MAJLIS PENUAIAN IKAN KERAPU HYBRID UNTUK … Release 2012... · siaran akhbar ~~~~~ majlis penuaian...

download MAJLIS PENUAIAN IKAN KERAPU HYBRID UNTUK … Release 2012... · siaran akhbar ~~~~~ majlis penuaian ikan kerapu hybrid untuk eksport bagi syarikat biomarine ...

If you can't read please download the document

Transcript of MAJLIS PENUAIAN IKAN KERAPU HYBRID UNTUK … Release 2012... · siaran akhbar ~~~~~ majlis penuaian...

  • SIARAN AKHBAR

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    MAJLIS PENUAIAN IKAN KERAPU HYBRID UNTUK EKSPORT BAGI SYARIKAT BIOMARINE SDN BHD

    OLEH YANG BERHORMAT MENTERI PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

    Hari Khamis, 25 Oktober 2012/ 9 Zulhijjah 1433

    Yang Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar hari ini telah merasmikan penuaian ikan kerapu Syarikat Biomarine Sdn. Bhd. untuk dieksport ke Hong Kong. Ini adalah merupakan titik sejarah bagi Syarikat ini kerana buat kali pertamanya mengeksport ikan-ikan kerapu hasil daripada perusahaan ternakan ikan dalam sangkar terapong bertempat di Tanjung Pelumpong. Turut hadir untuk menyaksikan upacara tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan juga pegawai-pegawai kanan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, juga hadir Duta Negara China dan Pegawai-Pegawai dari agensi-agensi Kerajaan yang lain termasuk dari Jabatan Perikanan dan Guangdong Provincial Ocean and Fishery Administration, Peoples Republic of China.

    Acara dimulakan ucapan daripada Pengurus Syarikat Biomarine Sdn. Bhd., Pengiran Anak Haji Ibrahim bin Pengiran Muda Hashim dan kemudian perasmian dilaksanakan oleh Tetamu Kehormat dengan melakukan tuaian ikan-ikan daripada sangkar terapong dan seterusnya diikuti oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap serta lain-lain tetamu khas pada hari ini. Tetamu kehormat juga berkesempatan untuk melihat fasiliti kapal Cheung Kam Wah iaitu kapal pengangkutan ikan daripada Hong Kong.

    Projek ini bermula dengan penandatanganan satu Memorandum Persafahaman di antara Jabatan Perikanan, Negara Brunei Darussalam dengan Guangdong Provincial Ocean and Fishery Administration, the Peoples Republic of China pada 10 September, 2008 di Negara Brunei Darussalam. Hasil penandatanganan tersebut sebuah syarikat tempatan, Syarikat Biomarine Sdn. Bhd. telah tertubuh dengan menternak kerapu harimau di dalam 8 buah sangkar bulat di kawasan Pulau Pilong-Pilongan pada bulan November, 2009. Syarikat Biomarine Sdn. Bhd. kemudiannya meningkatkan perusahaan ternakan ikan dalam sangkar terapong pada tahun 2010 dan sekarang mempunyai sejumlah 84 buah sangkar terapong di kawasan Tanjung Pelompong dan 18 buah di kawasan Pulau Pilong-Pilongan.

    Sejumlah 45 tan metrik iaitu bersamaan dengan 7,500 ekor ikan-ikan kerapu dengan purata saiz 6 kilogram telah dituai untuk dipasarkan ke Hong Kong secara hidup. Ikan-ikan kerapu yang dieksport pada hari ini bernilai kira-kira $ 1.2 juta. Ikan-ikan kerapu ini adalah hasil ternakan yang dipelihara didalam sangkar sejak bulan Mei 2011. Pengeksportan ikan-ikan kerapu hidup pada hari ini adalah merupakan pasaran julung-julung kalinya dilakukan oleh syarikat ini. Syarikat ini juga membekalkan ikan-ikan laut yang lain iaitu seperti ikan pompano dan kerapu daripada perusahaan ini bagi pasaran tempatan. Syarikat ini akan mula melakukan perlepasan sejumlah 90,000 ikan pompano pada bulan November ini bagi ternakan sangkar laut dalam di kawasan Pulau Pilong-Pilongan.

    Pencapaian yang memberangsangkan ini adalah menunjukkan satu mercu kejayaan yang dicapai oleh industri ternakan ikan di negara ini. Jabatan Perikanan telah menyediakan tapak-tapak yang bersesuaian untuk industri seperti ini dan beberapa buah syarikat telah berani untuk menyahut cabaran ini, tetapi pengeluarannya tidak sebesar ini. Tapak-tapak yang dikenalpasti seperti kawasan Pulau Pilong-Pilongan dan Tanjong Pelompong ini, mempunyai potensi yang besar jika pengusaha yang ada dan yang baru, mengusahakan industri ternakan dalam sangkar ini dengan bersungguh-sungguh.

    ---------------------------------------------------------------------------------- Dikeluarkan oleh: Seksyen Latihan dan Perhubungan Awam, Jabatan Perikanan

    Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama

    Tel: +673 2383067; Fax: +673 2383069

    Website: HYPERLINK "http://www.bruneifisheries.gov.bn"

  • PRESS RELEASE ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    HARVEST AND EXPORT OF HYBRID GROUPER CEREMONY OF BIOMARINE SDN BHD

    BY THE PERMANENT SECRETARY, MINISTRY OF INDUSTRY AND PRIMARY RESOURCES

    Thursday, 25 October 2012/ 9 Zulhijjah 1433 The Minister of Industry and Primary Resources Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar officially launch the harvest of hybrid grouper for export to Hong Kong by Biomarine Sdn. Bhd. floating cage culture operation in Tanjung Pelumpong. Also joining the entourage was the Permanent Secretary and Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Industry and Primary Resources as well as senior officials from the Ministry of Industry and Primary Resources and the Department of Fisheries. Other guests include The Ambassador of China and officials from Guangdong Provincial Ocean and Fishery Administration, Peoples Republic of China and other guests from other government agencies. The ceremony started with the opening remarks by Pengiran Anak Haji Ibrahim bin Pengiran Muda Hashimm, The Manager of Biomarine Sdn. Bhd. Harvesting of hybrid grouper from the cages by the guest of honor marked the official launching of the historical event of Biomarine first export of live grouper to Hong Kong. The other VIP guests joined the harvest after that. The guest of honor then toured the facilities of Cheung Kam Wah vessel together with other guests. The project started with a Memorandum of Understanding signing ceremony between the Department of Fisheries and the Guangdong Provincial Ocean and Fishery Administration, Peoples Republic Of China on 10 September, 2008 in Brunei Darussalam. Following that occasion, a local company, Biomarine Sdn. Bhd. was established and started culturing tiger grouper as the initial stock in 8 units of round cages at the Pelong Rocks area in November, 2009. The company then upgraged their operation in 2010 and now has 84 floating square-cages in Tanjong Pelumpong area and 18 round-cages at the Pelong Rocks area. A total of 45 metric tons of hybrid fish grouper or equivalent to 7,500 fishes each weighing an average of 6 kilogram were harvested for export to Hong Kong. A total value of $ 1.2 million worth of fish marked the first live export from cage culture operation in Tanjung Pelumpong from Biomarine Sdn Bhd farm. Besides live sales the Company also supplied fresh fish such as pompano and local grouper that was produced from the farm to domestic market. The Company would continue its operation in deep sea cages in the Pelong Rocks in the first week of November by stocking 90,000 fishes of pompano. This promosing achievement marked a successful milestone by the cage culture industry of the country. The Department of Fisheries has provided suitable sites for this type of industry and a number of entrepreneurs have ventured in this but have not achieved as promosing as this. The identified sites such as Pelong Rocks and Pelompong areas, have a high potential if the existing operators or new interested ones, pursue in this venture with full commitment.

    ---------------------------------------------------------------------------------- Issued by: The Training and Public Relations Section, Department of Fisheries,

    Ministry of Industry and Primary Resources

    Tel: +673 2383067; Fax: +673 2383069

    Website: HYPERLINK "http://www.bruneifisheries.gov.bn"