MAKRO BAB 4

download MAKRO BAB 4

of 27

Transcript of MAKRO BAB 4

Objektif Pembelajaran Bab 4 Wang, Tingkat Harga dan Nilai Wang 1. 2. 3. 4. 5. Mentakrifkan konsep wang dan huraikan kelemahan sistem barter. Mengenal pasti fungsi wang, ciri wang dan kuasa beli wang. Menerangkan jenis wang M1 dan M2. Menerangkan komposisi dan kadar pertumbuhan bekalan wang di Malaysia. Menghubungkaitkan nilai wang dengan tingkat harga umum.

Sistem bank dan Institusi Kewangan Lain 1. 2. 3. 4. Mendefinisikan institusi kewangan. Menerangkan aktiviti utama institusi kewangan. Menjelaskan fungsi dan bentuk operasi bank perdagangan. Menerangkan proses penciptaan wang atau kredit dengan menggunakan jadual, rumus pengganda wang.

Bekalan Wang dan Aktiviti Ekonomi 1. 2. 3. Menerangkan hubungan bekalan wang dengan tingkat harga melalui Teori Kuantiti Wang. Menerangkan penentuan kadar bunga mengikut Teori Kewangan Keynes. Menghubungkaitkan bekalan wang dengan tingkat harga, kadar bunga, pelaburan, dan pendapatan negara melalui gambar rajah. Bank Negara Malaysia dan Dasar Kewangan 1. 2. Menerangkan ciri dan fungsi bank pusat. Menerangkan sejarah penubuhan dan fungsi Bank Negara Malaysia.

Definisi Wang Sebarang benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran.

Labels: Wang Ciri-Ciri Wang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Diterima umum Penawaran terhad Bernilai stabil Bernilai seragam Berbentuk seragam Mudah dibahagikan Mudah dibawa Mudah dikenali Tahan lama

Labels: Wang Jenis-Jenis Wang Wang sah/fiat Wang yang diperakui sah oleh kerajaan melalui undang-undang sebagai alat perantaraan pertukaran dalam sesebuah negara. Misalnya, Ringit dan Sen Malaysia adalah wang sah di Malaysia. Wang Tanda Wang yang mempunyai nilai kurang daripada nilai mukanya. Wang Biasa Wang negara lain yang biasa diterima oleh penduduk tempatan.

Misalnya, Dolar Singapura ialah wang biasa di Malaysia. Wang Hampir Alat yan dianggap sebagai wang untuk tujuan tabungan. Misalnya, sijil boleh niaga dan deposit tetap di bank perdagangan. Wang dalam Edaran Jumlah wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam negara. Misalnya, wang kertas dan duit syiling yang mempunyai pelbagai nilai muka di Malaysia. Deposit Semasa Bank Perdagangan (Wang Bank) Deposit semasa yang boleh ditunaikan dengan cek untuk membuat pembayaran. Jenis wang yang paling banyak digunakan di Malaysia.

Labels: Wang Nilai Wang Nilai wang merupakan kuasa beli mata wang, iaitu keupayaan untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan sesuatu wang. Nilai wang dipengaruhi tingkat harga umum. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan merosot, dan sebaliknya, apabila tingkat harga umum jatuh, nilai wang akan meningkat. Nilai wang dapat diukur dengan menggunakan formula berikut: Nilai wang = (Indeks harga pengguna tahun asas/ Indeks harga pengguna tahun semasa) x 100 Contoh Tahun 1 Indeks harga pengguna 100

2

200

Berdasarkan jadual di atas, nilai wang pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1 ialah Nilai wang = 100/120 x 100 = 83.33 Ini bermakna, nilai wang telah merosot sebanyak 16.67% (100 - 83.33) pada tahun 2 berbanding dengan tahun 1.

Labels: Wang Ciri-Ciri Nilai Wang 1. Nilai wang meningkat jika jumlah barangan yang dapat dibeli dengan sejumlah wang yang sama bertambah.

2. Nilai wang berhubungan songsang dengan tingkat harga umum.Indeks Wang (IW) berhubungan songsang dengan Indeks Harga (IH). IW1 / IW0 = IH0 / IH1 Apabila IH0 = 100, IW0 =100. Jika IH1=120 Maka IW1 = IH0 / IH1 x IW0 =100 / 120 x 100 =83.33 Perubahan nilai wang = (IW1 IW0) / IW0 x 100%

Labels: Wang Penggunaan Wang mengatasi 4 Masalah Sistem Barter 1. 2. Masalah kehendak serentak. Masalah pengukuran nilai yang standard.

3. 4.

Masalah kerosakan / penyimpanan nilai. Masalah bayaran tertunda / bayaran tertangguh.

Labels: Wang 4 Fungsi Wang 1. 2. 3. 4. Sebagai alat perantaraan pertukaran (Diterima umum). Sebagai alat pengukur nilai dan unit akaun (nilainya seragam). Sebagai alat penyimpan nilai (sifat stabil & tahan lama). Sebagai alat pembayaran tertunda (nilai stabil menggalakkan urusniaga kredit)

Labels: Wang Pengaruh Inflasi Ke Atas Fungsi Wang Aktiviti Kelas: Perbincangan Berkumpulan Bagaimana masalah inflasi menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap fungsi-fungsi wang.

Labels: Wang Definisi Bekalan Wang / Penawaran Wang Penawaran wang merujuk kepada jumlah pelbagai jenis wang yang ada dalam ekonomi. Penawaran wang meliputi bekalan wang M1 dan M2. Bekalan wang M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling, dan deposit semasa dalam bank prdagangan. Bekalan wang M2 terdiri daripada M1 dan deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga.

Labels: Wang

Bekalan wang M1 Bekalan wang M1 merupakan definisi wang yang sempit dan terdiri daripada mata wang dalam edaran, iaitu duit syiling dan wang kertas serta simpanan semasa dalam bank perdagangan. M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit semasa

Labels: Wang Bekalan wang M2 Bekalan wang M2 merupakan definisi wang yang luas dan terdiri daripada bekalan wang M1 dan wang hampir (separa). M2 = M1 + wang hampir dimana M1 terdiri daripada wang kertas, duit syiling dan deposit semasa dalam bank perdagangan. Wang hampir ialah jenis wang yang mempunyai tahap kecairan yang rendah seperti deposit tetap dan deposit tabungan dalam bank-bank perdagangan serta sijil simpanan boleh niaga Bank Pusat.

Labels: Wang Bekalan Wang Di Malaysia Dikawal oleh Bank Negara Malaysia. M1 = Wang Kertas + Duit Syiling + Deposit semasa Deposit semasa ialah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan yang dapat ditunaikan dengan cek. M2 = M1 + Separa Wang (Wang Hampir) Wang Hampir ialah deposit tabungan dan deposit tetap bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga syarikat swasta, sijil Bank Negara Malaysia, wang pos, dan kad kredit. Bekalan wang M1 bertambah 36 kali ganda antara tahun 1970-1999.

Deposit semasa lebih kurang sama dengan jumlah wang dalam edaran pada 1980. Deposit semasa bertambah dengan pesat pada 1990-an dan menjadi hampir 24 kali ganda pada 1999. M2 bertambah sebanyak 105 kali ganda dalam 1970-1999. Kesimpulannya, antara tahun 1970-1999, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang sangat pesat. Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot manakala penggunaan cek semakin meluas dalam masyarakat moden. Di samping itu, penggunaan separa wang juga semakin berkembang pesat di Malaysia sehingga menyebabkan kerajaan memutuskan untuk menggunakan M2 sebagai petunjuk yang menentukan dasar kewangan di Malaysia mulai tahun 1980-an.

Labels: Wang

Pengenalan Kepada Institusi Kewangan Kepentingan Institusi Kewangan Institusi kewangan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Urusan kewangan institusi kewangan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi. Ini seterusnya mempengaruhi Tingkat pelaburan Guna tenaga Keluaran Negara Pendapatan Negara. Tingkat harga umum

Jenis-Jenis Institusi Kewangan Di Malaysia 1. 2. 3. 4. Bank Pusat Bank Perdagangan Institusi Kewangan Lain: Syarikat Kewangan, Bank Saudagar, KWSP, Syarikat Insurans, Bank Tabungan. Institusi Kewangan Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Takaful

Kawalan Institusi Kewangan Di Malaysia

Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal oleh Bank Pusat Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia.

Labels: Institusi Kewangan Bank Pusat Institusi kewangan milikan kerajaan untuk mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.

Labels: Institusi Kewangan BNM - Mengeluarkan Mata Wang Negara Ordinan BNM 1958 Bank Negara Malaysia diberi kuasa mencetak wang kertas (RM) dan duit syiling (Sen Malaysia) Penawaran wang oleh BNM ditentukan oleh permintaan wang dalam negara. Jumlah penawaran setakat cukup sahaja mengikut keperluan ekonomi negara untuk melicinkan ekonomi dan tidak menyebabkan masalah inflasi atau kemelesetan ekonomi. Kebolehan mencetak wang berasaskan sokongan rizab emas atau rizab pertukaran asing.

Labels: Institusi Kewangan BNM - Jurubank Kepada Kerajaan Mentadbir akaun kerajaan: menguruskan semua hasil dan perbelanjaan kerajaan. Mentadbir hutang negara: 1. 2. Memperoleh pinjaman luar / dalam negara untuk kerajaan dengan mengeluarkan bil perbendaharaan, bon kerajaan dll di pasaran kewangan antarabangsa / tempatan. Membayar faedah pinjaman dan bayaran balik pinjaman pokok untuk kerajaan.

Memberikan Pendahuluan Sementara jika perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan. Tarikh bayar balik tidak lewat daripada 3 bulan selepas tamat tahun kewangan kerajaan. Memberikan Nasihat Kewangan seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dll

Labels: Institusi Kewangan BNM - Mengawal Kadar Pertukaran Asing dan Imbangan Pembayaran Menstabilkan kadar pertukaran asing dengan Menjual rizab pertukaran asing seperti Dolar Amerika apabila nilai RM merosot dengan teruk berbanding dengan mata wang asing untuk menaikkan nilai RM. Jika penjualan rizab pertukaran asing gagal menaikkan RM, BNM boleh menetapkan kadar pertukaran asing untuk menstabilkan RM. (Kadar pertukaran tetap AS$1 = RM3.80 pada 2 September 1998 untuk menghadapi krisis kewangan Asia.) Mengawasi imbangan pembayaran untuk menstabilkan kadar pertukaran asing negara.

Labels: Institusi Kewangan BNM - Mengawasi kegiatan bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta menjalankan dasar kewangan Bertujuan mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Dasar kewangan menguncup semasa inflasi Dasar kewangan mengembang semasa deflasi

Labels: Institusi Kewangan BNM - Jurubank Kepada Bank-Bank Perdagangan Mengawal Rizab Berkanun / Cadangan Wajib iaitu simpanan wajib bank perdagangan di BNM. Bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit . Mengawal Harta Mudah Tunai / Harta Cair iaitu jumlah wang tunai yang disimpan dalam bank perdagangan, baki penjelasan bank perdagangan di BNM dan pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun. Bertujuan memastikan

bank perdagangan mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek pelangganpelanggannya. Juga bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

Labels: Institusi Kewangan BNM - Sebagai Sumber Pinjaman Terakhir Membantu bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan para penabung. (Masalah kecairan sementara). Mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara. Pinjaman berbentuk mendiskaun semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Nisbah Rizab Berkanun = (Deposit di Bank Pusat / Jumlah Deposit Semasa) x 100% Nisbah Harta Cair = (Jumlah Harta Cair / Jumlah Deposit Semasa) x 100%

Labels: Institusi Kewangan Bank Perdagangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Labels: Institusi Kewangan Fungsi Bank Perdagangan - Menerima Deposit

1.

Deposit Semasa Deposit orang ramai yang hanya boleh dikeluarkan dengan cek. Jenis deposit yang tidak dibayar faedah tetapi dikenakan bayaran perkhidmatan untuk penggunaan cek. Bentuk wang terbanyak di Malaysia.

2. 3.

Deposit Tabungan Deposit tunai orang ramai yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang agak rendah. Menggalakkan sifat menabung. Deposit Tetap Deposit tunai orang ramai yang mempunyai tempoh matang tertentu: 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun dan ke atas. Jenis deposit yang dibayar kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah deposit tabungan. Lebih lama tempoh simpanan, lebih tinggi kadar faedah yang dibayar. Menggalakkan sifat menabung.

Labels: Institusi Kewangan Fungsi Bank Perdagangan - Memberi Pinjaman Pinjaman melalui akaun semasa mengkreditkan sejumlah pinjaman dalam akaun semasa pelanggannya. Kadar faedah agak tinggi untuk jumlah pinjaman diluluskan. Kemudahan overdraf membenarkan pelanggannya mengeluarkan sejumlah wang yang melebihi baki dalam akaun semasanya. Jumlah overdraf maksimum ditetapkan dan kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dikeluarkan sahaja. Mendiskaunkan bil-bil pertukaran - memberikan sejumlah wang pendahuluan kepada pelanggannya dan mendapat komisen daripada bil-bil pertukaran yang didiskaunkan. Bank perdagangan akan menuntut bayaran daripada pihak yang mengeluarkan bil-bil pertukaran tersebut apabila telah sampai tarikh matang bil.

Labels: Institusi Kewangan Fungsi Bank Perdagangan - Membuat Dan Menerima Bayaran Untuk pemegang akaun semasa yang berurusniaga melalui cek.

Labels: Institusi Kewangan Fungsi Bank Perdagangan - Menyediakan Perkhidmatan Lain

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Menjual beli mata wang asing Menjual draf bank pembayaran dijamin oleh bank perdagangan. Menjual cek pengembara Menyewakan peti simpanan keselamatan Bertindak sebagai pemegang amanah untuk pelanggan-pelanggannya yang telah meninggal dunia. Memberikan nasihat kewangan Menjadi perujuk tentang kedudukan kewangan pelanggannya.

Labels: Institusi Kewangan Syarikat Kewangan Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Fungsi-Fungsi Bank Perdagangan 1. 2. 3. Menerima deposit melalui deposit tabungan dan deposit tetap. Memberi pinjaman dalam bentuk pinjaman sewa beli, pinjaman perumahan, pembiayaan pajakan dll. Tidak menyediakan deposit semasa. Oleh itu, tidak boleh mencipta kredit seperti bank perdagangan.

Labels: Institusi Kewangan Bank Saudagar Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Dikawal oleh BNM di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989. Memberi khidmat kewangan kepada saudagar. Fungsi-Fungsi Bank Saudagar 1. Menerima deposit secara besar-besaran (minimum RM250,000) daripada bank perdagangan, syarikat kewangan, syarikat berhad dan syarikat korporat).

2. 3. 4.

Memberi pinjaman sindiket (gabungan pinjaman beberapa bank dan institusi kewangan lain) untuk membiayai projek besar syarikat-syarikat perniagaan. Menggerakkan dana penyimpan besar melalui pelaburan dalam saham dan menanggung jaminan terbitan saham baru kepada syarikat-syarikat berhad yang hendak meluaskan bidang perniagaan mereka. Menyediakan khidmat nasihat korporat tentang penswastaan dan membantu pengambilalihan atau penggabungan syarikat-syarikat berhad.

Labels: Institusi Kewangan KWSP Institusi kewangan milikan kerajaan yang mengendalikan skim simpanan wajib bagi setiap pekerja sektor awam dan swasta yang berumur 16 tahun ke atas dan diupah mengikut perjanjian. Simpanan pekerja dijamin oleh kerajaan. Pengurusan kewangan dikawal oleh BNM. Fungsi-Fungsi KWSP 1. 2. 3. 4. 5. Perlindungan kewangan untuk ahli-ahli yang bersara atau meninggal dunia atau kehilangan keupayaan bekerja. Membolehkan ahli-ahli membeli rumah dan membiayai kos perubatan. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara Pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan. Pinjaman kepada sektor swasta melalui pembelian debentur syarikat dan sekuriti korporat.

Labels: Institusi Kewangan Syarikat Insurans Institusi kewangan milikan pihak swasta bertujuan mencari keuntungan. Fungsi-Fungsi Syarikat Insurans 1. Membayar pampasan kepada pemegang polisinya terhadap risiko-risiko seperti kerugian harta benda, kehilangan nyawa dll

2.

Menggerakkan pembangunan ekonomi negara dengan pelaburan dana premium yang diterima dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta tetap dll.

Labels: Institusi Kewangan Bank Tabungan spt Bank Simpanan Nasional (BSN) Dimiliki oleh kerajaan Fungsi-Fungsinya 1. 2. Menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana. Menggerakkan deposit penyimpan-penyimpannya melalui pelaburan dalam surat jaminan kerajaan.

Labels: Institusi Kewangan Institusi Kewangan Islam - Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH) Institusi kewangan Islam untuk urusan kewangan masyarakat Islam Fungsi-Fungsinya 1. 2. 3. Menerima deposit daripada bakal haji untuk memudahkan urusan perbelanjaan jemaah haji semasa di Mekah. Tabungan diberikan bonus atau dividen kerana LUTH tidak mengamalkan bayaran bunga / faedah. Menggerakkan dana bakal haji melalui pelaburan dalam sekuriti kerajaan, perusahaan, pembinaan, dan perladangan kelapa sawit.

Labels: Institusi Kewangan Institusi Kewangan Islam - Bank Islam Contoh: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Kegiatan kewangan berasaskan hukum syarak

Fungsi-Fungsinya

1. Menerima deposit mengikut prinsip Al-Wadiah: BIMB bertindak sebagai pemegang amanah deposit tunaipenabung-penabungnya. Dividen dibayar jika BIMB memperoleh keuntungan.

2. Memberi Pinjaman Mengikut Prinsip Al-Murabahah Dan Al-Musyarakah 3. Prinsip Al-Murabahah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya. Harta/benda tersebut dijualkepada pelanggannya pada harga yang lebih tinggi yang dipersetujui (harga belian + untung). Pelanggannya akan menjelaskan bayaran secara ansuran mengikut perjanjian.

4. Prinsip Al-Musyarakah: BIMB menyumbangkan sebahagian modal untuk membiayai projekpelanggannya. BIMB dan peminjam berkongsi pengurusan. Pembahagian keuntungan/kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal yang dipersetujui.

5. Memajak harta atau barang mengikut prinsip Al-Ijarah: BIMB membeli harta/benda untuk pelanggannya.Harta/benda tersebut kemudiannya dipajak kepada pelanggannya mengikut kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui.

6. Memberikan kemudahan sewa beli mengikut prinsip Al-Takjiri : BIMB akan menyewakan harta/bendakepada pelanggannya, misalnya kererta, pada kadar sewa dan tempoh penyewaan yang dipersetujui. Penyewa dibenarkan membeli harta/benda tersebut selepas tempoh penyewaan mengikut harga dan syarat yang dipersetujui.

7. Memberi jaminan hutang mengikut Prinsip Al-Kafalah : BIMB menjadi penjamin kepada pelanggantentang kesanggupannya memenuhi segala tanggungan terhadap pihak ketiga.

Labels: Institusi Kewangan

Konsep Penciptaan Wang Bank perdagangan mencipta kredit pinjaman berkali ganda daripada jumlah deposit semasa yang diterimanya daripada pelanggan dan seterusnya mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.

Labels: Penciptaan Wang / Kredit Andaian-Andaian Proses Penciptaan Wang

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Peruntukkan nisbah rizab berkanun & nisbah harta cair. Contohnya 20%. Semua lebihan rizab dipinjamkan. Contohnya, baki 80% daripada jumlah deposit dipinjamkan. Semua deposit yang diterima merupakan deposit semasa. Semua urus niaga dibayar dengan cek. Tidak berlaku bocoran wang tunai daripada sistem bank. Suasana pelaburan adalah baik. Para pelabur mampu menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank.

Labels: Penciptaan Wang / Kredit Proses Penciptaan Wang Katakan Encik A memasukkan RM1000 ke dalam akaun semasanya di bank X. Bank X perlu menyimpan 20% daripada deposit semasa tersebut untuk memenuhi nisbah rizab bank pusat, iaitu RM200. Baki RM800 boleh dipinjamkan kepada Encik B untuk mendapatkan keuntungan. Bank X akan mengeluarkan satu cek bernilai RM800 kepada Encik B. Harta (RM) Rizab Pinjaman Jumlah Tanggungan (RM) 200 Deposit semasa 800 1000 Jumlah 1000 1000

Katakan Encik B memasukkan RM800 ke dalam akaun semasanya di bank Y. Ini membolehkan Bank Y menyimpam RM160 (RM800 x 20%) sebagai rizab dan lebihan rizab RM640 (RM800 RM160) dipinjamkan kepada Encik C untuk mendapatkan keuntungan. Bank Y akan mengeluarkan satu cek bernilai RM640 kepada Encik C.

Harta (RM) Rizab Pinjaman

Tanggungan (RM) 160 Deposit semasa 640 800

Jumlah

800 Jumlah

800

Proses penciptaan wang berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan. Ini bermakna semua deposit semasa asal RM1000 daripada Encik A digunakan kesemuanya sebagai rizab oleh semua bank yang terlibat.

Labels: Penciptaan Wang / Kredit Hasil Penciptaan Kredit 1. Nilai pengganda wang = 1 / nisbah rizab = 1/ 20% = 5. 2. Jumlah deposit semasa = deposit semasa asal x pengganda wang = RM1000 x 5 = RM5000. 3. Jumlah rizab = Rizab asal x pengganda wang = RM200 x 5 = RM1000. 4. Jumlah kredit pinjaman dicipta = Pinjaman asal x pengganda wang = RM800 x 5 = RM4000. 5. Tambahan bekalan wang = Jumlah deposit semasa Deposit wang tunai = RM5000 RM1000 = RM4000. 6. Keseluruhan proses penggandaan wang:

Harta (RM) Bank Rizab (20%) A 200 Pinjaman (80%) 800

Tanggungan (RM) Deposit 1000

B Lain-lain Jumlah (RM)

160 640 1000

640 2560 4000

800 3200 5000

Dapatan-Dapatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Penciptaan deposit semasa = penciptaan wang kerana deposit semasa ialah sebahagian daripada bekalan wang M1. Bekalan wang dalam ekonomi akan bertambah berkali ganda apabila bank perdagangan mencipta deposit semasa. Deposit semasa = wang bank Deposit utama = deposit semasa asal RM1000 yang diterima oleh Bank A. Deposit derivatif = Deposit semasa baru RM4000 yang diwujudkan oleh semua bank berkenaan. Hanya bank-bank perdagangan boleh mencipta deposit semasa (wang) kerana pelanggan-pelanggannya menggunakan cek sebagai wang untuk semua pembayaran.

Labels: Penciptaan Wang / Kredit Had-had Proses Penciptaan Wang Jumlah deposit semasa yang dapat diciptakan oleh bank-bank perdagangan tidak sebesar yang dijangkakan jika andaian-andaian di atas wujud.

Labels: Penciptaan Wang / Kredit Dengan memberikan rajah yang sesuai, terangkan perbezaan antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi..........[6]

Permintaan wang untuk tujuan urus niaga merupakan permintaan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga dipengaruhi oleh pendapatan negara. Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (a). Pada pendapatan negara Y 0, permintaan wang untuk tujuan urus niaga ialah M0. Apabila pendapatan negara meningkat ke Y1, permintaan wang untuk tujuan urus niaga meningkat ke M1. Ini bermakna wujud hubungan positif antara permintaan wang untuk tujuan urus niaga dengan pendapatan negara.

Permintaan wang untuk tujuan spekulasi merupakan permintaan wang untuk mendapat keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan menjual semula pada harga tinggi. Permintaan wang untuk tujuan spekulasi dipengaruhi oleh kadar bunga. Semakin tinggi kadar bunga, semakin rendah harga bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi akan berkurang. Sebaliknya, semakin rendah kadar bunga, semakin tinggi harga bon dan permintaan wang

untuk tujuan spekulasi akan meningkat. Ini dapat ditunjukkan pada rajah (b). Pada kadar bunga yang tinggi, iaitu r 0, permintaan wang untuk tujuan spekulasi ialah M0. Apabila kadar bunga turun ke r1, permintaan wang untuk tujuan spekulasi meningkat ke M1. Ini menunjukkan wujud hubungan negatif antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Teori Kuantiti Wang Fisher Diperkenalkan oleh Profesor Irving Fisher, seorang ahli ekonomi Amerika terkenal. Teori Kuantiti Wang ialah teori yang menjelaskan hubungan antara bekalan wang dengan tingkat harga umum. Ia menyatakan bahawa permintaan wang adalah dipengaruhi oleh jumlah urus niaga dalam ekonomi. Oleh itu, permintaan wang akan bertambah apabila jumlah urus niaga dalam ekonomi bertambah. Mengikut Analisis Fisher MV = PT dimana M= Bekalan wang / penawaran wang dalam ekonomi V= Halaju pusingan wang (kekerapan satu unit mata wang bertukar tangan dalam ekonomi) = Pendapatan negara (Y) / Penawaran wang (M) P= Tingkat harga umum (harga purata semua barang dan perkhidmatan yang diurusniagakan dalam ekonomi). T= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Andaian-Andaian Teori Kuantiti Wang Nilai V adalah tetap Mengikut Fisher, V ditentukan oleh aktiviti urus niaga, institusi kewangan dan sistem pembayaran gaji yang bersifat tetap dalam jangka pendek.

Nilai T adalah tetap Mengikut Fisher, ekonomi selalunya mencapai guna tenaga penuh. Oleh itu, jumlah keluaran tidak dapat ditambahkan. Oleh itu, perubahan M akan menyebabkan perubahan P pada kadar yang sama.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher Andaian bahawa halaju pusingan wang (V) adalah tetap berdasarkan andaian ekonomi lebih stabil dalam jangka masa pendek adalah tidak benar. Dalam keadaan sebenar, halaju pusingan wang sentiasa berubah. Semasa inflasi, halaju pusingan wang akan meningkat dan sebaliknya, semasa deflasi, halaju pusingan wang akan merosot. Andaian bahawa ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh dan jumlah keluaran adalah tetap adalah tidak benar. Dalam keadaan sebenar, guna tenaga penuh jarang berlaku dalam sesebuah ekonomi. Apabila permintaan agregat bertambah semasa ekonomi melambung, jumlah keluaran akan bertambah dan kadar pengangguran akan berkurangan (dan guna tenaga penuh mungkin dicapai) dan sebaliknya, semasa ekonomi meleset, jumlah keluaran akan berkurangan dan kadar pengangguran akan meningkat. Andaian tentang P hanya dipengaruhi oleh M adalah tidak benar. P turut dipengaruhi oleh V dan T melalui rumus P = MV / T. Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan permintaan wang terhadap tingkat harga umum. Apabila permintaan wang untuk tujuan urus niaga bertambah, V dan T akan bertambah. Teori kuantiti wang tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga terhadap tingkat harga umum. Kejatuhan kadar bunga semasa keadaan ekonomi meleset akan meningkatkan jumlah pelaburan dan penggunaan. Ini seterusnya akan meningkatkan permintaan agregat dan menaikkan tingkat harga umum. Sebaliknya, peningkatan kadar bunga semasa inflasi akan meningkatkan tabungan dan mengurangkan pelaburan. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan agregat dan menurunkan tingkat harga umum.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi

Analisis Cambridge (M = kPT) Teori kewangan yang diperkenalkan oleh Alfred Marshall, seorang ahli ekonomi British. Marshall menyatakan bahawa perubahan penawaran wang akan menyebabkan perubahan tingkat harga umum dengan kadar yang sama (% M = %P). M = kPT dimana M= penawaran wang P= tingkat harga umum T= jumlah urus niaga k= Jumlah urus niaga iaitu jumlah keluaran yang dijualbeli dalam ekonomi. Oleh kerana MV = PT dan M = kPT, maka boleh disimpulkan bahawa kPTV = PT atau kV =1 Ini bermaksud k = 1 / V

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Teori Pilihan Kecairan Keynes Permintaan wang bermakna pilihan kecairan atau pilihan ketunaian. Orang ramai tetap hendak memegang wang tunai walaupun menerima bayaran faedah apabila menabung di bank perdagangan. Permintaan wang dalam ekonomi adalah dipengaruhi oleh tujuan urus niaga, awasan, dan speklulasi.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Permintaan Wang Tujuan Urus Niaga

Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan. Sektor firma meminta wang tunai untuk membeli faktor-faktor pengeluaran. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan. Permintaan wang untuk tujuan urus niaga tidak bergantung pada kadar bunga.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Permintaan Wang Tujuan Awasan Sektor isi rumah meminta wang tunai untuk membayar perbelanjaan di luar dugaan seperti membayar bil hospital atau bil membaiki kereta. Sektor firma meminta wang tunai untuk menjelaskan perbelanjaan yang tidak dirancangkan seperti menjelaskan bil membaiki kilang yang rosak akibat malapetaka atau menjelaskan bil bahan mentah yang telah naik harga secara tiba-tiba. Permintaan wang untuk tujuan awasan bergantung pada pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk tujuan awasan akan meningkat, dan sebaliknya, apabila pendapatan merosot, permintaan wang untuk tujuan urus niaga akan berkurangan. Permintaan wang untuk tujuan awasan tidak bergantung pada kadar bunga.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Permintaan Wang Tujuan Spekulasi Wang untuk tujuan spekulasi akan digunakan untuk membeli bon atau saham bagi tujuan memperoleh keuntungan. Keuntungan akan diperoleh daripada kegiatan spekulasi dalam pasaran apabila membeli saham atau bon pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi. Permintaan wang bagi tujuan spekulasi bergantung pada tingkat kadar bunga. Apabila kadar bunga tinggi, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah rendah, dan sebaliknya, apabila kadar bunga rendah, permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah tinggi.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Terbitan Keluk Permintaan Wang

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Penawaran Wang 1. 2. 3. Dikawal oleh bank pusat. Jumlah penawaran wang tidak dipengaruhi oleh perubahan dalam kadar bunga. Mempengaruhi kestabilan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Penawaran wang berlebihan mewujudkan masalah inflasi. Penawaran wang yang sedikit mewujudkan kelembapan pertumbuhan ekonomi / kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran. 4. Bagi menjamin penawaran wang sentiasa mencukupi, pengeluaran wang (oleh bank pusat) dan penciptaan kredit (oleh bank perdagangan) dikawal rapi oleh Bank Pusat.

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Keseimbangan Permintaan dan Penawaran Wang: Keseimbangan Kadar Bunga

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Perubahan Keseimbangan Kadar Bunga

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi Kegunaan Teori Pilihan Kecairan Keynes Menjelaskan kesan akhir pertambahan penawaran wang terhadap tingkat harga umum apabila ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh

Menjelaskan kesan pertambahan Wang Terhadap Aktiviti Ekonomi Pada Tingkat Guna Tenaga Penuh

Labels: Wang Harga dan Aktiviti Ekonomi