MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

download MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

of 3

Transcript of MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

  • 7/29/2019 MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

    1/3

    MALAYSIA adalah sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian kaum, budaya

    dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah

    resepi utama kepada kejayaan Malaysia mempertahankan kemerdekaannya. Perpaduan

    adalah perkara penting setiap negara-bangsa yang bebas dan berdaulat. Ia bukan sekadar

    suatu perlembagaan, tetapi berupaya mencetuskan keharmonian sosial, kestabilan politik dan

    pertumbuhan ekonomi.

    Sekiranya berlaku perbezaan pendapat, ia akan diselesaikan secara aman melalui sikap

    bertolak ansur dan hormat-menghormati antara kaum. Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai

    sebuah negara yang unik dan berbeza daripada negara-negara lain di dunia.

    Terdapat juga kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

    Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian Semenanjung Malaysia. Namun

    begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini yang menetap di Sabah dan Sarawak. Kaum

    Melayu menganut agama Islam dan bertutur dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,

    terdapat pelbagai dialek lain yang bersifat kedaerahan dan keturunan turut dituturkan oleh

    bangsa Melayu. Kaum ini berpegang kepada adat resam Melayu yang diwarisi daripada

    generasi terdahulu di dalam kehidupan seharian mereka. Perayaan utama kaum Melayu ialah

    hari Raya Aidilfitri dan hari Raya Korban.

    Kaum Cina kebiasaannya menganut agama Buddha atau Kristian. Terdapat tiga dialek

    berbeza di dalam Bahasa Cina yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Dialek

    tersebut ialah Hokkien, Kantonis dan Mandarin. Mereka mengamalkan adat resam kehidupan

    kaum Cina sebagaimana yang diamalkan di Tanah Besar Cina. Perayaan utama masyarakat

    Cina ialah Tahun Baru Cina.

    Kaum India adalah kumpulan etnik terkecil di antara ketiga-tiga kumpulan etnik utama di

    Malaysia. Mereka kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Tamil dan menganuti Hindu. Mereka

    juga berpegang teguh kepada adat resam seperti yang diamalkan oleh kaum India di Selatan

    India. Perayaan utama masyarakat India ialah Deepavali.

    Selain daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai kepelbagaian

    kumpulan etnik peribumi. Kebanyakan etnik peribumi ini terdapat di negeri Sabah dan Sarawak.

    Namun begitu, Semenanjung Malaysia juga mempunyai penduduk dari kaum etnik peribumi

    yang dikenali sebagai Orang Asli.

  • 7/29/2019 MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

    2/3

    Orang Asli yang terdapat di bahagian Semenanjung Malaysia boleh dikategorikan

    kepada tiga kumpulan utama iaiatu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap kumpulan etnik

    Orang Asli ini mempunyai bahasa pertuturan dan budaya adat resam yang tersendiri. Mereka

    biasanya tinggal di kawasan pedalaman dan jauh daripada kepesatan pembangunan.

    Sabah pula mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih daripada 32 suku kaum

    peribumi. Namun begitu, kaum etnik yang terbesar adalah Kadazandusun, Bajau dan Murut.

    Kadazandusun adalah kumpulan etnik terbesar di Sabah. Ia terdiri daripada dua kaum iaitu

    Kadazan dan Dusun yang digabungkan bersama kerana mempunyai bahasa dan budaya yang

    serupa.

    Perbezaan di antara kedua-dua kaum ini adalah dari segi loghat bahasa dan lokasi

    penempatan mereka. Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah manakala etnik Dusun

    menetap di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Bajau adalah kumpulan etnik peribumi

    kedua terbesar di Sabah. Mereka berasal daripada keturunan pelaut yang menyembah Omboh

    Dilaut ( Tuhan Laut) dan mereka juga dikenali sebagai gipsi laut. Kebanyakan masyarakat

    Bajau mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum lelaki masyarakat ini juga digelar

    sebagai Koboi Timur kerana kemahiran mereka menunggang kuda.

    Etnik peribumi ketiga terbesar di Sabah adalah kaum Murut. Secara tradisinya, mereka

    mendiami kawasan pedalaman di utara Borneo. Mereka menjalankan kegiatan bercucuk tanam

    dengan menanam padi huma dan ubi kayu. Mereka juga menjalankan kegiatan berburu dengan

    menggunakan sumpit serta menangkap ikan.

    Seperti di Sabah, negeri Sarawak juga kaya dengan keplebagaian kaum dengan

    memiliki lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan

    etnik utama di Sarawak iaitu daripada suku kaum Iban, Malanau dan Bidayuh. Selain daripada

    etnik utama ini, Sarawak juga turut dihuni oleh kaum Bisaya,Orang Ulu, Kedayan dan lain-lain.

    Suku kaum Iban adalah kumpulan etnik terbesar di Sarawak. Mereka tinggal secara

    berkumpulan di rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah panjang. Kebanyakan daripada

    masyarakat Iban pada hari ini menganuti agama Kristian tetapi masih mengekalkan amalan

    tradisi adat resam nenek moyang mereka.

    Melanau adalah salah satu daripada masyarakat peribumi utama yang mendiami

    Sarawak. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Melanau memeluk agama Islam dan

  • 7/29/2019 MALAYSIA Adalah Sebuah Negara Yang Terkenal Dengan Kepelbagaian Kaum

    3/3

    Kristian berbanding kepercayaan asal mereka, Animisme. Mereka menjalankan kegiatan

    menanam padi dan sagu selain menangkap hasil laut.

    Dalam pada itu, kebebasan setiap bangsa untuk mengamalkan kepercayaan, adat

    resam dan kebudayaan masing-masing menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Selain dariitu, sikap toleransi antara kaum yang diamalkan turut menjadi benteng kepada anasir-anasir

    yang boleh mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Sesungguhnya perpaduan

    yang dicapai ini adalah merupakan suatu anugerah yang perlu disyukuri dan dihargai oleh

    seluruh rakyat Malaysia.