Makanan Baba Nyonya

11
Makanan Baba Nyonya Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka . Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu . Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja. Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka. Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah , hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak . Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur. Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol , wajik , tapai , bahulu dan lain-lain lagi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_Baba_Nyonya H. Perjanjian Baru Bahasa Melayu Baba Salah satu kelompok pemakai bahasa Melayu di Semenanjung Malaka adalah keturunan Cina yang sudah turun temurun tinggal di sana dan tidak lagi memakai bahasa leluhurnya, bahkan sudah kawin mawin dengan penduduk setempat. Kelompok ini disebut ´baba dan nyonya´. Bahasa percakapan baba dan nyonya di Singapura, Malaka dan Pulau Penang ini dikenal sebagai ragam Melayu Baba. Menyadari kebutuhan penutur bahasa Melayu ragam khusus ini, seorang misionaris Presbiterian yang bernama Nona McMahone menerjemahkan Buku Matius dalam bahasa Melayu Baba. Demikian juga pada tahun 1907, William Girdlestone Shellabear menyetujui permintaan untuk mengusahakan terjemahan Perjanjian Baru kedalam bahasa Melayu Baba. Dalam tugasnya ini Shellabear dibantu oleh Chew Chin Yong, dan Suleiman seorang guru pada Sekolah Guru (Normaalschool) di Malaka. Tiga tahun sebelum itu Shellabear dengan Tan Cheng Poh menerjemahkan cerita "Perjalanan Seorang Musafir" dalam bahasa Melayu Baba. Terjemahan Perjanjian Baru dalam bahasa Melayu Baba diterbitkan pada yahun 1913 oleh Penerbit Metodis

Transcript of Makanan Baba Nyonya

Page 1: Makanan Baba Nyonya

Makanan Baba NyonyaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan

makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari

masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.

Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan

Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih

tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi

dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut

dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee

sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang

berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat

Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu

seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_Baba_Nyonya

H. Perjanjian Baru Bahasa Melayu Baba

Salah satu kelompok pemakai bahasa Melayu di Semenanjung Malaka adalah keturunan Cina yang sudah turun temurun tinggal di sana dan tidak lagi memakai bahasa leluhurnya, bahkan sudah kawin mawin dengan penduduk setempat. Kelompok ini disebut ´baba dan nyonya´. Bahasa percakapan baba dan nyonya di Singapura, Malaka dan Pulau Penang ini dikenal sebagai ragam Melayu Baba. Menyadari kebutuhan penutur bahasa Melayu ragam khusus ini, seorang misionaris Presbiterian yang bernama Nona McMahone menerjemahkan Buku Matius dalam bahasa Melayu Baba. Demikian juga pada tahun 1907, William Girdlestone Shellabear menyetujui permintaan untuk mengusahakan terjemahan Perjanjian Baru kedalam bahasa Melayu Baba. Dalam tugasnya ini Shellabear dibantu oleh Chew Chin Yong, dan Suleiman seorang guru pada Sekolah Guru (Normaalschool) di Malaka. Tiga tahun sebelum itu Shellabear dengan Tan Cheng Poh menerjemahkan cerita "Perjalanan Seorang Musafir" dalam bahasa Melayu Baba. Terjemahan Perjanjian Baru dalam bahasa Melayu Baba diterbitkan pada yahun 1913 oleh Penerbit Metodis atas pembiayaan dari Lembaga Alkitab Inggris (BFBS). Dan dari sebuah artikel yang dimuat di Surat Kabar "The Straight Times" pada tanggal 3 Desember 1977 kita mengetahui bahwa terjemahan ini telah dipakai secara luas oleh tiga generasi baba nyonya di singapura, Malaka dan Penang. Kanon terjemahan ini sempat populer di salah satu jemaat peranakan di Jakarta.

Inilah "Doa Bapa Kami" dalam terjemahan bahasa Melayu Baba : (Perhatikan sistem ejaan yang dipakai dalam terjemahan ini. Yang diajarkan di sekolah-sekolah misi pada masa itu : bri, ttapi, dngan, kpala karena dalam aksara Arab/Jawi ditulis itu; sedangkan di sekolah-sekolah pemerintah dipakai sistem beri, tetapi dengan, kepala. Mula-mula kedua sistem itu sama-sama dipakai, tetapi akhirnya sistem sekolah pemerintah yang menjadi ejaan baku.)

Page 2: Makanan Baba Nyonya

(8) "Ya Bapa kami yang di shorga,biar-lah nama-mu di-kuduskan.Datang-lah kerajaan-mu.Jadi-lah kahandak-mu,sperti di shorga bgitu juga di atas bumi.Bri-lah sama kami ini hari makanan kami yang s-hari-s-hari.Dan ampunkan-lah hutang-hutang kami,sperti kami sudah ampunkan orang yang berhutang sama kami.Jangan-lah bawa kami masok dalam pnchoba'an,ttapi lpaskan-lah kami deri-pada yang jahat."

(Injil Matius - Kitab Perjanjian Bharu, Methodist Publishing House Singapura kerna British and Foreign Bible Society, 1913 - terjemahan W. G. Shellabear dalam bahasa Melayu Baba).

Minat Shellabear pada bahasa dan kesusastraan Melayu sangat mendalam, selain menerjemahkan Alkitab, ia banyak menulis buku dan puisi dalam bahasa Melayu. Ia juga menulis Sejarah Gerakan Metodis, dan menyadur Injil dalam bentuk syair. Karena alasan kesehatan, ia terpaksa pindah ke Amerika Serikat pada tahun 1916. Shellabear menjadi dosen di Universitas Drew, kemudian di Kennedy School of Mission. Ia meninggal dunia pada tahun 1947.

http://www.sabda.org/sejarah/artikel/sejarah_penerjemahan_alkitab_bahasa_melayu_indonesia_baba.htm

baba dan nyoya

PERAYAAN KAUM BABA DAN NYOYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum cina yang unik kedudukannya di kalangan

kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia),

khususnya di negeri Melaka. Kaum ini mengelar diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan”

kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan mempunyai unsure-

unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana

sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang

berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi

seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”. Dari segi anutan, kebanyakan masih

mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau

Kristian.

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah daripada

kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang

berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien

Page 3: Makanan Baba Nyonya

meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba

yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan

dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya

Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu

yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi

oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan

menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang

terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang

Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih bersifat

kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China. Ini digambarkan

melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih

kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi

mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat

Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh

masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang

memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan

budaya Cina tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding

dengan Melayu

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina

yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima

puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat

meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak

berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih

terus diamalkan

Page 4: Makanan Baba Nyonya

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada

pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun

ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim

melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang

Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-

pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan

mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya

Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi

tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin

akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke

Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan

banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan juga Baba dan nyoya bagi menyambut

tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan

dinamakan sempena nama haiwan. Iaitu Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing,

Monyet, Ayam, Anjing dan Khinzir.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari

tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala

hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang

baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi

menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah

rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar

dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan

muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi

melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih

Page 5: Makanan Baba Nyonya

belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi

bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina

ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ( 年 ) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari

pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim

sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar

menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan

penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru

yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun

baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo,

bahasa Hokkien (POJ: âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是 , 利市 atau 利事 , bahasa Kantonis: lai

shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang

tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi

sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah

wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka

ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).

Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial kerana perkataan untuk empat sama bunyinya

dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8

dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam

angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Kesimpulannya, kaum Baba dan nyoya yang terdapat di Malaysia mempunyai persamaan dalam

menyambut perayaan dengan kaun cina. Iaitu menyambut Tahun Baru Cina, namun terdapat sedikit

perbezaan di antara kaum Baba dan kaum Cina hanyalah berbeza dari segi bahasa dalam berkomunikasi,

pakaian tradisional dimana pakaian kaum Baba telah menerima pengaruh budaya kemelayuan.

Page 6: Makanan Baba Nyonya

RUJUKAN

http://pelbagairujukan.blogspot.com/2008/03/keunikan-budaya-baba-dan-nyonya.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

http://pelbagairujukan.blogspot.com/search/label/ADAT%20REASAM

http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua/message/31416

http://guide.opendns.com/?url=bukubimbingan.net%2Fmindamaju

http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanSembilanMaharajaDewa.htm#Kandungan

http://banktani.tripod.com/norani.htm

http://www.heritage.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=518&menu_id=46&c3=40&click

http://shw.sirloinskipper.fotopages.com/13599428/baba-nyonya.html

 Baju CINA - Baba dan Nyonya  Admin on Thu Jun 24, 2010 11:45 pm

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik

kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah

Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun,

sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi

sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga

dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina

yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan

pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba"

atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan

tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian

dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran

mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara

kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi

seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya

masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang

memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Page 7: Makanan Baba Nyonya

Sejarah

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara

agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur

tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun

diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi

sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak

berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh

Barat, tetapi masih terus diamalkan.[2]

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi

penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan

diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan

Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka.

Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri,

Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada

penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan

akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan

kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah

diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber

memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu

tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina

tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan

berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara

keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul

etnik Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan

mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina,

perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah.

Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh

dalam budaya Baba dan Nyonya.

Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat

daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut

mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya

Inggeris dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka.

Page 8: Makanan Baba Nyonya

Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka menukar kepada

Kristian. Hal ini menyebakan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka

dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja)

kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda

pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan

dapat bercakap dengan Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai

pedagang, dan pertenggahan antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Budaya

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah

daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien

dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri

mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur

dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan

Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura

berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke

kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini

bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh

kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh

cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan

dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi

Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan

kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka

masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti

mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain

seperti sistem kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang

yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi

mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.

Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina

yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang lain, seperti

adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua pengantin

memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina

tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina

Page 9: Makanan Baba Nyonya

berbanding dengan Melayu.

Tokoh-tokoh Baba

* Tan Cheng Lock

* Tan Siew Sin

http://sivik-msia.ace.st/t91-baju-cina-baba-dan-nyonya