MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT .menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang...

download MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT .menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang berhenti

of 39

  • date post

    02-May-2019
  • Category

    Documents

  • view

    217
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT .menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang...

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 1 OKTOBER 2013, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1312-L57050 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) bagaimana dengan ada pihak-pihak berkuasa seperti polis

trafik, JPJ, SPAD, LPKP dan perkhidmatan online, seorang pemandu yang memiliki 16 saman (belum dijelaskan), dari 3 negeri (Johor, Selangor dan Melaka), masih boleh memandu bas pelancong yang mengakibatkan tragedi kemalangan Genting Highlands baru-baru ini (STAR Pg 3 25/08/2013); dan

(b) berapa ramai lagikah pemandu kenderaan pengangkutan awam

yang mempunyai kes tertunggak dengan pihak-pihak berkuasa tetapi masih memandu pengangkutan awam.

2. PR-1312-L56951

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) mengapa kadar perahan minyak kelapa sawit (OER) diturun

daripada 18.7% kepada 17.5% sedangkan kadar prorata Malaysia hanya turun daripada 20.13% kepada 19.72%; dan

(b) mengapa "processing fee" kepada pekebun kecil dinaikkan

daripada RM50 kepada RM60 per tan (FFB). 3. PR-1312-L57033

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) bilangan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam yang telah

diiktiraf oleh Kementerian berbanding pakar-pakar daripada perubatan tradisional yang lain serta adakah ada kerjasama yang dijalinkan di antara Kerajaan dengan mereka; dan

2 AUM DR 1/10/2013

(b) berdasarkan maklumat, didapati Kementerian kurang memberi perhatian terhadap penglibatan pakar perubatan tradisional Melayu-Islam, dari sudut pengiktirafan kepakaran, produk ubatan dan sokongan terhadap aktiviti berkaitan. Mengapa ini berlaku.

4. PR-1312-L55099

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan:-

(a) kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi

Mara; dan (b) bilangan pelajar dalam kursus-kursus ini mengikut kaum bagi

pelajar-pelajar tempatan dan luar negara. 5. PR-1312-L55453

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan:-

(a) kos perbelanjaan bulanan dan tahunan operasi, pentadbiran

dan pengurusan BERNAMA TV pada 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan lapan bulan pertama tahun 2013; dan

(b) apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah, sedang dan

akan dilaksanakan BERNAMA TV dalam usaha saluran berita rasmi Kerajaan itu berdaya saing dengan saluran berita antarabangsa seperti CNN, Al Jazeera, Sky News dan BBC.

6. PR-1312-L55126

Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan penerima dan nilai rumah bantuan nelayan bagi Parlimen Kuala Nerus pada tahun 2012/2013 serta bagaimana kaedah pemilihan tersebut.

7. PR-1312-L56306

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

(a) adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina kuarters

kediaman kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Bahagian Bintulu, Sarawak pada masa terdekat ini; dan

(b) berapa jumlah kakitangan Kerajaan Persekutuan yang

berkhidmat di Bintulu yang masih belum mendapat kuarters kediaman tersebut.

AUM DR 1/10/2013 3

8. PR-1312-L56302 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan penjelasan berhubung dengan keperluan untuk menaik taraf perkhidmatan Hospital Sungai Bakap yang amat teruk serta cadangan pembinaan hospital baru di Batu Kawan selepas perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang di atas keperluan masyarakat di Batu Kawan.

9. PR-1312-L55589

Tuan Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilakah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang baru di Labuan akan boleh digunakan memandangkan beberapa elemen penting seperti wavebreaker tidak dibina apabila bajet untuknya dikurangkan sekali gus menyebabkan kapal nelayan enggan berpindah ke kompleks tersebut.

10. PR-1312-L55524

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan punca dan kesan penurunan Penilaian Fitch (Fitch Rating) negara, dan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan agar Penilaian Fitch negara tidak bertambah buruk.

11. PR-1312-L55474

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk membina loji air baru di kawasan Lahad Datu memandangkan dua loji air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah penduduk yang mencecah lebih tiga ratus ribu orang dan kegunaan kilang- kilang Industri di Lahad Datu. Apakah perancangan terdekat Kerajaan untuk mengatasi masalah air yang kritikal di Lahad Datu.

12. PR-1312-L55161

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan benarkah Kementerian bercadang untuk mahasiswa Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi diberi elaun semasa mereka belajar di IPG kerana lebihan tenaga guru.

13. PR-1312-L56524

Tuan Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan mengapakah jumlah pembiayaan mikro yang diterima golongan penjaja dan peniaga kecil hanya sebanyak RM 3,000 berbanding kadar asal yang ditawarkan iaitu sebanyak RM 50,000. Apakah usaha-usaha lain Kementerian dalam menjaga kebajikan mereka.

14. PR-1312-L55455

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pelajar sekolah menengah yang berhenti sekolah (drop out) mengikut tingkatan dan kaum pada tahun 2010 hingga 2012. Nyatakan sebab-sebab utama kenapa mereka berhenti sekolah.

4 AUM DR 1/10/2013

15. PR-1312-L56246 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar Kerajaan untuk meluluskan pekerja asing dalam pelbagai bidang masing-masing dan pada masa yang sama dasar Kerajaan untuk menjaga dan memastikan peluang pekerjaan dan kesejahteraan kehidupan rakyat tempatan.

16. PR-1312-L56659 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan bilakah Kerajaan Pusat dapat membina sebuah stadium sukan yang bermutu tinggi di Bahagian Sarikei untuk kegunaan penduduk-penduduk di Bahagian Sarikei terutama untuk mengadakan aktiviti sukan sekolah-sekolah menengah dan rendah.

17. PR-1312-L55616

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah rancangan jangka masa panjang Kementerian bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan diesel terutamanya di negeri Sabah seperti mana yang berlaku baru-baru ini.

18. PR-1312-L55860

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan jenis subsidi yang diberikan kepada rakyat Malaysia dan bagaimanakah Kerajaan bercadang untuk mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah berikutan kenaikan minyak pada 2 September 2013.

19. PR-1312-L56546

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah akan melaksanakan projek pelebaran Jalan Persekutuan 1, bahagian dari Tanjong Malim ke Bidor dari 1 lorong sehala kepada 2 lorong sehala.

20. PR-1312-L55191

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperkukuhkan nilai mata wang Ringgit memandangkan kemerosotan yang berlaku.

21. PR-1312-L55946 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan fizikal keseluruhan projek Lebuh Raya Pantai Timur, Fasa 2 Negeri Terengganu (LPT2) sepanjang 184 km terkini dan bilakah projek ini dijangka siap dan dibuka kepada laluan.

22. PR-1312-L56361

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa dalam pemberian pelbagai subsidi kepada petani, sering berlaku diskriminasi di mana petani yang disyaki menyokong parti pembangkang dinafikan subsidi dan apakah cadangan Kementerian untuk memberhentikan amalan ini.

AUM DR 1/10/2013 5

23. PR-1312-L55229 Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan susulan Kementerian berkenaan sistem bekalan air yang tidak berfungsi di SMK Tinjar, Baram dan Sekolah Menengah Khas Long Bedian, Baram.

24. PR-1312-L56334

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan penjelasan tentang kekurangan kesungguhan kerajaan untuk meratifikasikan enam teras Konvensyen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antaranya Konvensyen Antarabangsa berkaitan Hak Sivil dan Politik, Konvensyen Antarabangsa berkaitan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan serta Konvensyen PBB terhadap penyelarasan ,sebagai langkah mempertimbangkan kredibiliti dan pengaruh negara dalam majlis Hak Asasi Manusia PBB serta komuniti antarabangsa.

25. PR-1312-L56681

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha-usaha yang diambil untuk membendung pengemis-pengemis yang sering meminta sedekah di Kual