Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung ... · Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang...
Transcript of Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung ... · Asal Usul Nama Sijangkang Sijangkang...
Asal Usul Nama Sijangkang
Sijangkang diambil daripada nama pokok Sijangkang iaitu spesis pokok hutan yang
habitatnya terletak di kawasan berpaya berhampiran sungai. Sesetengah tempat
dipanggil Jangkang Paya (Semenanjung) manakala di Sarawak dipanggil Ako.
Sijangkang berasal dari keluarga Annonaceae dan nama saintifiknya ialah Xylopia
fusca Maingay ex Hook. F. & Thomson.
Sejarah Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima
Garang, daerah Kuala Langat, Selangor dan mempunyai keluasan lebih 10 km
persegi. Dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907 dan ia
diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung ini adalah
berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang lainnya berasal dari
kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka seperti Kampung Benting Tengah
dan Kampung Pendamar.
Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang
Sejarah taman ini sangat istimewa kerana di bina di atas bekas tempat
pembuangan sampah pada tahun 2015. Hasil kerjasama penduduk dan sedikit
bantuan dari syarikat Lebuhraya PLUS, kawasan ini telah dibangunkan sebagai
kawasan rekreasi penduduk Kampung Sijangkang. Kawasan ini mempunyai nilai
estetika yang terdiri daripada flora dan fauna semulajadi yang boleh dipelihara
demi kelestarian alam. Kawasan paya bakau ini terdiri dari pelbagai spesis pokok
antaranya pokok api-api, pokok bakau kurap, pokok nireh batu, pokok nipah dan
banyak lagi. Selain itu, faktor unik taman ini adalah ia dibina dari barang terpakai
atau “recycle” dari bahan pembinaan perumahan yang diberikan percuma dari
pelbagai pihak. Dari bahan buangan tersebut ia dijadikan bahan aktiviti riadah,
hiasan, sudut informasi, pentas persembahan dan alatan berehat seperti kerusi dan
meja makan hasil kerjasama dan kreativiti sukarelawan yang kebanyakknanya
berumur diantara 40-60 tahun dan ke atas. Dengan terbinanya taman ini ia telah
menyediakan keperluan riadah dan tempat belajar kepada belia, remaja dan
terutamnya pelajar-pelajar sekolah yang berkonsepkan “Eco-Education”. Ramai
pengunjung dari pelbagai latar belakang telah berkunjung ke sini untuk
menjalankan aktiviti seperti kem jati diri, kem motivasi dan juga untuk berekreasi
bersama keluarga.
Maklumat Mengenai Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung
Sijangkang
Pintu Masuk ke Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang
Galeri
Sumber:
1. http://www.tropicaltimber.info/specie/mempisang-xylopia-fusca/
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Sijangkang,_Telok_Panglima_Gara
ng
Disediakan oleh:
Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan
Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
Universiti Putra Malaysia
Sudut Kenyataan Mengenai Pencapaian dan
Kolaborasi Taman Rekreasi Bersama Agensi Kreativiti dan inisiatif komuniti setempat
untuk kempen kitar semula