berikut:

Plosif/Hentian p, b, t, d, k, g, q Nasalm, n, ny, ng Frikatif s, h, RAfrikat c, j Getaran r Lateral lSeparuh Vokal w, y

204.4 Konsonan Plosif/ Hentian

Di antara konsonan-konsonan dalam golongan ini, yang dapat menduduki lingkungan akhir kata hanyalah hentian gloktis. Dengan itu juga konsonan-konsonan plosive lain yang dalam bahasa standard dapat menjadi unsur akhir kata digantikan dengan hentian glotis dalam subdialek ini.

Misalnya:

KB BS adaq adat baq ubat isaq hisap iuq hirup

4.5 Konsonan Nasal

Keempat-empat konsonan nasal yang terdapat dalam subdialek ini boleh menempati lingkungan pravokal dan antara vokal.

Konsonan nasal yang terdapat menjadi unsur akhir kata ialah ng dan wujudnya dalam lingkungan demikian itu hanya selepas vokal-vokal i, e, , u, o dan dalam hal ini. Begitu juga bahawa konsonan-konsonan nasal lainnya, iaitu m dan n yang dalam bahasa standard terdapat sebelum vokal-vokal tersebut, mengalami penggantian dengan ng dalam subdialek Kota Bahru.

21Misalnya:

KB BS kucing kucing giling giling ng tnaga singong sigung skng sokongMisalnya:

KB BS kulong kulum minung minum gung grun tahung tahun museng musimDi samping itu, ada perkataan-perkataan yang dalam bahasa standard berkhir dengan suku kata terbuka, khususnya dalam vokal i dan u, tetapi yang dalam subdialek ini berakhir dengan ing dan ang.

Misalnya:

KB BS bining bini kraning keraniilmung ilmu 22Jika perkataan di dalam bahasa Melayu baku mempunyai vokal a sebelum konsonan nasal terakhir iaitu m, n dan ng, konsonan nasal tersebut akan mengalami proses pelemahan yang akhirnya kesemuanya itu dengan penyegauan yang merupakan artikulasi tambahan pada vokal tersebut dan vokal tersebut mengalami perubahan pada bunyinya menjadi .

Misalnya:

KB BS tan tanam tam taman dal dalam binat binatang4.6 Konsonan Frikatif

Konsonan frikatif s hanya terdapat dalam lingkungan sebelelum dan antara vokal.

Misalnya:

KB BS sapi sapi susu susu

Dalam lingkungan sebelum kesenyapan konsonan ini mengalami penggantian dengan h, tanpa melibatkan perubahan pada nilai vokal sebelumnya.

23Misalnya:

KB BS ati hati ingus hingus pitah pintas pdah pedasKonsonan h juga terdapat dalam lingkungan awal kata, antara vokal dan akhir kata.Dalam lingkungan akhir kata, h dalam subdialek ini mempunyai kesejajaran dengan h dan s dalam bahasa standard. Jika kesejajarannya itu h, maka a yang mendahuluinya itu mengalami perubahan pada nilai bunyinya. Tetapi perubahan tersebut tidak berlaku jika kesejajarannya itu ialah s. Kesejajaran dalam subdialek Kota Bharu dengan h dalam bahasa standarad sebelum vokal-vokal lain adalah seperti yang berikut:

KB BS salh salah suboh subuh lteh letih

Contoh penyebaran h dalam lingkungan awal kata dan tengah kata adalah seperti yang berikut:

KBBS

habih hase tahung mahligahabis hasil tahun mahligai

24

4.7 Konsonan Afrikat

Seperti dalam bahasa standard dan dialek-dialek lain, konsonan-konsonan afrikat dalam subdialek Kota Bharu ini hanya terdapat dalam lingkungan sebelum dan antara vokal. Konsonan- konsonan tersebut tidak dapat menempati lingkungan sebelum kesenyapan.Misalnya:

KB BS Cin Cina cicq cicak jag jaga jaq jerat

4.8 Konsonan Lateral

Konsonan lateral tidak menempati lingkungan sebelum kesenyapan. Walau bagaimanapun, sebelum kesenyapan, konsonan ini mengalami penghilangan tanpa menimbulkan perubahan pada nilai bunyi vokal sebelumnya. Sebagai contoh:

Misalnya:

KB BS lapu lampu lalaq lalat luah luas kate katilaka akal 254.9 Pemanjangan Kosonan

Subdialek Kota Bharu ini mempunyai ciri pemanjangan yang khususnya terletak pada awal kata. Proses ini berlaku dalam kata atau antara kata. Jika proses ini merupakan proses dalam kata, maka perkataan yang berkenaan biasanya terdiri daripada tiga suku kata yang suku kata pertamanya digugurkan. Suku kata yang digugurkan itu akan digantikan dengan menimbulkan kepanjangan pada konsonan pertama pada suku kata kedua perkataan yang berkenaan. Suku kata yang digugurkan itu boleh merupakan salah satu awalan dan boleh juga tidak. Dalam kes yang pertama, suku kata tersebut merupakan ciri morfologi, yakni suku kata berkenaan merupakan salah satu awalan. Sebaliknya, dalam kes yang kedua, suku kata yang terlibat hanya merupakan ciri fonologi sahaja bagi perkataan yang mendukungnya yakni suku kata yang demikian itu tidak mendukung sebarang makna.Misalnya:

KB BS nnikh nikah nnakoq pnakut nnai pnari ssush bersusah jjal brjalan ttupaq ketupat nnat binatang mmai almari

26Proses ini juga boleh berlaku pada kata ganda. Dalam hal ini, unsur pertama pada kata berkenaan mengalami pengguguran dan pada masa yang sama konsonan awal pada unsur kedua itu dipanjangkan.Misalnya:

KB BS

kkukura-kura am rama-rama llabi labi-labiJika proses itu merupakan antara kata, maka proses tersebut khususnya yang berlaku dalam hubungan antara kata depan dengan kata nama yang mengikutinya, kata depan yang berkenaan mengalami pengguguran. Dengan itu, konsonan pertama pada kata nama berkenaan mengalami pemanjangan. Kata depan yang terlibat hanyalah di, pada dan ke.Misalnya:

KB BS ssan ke sana ssini ke sini kkbon ke kebun ddal di dalam bbaju pada baju

275.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dialek Kelantan yang digunakan oleh masyarakat Kelantan khasnya serta masyarakat berdekatan sekitar negeri Kelantan sudah mula popular dalam kalangan masyarakat negeri lain. Faktor seperti penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri-negeri lain terutama kawasan Lembah Klang banyak mempengaruhi pertuturan dialek ini. Selain daripada itu, keunikan bahasa ini turut menarik minat penutur negeri lain untuk bertutur menggunakan dialek tersebut.

Walaupun dialek Kelantan agak berbeza dengan dialek negeri-negeri lain, namun keindahan dialek ini dari sudut fonologinya banyak mempengaruhi perluasan penggunaannya terhadap penutur daripada negeri-negeri lain. Terdapat juga perkataan lain dalam dialek Kelantan yang mempunyai makna dalam bahasa standard turut menjadikan dialek ini semakin popular. Drama-drama serta dokumentari yang melibatkan suasana dan masyarakat Kelantan menjadikan dialek ini semakin dikenali dalam kalangan masyarakat luar Kelantan. Masyarakat Kelantan yang tidak malu menggunakan dialek mereka turut mempengaruhi perkembangan dialek ini.

Namun begitu, kesukaran memahami beberapa patah perkataan dalam dialek Kelantan ini menyebabkan dialek ini tidak dapat berkembang dengan lebih meluas. Kebimbangan masyarakat luar Kelantan tentang sebutan dan semantik bagi sesuatu perkataan dalam dialek ini turut membataskan penggunaan dialek ini. Terdapat juga beberapa patah perkataan dalam dialek ini menimbulkan rasa kurang enak dalam kalangan penutur bahasa standard kerana pada sangkaan mereka mempunyai maksud yang tidak baik.

28

Bibliografi

1. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. 2007. Linguistik Fonetik danFonologiBahasa Melayu. Kuala Lumpur. Aslita Sdn.Bhd.

2. Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas Monograf 5. UKM

3. Asmah Haji Omar,1977. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Asmah Haji Omar, 2008.Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

5. Collin JT & Hussin Dollah 1988. Catatan Fonologi Kelantan: Konsonan Jurnal. DBP 32 :874-887

6. Zaharani Ahmad,2006. Kepelbagaian Dialek Dalam Bahasa Melayu: Analisis Tatatingkat Kekangan.Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

29