Pendidikan kesihatan HBHE1203
description
Transcript of Pendidikan kesihatan HBHE1203
750507045359001 / HBHE1203
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / 2013
KOD KURSUS HBHE1203
TAJUK KURSUS REFLEKSI KENDIRI DAN PEMBELAJARAN BERSASAKAN MASALAH
NO. MATRIKULASI : 750507045359001
NO. KAD PENGNEALAN : 750507-04-5359
NO. TELEFON : 012 7698122
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA
750507045359001 / HBHE1203
2
Isi kandungan
1.0 Refleksi Kendiri.
2.0 Pengenalan.
3.0 Penyataan Masalah.
4.0 Membuat Hipotesis.
5.0 Tempat dan Masa Kajian.
6.0 Instrumen dan Kaedah Kajian.
7.0 Data , Analisis dan Rumusan kajian.
8.0 Rujukan / Referensi
750507045359001 / HBHE1203
3
1.0 Refleksi Kendiri.
Kajian ini menjelaskan bagaimana kaedah pengajaran dengan menggabungkan strategi
pembelajaran berasaskan masalah dengan menggunakan perisian komputer berunsur
pembelajaran. Terdapat dua versi perisian yang digunakan mengikut umur kanak-kanak yang
berumur di antara 9 tahun sehingga 12 tahun dan 13 tahun sehingga 17. Terdapat banyak
perisian komputer yang boleh digunakan untuk membantu pengajaran guru antaranya ialah
“Neverwinter Night, Guitar hero dan Ninten Dogs beberapa lagi, tetapi dalam kajian ini
banyak menekan penggunaan perisian “ e- Bug.
Gabungan kedua-dua item ini telah membantu serta melancarkan sesi pengajaran guru.
Selain daripada itu, ia juga dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar tentang sesuatu
topik . Situasi serta gambaran sebenar tentang sesuatu perkara dapat dijelaskan dengan
mudah kepada murid seperti yang terdapat dalam permainan “ e-Bug”. Penggunaan perisian
komputer dalam pembelajaran telah banyak membantu pelajar tentang kehidupan dunia
realiti. Technology competent bermaksud berkebolehan menggunakan semaksimum
mungkin kebaikan komputer dan pelbagai teknologi untuk mengembangkan dan
meningkatkan peluang pembelajaran dan kaedah mengajar dalam kehidupan seharian (Vicki
Sharp, 1999)
Implikasi positif yang yang terdapat dalam kajian ini seharusnya boleh dijadikan panduan dan
rujukan kepada guru-guru terutama dari segi prosuder perlaksanaannya serta pendekatan yang
digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana, murid
sangat berminat dan suka pembelajaran yang mempunyai unsur-unsur pemainan yang
menarik, terutamanya permaian yang bercorak interaktif. Pakar psikologi kanak-kanak Piaget
mengatakan, kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan ke bawah mempunyai kelemahan
dalam berfikir secara logik atau dalam istilah lainnya ialah lack of ’concrete operational
thinking‘.Pemikiran yang rasional hanya terbentuk ketika mereka berumur 11 atau 12 tahun .
Oleh itu, teknik pembelajaran juga perlu digubah seiring peredaran teknologi semasa agar
mudah difahami oleh anak-anak seterusnya imaginasi mereka berkembang dengan
cemerlang.
750507045359001 / HBHE1203
4
Secara tidak langsung akan memudahkan guru untuk mencapai sasaran objektif yang telah
mereka tetapkan. Dari segi teknikalnya, perisian “e-bug” kurang mesra pengguna iaitu ianya
tidak boleh di muat turun secara terus dari laman sesawang, Perisian ini hanya boleh
digunakan dimuat masuk dengan menggunakan CD yang boleh didapati daripada pembekal.
Walaubagaimanapun, terdapat satu kebaikan iaitu perisian ini boleh menggunakan “pemain
Flash” dan ini akan memberikan mutu paparan yang baik serta lancar, secara tidak langsung,
akan menarik minat murid untuk terus menggunakan perisian ini.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan menggunakan perisian yang dikemukakan seperti,
kesukaran untuk mendapatkan perisian yang mesra pengguna . Namun, pengunaannya dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran sangat berguna dan membantu guru, ini dapat dijelaskan
melalui kesimpulan iaitu perisian akan terus di kaji dan ditambah baik agar lebih sesuai
digunakan oleh para pendidik.
2.0 Pengenalan.
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) – Problem Base learning (PBL) merupakan salah
satu strategi pembelajaran yang menfokuskan kepada murid. Menurut Baden dan Mojor
(2004) pernyataan masalah yang perlu dilaksanakan adalah berdasarkan kepada Situasi
masalah yang sebenar dan pelajar perlu menangani masalah secara berkumpulan.Maklumat
berkaitan masalah serta imformasi baru adalah secara penerokaan kendiri .Pelajar juga perlu
mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan serta mempelbagaikan cara
penyelesaian, biasanya Masalah yang timbul merupakan panduan, dan ini akan memandu ke
arah penyelesaian masalah yang di kaji. Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah
penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar
mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping
memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran
Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard
Barrow. Pada mulanya, kaedah ini mendapat tentangan daripada semua orang. Namun
begitu, beliau telah menggunakannya kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan
mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Setelah itu , pendekatan ini telah
menarik perhatian dan minat para pendidik yang lain untuk menggunakannya
750507045359001 / HBHE1203
5
Di dalam tugasan ini kajian dan dapatan daripada Smith (1997) dan Edward dan Monika
(1995) akan dijadikan panduan . Di dalam kajian tersebut, beliau menyatakan bahawa
terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah (1)
Mengenalpasti Masalah, pelajar akan diberikan dan mengenalpasti masalah yang diberi dan
menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Setelah itu pelajar
membuat kesimpulan mengikut objektif masalah serta mengenalpasti sumber-sumber yang
perlu digunakan untuk memperolehi maklumat bersesuaian untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Pelajar juga perlu merancangan cara penyelesaian masalah dari mula sehingga permasalahan
tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) ,
masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat
membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif
penyelesaian masalah yang tepat. (2) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data, pelajar
perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi.
Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data.
Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta
aliran dan lain-lain.
Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan
mempertimbangkan sebarang kemungkinan yang timbul . Objektif bagi peringkat ini adalah
mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R
(2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut
ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana
masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan
masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah,
perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta
perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.(3)
Membuat Keputusan, keputusan yang di perlulah tepat dalam merungkai masalah yang
diperolehi , Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong
penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai
kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid
(2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming.
750507045359001 / HBHE1203
6
Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah
kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan
berkongsi idea. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut
digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah
kumpulan.
(4) Mengenalpasti penyelesaian yang terbaik, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai,
membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar
Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk
menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam
penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif
dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan
yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain,
dan yang (5) ialah melaksanakan Keputusan, menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat
perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan
dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi
mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat di
jana atau tidak.
Pendidikan Kesihatan yang dilaksanakan di sekolah bertujuan untuk membolehkan individu
iaitu murid untuk mengawal kesihatan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat serta bersikap positif untuk
mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. Merujuk kepada
keratan akhbar Utusan 19 Ogos 2012 , artikel bertajuk Jaga Kebersihan Cegah Penyakit ,
telah menjelaskan penjagan kebersihan diri adalah penyelesaian yang mudah dan berkesan
untuk membantu mengurangkan jangkitan penyakit yang mengancam nyawa, namun masih
ramai yang mengambil mudah tentang kepentingannya.
Dalam usaha mengawal serta menghapuskan penyakit berjangkit serta meningkatkan amalan
kebersihan diri. Majlis Kebersihan Global, dengan kerjasama Dettol telah menjalankan
penyelidikan berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan diri. Kajian tersebut dikenali sebagai
Back to School, yang mengkaji perkaitan secara saintifik antara jangkitan dan
perkembangannya di kalangan pelajar sekolah.
750507045359001 / HBHE1203
7
Di Malaysia, berdasarkan kajian agensi kesihatan di Jabatan Kesihatan Malaysia (2009), satu
pertiga daripada ibu bapa menyatakan kerisauan terhadap anak mereka akan dijangkiti
penyakit berjangkit di sekolah. Kebimbangan yang paling utama ialah, ialah anak-anak
mereka akan dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut, jangkitan kutu dan kudis melalui
interaksi sesama rakan semasa bersosial, belajar atau bersukan. Ini diikuti dengan penyakit
bawaan makanan dan masalah selesema bermusim.
.
Justeru itu, di harap dapatan dari kajian dapat membantu serta dijadikan panduan bagi
mengatasi masalah, seterusnya mengetahui bagaimana punca sesuatu penyakit itu terjadi
serta mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kesihatan
khususnya penyakit berjangkit berkaitan dengan kulit. Kajian ini sangat signifikan dengan
senario yang berlaku di kampung Kuala Paya, Mukim Buloh kasap Segamat, Johor Darul
Ta’zim ekoran daripada kesan kejadian banjir yang berlaku pada 15 Januari 2013 yang lalu.
3.0 Penyataan Masalah.
Aspek kebersihan sememangnya perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang penting bagi
menjamin kehidupan yang selesa dan selamat.Walaubagaimanapun, faktor-faktor luar
kawalan seperti bencana banjir sering kali mengubah strategi dan penstrukturan hidup
seharian. Banjir yang melanda seringkali membawa beberapa kesan yang negatif seperti
masalah jangkitan penyakit kulit kudis buta atau Scabies.
Berpandukan Dokumen Standard Pendidikan Kesihatan Tahun 1, modul 1, Kesihatan
Fizikal, standard kandungan kesihatan diri dan reproduktif serta standard pembelajaran 1.1.4
dan 1.1.5 adalah dirujuk . Aspek kebersihan fizikal kanak-kanak kurang diberi perhatian
oleh keluarga terutamanya cara menjaga kebersihan anggota badan seperti kepala,
badan, kaki, tangan dan organ gental dengan cara yang betul dan selamat. Perkara ini
dapat di lihat berdasarkan gambarajah 1, terdapat jangkitan pada tangan murid ini dipercayai
telah dijangkiti penyakit kudis buta atau scabies
750507045359001 / HBHE1203
8
Gambarajah 1
Kesan daripada jangkitan bukan sahaja kepada fizikal kanak-kanak tersebut, malah ia juga akan mengganggu pembelajaran mereka kerana tidak hadir ke sekolah. Selain daripada itu, pelajar ini merasa tersisih semasa belajar mahupun semasa bersosial kerana rakan-rakan mereka akan menjauhi daripada menghampiri kerana khuatir dijangkiti penyakit kudis buta.
Reaksi menjauhkan diri daripada rakan yang mempunyai penyakit adalah kesedaran ibu bapa tentang bahaya yang mungkin timbul sekiranya dihinggapi penyakit. Kenyataan ini disokong berdasarkan teks berikut,
“Ibu bapa dinasihatkan menjaga anaknya apabila didapati sakit atau dihidapi penyakit berjangkit. Sebaik-baiknya dapatkan rawatan daripada pegawai perubatan atau pengawal perubatan. Sekiranya anak itu tidak sihat, penyakit berjangkit akan menjangkiti kanak-kanak lain. Ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan kepada kanak-kanak. Pihak TASKA bila-bila masa tidak boleh menerima kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Kanak-kanak ini boleh diterima masuk sehingga disahkan mendapat rawatan dan sijil pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan”. (Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) 2011
4.0 Membuat Hipotesis .
Menurut Mohd. Majid Konting ( 2005 ), hipotesis digunakan adalah sebagai panduan untuk
menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian.
Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah–
pembolehubah seperti yang terkandung di dalam Dokumen standard Pendidikan kesihatan
tahun 1 iaitu ;
750507045359001 / HBHE1203
9
i. 1.1.4 Menjaga kebersihan diri iaitu kepala, badan, tangan,
kaki dan organ genital dengan cara mandi yang betul.
ii. 1.1.5 Menjaga kebersihan tangan dan kaki iaitu cara serta
masa mencuci dengan betul.
murid seharusnya tahu dan faham serta dapat mengaplikasikan kaedah-kaedah penjagaan
kesihatan serta kesannya sekiranya aspek kebersihan diri diabaikan. Teori Behaviorisme
memberi penekanan terhadap perubahan tingkahlaku yang dapat dilihat dengan jelas
bentuknya akibat sesuatu rangsangan ( Skinner, 1985 ). Bimbingan, latihan, pemberian
ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan adalah penting bagi menjamin
perubahan tingkah laku yang berkesan .
Oleh itu, ketika proses pengajaran dan pembelajaran, penetapan objektif pengajaran yang
hendak dicapai oleh seharusnya menyumbang kepada kesedaran serta perubahan tingkah
laku murid ke arah hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan amalan kesihatan yang betul.
5.0 Tempat dan Masa Kajian
Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Segamat, Johor iaitu
Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, sebagai sampel. Para responden adalah terdiri daripada
murid tahun 1 yang mempunyai tahap kebersihan diri yang berbeza mengikut latar belakang
keluarga . Seramai 20 orang murid telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa
untuk membuat penyelidikan adalah pada waktu pengajaran pendidikan kesihatan, pada
pukul 9.30 pagi bertarikh 5 Februari 2013.
6.0 Instrumen dan kaedah kajian
Menurut Azhar Harun ( 2004 ), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk
mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang
di bina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, guru telah
menerangkan tentang cara-cara pengisian maklumat yang diperlukan. Menurut Tyler,
mencadangkan supaya penilai dapat membandingkan hasil yang dihajatkan dengan hasil yang
diperhatikan. Instrumen yang digunakan adalah mengikut aras, pengetahuan dan pengalaman
murid supaya dapatan yang diperolehi lebih tepat dan telus.
750507045359001 / HBHE1203
10
Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik , yang mana murid dikehendaki
menandakan (√ ) pada petak yang mereka fikirkan sesuai dengan jawapan mereka. Eviden
yang dikemukan adalah berkisar kepada tajuk yang terdapat pada dokumen standard tahun 1
dan standard pembelajaran yang telah mereka pelajari. Ianya meliputi cara-cara penjagaan
kebersihan diri serta perlatan yang digunakan meliputi anggota badan iaitu kepala, badan,
tangan, dan kaki. Rajah 2, adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
750507045359001 / HBHE1203
11
Nama : ____________________________________________ Tahun 1 : _____________
Bahan pencuci yang selalu saya gunakan.
1. Tandakan (ü) pada peralatan penjagaan kesihatan yang pernah kamu gunakan.
a . ( ) b . ( )
c . ( ) d . ( )
e . ( ) f . ( )
g . ( ) h . ( )
Rajah 2
750507045359001 / HBHE1203
12
Kaedah perlaksanaan, kajian ini dijalankan secara berkumpulan atau dalam erti kata
dijalankan secara kelas. Murid secara individu menjawab soalan yang diberikan berdasarkan
pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka. Sebelum instrumen ini dihasilkan, satu
kajian rintis berkaitan peralatan untuk menjaga kebersihan telah dilaksanakan terlebih awal.
Antara tujuannya ialah untuk mengelakkan murid terkeliru atau tidak faham tentang ilustrasi
dan jenama barangan yang digunakan iaitu sabun atau cecair untuk mandian.
7.0 Data , Analisis dan Rumusan Kajian
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini adalah melalui maklum balas daripada
instrumen yang diedarkan kepada responden. Data ini merupakan sumber maklumat yang
terpenting kerana ia diperlukan untuk menyokong tajuk kajian, mendapatkan fakta dan
respon daripada murid . Graf 1, adalah data dalam bentuk graf yang telah diperolehi melalui
kajian yang telah dijalankan. Berdasarkan graf tersebut , jumlah murid yang menggunakan
bahan pencuci mandian yang tidak mempunyai antiseptik adalah lebih tinggi iaitu seramai 12
orang berbanding murid yang menggunakan pencuci yang mempunyai antiseptik iaitu
seramai 8 orang sahaja.
Jadual 1
Graf 1
Berdasarkan keputusan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa salah satu sebab penularan
penyakit kudis buta di kalangan murid Sekolah Kebangsaan Kuala Paya, adalah berpunca
0
2
4
6
8
10
12
14
Bila
ngan
Mur
id
Jenis pencuci mandian
Penggunaan bahan cucian mandian mengikut jenis
Pencuci berantiseptik
Pencuci tanpaantiseptik
750507045359001 / HBHE1203
13
daripada pengabaian aspek kebersihan diri, kenyataan ini di sokong berdasarkan data yang
diperolehi. Menurut pakar perubatan, Profesor Perubatan Mikrobiologi dari Universiti
Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), Prof. Ong Kok Hai, antiseptik atau germisida
adalah sebatian kimia yang digunakan untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan
mikroorganisme pada rangkaian yang hidup seperti pada permukaan kulit dan membran
mukosa. Kebanyakkan bahan cucian mandian sama ada dalam bentuk cecair atau ketulan
yang mempunyai kandungan antiseptik, mengandingi bahan seperti sulfur, Sodium Lauryl
Sulfate (SLS), Paraben , Balsam Peru (myroxylon), minyak esensial dan pewangi.
Penggunaan antiseptik sangat disyorkan ketika terjadi wabak penyakit kerana dapat
melambatkan penyebaran penyakit.
Kesimpulannya, tahap kebersihan sesorang murid itu adalah bergantung pada kualiti bahan
cucian yang digunakan. Penggunaan bahan yang tidak berkualiti iaitu bahan cucian yang
tidak mengandungi antiseptik akan menyebabkan timbulnya gejaga kudis buta. Justeru itu,
untuk memastikan kebersihan diri murid-murid khususnya anggota badan seperti badan,
kepala, kaki, kulit dan tangan, mereka perlu menggunakan bahan yang berkualiti. Sekiranya
kesedaran tentang tahap penjagaan kebersihan diabaikan oleh murid maka penularan penyakit
akan lebih mudah untuk berlaku.
750507045359001 / HBHE1203
14
RUJUKAN / REFERENSI
Hussein Hj. Ahmad (1993). Pendidikan Dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi Dan Wawasan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. & Penerbit ASAS Sdn.Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano
Enterprise. Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning :Society for Research into Hagher Education & Open University Press Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in the21th century:Thomson Asia Pte Ltd Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005). Peranan Kepimpinan Guru Dalam
Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (1994). Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kedua. Kuala
Lumpur : DBP. T. Subhan Mohd. Me’erah, Rohaty Mohd Majzud dan Ahmad Jaffni Hassan ( 1994 ).
Pembangunan Sumber Manusia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap
Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.