Malu? Hadith ke-20

10
? Hadith ke-20 Abu ‘Umar [email protected] Brotherhood-arts.blogspot.com

description

Malu? Hadith ke-20. Abu ‘Umar [email protected] Brotherhood-arts.blogspot.com. Malu Sifat malu atau (haya') itu adalah benteng iman. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Malu? Hadith ke-20

Page 1: Malu? Hadith ke-20

Malu?

Hadith ke-20

Abu ‘[email protected]

Brotherhood-arts.blogspot.com

Page 2: Malu? Hadith ke-20

• Malu- Sifat malu atau (haya') itu adalah

benteng iman.- Kerana kita malu kepada Allah,

malu kepada manusia dan kepada diri sendiri, maka kita terhalang dari menjatuhkan maruah diri dengan perlakuan maksiat. Terbuka atau tersembunyi.

- Sifat malu itulah yang menjadi self defence kita daripada suasana persekitaran yang merosakkan iman.

Page 3: Malu? Hadith ke-20

• Segan- Segan itu adalah (khajal) yang

dibahasakan kita sebagai 'malu tak bertempat'.

- Segan nak bertanya, segan nak cakap depan orang ramai, segan nak berusaha gigih, segan, segan dan segan hingga akhirnya jadi segan Kedah, iaitu penyegan (pemalas)!

- Sifat ini mesti dibuang dari lelaki dan perempuan agar kita semua tidak terkandas di dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Page 4: Malu? Hadith ke-20

Matan dan Maksud Hadith

Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a. katanya: Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya antara ajaran para nabi sebelum ini yang didapati oleh manusia ialah: Jika kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu suka”

Hadith riwayat Bukhari

Page 5: Malu? Hadith ke-20

Pendapat Pertama

1. Perintah melakuan apa yg disukai membawa makna ancaman. Iaitu: jika kamu tidak berasa malu, buatlah apa yang kamu suka kerana Allah akan membalas perbuatan kamu itu. (Contoh dlm surah Fussilat:40)

Bukan membawa maksud perintah manusia melakukan apa yang dia suka, akan tetapi membawa maksud celaan dan larangan dari melakukannya. 2 pengertian:

Page 6: Malu? Hadith ke-20

Samb… Pendapat Pertama2. Perintah dengan maksud

pemberitahuan. Iaitu: Sesiapa yang tidak malu, dia akan buat apa yang dia suka.Ini sama seperti hadith: “Barangsiapa yang berdusta terhadap aku, maka dia hendaklah menyediakan tempatnya di dalam Neraka”

Page 7: Malu? Hadith ke-20

Kategori Malu – 2 Jenis

1. Sifat fitrah, tak perlu diusahakan utk memilikinya. Semulia2 akhlaq. Hadith: “Sifat malu hanya mendatangkan kebaikan”

2. Sifat malu yang diperolehi dgn usaha. Iaitu dgn ma’rifah kpd keAgungan dan kehebatan Allah. Iaitu ciri iman yang paling terpuji - Ihsan

Page 8: Malu? Hadith ke-20

…Kadangkala timbul perasaan malu kepada Allah dengan sebab memikirkan berbagai-bagai nikmat yang telah dikurniakan-nya kpd kita…

Page 9: Malu? Hadith ke-20

Pendapat KeduaZahir lafaz hadith ini menggambarkan suruhan melakukan apa shj yg dikehendaki.

Sekiranya apa yang kamu hendak lakukan merupakan perbuatan yg tidak sewajarnya merasa malu, samada kepada Allah atau kepada manusia, kerana ia berbentuk ketaatan atau akhlaq dan adab yg terpuji maka lakukanlah apa yg kehendaki itu.

Hadith: “Dosa itu ialah apa yg bergetar dalam diri engkau dan engkau berasa benci manusia melihatnya”

Page 10: Malu? Hadith ke-20

Nilai dan Saranan Tarbawi1. Jauhi perkara maksiat kpd Allah2. Iltizam dgn sifat malu kpd Allah

dan malu kpd manusia.Hadith: “Sesuatu yg Allah benci engkau lakukan, jgnlah engkau lakukanketika bersendirian”

3. Jauhi drpd sifat penyegan dan lemah di hadapan manusia