M0082

1
M0082 1 PENGUMPULAN CERITA LISAN ORANG KEDAYAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN LIMBANG, SARAWAK Low Kok On Pusat Penyelidikan dan Persidangan Universiti Malaysia Sabah ABSTRAK Sejarah awal kemunculan suku kaum Kedayan di Borneo agak samar-samar sifatnya. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1995 : 1120) umpamanya mencatatkan bahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dari Indonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Setakat ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orang Kedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauan Indonesia, khususnya dari Jawa. Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaum Kedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi di Kalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dari Kalimantan. Untuk mendekati asal usul orang Kedayan ini, dirasakan kajian tradisi lisan dalam bentuk Sastera Rakyat Bercorak Cerita ini dapat memainkan peranannya yang tertentu. Dalam kaj ian ini, beberapa warga tua di seluruh Labuan dan Limbang yang berwibawa untuk menyampaikan cerita secara lisan yang berkaitan dengan asal usul, legenda dan cerita rakyat telah dikenal pasti. Semasa temu bual di antara pengkaji dan pemberi maklumat diadakan, cerita yang disampaikan oleh warga tua telah dirakam, ditranskripsikan dan dibuat analisis ke atasnya berdasarkan teori sastera rakyat.

description

contoh

Transcript of M0082

Page 1: M0082

M0082 1

PENGUMPULAN CERITA LISAN ORANG KEDAYAN DI WILAYAHPERSEKUTUAN LABUAN DAN LIMBANG, SARAWAK

Low Kok OnPusat Penyelidikan dan Persidangan

Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Sejarah awal kemunculan suku kaum Kedayan di Borneo agak samar-samar sifatnya.Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1995 : 1120) umpamanya mencatatkanbahawa terdapat sumber lisan yang menyatakan orang Kedayan ini berasal dariIndonesia. Setelah beberapa abad mereka menetap di Brunei, mereka berhijrah ke Sabahdan Sarawak. Setakat ini, pengkaji yang membuat penyelidikan atas asal usul orangKedayan sering mengaitkan tempat nenek moyang suku kaum ini dengan kepulauanIndonesia, khususnya dari Jawa. Namun Hose (1912) dalam kajian sejarah suku kaumKedayan mendapati bahawa suku kaum ini mempunyai pertalian darah dengan pribumi diKalimantan, oleh itu beliau mencapai keputusan bahawa orang Kedayan berasal dariKalimantan. Untuk mendekati asal usul orang Kedayan ini, dirasakan kajian tradisi lisandalam bentuk Sastera Rakyat Bercorak Cerita ini dapat memainkan peranannya yangtertentu. Dalam kaj ian ini, beberapa warga tua di seluruh Labuan dan Limbang yangberwibawa untuk menyampaikan cerita secara lisan yang berkaitan dengan asal usul,legenda dan cerita rakyat telah dikenal pasti. Semasa temu bual di antara pengkaji danpemberi maklumat diadakan, cerita yang disampaikan oleh warga tua telah dirakam,ditranskripsikan dan dibuat analisis ke atasnya berdasarkan teori sastera rakyat.