MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta...

18
MANUAL MPK BIL : 06 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : KOD ETIKA KERJA DAN NILAI - NILAI BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta...

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

MANUAL MPK BIL : 06 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

KOD ETIKA KERJA DAN NILAI - NILAI

BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 12 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 2

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 3

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 6 - 7

3.0 DEFINISI 7 - 12

4.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT 13

5.0 SUMBER KUASA 14

6.0 SKOP KERJA 15

7.0 PROSES KERJA 16 - 25

8.0 CARTA ALIR 26 - 27

9.0 PENUTUP 28

10.0 LAMPIRAN 29

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk

berusaha membuat penambahbaikan agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan status

Bandaraya tersebut.

Manual Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran Majlis Perbandaran Klang ini dikeluarkan bagi tujuan sebagai arahan dan panduan untuk menentukan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan

Tindakan Kecemasan dapat dititikberatkan oleh semua pihak pengurusan, pegawai, semua kakitangan Majlis Perbandaran Klang serta orang awam

yang berurusan di dalam bangunan Majlis. Setiap Ketua Jabatan, pegawai dan kakitangan hendaklah

bertanggungjawab bagi menentukan keselamatan di tempat kerja sebagai satu tanggungjawab bersama dan menentukan tidak berlakunya

kemalangan sama ada kakitangan atau pun orang awam yang ada di dalam kawasan atau di dalam permis Majlis Perbandaran Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu untuk

membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas

tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan MPK atau

“stakeholder” dan rakyat umumnya. “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Alhamdulliah, dipanjangkan himpunan kesyukuran ke

hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, taufik dan hidayahNya serta selawat dan salam kepada Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W telah mengizinkan untuk menerbitkan manual ini sepertimana yang telah dirancang.

Majlis Perbandaran Klang dalam mengorak langkah pembangunan serta membudayakan sistem penyampaian

perkhidmatan yang berkesan melalui beberapa agenda yang telah dirancang oleh pihak pengurusan tertinggi Majlis.

Majlis dalam usaha untuk membuat satu perubahan melalui perkhidmatan yang diberikan kepada warga Klang bagi mencapai matlamat dan misi Majlis iaitu „Ke

Arah Mewujudkan Bandaraya Terbilang Di Malaysia Menjelang 2015’.

Akhir bicara, semoga Majlis dalam mencapai kecemerlangan yang diusahakan,

kegemilangan yang bakal digenggam dan keterbilangan bangsa yang akan dikagumi selaras dengan polisi serta dasar kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi

memperhebatkan lagi daya produktiviti serta sanggahan kerja yang diamanahkan untuk pelaksanakan yang tepat, kemas dan mencapai matlamat Majlis.

Sekian. Terima Kasih. Wassalam.

(Zaireezal bin Ahmad Zainuddin)

Pengarah Khidmat Pengurusan

Majlis Perbandaran Klang

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

l Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

5

1.0 TUJUAN MANUAL

Manual Kod Etika Kerja dan Nilai – Nilai Bersama Majlis Perbandaran Klang disediakan:-

1.1 Memberi rujukan dan panduan kepada pegawai dan kakitangan serta

tujuan member penerangan secara ringkas dan tepat mengenai

pengamalan nilai – nilai bersama dan integriti.

1.2 Menjamin hasil mutu kerja serta perkhidmatan berkualiti kepada penduduk Klang.

1.3 Menjadikan warga Majlis Perbandaran Klang berprestasi tinggi, berkualiti dan beretika mulia serta dihormati semua pihak.

2.0 LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbir

Bandar Klang.

Sempadan rasmi Lembaga Kesihatan Klang telah ditetapkan pada tahun

1895 di bawah Enakmen Tanah. Di samping itu, telah dilengkapkan lagi dengan Enakmen Lembaga Kesihatan Klang yang telah memberi kuasa mutlak bagi Lembaga memenuhi tanggungjawab sebagai Penguasa

Tempatan.

Pada tahun 1926, kawasan Lembaga Kesihatan Klang telah digabungkan

dengan kawasan Pelabuhan Klang. Nama Lembaga ini telah ditukar kepada Lembaga Bandaran Klang pada Disember 1945.

Perubahan yang nyata dalam bentuk pentadbiran Bandar Klang bermula

setelah terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Majlis Bandaran Klang terus membangun dengan

pesatnya hingga tahun 1971 apabila kawasan Majlis merangkumi kawasan Bandar Klang, Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru lalu dinaikkan tarafnya kepada Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di mana proses penyusunan semula Penguasa Tempatan di seluruh Malaysia

dilaksanakan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang pada 1 Januari 1977.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

6

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengekal dan memelihara imej Klang sebagai Bandar Di Raja

dan Bersejarah.

3.2 Menghasilkan kehidupan yang lebih selesa, seimbang dan

selamat.

3.3 Menjadikan Klang sebagai nadi pemangkin pembangunan.

3.4 Mewujudkan masyarakat madani yang harmonis.

4.0 STRATEGI

4.1 Memantapkan modal insan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

4.2 Memperkasakan pengurusan dan keupayaan organisasi untuk mencapai organisasi berprestasi tinggi

4.3 Memperkukuhkan pengurusan kewangan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat

4.4 Menaiktaraf kualiti perkhidmatan kebersihan dan pengindahan

untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat

4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan pembangunan bandar bagi merealisasikan pembangunan yang

mampan

4.6 Menambah dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan

awam bagi mewujudkan suasana kehidupan yang lebih selesa seimbang dan selamat

4.7 Meningkatkan keupayaan, keprihatinan dan penglibatan

masyarakat bagi mewujudkan masyarakat madani yang harmonis

5.0 VISI

“KEARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA DIRAJA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015”

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

7

6.0 MISI

MERANCANG DAN MENGAWAL PEMBANGUNAN YANG MAMPAN DAN

MEMBERI PERKHIDMATAN PERBANDARAN YANG BERKUALITI MELALUI TADBIR URUS YANG CEMERLANG UNTUK MASYARAKAT

KLANG YANG GEMILANG

7.0 MOTO

“PERPADUAN SENDI KEKUATAN”

8.0 NILAI – NILAI BERSAMA

Dalam usaha menjadikan Majlis Perbandaran Klang sebagai sebuah

Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan memajukan Bandar Klang sebagai Bandaraya Diraja yang

bersejarah, semua warga Majlis Perbandaran Klang perlu menghayati dan mengamalkan nilai – nilai teras berikut:

8.1 KERJA BERPASUKAN

Pegawai dan kakitangan mempunyai semangat kerja berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat bermuafakat untuk mencapai misi dan visi organisasi.

8.2 ADIL

Sentiasa berusaha membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan

undang-undang, peraturan, keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat.

8.3 AMANAH

Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah serta komitmen sepenuhnya sejajar dengan akujanji yang telah diikrarkan.

8.4 BIJAKSANA

Sentiasa berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

8

profesionalisme yang tinggi. Setiap tindakan yang dibuat perlulah mengikut pertimbangan rasional serta mengambil kira kepentingan organisasi.

8.5 TELUS

Sentiasa berusaha bertindak positif dengan mewujudkan prosedur kerja yang telus seperti menyelesaikan kerja mengikut masa yang

ditetapkan. Menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang berhak mengetahui selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.

8.6 BERDISIPLIN

Sentiasa mengawal diri dan perilaku berdasarkan prinsip dan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Melaksanakan

tugas dan tanggungjawab dengan penuh tekun dan taat setia dan menjaga nama baik dan imej organisasi di mata masyarakat dan negara.

8.7 AKAUNTABILITI

Mempunyai rasa tanggungjawab dan akauantabiliti di dalam segala t

indakan dan kelakuan.

9.0 PROGRAM 8S

Program 8S Majlis Perbandaran Klang merupakan kesinambungan

program untuk Khidmat Pelanggan ke arah mewujudkan kaunter mesra pelanggan. 8S ialah istilah bagi:-

Salam

Sayang

Segak

Segera

Sempurna

Sensitif

Senyum

Sopan

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

9

10.0 PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memastikan semua pelanggan yang berurusan dengan

Pentadbiran Majlis Perbandaran Klang akan mendapatkan layanan dengan sempurna dan memproses segala permohonan dengan

kadar segera.

10.1 Penilaian ke atas harta-harta yang telah di tukar syarat, di

pecah sempadan, dikeluarkan hakmilik baru atau dikeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) / Sijil Perakuan Siap dan

Pematuhan (CCC) akan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.

10.2 Permohonan maklumat penilaian disediakan dalam tempoh

satu (1) hari dari tarikh permohonan yang lengkap / memenuhi syarat.

10.3 Rayuan / Bantahan Cukai Taksiran dalam tempoh yang dibenarkan, dijawab /diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat rayuan / bantahan diterima.

10.4 Permohonan Remisi dijawab / diberi maklumbalas dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

10.5 Setiap permohonan penyewaan premis Majlis yang lengkap diproses dan dipanggil temuduga dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh tutup iklan.

10.6 Tawaran penyewaan premis kepada pemohon yang berjaya dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas

temuduga.

10.7 Penyaluran aduan dan laporan kerosakan premis diserahkan kepada jabatan berkaitan dalam masa tujuh (7) hari bekerja

dari tarikh aduan lengkap diterima.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

10

11.0 KOD ETIKA

11.1 TATAKELAKUAN

Seseorang pekerja tidak boleh:-

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan

persendiriannya;

b) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga mungkin

menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah

dengan tugasnya sebagai pekerja Majlis;

c) Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga mungkin

menyebabkan syak yang munasabah bahawa-

i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya

bercanggah dengan tugasnya sebagai pekerja Majlis

hingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang

pekerja Majlis; atau

ii. Dia telah menggunakan kedudukannya sebagai pekerja

Majlis bagi faedahnya sendiri;

iii. Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga membawa

nama buruk kepada Majlis atau mencemarkan nama baik

Majlis;

iv. Kurang cekap atau kurang berusaha;

v. Tidak jujur atau tidak amanah;

vi. Tidak bertanggungjawab;

vii. Membawa atau cuba membawa apa - apa bentuk

pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau

memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan

sebagai pekerja Majlis sama ada tuntutan itu adalah

tuntutannya sendiri ingkar perintah; dan

viii. Cuai dalam melaksanakan tugasnya.

11.2 PEKERJAAN LUAR

Seseorang pekerja boleh membuat permohonan kepada Majlis untuk memaklumkan penglibatan dengan pekerjaan luar.

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

11

11.3 PAKAIAN

Seseorang pekerja yang sedang bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang

ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa. (Sila rujuk pada lampiran)

11.4 DADAH

Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang dipreskripsikan oleh seorang pengamal berubatan berdaftar)

atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa dadah merbahaya.

11.5 HADIAH DAN SEBAGAINYA

Tertakluk kepada peruntukan lain kaedah ini, seseorang pekerja tidak boleh :-

a) menerima atau memberikan ; atau

b) membenarkan isteri dan suaminya atau mana- mana

orang lain untuk menerima atau memberikan bagi

pihaknya.

11.6 KERAIAN

Seseorang pekerja boleh memberikan atau menerima apa-apa jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang

jika :-

a) keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi

pelaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pekerja

Majlis untuk kepentingan orang itu ; dan

b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dengan apa-

apa cara tak konsisten dengan tatakelakuan yang

ditetapkan dalam kaedah 10.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

12

11.7 PEMUNYAAN HARTA

Seseorang pekerja hendaklah mengistiharkan hartanya apabila

dia dilantik menjadi pekerja Majlis atau pada bila – bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis.

Isytiharkan segala harta sendiri atau isteri atau suami atau anak. Jika tiada harta perlu diisytihar juga secara bertulis.

11.8 MENYENGGARA TARAF HIDUP YANG MELEBIHI

EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN LAIN

YANG SAH.

Jika Yang Dipertua berpendapat bahawa seseorang pekerja

adalah atau tampaknya:

a) menyenggara taraf hidup yang melebihi emolumennya dan

pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada;

atau

b) mempunyai kawalan ke atas atau memiliki sumber- sumber

kewangan atau harta ,alih atau tak alih, yang tidak boleh

semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pekerja itu

dengan emolumennya dan pendapatan persendiriannya yan

lain yang sah.

11.9 MEMINJAM WANG

Tiada pekerja boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana- mana peminjam, atau

dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mama-mana orang :-

a) yang secara langsung atau tak langsung tertakluk kepada

kuasa rasminya ;

b) yang dengannya pekerja itu ada atau mungkin ada urusan

rasmi ;

c) yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan

perniagaan di dalam had kawasan Majlis ; atau

d) yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

13

11.10 KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS

Seseorang pekerja tidak boleh dengan apa-apa cara

menyebabkan dirinya berada dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius.

11.11 MEMBERIKAN PINJAMAN WANG

Seseorang pekerja tidak boleh memberikan pinjaman wang dengan bunga sama ada dengan cagaran atau tanpa

cagaran.

11.12 PENERBITAN BUKU DAN SEBAGAINYA

Seseorang pekerja tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau

dengan apa-apa cara lain :- a) membuat apa-apa pernyataan awam yang berhubungan

dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan

atau Majlis tentang apa-apa isi:

b) memberikan apa-apa maklumat factual yang berhubungan

dengan Majlis; atau

c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-

apa peristiwa atau laporan yang berhubungan dengan

Majlis.

11.13 LARANGAN UNTUK BERTINDAK SEBAGAI

PENYUNTING, DAN SEBAGAINYA BAGI SURAT

KHABAR DAN SEBAGAINYA.

Seseorang pekerja tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara memberikan

apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada mana- mana penerbitan, termasuk mana-mana suratkhabar ,

majalah atau jurnal, kecuali yang berikut:

a) penerbitan Majlis atau mana-mana jabatannya atau

penerbitan kakitangannya; b) penerbitan profesional ; dan

c) penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik.

Page 14: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

14

11.14 POLITIK

Seseorang pekerja terlibat dalam aktiviti politik yang menjadi ahli biasa ataupun memegang jawatan dalam parti hendaklah

memaklumkan kepada Majlis untuk makluman / kelulusan.

11.15 HUKUMAN

Pegawai dan kakitangan terikat dengan Kaedah – Kaedah

Pekerja (Pelakuan & Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995 dan Lembaga Tatatertib boleh, jika ia mendapati seseorang pekerja bersalah kerana melanggar mana-mana

peruntukan kaedah- kaedah ini,dan selepas mengambil kira keseriusan kesalahan itu, menjatuhkan mana-mana satu

daripada hukuman itu atau lebih ke atas pekerja itu :

a) amaran ;

b) denda ;

c) tertakluk kepada subkaedah (2) . lucut hak emolumen ;

d) tangguh pergerakan gaji ;

e) turun gaji ;

f) turun pangkat ; atau

g) buang kerja.

Page 15: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

15

12.0 CARTA BAHAGIAN / UNIT

SETIAUSAHA

TIMBALAN YANG DIPERTUA

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN

TIMBALAN PENGARAH

KHIDMAT PENGURUSAN

UNIT TATATERTIB

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

KOD ETIKA KERJA & NILAI – NILAI

BERSAMA MPK

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

N32

PEMBANTU TADBIR

N26

PEMBANTU TADBIR

N22

PEMBANTU

TADBIR N17

PEMBANTU

TADBIR N17

PEMBANTU

TADBIR N17

PEMBANTU

TADBIR N17

Page 16: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

16

13.0 SKOP KERJA

13.1 Antara fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan adalah

mengendalikan Kod Etika dan Nilai – Nilai Bersama Majlis

Perbandaran Klang. Manual Kod Etika dan Nilai – Nilai

Bersama Majlis Perbandaran Klang adalah merupakan

panduan yang diamalkan dan diterapkan bagi memastikan

warga Majlis Perbandaran Klang berintegriti dan

bertanggungjawab.

13.2 Memastikan warga Majlis Perbandaran Klang sentiasa

mengamalkan budaya kerja yang murni dan cekap bagi

menjaga imej Majlis Perbandaran Klang.

14.0 LAGU:

NEGERI SELANGOR BERGERAK MAJU

Terbentang Indah Banjaran Gagah Negeri Makmur Tanahnya Subur

Rakyat Berpadu Aman Sentosa Selangor Negeri Tercinta

Para Petani Seluruh Negeri Berpadu Tenaga Mencurah Bakti

Pada Negeri dan Juga Bangsa Di Bawah Payung Baginda

Maju-Maju Arah Dituju

Kerja Kuat Penuh Semangat Gagah Berdiri Penuh Berdikari

Matlamat Yang Sungguh Murni

Maju Bangsa Maju Negara Padu Erat Rakan dan Taulan

Gagah Perkasa Di Mata Dunia

Negeri Selangor Darul Ehsan

Page 17: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

17

15.0 LAGU:

KLANG TERUS MEMBANGUN

Bandar Di Raja yang tercinta

Melambangkan kedaulatan bangsa Penduduknya bersatu dan aman

Rala berkorban apa saja

Majlis Perbandaran Klang

Menjadi Pusat Pentadbirannya Di bawah teraju Duli Tuanku

Klang terus membangun

Megah ku merasa megah

Melihat Klang maju dan makmur Mari kita bersama

Berganding bahu padu tenaga

Megah ku merasa megah

Melihat Klang maju dan makmur Mari kita bersama

Berganding bahu menjayakannya

Klang terus maju jaya

Page 18: MAJLIS PERBANDARAN KLANG -  · PDF filePengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Peraturan Tindakan Kecemasan dapat ... 4.5 Memantapkan perancangan dan kawalan

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 06 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Manual Kod Etika Kerja Dan Nilai – Nilai Bersama MPK

18

16.0 IKRAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Bahawasanya kami kakitangan Majlis Perbandaran Klang

berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita – cita atas prinsip – prinsip berikut:

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan dengan

mematuhi Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Klang.

Bekerja dengan penuh tanggungjawab.

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan

pembangunan negara.

Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh

– musuh negara.

Berpegang teguh kepada ajaran agama.

17.0 PENUTUP

Majlis Perbandaran Klang berhasrat semua warga kerja dapat

memahami dan mempraktikkan etika dan nilai – nilai bersama bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan harmoni dan bertanggungjawab. Amalan nilai – nilai bersama yang diterapkan

kepada warga Majlis diharap dapat memberi mutu kerja yang berkualiti dan berintegriti serta dapat mematuhi peraturan - peraturan

yang telah ditetapkan seperti termaktub di dalam Kaedah – Kaedah Pekerja (Pelakuan & Tatatertib) Majlis Perbandaran Klang 1995. Seterusnya, setiap warga Majlis Perbandaran Klang hendaklah

bertekad dan berusaha mempertingkatkan kualiti peribadi dan profesion. Mudah – mudahan setiap kerja yang dilaksanakan diterima sebagai ibadat.