Makro Rph Tiupan

download Makro Rph Tiupan

of 5

Transcript of Makro Rph Tiupan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTarikh: 10 September 2014Masa: 10.45-11.45 pagiMatapelajaran: Dunia Seni VisualTahun: 2 AnggerikJumlah Pelajar: 30 orangBidang Kegiatan: Membuat Corak dan Rekaan (Tidak Terancang)Jenis Kegiatan (Aktiviti): TiupanIsi KandunganTema: Alam Semulajadi Tajuk: Hiasan bingkai gambar motif organikStandard Kandungan:1. Menghasilkan corak tidak terancang menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna, dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. 2. Menghasilkan corak teknik tiupan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 3. Membuat apresiasi terhadap karya.

Standard Pembelajaran:1.1 Persepsi Estetik: Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik tiupan.

2.1.1 Unsur seni2.1.1.1 Garisan pelbagai jenis garisan2.1.1.2 Warna sekunder2.1.1.3 Jalinan tampak2.1.2 Prinsip rekaan2.1.2.1 Ritma dan pergerakan garisan pelbagai arah2.1.2.2 Kepelbagaian warna, garisan dan jalinan

1.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik tiupan.2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media2.2.1.1Alat surat khabar, berus lukisan, palet dan straw2.2.1.2Bahan kertas lukisan, gam dan cat poster atau cat air2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya2.2.2.1 Teknik tiupan1.3 Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak tiupan.2.3.1Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif2.3.2Mengaplikasikan proses dan teknik tiupan dalam penghasilan corak teknik tiupan2.3.3Menggunakan bahasa seni visual: garisan, warna, jalinan, serta ritma dan pergerakan dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan. Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:1. Meniup straw untuk menghasilkan corak tidak terancang menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna, dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. 2. Menghasilkan bingkai gambar menggunakan corak teknik tiupan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 3. Membuat apresiasi terhadap karya dengan mempamerkan dan menceritakan karya.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah melihat hasil karya tiupan di media massa. Penerapan Nilai: Kekemasan dan kebersihanPenggabungjalinan: Penyerapan SainsKBKK: Menjana idea, membuat perkaitan, membuat ramalan, mensintesisStrategi / Kaedah: Teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, pembelajaran masteri, sumbang saran, demonstrasi, tunjuk caraBahan Bantu Mengajar: Komputer riba, LCD, radioBahan Bantu Belajar: Gol kertas, bola kertas, straw, contoh-contoh corak teknik tiupan, carta alir teknik tiupan, hasil karya teknik tiupan, klip videoAlat,Bahan,Media: Berus lukisan, palet, straw, kertas lukisan, gam, warna poster EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi dan nilai murniIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranBBMCatatan

Set Induksi(5 minit) Permainan Bola Kertas (Sila Rujuk Lampiran 1) Lagu We are the Champion.

Sesi soal jawabSoalan:Apa yang telah anda lakukan sebentar tadi?

Jangkaan Jawapan:Meniup

Tajuk pelajaran:Hiasan bingkai gambar motif organik1. Guru memperkenalkan permainan Bola Kertas.2. Guru menyediakan bekas untuk dijadikan gol bagi dua pasukan lawan.3. Wakil untuk murid lelaki dan seorang lagi untuk wakil murid perempuan dipilih.4. Murid diminta meniup bola kertas supaya dapat menjaringkan gol.5. Guru memainkan lagu ketika murid bermain.6. Murid dirangsang untuk meneka tajuk pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari.7. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini dengan teknik yang bakal diajar tiupan. Gol kertas Bola kertas Straw Komputer riba LCD RadioEMK:Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KBKK:Menjana idea, membuat perkaitan, membuat ramalan, mensintesis

Langkah 1: (5 minit)Pengenalan: Tiupan (Sila Rujuk Lampiran 2)

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan. Dengan menggunakan straw warnaairyang terdapat pada permukaan kertas ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.Pengenalan:1.1 Guru menjelaskan teknik tiupan.1.2 Guru mempamerkan pelbagai corak teknik tiupan.

Persepsi estetik:1.3 Murid menyebut contoh unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam contoh hasil karya yang menggunakan teknik tiupan.

Komputer riba LCD Contoh-contoh corak teknik tiupan (Sila Rujuk Lampiran 3)

Strategi:Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Langkah 2: (5 minit)Pewujudan Konsep:Media: Berus lukisan, palet, straw, kertas lukisan, gam, warna poster (Sila Rujuk Lampiran 2)2.1 Guru mengenalkan media yang akan digunakan bagi teknik tiupan.2.2 Guru membuat demonstrasi menghasilkan corak tiupan dengan pelbagai teknik meniup straw.

Komputer riba LCD Media: Berus lukisan, palet, straw, kertas lukisan, gam, warna poster Carta alir teknik tiupan (Sila Rujuk Lampiran 4)Kaedah: sumbang saran, demonstrasi

Langkah 3: (5 minit)Tunjuk Cara:Carta alir teknik tiupan (Sila Rujuk Lampiran 4)3.1 Guru membancuh warna dengan sedikit air.3.2 Guru menitiskan sedikit warna di atas kertas lukisan.3.3 Murid diminta tampil ke hadapan untuk meniup titisan warna tadi dengan penyedut minuman.3.4 Murid diminta mengulang langkah yang sama dengan menggunakan pelbagai warna.3.5 Guru menampal kertas putih yang bersaiz lebih kecil pada bahagian tengah hasil corak bagi menampakkan bingkai gambar. Media: Berus lukisan, palet, straw, kertas lukisan, gam, warna poster Carta alir teknik tiupanTeknik: Tunjuk cara

Strategi:Belajar Cara Belajar

Nilai: Kebersihan dan kekemasan

Langkah 4:(30 minit)Penghasilan Produk1.1 Guru mengedarkan satu kertas putih yang bersaiz kecil.1.2 Murid-murid membentuk kumpulan kerja dan mengeluarkan alat dan bahan.1.3 Murid memulakan aktiviti penghasilan karya.

Contoh hasil karya langkah 3 (Sila rujuk lampiran 5) Media: Berus lukisan, palet, straw, kertas lukisan, gam, warna poster

Strategi: Pembelajaran masteri

Nilai: Kebersihan dan kekemasan

Langkah 5: (5 minit)Apresiasi Seni5.1 Murid mempamerkan karya masing-masing.5.2 Murid menceritakan karya sendiri tentang warna yang mereka pilih dan teknik penghasilannya.

Hasil karya muridEMK: Kreativiti dan inovasi

Penutup:(5 minit)Rumusan: Isi pelajaran Teknik tiupan Kerjasama dan kekemasan KreativitiKognitif6.1 Murid merumuskan aktiviti yang berkaitan dengan teknik tiupan.6.2 Murid memberikan pelbagai cadangan untuk menggunakan corak tiupan bagi dijadikan hiasan pada rekaan yang lain.

Sosial6.3 Murid menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.6.4 Murid diminta mengemaskan kelas.Klip videoNilai: Kebersihan dan kekemasan