Makanan-Tradisional-Orang-Cina.pptx

download Makanan-Tradisional-Orang-Cina.pptx

of 6

Transcript of Makanan-Tradisional-Orang-Cina.pptx

Makanan Tradisional Orang Cina

Makanan Tradisional Orang Cina

SejarahJiaozi ialah sejenis ladu Cina, dan mempunyai sejarah tidak kurang dari tujuh ribu tahun, amat popular di China dan Jepun dan juga di luar Asia Timur terutamanya di Amerika Utara.

Jiaozi pada asalnya dipanggal "Jiao Er" dicipta oleh Zhang Zhongjing, seorang doktor yang hebat dalam sejarah China.Pada zaman dinasti Donghan (tahun 25-220 Masihi), penyakit berjangkit telah melanda pelbagai tempat di China. Zhang Zhongjing menggunakan tepung sebagai kulit Jiaozi yang diisi dengan daging kambing, cili, dan ubat-ubatan herba. Selepas memasaknya, beliau memberikan"Jiao Er"kepada para pesakitnya sehingga hari terakhir tahun itu. Makanan ini terbukti dapat membantu ramai orang yang kembali menjadi sihat.

Kepercayaan

Adat Resam TempatanJiaozi merupakan satu kemestian, malah dianggap sebagai satu simbol bagi sambutan tahun baharu kerana bentuknya serupa dengan jongkong emas, dianggap membawa tuah.Jiaozi antara masakan yang membawa maksud bertambah rezeki dan mendapat keuntungan yang melimpah pada tahun baharu.Beberapa jenis makanan juga selalu dimasukkan dalam intinya, termasuk gula, kacang, kurma dan buah berangan yang membawa harapan berbeza. Orang yang termakan jiaozi berisi gula dipercayai akan menikmati kehidupan yang lebih bahagia, manakala orang yang termakan kacang dipercayai akan sihat walafiat dan panjang umur. Jiaozi yang berisi kurma atau buah berangan pula membawa harapan dikurniakan anak secepat mungkin.JiaoziJiaozi biasanya terdiri daripada daging kisar atau isian sayur yang dibalut dalam kepingan doh nipis yang digulung. Jiaozi berbeza dengan wantan: jiaozi mempunyai kulit yang lebih tebal dan bentuk piring berganda yang lebih leper dan oblat.Jiaozi biasanya dimakan dengan sos celup cuka soya.

Terima Kasih!