Maja Lah

4
AMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata di sini petang ini. C Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita. “Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu. Disediakan oleh, Low Jian Hao Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai. Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata. Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Majalah Dunia Sukan JeJak Haiwan Burung – Muka Surat 6

description

majalah

Transcript of Maja Lah

Page 1: Maja Lah

AMERON HIGHLANDS 7 Ogos – Tiga

wanita maut, tiga parah manakala tiga lagi

dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah

runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di

Tanah Rata di sini petang ini.

CKejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan enam buah rumah tertimbus manakala tiga lagi terbenam terus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Zahri Wan Busu berkata, tanah runtuh itu berlaku selepas hujan lebat sejak semalam dan tiga mangsa yang parah ialah dua lelaki dan seorang wanita.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan kita percaya ramai lagi penduduk yang tertimbus dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Sehingga pukul 12.00 tengah malam ini, katanya, dianggarkan tiga lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan tanah itu.

Disediakan oleh,

Low Jian Hao

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil terletak di Tanah Rata dan kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Suku Semai.

Menurut Wan Zahri, mangsa yang terkorban dan parah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus membabitkan 120 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majalah

Malaysia

Dunia

Sukan

JeJak

Haiwan

Burung –Burung di sekitar kita

Muka Surat 6

Page 2: Maja Lah

Harapan hanya tinggal harapan.Niat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi kejuaraan dunia BWF World Badminton 2011 berkecai selepas pertarungan sengit dengan seteru No.1, Lin Dan dalam penentuan set ketiga.

Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei bermula garang dan sentiasa mendahului Lin Dan untuk memenangi set pertama dengan mata 22-20.Namun begitu, tumpuan beliau agak terjejas dengan kebangkitan Lin Dan melalui strategi agresifnya dalam menyerang, yang membuatkan Datuk Lee Chong Wei membuat beberapa kesilapan mudah dan set kedua dimenangi Lin Dan dengan mata 21-14.

Pada set penentuan, pertarungan yang paling sengit dapat disaksikan oleh peminat badminton dunia dan tempatan di antara 2 jaguh badminton dunia ini.Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan Datuk Lee Chong Wei mendapat semula motivasi yang

diperlukan sehingga memaksa mata terikat pada 19-19.

Kesilapan daripada Lin Dan hampir sahaja membuatkan Datuk Lee Chong Wei merakamkan sejarah peribadi dan juga Malaysia sebagai anak watan pertama yang memenangi kejuaraan dunia.Namun Lin Dan yang tidak mahu mengaku kalah, terus merapati kedudukan walaupun 2 kali berada di belakang Lee Chong Wei untuk kejuaraan.

Akhirnya, hasil kesilapan mudah Datuk Lee Chong Wei dihadapan jaring sebanyak 2 kali, menobatkan kejuaraan kepada Lin Dan dengan mata 23-21.Untuk makluman, ini merupakan kejuaraan kali ke-4 buat Lin dan untuk “title” kejuaraan dunia.

Walau apapun, Datuk Lee Chong Wei sudah bermain sebaik mungkin dan pada pendapat kami, pertarungan ini akhirnya memihak kepada mental lawannya yang lebih kuat,walaupun sebenarnya Lin Dan sudah diambang kekalahan pada set penentuan.Cuma agak kesal kerana ini merupakan kejohanan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk kejohanan dunia sebelum temasya Olimpik 2012 di London sebelum beliau bersara dari dunia badminton.

Tahniah kepada Lin Dan dan juga kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan

Page 3: Maja Lah

yang begitu hebat di mana,rata-rata pengulas dan pengkritik menobatkan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan terbaik badminton dalam abad ini.