MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat...

29
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 14 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1252-L50558 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada langkah-langkah tertentu pihak Kementerian dalam menangani masalah pemotongan gaji pekerja oleh majikan akibat daripada kesilapan pihak ketiga. Contohnya apabila pihak pelanggan tidak membayar sesuatu perkhidmatan, maka pihak pekerja yang terpaksa menanggung kos tersebut. 2. PR-1252-L49554 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kebankrapan, pecahan mengikut kumpulan umur dan punca-punca kebankrapan dan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengurangkan masa untuk bankrap- bankrap dilepaskan dari kebankrapan. 3. PR-1252-L50142 Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang status hutan simpanan rizab Melayu di Semenanjung Malaysia terutama di negeri Pahang dan apakah usaha Kerajaan dalam membendung masalah penerokaan hutan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan EIA. 4. PR-1252-L50517 Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesyen Guaman 1976 atau menggubal suatu undang-undang baru bagi menubuhkan sebuah badan yang turut menjalankan peranan yang sama seperti Bar Council Malaysia.

Transcript of MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat...

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 14 JUN 2012, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1252-L50558 Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada langkah-langkah tertentu pihak Kementerian dalam menangani masalah pemotongan gaji pekerja oleh majikan akibat daripada kesilapan pihak ketiga. Contohnya apabila pihak pelanggan tidak membayar sesuatu perkhidmatan, maka pihak pekerja yang terpaksa menanggung kos tersebut.

2. PR-1252-L49554

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kebankrapan, pecahan mengikut kumpulan umur dan punca-punca kebankrapan dan sama ada Kerajaan bercadang untuk mengurangkan masa untuk bankrap-bankrap dilepaskan dari kebankrapan.

3. PR-1252-L50142

Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang status hutan simpanan rizab Melayu di Semenanjung Malaysia terutama di negeri Pahang dan apakah usaha Kerajaan dalam membendung masalah penerokaan hutan berlebihan dan tidak mengikut garis panduan EIA.

4. PR-1252-L50517

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Profesyen Guaman 1976 atau menggubal suatu undang-undang baru bagi menubuhkan sebuah badan yang turut menjalankan peranan yang sama seperti Bar Council Malaysia.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

2

5. PR-1252-L49495 Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) berapakah jumlah pesakit buah pinggang yang

memerlukan rawatan hemodialisis di seluruh Negara pada tahun 2011; dan

(b) berapakah pusat rawatan di hemodialisis yang telah

disediakan oleh Kerajaan seluruh Malaysia.

6. PR-1252-L50966 Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan nyatakan tahap sebenar keselamatan pekerjaan pekerja asing yang bekerja di negara ini mengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

7. PR-1252-L49401

Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kadar penembusan (penetration rate) internet jalur lebar di pelbagai Wilayah di Sabah dan bagaimanakah angka penembusan ini berbanding dengan angka pada peringkat kebangsaan.

8. PR-1252-L50371

Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah perbelanjaan kepada Politeknik untuk pelajar menghadiri program Rural Tranformation Centre di Kota Bharu pada 4 Mei 2012 di seluruh Kelantan.

9. PR-1252-L49658

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Kerajaan menangani isu pengemis yang merayau-rayau ditempat awam dan kedai-kedai makan dan sila nyatakan jumlah surat kebenaran yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada golongan berkenaan.

10. PR-1252-L50920

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dan/atau DBKL bagi mengatasi dan/atau menghentikan masalah pusat-pusat cafe cyber berlesen atau tidak berlesen yang terlibat dalam kegiatan perjudian yang begitu banyak beroperasi di kawasan Wangsa Maju dimana ramai murid sekolah telah menjadi pelanggan mereka.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 3

11. PR-1252-L49685 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan punca sebenar Kerajaan menangguhkan pelaksanaan J-Qaf di sekolah menengah dan langkah yang diambil bagi memartabatkan pendidikan Islam di negara ini.

12. PR-1252-L49847

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pelaburan syarikat-syarikat berkepentingan Kerajaan diluar negara setakat ini dan bagaimanakah bentuk pulangan yang didapati serta apakah kesan polisi serta keputusan tersebut.

13. PR-1252-L49797

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membina Klinik Desa di Long Napir, kawasan pergunungan Limbang untuk kemudahan kaum Penan dan Kelabit, yang mana tapaknya sudah lama diluluskan oleh Kerajaan.

14. PR-1252-L50490

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah pinjaman PTPTN tidak boleh dimansuhkan sedangkan ia merupakan jumlah yang kecil berbanding Belanjawan Negara.

15. PR-1252-L49375 Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang menghadapi kesukaran menggunakan syiling baru untuk membuat pembayaran di mesin-mesin pembayaran letak kereta, komuter dan lain-lainnya kerana saiz yang berbeza.

16. PR-1252-L49737

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kuantiti (berat) dan nilai rezab emas yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia serta bentuk rancangan Kerajaan untuk meningkatkan rezab bagi keseimbangan ekonomi negara.

17. PR-1252-L50596

Dato' Sri Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan unsur-unsur menarik lagi menguntungkan negara yang diambil kira dalam meluluskan projek-projek pelaburan asing yang berkontroversi seperti Projek Petrokimia di Pengerang.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

4

18. PR-1252-L50324 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang diambil masuk untuk kursus Pembantu Makmal Perubatan oleh IPTS-IPTS pada tahun 2011. Senaraikan 10 IPTS dengan bilangan kemasukan pelajar Pembantu Makmal perubatan yang tertinggi dengan menyatakan bilangan untuk tiap-tiap IPTS.

19. PR-1252-L49594

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan berapa ramai blogger telah dikenakan tindakan undang-undang kerana menulis dan menyentuh isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan mengancam keselamatan negara.

20. PR-1252-L50301

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rezab tunai FELDA berakhir 31 Disember 2011.

21. PR-1252-L50912

Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) apakah punca barangan asas di Labuan jauh lebih tinggi

di Malaysia Timur seperti di Sabah dan Sarawak; dan (b) apakah usaha Kementerian dalam mengatasi masalah

berkenaan. 22. PR-1252-L50724

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah meter elektrik lama yang telah ditukar sehingga sekarang dan antaranya,berapa orang pengguna yang didapati telah mengusik meter elektrik mereka.

23. PR-1252-L50195

Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kementerian berpuas hati keatas perlaksana penyelenggaraan jalan persekutuan secara berpusat dan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesi. Sejauh mana syarikat-syarikat tersebut telah mencapai tahap penyelenggaraan yang tinggi dan setara dengan keperluan piawaian keselamatan jalanraya.

24. PR-1252-L49253 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada bercadang untuk mewujudkan "Police Complaint And Misconduct Commission" terhadap salah laku anggota-anggota polis terhadap orang awam.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 5

25. PR-1252-L50616 Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sehingga kini jumlah bilangan kilang-kilang di negara ini yang telah mengamalkan Mekanisme Pembangunan Bersih (CDM) dan apakah syarat-syarat kilang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan untuk melaksanakan CDM.

26. PR-1252-L49864

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa peratuskah sumbangan minyak dan gas kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berapa tong sehari yang dikeluarkan, apakah sasaran pengeluaran bagi tahun 2015 dan berapa banyak telaga minyak lama (brown fields) yang disasarkan untuk dimajukan.

27. PR-1252-L49861 Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai sasaran untuk memastikan setiap sekolah akan mempunyai kemudahan sukan dan bilik sumber.

28. PR-1252-L50979

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya dan gagal mencapai sasaran mengikut pecahan negeri,lokasi, keluasan projek, jenis projek. Mengapakah berlaku kegagalan dan apakah projek TKPM ini dapat mengurangkan import hasil makanan daripada negara pengimport ke negara ini.

29. PR-1252-L50642 Dato' Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed [ Sepang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi meningkat dan memperluaskan pasaran produk halal Malaysia ke seluruh China.

30. PR-1252-L50329 Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan barang-barang termasuk berapa khemah yang telah dirampas di Dataran Merdeka sejak bulan April sehingga kini dan kedudukan barang-barang tersebut.

31. PR-1252-L50024

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk

mewujudkan kemudahan Mini Kompleks Sukan di daerah Kinabatangan; dan

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

6

(b) langkah-langkah konkrit untuk memastikan kaum belia tidak terpengaruh dengan anasir-anasir ganas dan luar yang bertujuan memporak-perandakan masa hadapan generasi belia di negara ini.

32. PR-1252-L50950

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sama ada terdapat rancangan untuk membersihkan kelodak dan mendalamkan muara sungai di Sabah untuk mengelakkan banjir. Jika ya, bila dan dimana.

33. PR-1252-L49698

Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) usaha dan perancangan Kementerian bagi menjadikan

bidang pertanian sebagai pilihan utama ; dan (b) bagaimanakah sambutan dan penglibatan generasi muda

dalam bidang pertanian. 34. PR-1252-L50078

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan yang diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan tol di kawasan Parlimen Puchong.

35. PR-1252-L50447

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan alasan Jabatan Imigresen enggan mengeluarkan visa kemasukan kepada beberapa peguam Perancis SUARAM seperti William Bourdon dan Joseph Brehem yang membawa kes Scorpene ke Mahkamah Perancis untuk masuk ke Malaysia.

36. PR-1252-L50773

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senaraikan semua lawatan luar negara oleh Perdana Menteri sejak April 2009, saiz rombongan, dan kos yang terlibat.

37. PR-1252-L49172

Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat yang telah membatalkan kewarganegaraan serta sebab diberikan mereka sejak 5 tahun yang lepas dan jumlah warga asing yang telah dianugerahkan kewarganegaraan mengikut negara asal mereka sejak 5 tahun yang lepas.

38. PR-1252-L50888

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha yang dijalankan bagi meningkatkan industri agro-makanan untuk pasaran domestik dan eksport ke luar negara.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 7

39. PR-1252-L50648 Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru sekolah rendah yang masih bukan siswazah dan nyatakan bilangan guru siswazah yang dapat dilahirkan melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) serta nyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan tenaga pengajar di sekolah seluruh negara adalah guru siswazah 100 peratus sesuai dengan perkembangan pendidikan berteraskan inovasi dan kreativiti.

40. PR-1252-L49638

Dato' Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan sudah menyiasat sebuah badan

dikenali sebagai Middle Eastern Graduate Centre (MEGC), dengan kerjasama Konrad Adenauer Foundation (KAF), sebuah badan milik Parti Demokratik Kristian German yang didapati banyak menerbitkan buku-buku dan risalah yang bercanggah dengan Islam saperti buku “Islam & Pluralisma, Kahwin Campur” dan lain-lain; dan

(b) apakah tindakan dan langkah yang sedang dan akan

diambil terhadap MEGC ini; dan adakah Kerajaan bercadang mengharamkan MEGC ini.

41. PR-1252-L49486

Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pembaharuan dan kemajuan yang telah dicapai untuk kepentingan wanita dan masyarakat oleh YAB PM sejak beliau memangku jawatan Kementerian ini. Nyatakan senarai isu-isu yang telah dikenalpasti akan diutamakan oleh YAB PM sebagai Menteri Kementerian ini.

42. PR-1252-L50408

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ura-ura penubuhan Akademi Peguam dan bagaimanakah hubungan nya dengan Majlis Peguam Malaysia dalam konteks kewujudan dua "badan atau persatuan guaman" yang masing-masing tentutnya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi wujud secara berasingan.

43. PR-1252-L50544

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah perbelanjaan pihak Kerajaan dan Khazanah bagi kos juru runding dengan butiran kos berkaitan untuk melaksanakan dan kemudian membubarkan kerjasama Mas-Air Asia.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

8

44. PR-1252-L50465 Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik rasmi dan terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jumlah masyarakat Islam yang memohon untuk menukar agama atau murtad.

45. PR-1252-L50580

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah pihak Kementerian mengkaji semula kemasukan

tenaga kerja warga Filipina dan India yang bekerja di pelantar projek kimia dan pelantar industri minyak dan gas negara ini dan khususnya di Bintulu; dan

(b) adakah negara ini kekurangan tenaga kerja yang mahir

dalam bidang tersebut dan apakah tindakan yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan lagi taraf tenaga mahir dalam bidang tersebut.

46. PR-1252-L50215

Dato' Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan Negeri Pahang merekodkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang paling tinggi iaitu 55.29 peratus seperti dilaporkan dalam Malaysia Water Industry Guide 2011. Apakah pelan tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini dan nyatakan juga status rundingan penstrukturan semula industri air Pahang.

47. PR-1252-L50896

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan selaras dengan Program Transformasi oleh YAB Perdana Menteri untuk mencapai negara maju menjelang 2020, apakah pendirian Kerajaan dalam masalah DADAH di kalangan rakyat. Berapakah peruntukan untuk menangani masalah ini dan adakah Kerajaan dapat menyalurkan peruntukan untuk memerangi masalah dadah kepada Wakil Rakyat di kawasan.

48. PR-1252-L49603

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah keputusan siasatan berhubung rampasan

penjanakuasa turbin gas terpakai dari Langkawi ke Tawau, yang telah di rampas pihak berkuasa Filipina ; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai sebarang pelan untuk

membeli penjanakuasa baru untuk Tawau jika penjanakuasa turbin gas terpakai itu telah rosak selepas rampasan itu.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 9

49. PR-1252-L50029 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan didalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa kini apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian supaya PKS dapat bertahan dan berkembang maju.

50. PR-1252-L50864

Tuan Kamalanathan a/l Panchanathan [ Hulu Selangor ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah program yang dirancang dengan sistematik untuk membangunkan sukan prestasi tinggi di kalangan masyarakat Orang Asli Penan atau pribumi Sabah dan Sarawak.

51. PR-1252-L49827

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah garis panduan aktiviti hiburan supaya dapat mengukuhkan pembinaan jatidiri generasi muda melalui aktiviti hiburan dan kesenian.

52. PR-1252-L50041

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kuantiti terkini bagi eksport sarang burung walit ke luar negara dan bagaimanakah cara untuk memohon lesen eksport yang lengkap.

53. PR-1252-L50096

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bolehkah Kementerian mempertimbangkan untuk menempatkan lebih banyak doktor gigi di pedalaman negeri Sabah khususnya di daerah Tenom.

54. PR-1252-L49531

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah impak awal ke atas dasar Kementerian untuk

memperketatkan kriteria pinjaman yang mengawalselia kadar pinjaman isi rumah; dan

(b) apakah ekonomi yang paling merasai kesan pelaksanaan

dasar ini. 55. PR-1252-L50170

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah status projek Lebuh Raya Bertingkat Kinrara-

Damansara (KIDEX); dan (b) berapa lama tempoh tahun kutipan tol yang dibenarkan.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

10

56. PR-1252-L50158 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan SPR untuk menerima pemerhati antarabangsa bagi memantau pilihan raya akan datang.

57. PR-1252-L49985

Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah Menteri memberi jaminan dan memastikan semua anak-anak Sabah yang mempunyai kelayakan untuk masuk ke Universiti mendapat biasiswa Petronas seperti yang diumumkan oleh Petronas baru-baru ini.

58. PR-1252-L50106

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kadar peningkatan harga barang keperluan asas rumahtangga seperti susu tepung kanak-kanak, minyak masak, gula dan tepung dalam tempoh 2008-2012 serta tindakan yang diambil untuk mengawal peningkatan harga barang keperluan asas tersebut.

59. PR-1252-L50513

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan status terkini berkenaan projek terbengkalai Perumahan Nelayan Benut Rendang didalam kawasan Parlimen Kuantan

60. PR-1252-L49622

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah permohonan bagi Skim Rumah Pertamaku dan berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dan yang ditolak oleh Kerajaan.

61. PR-1252-L50258

Datuk Wira Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap ketegangan antara China dan Filipina berhubung pertikaian wilayah di kepulauan Spratly, Laut China Selatan yang dan selaku rakan ASEAN Filipina sekiranya keadaan semakin memuncak antara kedua negara itu dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menjamin keamanan sejagat.

62. PR-1252-L49785

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa meritokrasi tidak merupakan kriteria yang tunggal untuk kenaikan pangkat hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 11

63. PR-1252-L50097 Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keberkesanan dari segi penjimatan penggunaan elektrik sejak tindakan menetapkan suhu tidak kurang daripada 24 darjah Celsius dimulakan.

64. PR-1252-L49884

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan bilangan KR1M setakat ini dan perbelanjaan keseluruhan untuk program tersebut.

65. PR-1252-L49959

Tan Sri Dato' Seri Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan selaras dengan agenda liberalisasi ekonomi, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memudahkan import ubat-ubatan dan penyediaan pusat rawatan serta perkhidmatan perubatan dan kepakaran.

66. PR-1252-L50017

Dato' Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian akan mengambil tindakan terhadap ASTRO yang menayangkan wayang-wayang yang sama dan wayang-wayang yang lama berulang kali.

67. PR-1252-L50887

Tuan Gobalakrishnan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan indeks jenayah mengikut jenayah di negeri Kedah dan di kawasan Padang Serai. Apakah perancangan Kementerian bagi mengurangkan lagi kadar jenayah di kawasan Padang Serai.

68. PR-1252-L50709

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa orang di Sarawak yang masih memegang Kad Pengenalan merah dan hijau. Berapakah daripada mereka yang telah mendiami Negeri Sarawak lebih daripada 30 tahun dan kenapa Kerajaan enggan meluluskan pemohonan mereka sebagai warganegara.

69. PR-1252-L49287

Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar [Kota Tinggi] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah yang diambil Kerajaan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya memberi lebih perhatian kepada anak-anak sebagai langkah awal membendung kes-kes kekeluargaan seperti lari rumah, anak hilang, rogol dan pelbagai lagi kes yang semakin meningkat.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

12

70. PR-1252-L49436 Tuan Haji Ahmad bin Kasim [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengenai larangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO's) untuk terlibat dalam aktiviti di sekolah. Senaraikan pertubuhan bukan Kerajaan yang dilarang membuat aktiviti di sekolah dan kenapa.

71. PR-1252-L50507

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah ada penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam menentukan kadar keperluan kursus yang ditawarkan supaya sesuai dengan tuntutan pasaran buruh.

72. PR-1252-L49302

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kedudukan per kapita yang rendah yang telah dibuat beberapa tahun yang lalu menyebabkan pentadbir sekolah amat tertekan dalam menyediakan keperluan yang cukup untuk proses P&P sekolah. Apakah langkah Kementerian untuk mengatasi perkara ini.

73. PR-1252-L49659

Datuk Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan setakat mana tahap penguasaan pelajar sejak diperkenalkan program j-QAF pada tahun 2005 dan apakah perkembangan terkini bagi membolehkan program j-QAF dilaksanakan pada peringkat sekolah menengah.

74. PR-1252-L49805

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan atas asas apakah Kerajaan mengumumkan sistem pendidikan Malaysia adalah yang terbaik di dunia.

75. PR-1252-L49222

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penemuan utama Forensic Audit Report mengenai kerugian besar syarikat Sime Darby dan bilakah ianya akan dibentangkan di Parlimen/diumumkan sepertimana yang telah dijanjikan.

76. PR-1252-L50740

Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 walhal ia baru dipersetujui dan diluluskan oleh Wakil BN di Dewan ini.

77. PR-1252-L50033

Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dapat memastikan untuk membantu negara bagi mencapai sasaran sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 13

78. PR-1252-L49422 Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique [ Setiawangsa ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan tahap kemajuan projek Kompleks Sukan di kawasan Seksyen 6, Wangsa Maju dan apakah usaha Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

79. PR-1252-L49515

Datuk Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah bagaimana Kerajaan memantau dan memastikan bahawa semua majikan di seluruh negara melaksana dan mengikuti keputusan gaji minima.

80. PR-1252-L49376

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tujuan Kerajaan untuk memansuhkan kuota 40% bagi pengambilan pelajar-pelajar tempatan dalam sekolah-sekolah antarabangsa. Adakah ini satu bukti bahawa sistem Sekolah Kebangsaan telah gagal, ataupun ia hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan golongan orang berada.

81. PR-1252-L49504

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan betapa seriusnya Kerajaan dalam menyusun semula Majlis Peguam dengan menggantikannya dengan akademi undang-undang.

82. PR-1252-L50821

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan Program Transformasi Untuk Kedai Runcit (TUKAR) dan bagaimanakah ianya dapat memanfaatkan rakyat keseluruhannya.

83. PR-1252-L49902

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan :-

(a) apakah status permintaan 4 ekar tanah oleh bekas

pekerja estet Bukit Jalil bagi tujuan mendirikan rumah mereka ; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi

menangani masalah perumahan yang dialami oleh bekas pekerja estet Bukit Jalil ini.

84. PR-1252-L49955

Dato' Rashid bin Din [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah bantuan baja dan racun serangga kepada petani disalurkan dengan cara yang berbeza daripada sekarang memandangkan rungutan dari petani (padi dan getah) di mana baja dan racun yang dibekalkan kurang berkesan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

14

85. PR-1252-L50343 Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan berteknologi tinggi yang masuk ke kawasan Iskandar Malaysia. Beri perbandingan dengan negeri Pulau Pinang berkenaan pelaburan jenis sama.

86. PR-1252-L51011 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci berapakah jumlah keperluan rumah kos rendah dan mampu milik di Pulau Pinang amnya dan di Parlimen Balik Pulau khususnya.

87. PR-1252-L50610

Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-

(a) berapa ramaikah mahasiswa yang terlibat dalam

demonstrasi Bersih 3.0; dan (b) apakah tindakan yang dikenakan terhadap mahasiswa

universiti yang terlibat secara langsung dan melanggar undang-undang dalam demonstrasi tersebut.

88. PR-1252-L49449

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa wujudnya jurang yang besar dan ketara tentang nilai hartanah di antara hartanah simpanan Melayu (Rizab Melayu) dengan hartanah Geran Putih.

89. PR-1252-L49768

Datuk Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah sokongan Kerajaan kepada Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur dalam mendokong prinsip hak asasi manusia dan keamanan sejagat.

90. PR-1252-L49793

Datuk Abd. Rahman bin Bakri [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang meminda Seksyen 43 Akta Profesion Undang-undang 1976 yang mewajibkan peguam bela dan peguam cara secara automatik menjadi ahli Badan Peguam Malaysia jika memiliki sijil amalan guaman.

91. PR-1252-L50325

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menstruktur semula perjanjian dengan PLUS atau menasionalisasikan PLUS untuk tujuan menghapuskan kutipan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan dan bilakah ia boleh direalisasikan.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 15

92. PR-1252-L50992 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah benar kegiatan penjualan dadah di Kota Kinabalu

meningkat dan telah menular ke kawasan sekolah dalam dua tahun ini; dan

(b) jika benar, berapa sekolah yang telah dikenal pasti dan

apakah tindakan tegas yang telah diambil bagi menghentikan kegiatan ini.

93. PR-1252-L50980

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat yang telah melepaskan kewarganegaraan mereka mengikut pecahan tahun dari tahun 2002 hingga 2012 dan negara. Apakah tindakan Kementerian bagi mengurangkan perkara ini. Berapakah jumlah yang memohon kewarganegaraan mengikut tahun dan negara asal. Mengapakah kelulusan diberikan.

94. PR-1252-L50125

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang sedang dan telah diambil untuk meringankan beg-beg murid-murid sekolah rendah khususnya sekolah jenis kebangsaan Cina.

95. PR-1252-L50663

Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah hasil lawatan delegasi Malaysia sebagai

pemerhati bersama pasukan antarabangsa dalam pilihan raya kecil di Myanmar; dan

(b) sama ada Kerajaan akan mencontohi Myanmar supaya

menjemput pemerhati di kalangan anggota-anggota ASEAN dan antarabangsa dalam pilihan raya akan datang.

96. PR-1252-L50857

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah terkini siswazah menganggur mengikut bangsa dan bidang pengajian.

97. PR-1252-L50654

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan faktor-faktor yang menjejaskan keadaan kenderaan yang wajar dibenarkan untuk jalan-jalan di negara ini. Apakah usahanya untuk memastikan Puspakom (atau alternatif-alternatifnya) adalah bersih dan cekap.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

16

98. PR-1252-L49345 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah bentuk-bentuk kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan dalam membangunkan teknologi hijau di Malaysia dan apakah pihak Kerajaan bercadang untuk menggalakkan syarikat multinasional di Malaysia mengaplikasikan konsep teknologi bangunan hijau demi alam sekitar.

99. PR-1252-L49408

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan untuk meningkatkan Asas Kelayakan Permohonan Bantuan JKM dari RM 720 ke RM 1000 di kawasan bandar, memandangkan Kerajaan menggalakkan gaji minimum.

100. PR-1252-L49267

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah kos keseluruhan untuk menganjur program "Jom Niaga" pada 10.5.2012 di Shah Alam, Selangor :-

(a) nyatakan bilangan SME yang mengambil bahagian dalam

program ini; dan (b) jumlah urusniaga dapat disempurnakan dalam program

ini. 101. PR-1252-L49530

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diatur untuk dilaksanakan oleh Kementerian bagi mempastikan kos makanan, baik diusahakan secara domestik dan diimport berada di paras tidak membebankan rakyat.

102. PR-1252-L49916

Tuan Manikavasagam a/l Sundaram [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah bilangan aduan yang diterima daripada pihak pekerja di pejabat-pejabat Buruh di Malaysia, berasaskan negeri pada tahun 2005-2011. Apakah jenis aduan yang dibuat dan apakah status aduan tersebut. Berapakah yang telah diselesaikan akibat perbincangan dengan majikan, dan berapakah yang masih belum diselesaikan dan apakah sebabnya.

103. PR-1252-L50189

Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini projek Penang Sentral dan apakah punca-punca yang menyebabkan kelewatan projek tersebut.

104. PR-1252-L49239

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai jenis-jenis pelaburan dalam ECER di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dan berapakah nilai setiap satu pelaburan tersebut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 17

105. PR-1252-L50398 Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) kedudukan siasatan Suruhanjaya Sekuriti ke atas kes

RBTR Asset Management Bhd. (RBTR) yang melibatkan kehilangan RM13.5 juta sejak Ogos 2009; dan

(b) sebab tindakan tidak diambil ke atas pihak pengarah

RBTR yang meluluskan dan menjual produk pelaburan tersebut kepada orang awam.

106. PR-1252-L49338

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan Akta Perusahaan 1967 dibawah seksyen 20, pampasan yang mengehadkan 24 bulan gaji dikaji semula supaya had pampasan diserahkan pada mahkamah untuk menentukannya.

107. PR-1252-L50468

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbandingan jualan produk pertanian tempatan berbanding yang diimport di RTC Wakaf Che Yeh yang dirasmikan YAB. Perdana Menteri baru-baru ini.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

18

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Kewangan

* Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 ______________________________________________________________ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan di bawa pada semua

peringkat di mesyuarat ini.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 19

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 24/2012) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (13 Jun, 2012) [ Menteri Kesihatan ]

2. (D.R. 19/2012) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 [ Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R. 25/2012) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

4. (D.R. 26/2012) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 [ Menteri Sumber Manusia ]

5. PR-1252-U49220 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pelbagai program tajaan kerajaan seperti program 1Azam, telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan disenaraikan dalam senarai e-kasih. Program eredikasi kemiskinan ini telah melangkau jauh dalam meningkatkan ekonomi masyarakat terutama sekali masyarakat luar bandar". Dan mengambil maklum bahawa senarai e-kasih yang ada pada ketika ini hanya mendaftarkan kebanyakkannya, ketua isi rumah tetapi tidak mendaftarkan isi rumah, misalnya anak-anak mereka. Dan mengambil maklum bahawa, satu daripada syarat utama untuk memohon untuk mengikuti program 1Azam, pemohon hendaklah dari kalangan mereka yang telah didaftarkan dalam senarai e-kasih. Dan mengambil maklum juga bahawa faktor-faktor ini telah menghadkan peluang-peluang bagi isi rumah senarai e-kasih, bagi mengikuti program eredikasi kemiskinan tajaan Kerajaan seperti program 1Azam. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan agar dapat memberikan kelonggaran syarat kemasukan bagi program erediksi kemiskinan tajaan Kerajaan, misalnya program 1Azam, agar kumpulan sasar ini dapat mengikuti program tersebut dan sekali gus merealisasikan hasrat Kerajaan menjadikan negara sifar kemiskinan menjelang tahun 2020. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

20

6. PR-1252-U49224 Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa daripada 10 kawasan pemuliharaan utama (Priority Conservation Area-PCA) yang terdapat dalam kawasan Rantau-ECO Marin (Marine Ecoregion) di Lautan Sulu dan Lautan Suluwesi, 3 kawasan yang dimaksudkan terletak di negeri Sabah yang dilabelkan sebagai kawasan merah, yakni kawsan yang terkaya dengan kepelbagaian hidupan marin"Dan mengambil maklum bahawa, antara lain kepelbagaian hidupan marin ini adalah merangkumi 3500 spesis ikan, terumbu karang, 7 spesis penyu, dolphine dan paus.Dan mengambil maklum bahawa Taman Marin Tun Mustapha di Banggi Kudat, Trusan Kinabatangan, di Sandakan dan Darvel Bay di Tawau merupakan nadi utama hidupan dan ekosistem marin di negara ini. Dan mengambil maklum bahawa, aktiviti perikanan dan ekonomi telah secara perlahan mengancam kepelbagaian ekomarin ini dan memerlukan usaha konkrit untuk pemuliharaan dan penjagaan.Maka Dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan, untuk menjadikan ketiga-tiga kawasan ini sebagai kawasan pemuliharaan bagi melindungi sistem eko dan bio marin kawasan ini." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7. PR-1252-U50665

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbincangkan langkah-langkah dan peruntukan tahunan yang diperlu untuk memastikan keselamatan negara. Bahawa Dewan juga memperbahaskan cara-cara yang diperlukan untuk menentukan langkah-langkah tersebut tidak boleh disalahgunakan." (Menteri Dalam Negeri)

8. PR-1252-U50666

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendiskusikan keadaan dadah di Malaysia termasuk matlamat untuk mencapai tahap bebas dadah pada 2015. Bahawa Dewan juga mendebatkan kaedah yang berkesan untuk membanteraskan wabak dadah di negara ini." (Menteri Dalam Negeri)

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 21

9. PR-1252-U49764 Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincangkan dan menetapkan dengan seriusnya mengenai ketetapan rakyat khasnya di Sabah agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan dengan pengeluaran dokumen kerakyatan Malaysia kepada rakyat-rakyat asing yang bermastautin di Sabah secara berleluasa sehingga telah mengakibatkan pertambahan penduduk yang begitu tinggi dengan kadar mencecah 390% dalam masa 40 tahun (1970-2010) demi kedaulatan Negara" (Perdana Menteri)

10. PR-1252-U49765

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dan menetapkan supaya harga runcit barangan keperluan harian dapat diseragamkan agar semua rakyat mendapat manfaat konsep 1Malaysia tanpa ada perbezaan baik di Wilayah Persekutuan mahupun di negeri-negeri. Sayugia, dengan keadaan yang ada pada masa kini, jelas tidak mencerminkan keseragaman taraf hidup yang sama rata dengan slogan rakyat didahulukan dan pencapaian bersama diutamakan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

11. PR-1252-U49766

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia ini membincang dengan seriusnya supaya kelulusan senantiasa diutamakan dalam semua bidang pelaksanaan serta pendapatan khasnya kepada pemimpin atasan memandangkan terlalu rendah kepada rakyat biasa dan golongan sederhana. Perbezaan ruang yang jauh ketara dalam kedudukan pemimpin dengan pendapatan tinggi dapat dilihat jurang perbezaannya maka hal ini haruslah diguna sebagai kayu ukuran taraf kehidupan seseorang." (Perdana Menteri)

12. PR-1252-U49895 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Pilihanraya Kerajaan Tempatan hendaklah dipulihkan semula bagi melengkapi sistem demokrasi di Malaysia dan mengembalikan hak rakyat untuk memilih perwakilan sendiri dalam Kerajaan Tempatan". (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

22

13. PR-1252-U49523 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa gaji minima untuk setiap pekerja patut dan tidak boleh kurang dari RM1,100 setiap bulan dan Kementerian Sumber Manusia perlu implemantiskannya dengan kadar segera." (Menteri Sumber Manusia)

14. PR-1252-U49458

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengaji semula kadar bayaran insuran ke atas kenderaan motorsikal yang sedia ada bagi meringankan beban hidup masyarakat terutamanya di luar bandar kerana motorsikal merupakah sesuatu kemudahan yang diperlukan."

(Menteri Kewangan)

15. PR-1252-U49459

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengkaji semula dasar Pasar Larut Malam dan lain aktiviti dalam usaha mengekalkan keperluan tubuh manusia yang memerlukan waktu malam untuk beristirehat dan siang hari bekerja." (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

16. PR-1252-U49460 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini minta mengadakan satu mekanisme untuk menghalang warga bukan negara dari menikmati subsidi ke atas barangan seperti beras, gula, minyak masak dan bahan api."

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 23

17. PR-1252-U49461 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta pihak pengendali Touch & Go mengadakan lorong tambahnilai di laluan Plaza Tol bagi kemudahkan pengguna tanpa ke pejabat atau agen Stesyen Minyak. Melalui agen dikenakan caj 50 sen bagi setiap top-up manakala di pejabat pula menyusahkan pengguna."

(Menteri Kerja Raya)

18. PR-1252-U49972

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat membahaskan adakah kandungan dan kualiti alat solek/kosmetik serta pil-pil pelangsingan badan yang pelbagai jenama dari dalam dan luar negara yang dijual di pasaran kini diluluskan oleh pihak berkuasa". (Menteri Kesihatan)

19. PR-1252-U49973

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan sejauh manakah berkesannya kempen hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya terhadap pengurangan penggunaan beg plastik dan kesedaran orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang mengakibatkan ancaman terhadap alam sekitar". (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

20. PR-1252-U49974

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan untuk memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum untuk menjawat jawatan di dalam sektor awam untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan."

(Perdana Menteri)

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

24

21. PR-1252-U49976 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengadakan satu mata pelajaran tambahan di sekolah yang mengajar mengenai agama, adat istiadat, budaya serta cara hidup semua kaum di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya dapat memupuk rasa saling hormat menghormati antara kaum dan isu-isu perkauman dapat dihindari." (Menteri Pelajaran)

22. PR-1252-U49978

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan Wifi di seluruh negara dengan harga yang rendah atau berpatutan supaya semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dapat menggunakan internet dan menambahkan pengetahuan mereka." (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)

23. PR-1252-U49979

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini meminta Kerajaan mendesak pengusaha-pengusaha stesen minyak untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan menbekalkan gas bagi mengalakkan lebih ramai orang menggunakan gas bagi kenderaan mereka yang mana ini dapat mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan." (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)

24. PR-1252-U49982

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat mencadangkan bahawa kesemua rakyat yang mempunyai kad OKU (Orang Kurang Upaya) boleh mendapatkan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat secara automatik dan limit minima bantuan kewangan dapat ditambah kepada RM 500 sebulan memandangkan kosa sara hidup yang semakin hari semakin meningkat."

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 25

25. PR-1252-U49987 Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini dapat meminta Kerajaan untuk menubuhkan kursus atau kelas khas bagi ahli-ahli sukan di negara ini untuk mendidik mereka berintegriti, mempunyai nilai budaya yang tinggi, mempunyai semangat patriotik, kesukanan dan tanggungjawab untuk membasmi isu rasuah sukan." (Menteri Belia dan Sukan)

26. PR-1252-U49989

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini membahaskan cara-cara untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu perubahan iklim dan pemanasan global dan cara-cara untuk mengatasinya serta kesannya terhadap alam sekitar dan kehidupan." (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar)

27. PR-1252-U49993

Tuan John a/l Fernandez [ Seremban ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan kehadiran pekerja asing di negara ini memandangkan gaji minima sekarang adalah RM 900 dan warga Malaysia sanggup bekerja dengan gaji minima tersebut. Kehadiran pekerja asing kini tidak terkawal menyebabkan peluang pekerjaan warga tempatan tergugat dan masalah sosial dan jenayah oleh pekerja asing meningkat." (Menteri Sumber Manusia)

28. PR-1252-U50790

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh MINDEF, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara sebagai syarat untuk meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Jet Sukhoi dan Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." (Menteri Pertahanan)

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

26

29. PR-1252-U49264 Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan melarang anasir/golongan yang mengamalkan ajaran sesat, budaya, amalan serta tabiat songsang daripada menjadi ahli Dewan Rakyat:

1. Sebagai negara Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni

sudah tiba masanya Perlembagaan negara kita diperkukuhkan lagi demi masa depan anak-anak kita.

2. Ancaman budaya songsang adalah benar dan nyata. Jika dilihat

di beberapa negara Barat, golongan yang mengamalkan budaya songsang telah menerap masuk ke dalam sistem pentadbiran negara dan mencorak dasar Kerajaan.

3. Mungkin sudah ada masyarakat Barat yang sanggup dipimpin

oleh golongan gay atau lesbian tetapi apakah kita di Malaysia sanggup.

4. Saya mencadangkan agar ahli Dewan Rakyat memandang

serius ancaman budaya songsang ini dan membuat ketetapan serta apa-apa pindaan undang-undang yang perlu untuk melarang anak-anak kita daripada dilanda musibah di masa hadapan.

5. Saya tidak ingin merujuk pada mana-mana individu, yang hidup

ataupun yang belum mati, tetapi kita tidak boleh membiarkan Dewan Rakyat yang mulia dicemarkan golongan yang songsang.

6. Saya pasti bukan saja Islam, malah semua agama yang diiktiraf

di dunia ini melarang amalan-amalan songsang yang diterma sebagai - LGBT .

7. LGBT adalah ancaman kepada masyarakat Malaysia yang

beragama dan berpegang kepada nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun.

8. Saya pasti tidak ada satu pun bangsa di dalam negara kita ini

yang ingin dipimpin oleh golongan songsang ini. 9. Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Dewan Rakyat,

yang dipilih rakyat untuk menjaga kepentingan masyarakat serta keselamatan negara ini, menyokong usul untuk memperkukuhkan teras kita sebagai sebuah negara yang bertamadun. "

(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 27

30. PR-1252-U50169 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 dimana Negara-negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut." (Menteri Luar Negeri)

31. PR-1252-U50171

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya.Daripada siasatan yang dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)." (Menteri Sumber Manusia)

32. PR-1252-U50172

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siasatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis.Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalah gunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar Suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi." (Perdana Menteri)

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012

28

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2012 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD.4 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama, 2012

14 Jun 2012

CMD.4A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2012 Bagi Kerajaan Malaysia.

14 Jun 2012

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF filemengikut piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa ... isu-isu sensitif, bersifat perkauman dan ... hubungan nya dengan Majlis

AUM DR 14/6/2012 29

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1.

14.6.2012 (Khamis)

1.

YB Datuk Chua Soon Bui (Tawau)

1.

Membantah Pembinaan Loji Janakuasa Turbin Gas 64 MW Berdekatan Taman Milenium, Tawau.

1.

YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

2.

14.6.2012 (Khamis)

2.

YB Tuan Er Teck Hwa (Bakri)

2.

Impak Projek Petrokimia RAPID terhadap Sosioekonomi di Sekitar Pengerang.

2.

YAB Perdana Menteri