MAK YONG
-
Upload
amran-aris -
Category
Education
-
view
121 -
download
3
Transcript of MAK YONG
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
TAJUK 2 Muzik Bentuk Seni Lakon – Mak Yong
SinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik Mak Yong.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1
Mak Yong
Melodi dan Bentuk
Repertoir MuzikAlat-alat Muzik
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
2.1 Pengenalan
Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni
lakon yang dimainkan oleh pelakon manusia dan bukan patung. Ia menggunakan
dialog, tarian serta muzik vokal dan instrumental untuk mengisahkan ceritanya.
Mak Yong telah ditentukan sebagai bentuk seni lakon yang sangat kuno,
berunsur lagenda, mitos dan mempunyai perhubungan yang erat dengan
upacara perubatan tradisional main puteri. Sumber-sumber bertulis telah
membuktikan adanya perkembangan Mak Yong di perkampungan Patani dan
Kelantan dari abad ke-19 hingga ke abad ke-20 ini. Pada awal abad ke-20, teater
Mak Yong juga tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan di kepulauan
Riau-Lingga di Indonesia.
Pada awal ke-20, bentuk seni lakon ini berada di bawah naungan raja
Kelantan yang telah mendirikan kawasan teater dikenali sebagai ’Kampung
Temenggung’ di Kota Bharu. Muzik ini juga diberi sokongan dan naungan oleh
Tengku Temenggung Ghaffar dari istana Kelantan pada masa itu. Tetapi
naungan itu tidak berkekalan dalam waktu yang panjang. Selepas tahun 1920an,
naungan dan sokongan ini dihentikan. Walaupun teater Mak Yong berasal dari
kawasan desa sebagai tradisi teater rakyat (folk theatre), tetapi pada zaman
naungan itu muzik, tarian, pakaian dan aspek-aspek lain diperhalusi lagi kerana
latihan dan persembahan diadakan secara berturutan dan tersusun.
Kini Mak Yong wujud sebagai teater rakyat yang dipersembahkan untuk
hiburan orang ramai. Kadang-kala persembahan Mak Yong juga diadakan dalam
konteks ritual sebagai sembah guru. Mak Yong juga dipersembahkan bersama
dengan main puteri bertujuan untuk mengubati pesakit. Di kampung-kampung,
persembahan Mak Yong untuk tujuan ritual diadakan dalam panggung yang
searas dengan tanah. Tetapi untuk tujuan hiburan, khususnya di kawasan
bandar, lantai panggung Mak Yong didirikan beberapa kaki dari tanah. Lantai
pentas itu beratap dan ruang berlakon (gelanggang) ditempatkan di bahagian
2
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
tengah panggung itu. Para pemuzik serta pelakon yang mengambil peranan
sebagai korus duduk di tepi lantai. Kumpulan korus ini dikenali sebagai ’jong
dondang’ dalam rombongan Mak Yong. Oleh sebab panggung Mak Yong tidak
berdinding, maka penonton boleh menyaksikan persembahan dari semua arah
(sebagai theatre-in-the round).
2.2 Alat-alat Muzik
Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada
sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu,
terdapat juga alat-alat yang dipinjam daripada orkestra wayang kulit Kelantan
dan menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat-alat pinjaman ini digunakan
untuk menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu Tari
Ragam dan sebagainya.
Tetawak dan gendang. Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari
keluarga idiofon yang digantung pada rak kayu dan dipalu dengan pemukul kayu
yang berbalut dengan kain pada hujungnya. Gendang ibu dan anak pula adalah
sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat daripada kayu)
dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat.
Rebab. Alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam muzik
Mak Yong. Ia tergolong dalam keluarga kordofon dalam kelas kecil ’lut yang
3
Sepasang Tetawak Gendang Ibu dan Anak
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
digesek’. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segitiga dengan penjuru
bulat. Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses
dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang
dinamakan susu dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini
berfungsi sebagai bahan untuk meredamkan bunyi. Bahagian belakang badan
rebab diliputi dengan kain dan benang-benang yang berwarna-warni. Bahagian
leher alat ini diperbuat daripada kayu tebal tanpa fret. Sepasang pancang tebal
dipasang pada bahagian bawah badan rebab yang berfungsi sebagai kakinya. Di
bahagian hujung leher rebab dipasangkan ’kecopong’ yang diukir bentuk pucuk
rebung dan dicatkan. Kecopong dilengkapi dengan ’finial’ iaitu satu bahagian
yang tajam dan boleh dilucutkan dari kecopong.
Tiga utas tali logam dipasangkan di bahagian bawah badan rebab dan
ditarik ke atas kekuda yang dinamakan ’pacat’. Pacat terletak di bahagian atas
muka badan alat ini. Dari kekuda, tali-tali ini dipasangkan pada tiga pemulas di
hujung leher dan ditiunkan. Tali logam pada alat rebab digesek dengan
menggunakan penggesek yang diperbuat daripada kayu dan tali-tali nylon (atau
tali yang diperbuat daripada tali sabut kelapa) yang agak kendur. Pemain rebab
akan memegang penggesek sambil meregangkan tali-tali nylon itu. Pemain akan
duduk bersila manakala alat rebab ini dipegang secara berdiri dengan bahagian
badannya di bawah.
4
Rebab CanangSerunai Geduk
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
2.3 Repertoir Muzik
Pembukaan persembahan Mak Yong dimulakan dengan upacara Buka
Panggung yang tertentu. Dari segi seni muzik, bahagian pembukaan yang
penting terdiri daripada beberapa buah lagu yang dimainkan sebelum cerita
utama dimulakan. Lagu-lagu itu mempunyai fungsi tertentu seperti untuk tujuan
memperkenalkan watak-watak atau pun untuk tujuan khas yang lain. Misalnya,
para pelakon naik ke pentas dengan iringan orkestra mak yong yang memainkan
lagu Pak Yong Turun (lagu instrumental). Ia diikuti oleh lagu dan tarian yang
bertajuk Menghadap Rebab yang bertujuan memberi penghormatan kepada alat
muzik rebab. Persembahan pembukaan ini diteruskan dengan lagu Sedayung
Mak Yong dan Sedayung Pak Yong. Kedua-dua ini lagu dipersembahkan
sebagai lagu pendahuluan untuk memperkenalkan watak-watak tersebut.
Sebuah lagu lagi yang bertajuk Ela dimainkan oleh watak Pak Yong untuk
memperkenalkan diri sebelum cerita utama dimulakan. Semua lagu ini juga
melibatkan tarian tertentu yang ditarikan oleh watak-watak yang berkenaan serta
kumpulan korus ’jong dondang’. Kumpulan lagu tersebut merupakan pembukaan
yang tetap dan tertentu yang dimainkan dalam setiap persembahan Mak Yong.
Sesebuah cerita tertentu dikisahkan selama beberapa malam hingga selesai.
Sebelum cerita itu disambung kembali pada setiap malam, pembukaan muzik
dan tarian yang tertentu dimainkan. Daripada repertoi yang berjumlah kira-kira
30 buah lagu, pelakon menggunakan lagu-lagu tertentu (serta tarian) yang
sesuai dengan jalan cerita.
2.4 Melodi dan Bentuk
Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong dipersembahkan oleh seorang
penyanyi atau pemain rebab. Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya
mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi-melodi yang kompleks dan
berhiasan dalam semua lagu nyanyian. Kedua-dua bahagian vokal dan rebab
5
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
dimainkan serentak dan menghasilkan tekstur heterofoni. Dalam lagu-lagu
nyanyian, kedua-dua pemain itu memainkan melodi yang sama, pada waktu
yang sama dengan variasi tersendiri. Variasi yang dinyanyi atau dimainkan
dalam melodi itu bergantung kepada kepandaian dan kebijaksanaan penyanyi
dan pemain rebab.
Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut (atau alat
muzik solo lain) dalam gaya heterofoni terdapat di dalam pelbagai jenis muzik di
seluruh dunia Islam dari benua Afrika Utara ke Timur Tengah. Cara permainan
ini juga terdapat di dalam muzik Mak Yong. Tekstur dan gaya heterofoni ini juga
terdapat dalam muzik jong dondang atau korus Mak Yong apabila beberapa
penyanyi dalam korus menyanyikan melodi yang sama sambil menonjolkan
variasi tersendiri pada waktu yang sama. Kedua-dua keadaan tekstur heterofoni
ini, a) di antara alat muzik solo dan penyanyi, dan juga b) di antara beberapa
penyanyi dalam korus, terdapat dalam persembahan Mak Yong.
Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong yang melibatkan pic dan skel, jarak
dan kontur melodi, dan bunga atau perhiasan. Pada umumnya kontur-kontur
melodi ditandakan dengan baris melodi yang menurun sahaja atau yang menaik
dan menurun secara berturut-turut. Dalam kedua-dua jenis kontur ini, ’turun’ dan
’naik-turun’, jarak melodi biasanya agak sempit samada melodi dimainkan oleh
pemain rebab ataupun melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi.
Bentuk – dalam sistem muzik Mak Yong alat tetawak mengeluarkan
lapisan bunyi yang asas, dinamakan sebagai gongan yang menyerupai konsep
gongan dalam muzik wayang kulit. Gongan ialah jangka masa tertentu yang
ditandakan dengan pic-pic gong tertentu dalam orkestra Mak Yong. Jangka
masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan sekurang-kurangnya dua
pic gong yang menentukan bentuk (form) dalam muzik.
6
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
7