MAKSUD PERKEMBANGAN

9
MAKSUD PERKEMBANGAN

Transcript of MAKSUD PERKEMBANGAN

Page 1: MAKSUD PERKEMBANGAN

MAKSUD PERKEMBANG

AN

Page 2: MAKSUD PERKEMBANGAN

Perkembangan(development) adalah satu proses atau tahap pertumbuhan ke arah yang lebih maju.

Perkembangan itu adalah kemunculan ataupun kematangan pola-pola dasar tingkah laku yang bukan hasil belajar.

Perkembangan adalah rentetan perubahan jasmani dan rohani manusia menuju ke arah yang lebih maju dan sempurna.

Ramai teoris meninjau perkembangan sebagai sesuatu sistem yang dinamik dan boleh digunakan untuk menghuraikan perkembangan kanak-kanak di bawah aspek fizikal, kognitif, dan sosio-emosi yang berubah-ubah.

Page 3: MAKSUD PERKEMBANGAN

Atan Long(1980)- Perkembangan pada manusia ialah

perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur , tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.

Paul Eggan dan Don Kauchak- Perkembangan adalah perubahan yang

berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Page 4: MAKSUD PERKEMBANGAN

Slavin (1997)- Perkembangan adalah berkaitan dengan

mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu mengalami perkembangan sepanjang hayat. Iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosio- emosional dan kognitif serta bahasa.

Crow dan Crow- Perkembangan perubahan secara ‘kualitatif’

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran , rohani, moral dan sosial.

Page 5: MAKSUD PERKEMBANGAN

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN

Page 6: MAKSUD PERKEMBANGAN

Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-

perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal,

kognitif, sosial, emosi dan moral.

Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara

teratur dan progresif dalam arah tertentu.

Misalnya seseorang kanak-kanak akan mula

mengenal objek, memberi nama kepada objek,

mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan

objek.

Page 7: MAKSUD PERKEMBANGAN

Perubahan tersebut berterusan sepanjang hayat

melalui peringkat kematangan tertentu di mana

perubahan tersebut ditentukan oleh genetik.

Perkembangan adalah dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran hasil daripada kematangan dan

pembelajaran.

Page 8: MAKSUD PERKEMBANGAN

KESIMPULANPerkembangan ialah aspek perubahan

yang dialami individu yang bersifat kualitif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Page 9: MAKSUD PERKEMBANGAN

TERIMA KASIH……V.PIRIYANGAA.PRITA SRI

M.SELLAKKILIR.SUBHASHNI