m1 -Pengenalan Sdp Dan Teori

36
SENI DALAM PENDIDIKAN Kuliah 1: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan DR CHE ALEHA BT LADIN IPG KAMPUS IPOH

description

Seni Dalam Pendidikan

Transcript of m1 -Pengenalan Sdp Dan Teori

PowerPoint Presentation

SENI DALAM PENDIDIKAN

Kuliah 1:Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan

DR CHE ALEHA BT LADINIPG KAMPUS IPOH

Pengenalan Konsep SDPSeni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi, seni mempertahankan diri dll.Kursus ini lebih memfokus kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

PengenalanAdakah pendidikan seni (visual,muzik dan persembahan) hanya membuang masa?

Apakah faedah seni di ajar di sekolah-sekolah di negara ini untuk jangka masa panjang?

Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. SDP boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif bersesuaian dengan teori konstuktivisme

Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. SDP membantu dalam memenuhi keperluan semua pelajar yang mempunyai kepelbagaian kebolehan bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (1983) oleh Howard Gardner

Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang.

Einstein - Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual dalam pendidikan kanak-kanak

Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.

Faedah SDP kepada GuruMenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih seronok.Membantu anda memahami diri sendiri.Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.

Faedah SDP kepada GuruMemotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Matlamat Seni Dalam PendidikanMembentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan

InovatifInovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

KreatifKreatif ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

InventifInventif Mahir dan pantas menghasilkan sesuatu

Imaginatif Mempunyai imaginasi / bayangan dan kreativiti yang sangat tinggi

Objektif Seni Dalam Pendidikan Menghargai keindahan ciptaan Tuhan.Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Seni Dalam PendidikanMenggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja.Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Objektif Seni Dalam PendidikanMenyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Objektif Seni Dalam PendidikanMenyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Teori Pembelajaran

Teori PembelajaranBehaviorism Pembelajaran berlaku sekiranya terdapat perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

KognitivismePembelajaran berlaku sekiranya terdapat perubahan dalam pemikiran Teori PembelajaranKonstuktivismeMereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.Pembelajaran konstruktivisme menggalakkan murid mencari idea, membuat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi.

Teori PembelajaranKonstuktivismeMurid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Ciri-Ciri Pembelajaran KonstuktivismeMenggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.Menyokong pembelajaran secara koperatif.Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstuktivisme

Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang Pembelajaran.

Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea.Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstuktivisme

Aktiviti SDP

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understanding life

Tujuh cara mengetahui, menyedari dan memahami kehidupan

Terdapat lagi 2 penambahan teori tersebut.

Jenis Kecerdasan

Verbal-linguistik Logik-matematik Visual-ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis berkaitan alamEksistensialis- pertanyaan tentang kewujudan dan keberadaan manusia. Mengapa aku hidup? Mengapa aku mati?

Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran dan menggunakan kecerdasan mereka secara kreatif

8 Jenis Kecerdasan

8 Jenis Kecerdasan

8 Jenis Kecerdasan

Ilmu untuk kehidupan