Maksud Pendidikan Kesihatan

13
Maksud Pendidikan Kesihatan Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui: • Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka • Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah- langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut. • Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan • Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan. Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan. Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah Baling.

Transcript of Maksud Pendidikan Kesihatan

Page 1: Maksud Pendidikan Kesihatan

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan

pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan

berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan

tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-

usaha sendiri dan masyarakat melalui:

• Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka

• Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosikesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.

• Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan

• Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan. Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah Baling.

Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan

orang awam dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan

diberikan secara percuma.

Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku

panduan ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan

maklumat kepada orang ramai

Page 2: Maksud Pendidikan Kesihatan

Tidak ketingggalan juga UPK negeri melalui daerah memberikan insentif sebagai

galakan kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak sekolah, remaja belia

untuk menyertai kuiz kesihatan maka kita berikan berbagai bentuk hadiah-hadiah

seperti tali pengikat buku,keychain,ball pen dan sebagainya.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH1. Peranan Pendidikan Kesihatan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.- PK > 1 proses berterusan yg membantu memudahkan pelajar mempelajari amalan positif, memupuk sikap b/jawab pada kesihatan & mengembangkan ilmu. 2. Perubahan & keperluan individu.

PKM BNGN FIZIKAL P. MENTAL P. SOSIAL P. EMOSI Berat badan Pra Operasi Tinggi Tingkah laku yg dipamerkan secara nyata Interaksi dengan org lain. Operasi Konkrit Kanak-kanak dan konflik Kanak-kanak dan agresif Keagresifan berkait Membentuk hubungan dan perlakuan mesra dan empati.

3. Masalah kesihatan murid-murid.( ada 3 peringkat)KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN (KBSR)1. KONSEP PK DALAM PRA SEKOLAHKESEPADUAN GABUNG JALIN INTERGRASIGabungan bberapa kemahiran @ pkmbngn fizikal kanak2 Tumpuan seimbang ant. Akademik, kesihatan, social,dll. Mencantum strategi yg terbaik, menarik, sesuai & berkesan.

2. KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL (PRA SEKOLAH)Motor halusMotor KasarKesihatanKeselamatan

Page 3: Maksud Pendidikan Kesihatan

ASPEK KESIHATAN ASPEK KESELAMATAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Jaga tubuh badanPakaian yg sesuaiPemakan yg sihatGaya hidup sihat Kenal punca kemalanganKeselamatan diri & org lainTmpt2 bahaya,objek & situasi bahaya Jaga kebersihan alamMempelajari kebersihan melalui tunjuk cara oleh pihak yg berkenaan

PKE KBSR, ada 3 tunjang.INGAT!!!Kesihatan diri & keluarga Gaya hidup sihat Kebersihan & keselamatan persekitaranKesihatan diriPerasaanKekeluargaan Pemakanan Salah guna bahanUrus konflik, stress KeselamatanPenyakit berjangkitPertolongan cemas

PENILAIAN PENDIDIKAN KESIHATAN1. Penilaian Formatif.Semasa P&PNilai program utk perbaiki P&PMembentuk maklumat & objektif programPengumpulan bukti secara sistematik

2. Penilaian Sumatif.Selepas P&PUjian standardMenentukan tahap pencapaian murid

ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN.PENGENALAN.

1. ASAS SAINS – bantu kenalpasti punca dan menangani masalah kesihatan.

Page 4: Maksud Pendidikan Kesihatan

2. 4 ASPEK SAINSBiologiSosiologiPsikkologiFisiologi

BIOLOGI SOSIOLOGI PSIKOLOGI FISIOLOGIOrganisma hidup.- gaya hidup sihat adalah keperluan asas kepada tumbesaran manusia Peranan PK dlm masyarakat.Sosialisi melalui PKPerkembangan melalui PKJiwa yg sihat- Rasa senang thdp dirinya- Menghargai kepelbagaian- Kawal marah- Penampilan diri System tubuh badan yg mempengaruji kesihatan dan kecergasan- system kardiovaskular- System pembiakan

STRUKTUR & FUNGSI ANGGOTA BADAN System Pergerakan Dan Perlindungan :-1. Rangka2. Otot3. Intergumentari

SYSTEM TENAGA DAN PENGHADAMAN Tenaga Penghadaman Asid laktikAerobic Saluran Gastrointestinal MulutFaringEsofogusPerut

Jenis deria :- cutaneous, olfactory, gustatory, visual, auditori & keseimbanganSISTEM PEMBIAKAN3 kelompok organ pembiakanGONADS SALUR (DUCTS) AKSESSORI KELENJAR JANTINA

Page 5: Maksud Pendidikan Kesihatan

Menghasilkan gamet Mengangkut & simpan gamet Hasilkan bahan2 yg menyokong gamet

UMUR KEMATANGAN 1. Biological2. Kronologikal3. Social4. Psikologikal5. Functional

ASPEK YANG MEMBANTU PROSES KEMATANGAN UMURAspek Fisiologi1. Perubahan fisiologi yang wujud dalam tubuh badan sebagai natijah proses ketuaan

Aspek Kognitif 1. Perubahan yg wujud berkaitan kecerdasan daya ingatan dan kefahaman individu

Kamarulzaman B. Md. SarilPenghuni Blok D,Bilik DA 7,Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Kota Bharu.En. Hashim Bin Deraman,Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Kota Bharu,16109, Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan. 16 Januari 2010.

Tuan, Memohon Kebenaran untuk Tinggal di Luar.Berhubung dengan perkara di atas, saya Kamarulzaman B. Md. Saril bernombor kad pengenalan 870302-30-5221 daripada PISMP Pendidikan Jasmani 1 ambilan Januari 2008 ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk tiggal di luar.2. Sehubungan dengan perkara di atas, saya mempunyai alasan yang kukuh untuk tinggal di luar. Alasan yang pertama ialah saya telah mempunyai rumah sewa di luar. Rumah sewa saya ini telah dikongsi bersama 4 lagi rakan-rakan yang lain semenjak 5 bulan yang lalu semasa semua pelajar sibuk mencari rumah sewa berikutan notis nama-nama pelajar yang dikeluarkan daripada asrama dikeluarkan. Berikutan takut nama saya juga tersenarai, saya telah bersetuju untuk membayar sewa rumah tersebut. Namun apabila nama saya tidak ada di dalam senarai tersebut, saya terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar sewa rumah dan juga elaun asrama saya juga turut dipotong.3. Namun, saya masih lagi menetap di asrama dan meneruskan bayaran rumah sewa untuk persediaan sekiranya saya keluar asrama nanti, saya tidak akan menghadapi sebarang kesulitan dalam mencari rumah sewa. Sekiranya pihak tuan bersetuju membenarkan saya tinggal di luar, tuan sekaligus meringankan beban kewangan saya yang sememangnya dalam kesulitan.

Page 6: Maksud Pendidikan Kesihatan

4. Alasan yang kedua ialah kesemua rakan-rakan sekelas saya telah tinggal di luar. Kesemua mereka menyewa di luar. Ini mendatangkan kesulitan kepada saya untuk melakukan tugasan seperti tugasan kerja kursus berkumpulan, tugasan persembahan untuk tutorial secara berkumpulan, dan sekarang ini saya menghadapi kesulitan dalam menghadapi peperiksaan berikutan saya seorang yang suka belajar secara ’study group’ apabila tibanya musim peperiksaan.

5. Kehidupan saya yang terpisah daripada rakan-rakan amat-amat mendatangkan kesulitan kepada saya dalam melalui kehidupan sehari-hari sebagai seorang pelajar. Di sini saya benar-benar memohon ihsan daripada pihak tuan dan juga pertimbangan daripada pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di luar.6. Kerjasama dan ihsan daripada pihak tuan saya didahului dengan ucapan terima kasih. Sekali lagi saya benar-benar memohon pertimbangan yang wajar daripada pihak tuan untuk membenarkan saya tinggal di luar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------------------(Kamarulzaman B. Md. Saril)PISMP Pendidikan Jasmani 1/ sem 5Ambilan Januari 2008. Posted by mohd nor izwan sulaiman at 7:17 AM Labels: KEPENTINGAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

Page 7: Maksud Pendidikan Kesihatan

Cara-cara dan tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

Asasnya, pemikiran kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

Ilmu pemikiran kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan lengkap.

Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul.

Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Jasmani

Pemikiran kritis dalam pendidikan jasmani bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan murid dalam semua topik dalam subjek tersebut. Melalui ujian seperti ini guru perlu melihat murid-murid dari aspek kefahaman dan pengetahuan murid ketika murid sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterapkan dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-teknik yang telah diajar oleh guru. Apabila murid mempraktikkan suatu kemahiran, kefahaman dan tahap pengetahuan sedia ada murid ini boleh dijadikan kayu pengukur kepada komponen kognitif.

Page 8: Maksud Pendidikan Kesihatan

Cara-cara untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Pertama, penglibatan murid secara aktif dan selamat. Melalui cara ini, murid diberi ruang yang sama rata untuk melahirkan perasaan atau pendapat mereka mengenai sesuatu tajuk dalam pembelajaran.

Kedua, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan. Melalui cara ini, murid diberi suatu peranan atau situasi untuk mereka selesaikan. Melalui manipulasi yang boleh dijalankan oleh murid-murid, mereka akan secara tidak langsung akan cuba berfikir secara luar kotak bagi menyelesaikannya.

Ketiga, penglibatan murid secara penghayatan ilmu. Ianya bermaksud murid-murid diajar untuk memahami dan menghayati dan bukannya dengan cara terima dan hafal sahaja. Dengan cara sebegini, murid-murid mampu mengasah fikiran mereka bagi mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada dengan situasi yang dihadapi.

Keempat, interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat. Interaksi murid-murid dengan orang yang lebih dewasa mampu membuka minda murid dalam memahami sesuatu situasi. Peranan guru amat penting dalam memastikan murid-murid mendapat layanan yang mampu mencorak fikiran mereka.

Tujuan untuk berfikir secara kritis dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Pertama, dapat memahami kepentingan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan murid. Kedua, supaya murid dapat mengaplikasikan cara hidup yang sihat melalui pemahamam yang mendalam tentang kesihatan. Ketiga, agar murid tidak memandang Pendidikan Jasmani sebagai satu subjek yang membosankan. Keempat, menjadi medan untuk murid melahirkan pertanyaan mengenai kesihatan yang begitu dekat dengan diri mereka.

Page 9: Maksud Pendidikan Kesihatan

Penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani

Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran itu. Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh Penggabungjalinan

Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.

Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.

Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.

Contoh aktiviti – regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.

Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh aktiviti – senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan

Page 10: Maksud Pendidikan Kesihatan

menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah.

Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.