MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP...

10
Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 1 MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI TEKS UCAPAN PENGHARGAAN YBHG. DATO’ Sr HAJI ROZALI HAJI MOHAMUD YANG DIPERTUA MPSP SEMPENA JAMUAN PENGHARGAAN KAKITANGAN MPSP (PASCA BANJIR)23 DISEMBER 2017 (SABTU) 9.00 PAGI BERTEMPAT DI BANGUNAN IBU PEJABAT MPSP Disediakan oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa

Transcript of MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP...

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 1

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

TEKS UCAPAN PENGHARGAAN

YBHG. DATO’ Sr HAJI ROZALI HAJI MOHAMUD

YANG DIPERTUA MPSP

SEMPENA

“JAMUAN PENGHARGAAN KAKITANGAN MPSP

(PASCA BANJIR)”

23 DISEMBER 2017 (SABTU)

9.00 PAGI

BERTEMPAT DI BANGUNAN IBU PEJABAT MPSP

Disediakan oleh Jabatan Korporat dan Perhubungan Antarabangsa

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 2

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang

Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan

Lalulintas & Tebatan Banjir

Yang Dihormati Ahli Majlis-Ahli Majlis

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Yang Berusaha Puan Ir Hjh Rosnani bt Hj Mahmod

Setiausaha Perbandaran

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Ketua – Ketua Jabatan dan Pegawai

Majlis Perbandaran Seberang Perai

Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai

Rakan-rakan media

YAB Tuan, YB Tuan/ Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati

Sekalian ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin

dan limpah kurnianya dapat kita berkumpul bersama-sama pada hari ini

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3

di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi

menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan khususnya

pekerja-pekerja awam iaitu “Majlis Jamuan Penghargaan Kakitangan

MPSP (Pasca Banjir)”. Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri dan YB

Tuan Chow Kon Yeow kerana sudi meluangkan masa bersama MPSP

bagi menjayakan jamuan penghargaan ini.

Untuk makluman YAB Ketua Menteri, YB Tuan Chow dan tuan-

tuan dan puan-puan sekalian, MPSP telah menganjurkan jamuan makan

pagi kepada semua pekerja awam yang terlibat di enam (6) depo

pembersihan MPSP iaitu Depo Bertam, Depo Padang Cempedak, Depo

Bagan Lalang, Depo Inderawasih, Depo Berapit, Depo Jawi dan Depo

Asas Murni yang telah berlangsung dengan jayanya pada 11,12,13,

15,18,19 dan 22 Disember 2017 baru-baru ini. Seramai 1904 kakitangan

yang terlibat dalam jamuan sebelum ini.

Dan pada hari ini jamuan secara besar-besaran sekali lagi

diadakan dengan melibatkan lebih kurang 1,265 orang termasuk Ahli-

ahli Majlis, Depo Ampang Jajar, Depo Padang Lalang, beberapa jabatan

dalaman MPSP. Dengan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan

ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Setiausaha Perbandaran,

Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai dan kakitangan yang terlibat

khususnya dalam merealisasikan hasrat MPSP bagi mengadakan

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 4

jamuan penghargaan secara besar-besaran pada hari ini. Penghargaan

ini dibuat bagi menghargai semua yang terlibat bukan hanya sebagai

pekerja awam bahkan sesiapa sahaja yang terlibat.

Saya ingin mengimbas sedikit kisah yang berlaku pada kita baru-

baru ini. Seperti tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, berikutan

angin kencang dan hujan lebat yang telah berlaku pada 4 November

2017 yang lepas, merupakan satu insiden hitam yang berlaku kepada

Negeri Pulau Pinang. Banyak kawasan di Pulau Pinang dan Seberang

Perai terjejas akibat banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini. Di

Seberang Perai, banyak kawasan termasuk jalan raya utama telah

ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter. Ia juga turut menyebabkan

banyak pokok tumbang. Selain itu, kesesakan lalu lintas luar biasa

boleh disaksikan di jalan-jalan utama yang dipenuhi air. Terdapat

sebanyak 78 pusat pemindahan banjir telah dibuka dengan jumlah

mangsa seramai 8,598 orang.

Pada Persidangan DUN, 9 November 2017, YAB Ketua Menteri

telah mengumumkan “Pulau Pinang Bangkit” dan selaras dengan itu,

pada pada Sabtu 11 November 2017, MPSP menganjurkan Hari

Sukarelawan Seberang Perai. MPSP telah menggerakkan seramai

2,660 orang tenaga kerja bagi melancarkan kerja-kerja pembersihan

pasca banjir yang antaranya terdiri daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 5

MPSP juga menerima bantuan daripada sukarelawan dari Negeri

Selangor dan Melaka dan amat berbesar hati diatas kesudian mereka

membantu pada waktu genting itu.

Sampah pasca banjir yang berjaya dipungut ialah sebanyak

13,722 tons. Kutipan sampah pasca banjir bermula pada 5 hingga 17

November 2017 iaitu selama lebih kurang 12 hari. Atas jasa dan

pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan bertungkus lumus bekerja siang

dan malam, pagi dan petang, panas dan hujan, bertugas pada hari cuti

dan sanggup bekerja pada bila-bila masa sahaja tanpa mengenal waktu,

syabas saya ucapkan dan saya di pihak pengurusan ingin mengucapkan

ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas segala keringat yang tuan-

tuan dan puan-puan telah keluarkan untuk MPSP. Jamuan penghargaan

ini diberikan bagi menghargai jasa tuan-tuan dan puan-puan semasa

pasca banjir 2017.

Saya sentiasa menganggap perjumpaan dalam jamuan

penghargaan ini merupakan sesuatu yang amat bernilai bukan sahaja

buat diri saya dan pihak pengurusan bahkan juga keprihatinan Kerajaan

Negeri Pulau Pinang terhadap sumbangan tuan-tuan dan puan-puan

dalam menghadapi saat-saat genting dan kesukaran. Untuk makluman

semua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MPSP sentiasa prihatin dan

mengambil berat terutama yang melibatkan kakitangan bawahan.

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 6

Sebagai Yang Dipertua MPSP, saya ingin mengumumkan beberapa

perkara yang saya anggap merupakan satu berita baik untuk semua

kakitangan MPSP iaitu:

i. Elaun klinik panel telah dinaikkan daripada RM500.00

kepada RM600.00 bagi yang berkeluarga manakala

RM250.00 bagi yang belum bekeluarga.

ii. MPSP memperluaskan kemudahan klinik ini kepada klinik

pergigian juga.

iii. MPSP telah membina 9 depoh dengan kos sebanyak

3,991,863.00 di seluruh Seberang Perai. Depoh-depoh ini

mempunyai kemudahan tempat mandi, kawasan roll call,

bertar, tempat penyimpanan lori dan surau. Pada tahun 2018

MPSP akan membina depoh baru di Paya Keladi bagi

menggantikan Depoh Bertam.

iv. Mulai tahun 2018, kerja-kerja pembersihan awam di jalan-

jalan negeri, perkampungan baru, jalan perbandaran dalam

kawasan komersial dan industri di outsource

perkhidmatannnya kepada kontraktor swasta. Berita baik

yang hendak disampaikan adalah MPSP tidak akan

menamatkan kontrak dan mengekalkan pembantu awam

dengan syarat mereka tidak mempunyai masalah disiplin.

Saudara saudari khususnya pekerja awam ini akan diberikan

tugas-tugas baru antaranya membersih dan memotong

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 7

rumput di kawasan lapang, kolam tadahan dan tempat-

tempat awam yang lain. Sebahagiannya akan ditukarkan ke

skuad khas atau bahagian lain yang memerlukan.

v. Depoh yang berjaya membuat kompos sehingga dapat

mengurangkan beratan sampah sebanyak 50% akan juga

membuat persembahan, pembentangan atau pameran di

peringkat antarabangsa.

vi. Depoh-depoh dan bengkel MPSP digalakkan menghasilkan

barangan upcycle. Depo atau bengkel yang cemerlang akan

dicalonkan untuk membentang pengalaman mereka di

peringkat antarabangsa dan berkemungkinan tuan-tuan dan

puan-puan akan diberi peluang untuk ke luar negara.

vii. Sumbangan kepada 626 orang mangsa banjir dari kalangan

pekerja MPSP akan disampaikan hari ini oleh YAB Ketua

Menteri, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng

disaksikan oleh YB Tuan Chow Kon Yeow, Ahli Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Merangkap

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan

Lalulintas & Tebatan Banjir. MPSP juga ingin mengucapkan

terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang

khususnya YB Tuan Phee Boon Poh, Ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang & Alam

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 8

Sekitar kerana sudi memberi sumbangan dalam bentuk

barangan keperluan kepada mangsa banjir dari MPSP. Di

sini, MPSP juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih

kepada Lions Club International District 308 B2 yang

sentiasa bersama MPSP untuk menangani isu-isu alam

sekitar dan pada pagi ini mereka juga memberi sumbangan

kepada pekerja-pekerja MPSP yang menjadi mangsa banjir.

Selain itu, bagi memastikan kesiapsiagaan Seberang Perai

menghadapi sebarang bentuk bencana dan kemungkinan, MPSP telah

mengambil langkah mewujudkan Pelan Mekanisme Pengurusan

Bencana Seberang Perai atau Emergency Preparedness Plan (EPP)

yang akan digunapakai pada tahun 2018. Pelan ini merupakan sebuah

pelan yang disediakan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat

diambil dengan segera apabila berlaku bencana. Untuk makluman YAB

Ketua Menteri, YB Tuan Chow dan semua hadirin sekalian, pelan ini

terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu

i. Pelan Pengurusan Risiko Bencana (Disaster Risk

Management) yang menjelaskan tindakan-tindakan yang

perlu diambil sebelum berlakunya kejadian bencana iaitu

pencegahan dan peredaan, kesiapsiagaan dan system

amaran awal.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 9

ii. Pelan Pengurusan Krisis Bencana (Disaster Crisis

Management) iaitu penaksiran impak dan tindak balas.

iii. Pelan Pengurusan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery

Management).

Dengan adanya EPP ini, MPSP telah bersiap sedia menghadapi

sebarang kemungkinan bencana dan dapat menjalankan koordinasi

dengan sempurna bersama komuniti, NGO dan agensi-agensi kerajaaan

atau swasta.

YAB Ketua Menteri, YB Chow Kon Yeow, tuan-tuan dan puan-puan

sekalian,

Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan yang MPSP ini bukan

sahaja “Giant Killers” nama jolokan yang diberikan oleh YAB Ketua

Menteri semasa Pelancaran Sistem Pengurusan Anti Suapan atau Anti-

Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 pada 1

November 2017, bahkan kita mempunyai seorang pekerja yang boleh

dikatakan sebagai “The Hidden Pearl” yang telah mengharumkan nama

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MPSP dalam bidang sukan. Beliau

ialah Encik Mohd Nazmi Bin Abdul Aziz daripada Jabatan Perkhidmatan

Perbadaran kerana telah berjaya merangkul gelaran Pemain Terbaik

Perlawanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja yang mewakili Pulau

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI - mpsp.gov.my · PDF fileUcapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 3 di MPSP untuk satu majlis yang saya anggap amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan

Ucapan YBhg. Dato’ YDP MPSP 2017 10

Pinang. Pulau Pinang juga telah berjaya menggondol Johan

mengalahkan Negeri Kelantan di Stadium Muhammad Ke-4 pada 11

November 2017 baru-baru ini. Tahniah dan syabas untuk beliau dan

MPSP.

Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya sekali lagi

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

semua kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja bantuan semasa dan

selepas banjir, yang telah menyumbangkan tenaga kerja dan lain-lain

bantuan tanpa mengira penat dan lelah dan juga yang telah

mengharumkan nama Kerajaan Negeri dan MPSP.

MPSP sentiasa komited bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang

untuk memastikan Seberang Perai sentiasa bersedia dalam

menghadapi sebarang bentuk kemungkinan bencana. Saya yakin MPSP

mempunyai satu pasukan yang hebat yang terdiri daripada pelbagai

jabatan, bahagian dan unit sejajar dengan hasrat kita ke arah Resilient

city. Dan saya yakin dengan semangat kental dan hati yang cekal yang

dibuktikan semasa bencana itu berlaku, kita telah berjaya bangkit untuk

kembalikan Seberang Perai ke asalnya secara satu pasukan.

Sekian, terima kasih.Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.