Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

15
1. Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip- prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Terdapat pelbagai aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti berikut: Kurikulum di Sekolah Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid- murid diajar Pendidikan Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651) pada 29 Jun 2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kehidupan di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi 1

Transcript of Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Page 1: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

1.

Pendidikan kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu

dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan

mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian. Terdapat pelbagai aktiviti dan

medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan

kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti berikut:

Kurikulum di Sekolah

Sebut sahaja Pendidikan Kesihatan, yang terlintas di kepala kita adalah perkataan

pertama itu sendiri iaitu pendidikan. Seharusnya, sekolah merupakan institusi utama

menyampaikan ilmu Pendidikan Kesihatan. Di sekolah, murid-murid diajar Pendidikan

Kesihatan sepanjang persekolahan mereka. Mengikut spesifikasi huraian sukatan

pelajaran, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan

kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup

sihat.

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia

Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah beroperasi pada 1 April

2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651)

pada 29 Jun 2006. Lembaga ini merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan

oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berperanan mempromosikan gaya hidup sihat

dalam kehidupan di samping mempertingkatkan keadaan sosial dan persekitaran bagi

memperbaiki taraf kesihatan masyarakat. Lembaga berperanan memberi geran atau

bantuan kewangan untuk melakukan sebarang jenis penyelidikan, aktiviti sukan, riadah

atau kebudayaan yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

1

Page 2: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Radio dan Televisyen

Pendidikan kesihatan disampaikan dengan utamanya melalui radio dan televisyen.

Ini adalah kerana, boleh dikatakan setiap isi rumah di Malaysia mempunyai radio atau

televisyen di rumah mereka. Oleh itu, kedua medium ini adalah medium yang paling

utama dalam menyampaikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Antara contoh

yang paling nyata dapat dilihat ialah penerangan mengenai virus influenza A H1N1 yang

telah melanda Malaysia pada tahun yang lalu sehinggalah sekarang. Dengan bantuan

radio dan televisyen, sebarang maklumat dan berita terkini mengenai virus tersebut dapat

disampaikan kepada masyarakat dalam tempoh yang singkat dan lebih mudah difahami.

Selain daripada itu, televisyen kabel juga boleh memainkan peranan. Ini yang

berlaku kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang mempunyai televisyen

kabel mereka sendiri yang dinamakan MediTV.

Surat Khabar dan Majalah

Selain daridapa radio dan televisyen, surat khabar dan majalah menjadi medium

yang kedua terpenting. Ini kerana medium ini mudah dan murah untuk didapatkan.

Antara contoh pendidikan kesihatan di dalam surat khabar adalah seperti ruangan

kesihatan yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Malaysia setiap minggu.

Sememangnya ruangan pendidikan kesihatan seperti ini amat berguna kepada

masyarakat. Selain itu, majalah-majalah tempatan juga sering memaparkan maklumat

mengenai pendidikan kesihatan. Contoh adalah seperti yang terkandung dalam majalah

Mingguan Wanita. Kebanyakan majalah-majalah yang diterbitkan akan menyelitkan satu

atau dua ruang yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan. Ruangan ini sedikit

sebanyak akan melariskan lagi jualan majalah mereka.

Buku dan Buletin

Buku dan bulletin juga berperanan memberi maklumat mengenai pendidikan kesihatan

kepada masyarakat. Buku-buku ini kebanyakannnya diterbitkan sendiri oleh pihak 2

Page 3: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Kementerian Kesihatan mahu pun badan-badan bukan kerajaan. Ia memberi peluang

kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pendidikan kesihatan secara murah dan

mudah. Terdapat juga bulletin yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia yang berbentuk topikal. Selain itu, bulletin mingguan atau bulanan juga banyak

diterbitkan oleh hospital, klinik dan agensi-agensi kerajaan terutamanya dalam

Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh buku dan bulletin adalah seperti di bawah.

VCD / DVD

Penjualan vcd/dvd mengenai pendidikan kesihatan juga ada dilaksanakan terutamanya

oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kebanyakan vcd/dvd ini dihasilkan oleh

hospital, klinik dan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

3

Page 4: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Brosur dan Poster

Brosur dan poster juga banyak diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi

memberi maklumat tentang pendidikan kesihatan kepada masyarakat. Contoh brosur

adalah seperti brosur mengenai topik-topik tertentu seperti “Otak Saya Rosak Akibat

Rokok” dan poster seperti tajuk “Langkah Mencapai Berat Badan Unggul”.

4

Page 5: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Internet

Dalam zaman yang serba moden dan canggih ini, internet memainkan peranan yang

begitu penting. Laman-laman web tumbuh seperti cendawan bagi memberi maklumat

kepada masyarakat mengenai pendidikan kesihatan. Antara contoh laman web yang

menyediakan maklumat mengenai pendidikan kesihatan ialah seperti mysenam.com.

Kempen Kesihatan

Kempen-kempen kesiahatan juga banyak dianjurkan aoleh pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia. Antaranya ialah seperti Kempen Tak Nak yang dianjurkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia. Kempen ini menyarankan agar masyarakat berkata tidak atau tak

nak kepada merokok. Pihak kerajaan berharap yang kempen sebegini akan dapat

meningkatkan lagi mutu kesihatan masyarakat.

Pameran Kesihatan

Pameran kesihatan uga adalah salah satu cara lagi memberi pendidikan kesihatan kepada

masyarakat. Pameran ini buka hanya di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

malah juga sekolah dan badan-badan kerajaan mahu pun bukan kerajaan yang lain.

5

Page 6: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Dengan mengadakan Pameran Kesihatan, masyarakat dapat melihat dengan lebih luas

lagi tentang sesuatu topik seperti Pameran Anti Dadah yang sering dilakukan oleh Agensi

Anti Dadah Kebangsaan yang memberi maklumat kepada masyarakat tentang perkara-

perkara yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.

Kursus / Seminar / Kolokium Kesihatan

Kursus, Seminar dan Kolokium Kesihatan juga adalah sebahagian daripada bentuk

penyampaian maklumat pendidikan kesihatan. Ketiga-tiga medium ini biasanya diadakan

dengan menjemput penceramah untuk menyampaikan pendidikan kesihatan tetapi jangka

masa antara ketiga-tiga medium ini berbeza. Seminar kesihatan hanya mengambil masa

beberapa jam tetapi kursus atau kolokium akan mengambil masa yang lebih panjang.

Program Kesihatan

6

Page 7: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Antara Progam Kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah

seperti Klinik Warga Emas dan Program Doktor Muda. Dua program ini adalah dua

program yang berbeza target audiennya. Walau bagaimanapun, keduanya bertujuan

menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan yang berguna. Semoga program

seumpama ini dapat dijalankan oleh agensi-agensi lain yang berkaitan demi kebaikan kita

semua.

2.

Pencemaran ialah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Pencemaran alam

ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dan

sebagainya. Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh

mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Selain itu, pencemaran merupakan kehadiran

atau penambahan sesuatu bahan semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam alam

persekitaran, sehingga merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran

ialah sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi pada mana-mana

alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Terdapat beberapa jenis

pencemaran alam sekitar yang terjadi di Malaysia. Antaranya ialah:

Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada

kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Contoh

bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap dan gas-gas beracun. Bahan pencemar

7

Page 8: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

udara berbentuk gas beracun adalah seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen

dioksida, dan hidrokarbon.

Pencemaran Air

Pencemaran air termasuklah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh kilang-

kilang, pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan racun makhluk perosak ke

dalam sungai dan tasik. Selain daripada itu, tumpahan minyak dari kapal juga boleh

menyebabkan pencemaran air. Bahan buangan seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa

asid akan menyebabkan keracunan kepada hidupan sungai dan laut. Ianya mengancam

kehidupan di air yang boleh menyebabkan kematian.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB mengganggu

keselesaan. Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah kurang daripada 55

dB. Pencemaran bunyi berlaku daripada bunyi enjin kenderaan, tempat hiburan atau

pasar malam, pengorek jalan, pemotong rumput dan sebagainya.

Pencemaran Tanah

Tumpahan minyak dan sisa kimia boleh menyebabkan tanah menjadi tidak sesuai

untuk tumbuhan hidup di kawasan tersebut. Pencemaran tanah juga boleh terjadi akibat

aktiviti penggondolan bukit, pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat,

penyemburan racun serangga serta aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan.

Pencemaran Cahaya atau Sinaran

Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak

penglihatan rendah dan fotosintesis kurang berkesan. Pembinaan bangunan yang tinggi

juga boleh menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke tanah. Seterusnya, ia akan

menyebabkan pokok kurang mendapat cahaya dan ini menyebabkan permasalahan bagi

tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Pencemaran radiokatif juga

amat merbahaya.

Pencemaran Haba atau Terma

8

Page 9: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

  Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh

peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran haba atau

terma akan mengubah suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif

terhadap organisma akuatik.

Pencemaran Alam Marin

Pencemaran alam marin adalah satu lagi jenis pencemaran alam sekitar. Ianya

baru sahaja diketengahkan. Seharusnya kita semua sedar bahawa alam marin juga

merupakan sebahagian daripada alam sekitar kita. Pencemaran alam marin lebih

tertumpu kepada kemusnahan terumbu karang.

Pencemaran alam sekitar boleh memudaratkan kesihatan kita. Terdapat pelbagai

punca pecemaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Antaranya punca-punca

pencemaran adalah seperti dibawah:

Kenderaan dan Janakuasa

Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak sempurna

menghasilkan gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan plumbum

atau asap. Biasanya asap yang dibebaskan merupakan bahan pencemar alam sekitar yang

paling ketara. Asap mengandungi zarah karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan

api. Apabila karbon ini terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap

air terkondensasi di sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.

Bahan pencemar yang lain ialah gas berasid seperti oksida sulfur dan oksida

nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap air untuk membentuk asid yang

turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid ini serta bahan pencemar yang

lain memberi beberapa kesan yang buruk ke atas kesihatan manusia serta haiwan yang

lain, tanaman, bangunan dan iklim.

Industri Perkilangan

9

Page 10: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti pembuangan

sisa toksik ke dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat dilihat ialah

pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah, plastik dan sebagainya.

Kilang-kilang perindustrian seperti kilang melebur bijih, kilang kertas, kilang papan,

kilang kimia (baja, insektisid dan herbisid) perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif

juga menghasilkan banyak gas-gas beracun dan bahan-bahan lain ke udara. Bahan

pencemar yang terhasil termasuklah gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen

dioksida serta debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran

udara dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit mata

dan paru-paru serta kanser respirasi.

Industri Pertanian

Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil buangan

cecair atau pepejal secara tidak terancang. Bahan buangan seperti aliran air yang

bercampur dengan racun makhluk perosak, baja, sisa makanan dan najis haiwan dialirkan

ke dalam sungai atau sesuatu kawasan. Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang

jauh dari pandangan masyarakat sekeliling. Ianya boleh menyebabkan pencemaran air

dan tanah. Penghasilan debu yang berlebihan daripada pembajakan dan asap daripada

proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Pembalakan Tidak Terancang

Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita kehilangan

banyak kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya banjir kilat seperti yang

kerap berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga

menyebabkan berlakunya hakisan yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh.

Peristiwa tanah runtuh seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan

ini.

Industri Perkapalan

Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak sempurna di

kawasan persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran. Ianya akan menyebabkan

kemusnahan kepada hidupan laut seperti ikan dan karangan laut. Keadaan ini

10

Page 11: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

menyumbang kepada kekurangan sumber makanan khususnya makanan laut dan juga

menjejaskan ekonomi penduduk setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan.

Seperkara lagi, apabila pantai negara kita kotor ini akan menjejaskan industri

pelancongan negara.

Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan

pembangunan. Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan gas karbon

dioksida dan karbon monoksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Selain itu, asap

yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu yang mengakibatkan penduduk di kawasan

itu mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat. Ia

membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) ialah kesan pemanasan atmosfera terhadap

bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya

memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara,

terutamanya oleh karbon dioksida. Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca

di dalam rumah hijau dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang memasuki

rumah kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah kaca dan

memerangkap haba tersebut.

11

Page 12: Pendidikan Kesihatan dan Pencemaran

BIBLIOGRAFI

“MediTV HUKM”. http://pkukmweb.ukm.my/~medipro/home/meditv.asp

“Program Doktor Muda”. http://www.drmuda.gov.my/drmuda

http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan/ud980212

http://cloud.prohosting.com/zaim87/biologi bab ekosistem terancam

http://members.fortunecity.com/prias 98/

http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam%20sekitar

http://www.mysenam.com/MySENAM.asp

12