Maksud Kreativiti.doc

8
Penulisan: Kreativiti dan Kemahiran Murid Pintar Cerdas PENDAHULUAN Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan telah dijadikan sebagai teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Matlamatnya ialah untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif. Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kritis serta kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negaramencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. KEPENTINGAN KREATIVITI Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan banyak bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan ketika majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para

Transcript of Maksud Kreativiti.doc

Page 1: Maksud Kreativiti.doc

Penulisan: Kreativiti dan Kemahiran Murid Pintar Cerdas

PENDAHULUAN

Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan

tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai

Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada

peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan telah

dijadikan sebagai teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia

Kesembilan (2006-2010). Matlamatnya ialah untuk membangunkan modal insan yang

berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif.

Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran,

kreativiti dan kritis serta kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti dipupuk

dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun

begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang dijalankan

menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran

sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang

sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat

untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini

seterusnya akan turut menghalang negaramencapai status menjadi sebuah negara maju

menjelang tahun 2020.

KEPENTINGAN KREATIVITI

Perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang teknologi dan komunikasi telah

memberikan kesan kepada cara hidup penduduk Malaysia. Penduduk Malaysia kini telah

mengamalkan cara hidup yang lebih canggih dan oleh itu keperluan mereka kepada latihan

dan pendidikan serta kreativiti turut meningkat kerana mereka memerlukan banyak

bimbingan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dalam satu ucapan ketika

majlis makan malam anjuran Akademi Sains Malaysia telah mencabar komuniti para saintis

di Malaysia agar dapat melahirkan seorang pemenang hadiah nobel di kalangan rakyat

Malaysia menjelang tahun 2020 (Sachi, 2004). Beliau juga berpendapat bahawa generasi

Page 2: Maksud Kreativiti.doc

pewaris yang hidup dalam abad ke-21 perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat

kaya maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi.

DEFINISI KREATIVITI

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud

“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kreatif didefinisikan sebagai kebolehan

mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Selain itu, daya

kreatif adalah kemampuan atau kebolehan mencipta sesuatu kreativiti, dan menjana

kekreatifan mengikut kemampuan diri sendiri. Manakala kreativiti adalah kebolehan

mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

“Creativity is a matter of talent – there is nothing you can do about it except get creative

people” (de Bono, 1996)

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring something

new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan

sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam,

dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama

sekali, iaitu daripada ‘tiada’ kepada ‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu

tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang

diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan

kemampuannya menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini

terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat menghasilkan sesuatu

yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia memperlihatkan kemampuan manusia

mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Menurut John (2002); “Only God could

create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had

created.”

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari

oleh manusia itu sendiri.

Page 3: Maksud Kreativiti.doc

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first

to portray and give character to a role or part creation: An original product of human

invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing

elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions, making

guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these

hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the

results.” (Torrance, 1974)

“Creativity is the connecting and rearranging of knowledge-in the minds of people who will

allow themselves to think flexibly-to generate new, often surprisingly ideas that others

judge to be useful.” (Plesk, 1997 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

Malah menurut Leong (2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who

copy concepts and ideas,” sebagai memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif

dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan produk sosial yang dihasilkan.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan

sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan

kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

KESULITAN DAN KREATIVITI

Terdapat pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam usaha untuk memupuk kreativiti dalam

bilik darjah. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah melaksanakan

Falsafah Pendidikan Negara dalam akta 1996. Menurut Falsafsah Pendidikan Negara,

matlamat utuama pendidikan Negara adalah melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Namun matlamat murni masih belum

tercapai. Salah satu faktor yang menjadi penghalang ialah sistem pendidikan yang

berorentasikan peperiksaan yang mana menghalang pemupukan kreativiti dalam bilik

darjah.

Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi

keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih

cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah

Page 4: Maksud Kreativiti.doc

pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar

yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru

yang berjaya menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh,

2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR

dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran

yang lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan

terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong

(1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan …“this emphases have taken a heavy toll on the

creativity of Malaysia students”(m.s. 20).

Sternberg & Lubart (1995) pula berpendapat bahawa persekolahan juga menghalang

kreativiti dengan menanamkan ke dalam diri para pelajar sifat toleransi yang rendah

terhadap kegagalan. Ini menjadikan para pelajar takut mengambil risiko. Sikap takut

mengambil risiko ini mula berkembang dalam bilik darjah apabila kegagalan sering dibalas

dengan celaan atau dendaan manakala kejayaan dalam bentuk hasil kerja yang baik sering

dibalas dengan pujian atau ganjaran (Dacey & Lennon, 1998). Tambah Dacey & Lennon

(1998) lagi, kegagalan mungkin menyebabkan pelajar perlu melakukan tugas pembaikan

atau mungkin merasa malu kerana dilihat sebagai seorang yang bodoh. Ini menyebabkan

mereka selalu mengambil jalan yang selamat dan tidak melakukan sesuatu yang mencabar

diri mereka.

Di samping itu kajian-kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para guru

cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan dengan

kreativiti (Ng & Smith, 2004). Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri personaliti

individu kreatif termasuklah berazam, bebas, suka mengambil risiko, impulsif dan

individualistik. Kajian oleh Westby &

Dawson (1995) menunjukkan bahawa ciri-ciri yang dipaparkan tadi tidak digemari oleh

para guru. Sebaliknya kajian menunjukkan bahawa para guru lebih menyukai ciri-ciri

personaliti pelajar seperti bertanggungjawab, boleh diharapkan, ikhlas, suka bertoleransi

dan boleh dipercayai. Menurut kajian yang dijalankan oleh MacKinnon (1963), ciri-ciri

personaliti tersebut mempunyai kaitan dengan tahap kreativiti yang rendah. Oleh itu, guru

Page 5: Maksud Kreativiti.doc

kebiasaannya tidak menyukai bilik darjah yang pelajarnya terdiri daripada individu yang

kreatif. Ini adalah kerana guru berpendapat bilik darjah tersebut sukar dikawal dan diurus.

Sebaliknya guru lebih suka kepada bilik darjah yang para pelajarnya terdiri daripada

individu yang pengakur dan baik kerana mereka senang dikawal dan diurus. Disebabkan

ciri-ciri personaliti kreatif dipandang negatif oleh para guru, mereka cenderung untuk

melatih pelajar-pelajar tersebut untuk menjadi taat dan pengakur. Perkara ini sekaligus

boleh melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek personaliti merupakan salah satu

aspek kreativiti yang penting.

Satu lagi elemen penting yang boleh memberikan kesan negatif kepada daya kreatif pelajar

ialah rakan sebaya. Torrance (1968) melalui kajiannya mendapati markah kreativiti bagi

pelajar menjadi rendah secara konsisten selepas tahun empat. Beliau turut mendapati

bahawa punca kepada penurunan aras kreativiti ini adalah kerana tekanan agar mereka

akur kepada rakan sebaya meningkat. Selain daripada itu, Amabile (1996) seorang

penyelidik dalam bidang psikologi sosial dan kreativiti turut berpendapat bahawa rakan

sebaya merupakan penghalang utama yang menyebabkan para pelajar enggan mengambil

risiko serta meluahkan idea kreatif.

PENGAJARAN KREATIVITI UNTUK PELAJAR PINTAR CERDAS

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker,

Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar kearah pemikiran kreatif

pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat

merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran dan pengajaran tidak seharusnya

membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangmya

semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan

dan pemikiran yang menjurus kepada aspek-aspek kreatif.

Sebagai seorang guru, guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan

kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea

yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik

sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas

tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan

Page 6: Maksud Kreativiti.doc

pembelajaran itu.

Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas

bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli

kumpulan . Satu daripada sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu

hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif yang dilakukan oleh ahli-ahli

lainyang membuat tugas yang disarankan guru.

Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang kuat.

Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh.

Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin

tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti

dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun

maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan

yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

Dewey ( 1910 ) menegaskan bahawa

Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah

tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami

untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Page 7: Maksud Kreativiti.doc

Edward de Bono ( 1976 )

Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk

menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Menurut Mayer(1977) pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental

tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk

menyelesai masalah.

Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses menggunakan

minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat

pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah

Vincent Ryan Ruggiero (1991) pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental

yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan

dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan

mendapatkan makna)