Maksud perkahwinan Misyar

download Maksud perkahwinan Misyar

of 3

Transcript of Maksud perkahwinan Misyar

  • 8/14/2019 Maksud perkahwinan Misyar

    1/3

    Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikultanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan

    pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadapisteri.

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menolakcadangan supaya lelaki dibenar mengamalkan perkahwinan misyar

    dengan alasan tidak sesuai dengan keperluan masyarakat negara iniserta khuatir akan mendatangkan implikasi negatif.

    Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan tersebut juga mampumengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat. Serta

    membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahatberlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin

    Ketua Jabatan Dakwah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,Prof. Madya Mohd. Kamil Abdul Majid dan Persatuan Ibu Tunggal

    Terengganu (PITT) menyokong pelaksanaan perkahwinan di manaM.Kamil mengulas

    1.amalan itu boleh menjadi satu alternatif untuk membantu golongan

    wanita yang berdepan dengan masalah atau situasi tertentu. Katanya,

    perkahwinan tersebut juga boleh dijadikan jalan keluar bagimenyelesaikan masalah ibu tunggal atau andartu yang berharta.

    2.amalan perkahwinan misyar ini tidak melanggar hukum syarak,asalkan ia dibuat berdasarkan persetujuan di antara pihak lelaki dan

    wanita.3.Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin. Selainseks, berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, berbual dan

    bermesra serta mendidik ajaran agama terhadap isteri juga termasukdalam definisi nafkah batin.

    Definisi Kahwin Misyar: Perkataan misyar berasal daripada perkataan

    arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia

    bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai

    pemergian. Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan

    daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga

    disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara

    Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di

    sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar,

  • 8/14/2019 Maksud perkahwinan Misyar

    2/3

    Majallah al-Mujtama' al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31,

    Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

    Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah: Perkahwinan misyar

    ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin

    perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke

    rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua

    kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di

    rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat:

    al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar) Ia juga disebut sebagai pergi

    kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.) Terdapat juga

    pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina

    dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan

    adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup

    sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur,

    10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

    Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki

    dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak

    dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur

    dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar,

    Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

    Menurut Ibn Mani', ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua

    syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan

    bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak

    pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si

    suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atauwaktu. (ibid.)

    Sebagai kesimpulan: Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak

    ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah,

    pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya.

  • 8/14/2019 Maksud perkahwinan Misyar

    3/3

    Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap

    memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya,

    memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan

    harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

    Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki

    dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan

    dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.