Ulum Al Hadith

48
ULUM AL-HADITH DISEDIAKAN OLEH : : Ahmad Shamyrool B. Azlan : Abdul Muiz Bin Mohd Norizan : Muhamad Amirul Syafiq Bin Md Yusuf : Muhamad Khalil B Mokhtar PENSYARAH PEMBIMBING : USTAZ MOHD FIKRI BIN HAJI ISMAIL PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 (AMB JAN 2012) PQE 3102 – Ulum al-Quran dan Ulum Hadis

description

semoga bermanfaat

Transcript of Ulum Al Hadith

Page 1: Ulum Al Hadith

ULUM AL-HADITH

DISEDIAKAN OLEH :

: Ahmad Shamyrool B. Azlan: Abdul Muiz Bin Mohd Norizan: Muhamad Amirul Syafiq Bin Md

Yusuf : Muhamad Khalil B Mokhtar

PENSYARAH PEMBIMBING :

USTAZ MOHD FIKRI BIN HAJI ISMAIL

PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 (AMB JAN 2012)

PQE 3102 – Ulum al-Quran dan Ulum Hadis

Page 2: Ulum Al Hadith

ULUM AL-HADITH

PEMBAHAGIAN HADITH

MARTABAT HADIS DAN HUKUM BERAMALNYA

TARIF/ISTILAH

Page 3: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-HadithPengertiannya pada bahasa : Berita dan perkara baru,

موسى ) حديث أتاك yang bermaksud berita ( هلNabi Musa a.s

يلعبون ) وهم استمعوه إال مOْحMدLث ربهم من ذكر من يأتيهم ما) bermaksud perkara baru

Pengertiannya dari sudut istilah :

Perkara yang di sandarkan kepada Nabi s.a.w samada dari kata-kata, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak, sifat semula jadi atau penghakiman sehinggalah kepada semua gerak-geri Rasulullah s.a.w jaga dan tidur.

Page 4: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

As-SunnahDari sudut bahasa :

Jalan atau sirah samada baik atau pun buruk

Dari sudut istilah :

Di sisi Jumhur seerti dengan Hadis dan penggunaan lafaz Sunnah adalah berlawanan dengan lafaz Bid'ah. Imam As-Syaatibi berkata: “Seseorang itu akan dikatakan mengikuti Sunnah apabila dia melakukan amalan yang bertepatan dengan amalan Nabi s.a.w dan seseorang itu akan dikatakan melakukan Bid'ah apabila dia melakukan amalan yang bercanggah dengan amalan Nabi s.a.w”.

Page 5: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Sunnah juga merangkumi amalan yang dilakukan para sahabat. Imam Asy-Syaatibi berkata, bukti amalan para sahabat juga termasuk di dalam sunnah Rasulullah berdasarkan kepada sabda baginda: (Kamu hendaklah mengikuti sunnahku dan Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin).

Menurut ulama Hadith ialah perkataan, perbuatan, persetujuan, sifat nabi yang berkaitan akhlak atau kejadian, perjalanan, peperangan nabi, juga sebahagian daripada berita baginda sebelum menjadi rasul seperti baginda beribadat di Gua Hira.

Page 6: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-KhabarDari sudut bahasa : Al-Khabar ialah berita

Dari sudut istilah: Setiap yang dipindahkan dan disandarkan daripada Nabi s.a.w atau selainnya seperti para sahabat, para tabien dan orang-orang selepas mereka. Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa khabar sama ertinya dengan Hadis, manakala sesetengah ulama pula mengasingkan pengertian antara Khabar dan Hadis.

Page 7: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Athar

Pengertiannya pada bahasa: Lebihan dari sesuatu

Pengertiannya pada istilah: Athar ialah berita yang diambil daripada sahabat atau tabi'en. Para ulama berpendapat bahawa athar mempunyai pengertian yang sama dengan Khabar, Sunnah dan Hadis. Mereka menggunakan Hadis Marfuk kepada Nabi s.a.w manakala Hadis Mauquf kepada para sahabat. Imam Nawawi berkata, “Ahli-ahli Hadis menamakan Hadis marfuk dan Hadis Mauquf dengan Athar”

Page 8: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

As-SanadPengertiannya pada bahasa:

Dinamakan dengan Al-Mu'tamad, Hadis disanadkan kepadanya dan berpegang dengannya.

Pengertiannya pada istilah: Sanad ialah rangkaian perawi untuk sampai kepada matan Hadis. Sanad juga untuk mengenal keadaan perawi-perawi sama ada sanad itu berhubung terus dengan Rasulullah atau sanad itu ‘aal’ (sanad yang lebih hampir kepada Rasulullah) atau sanad itu ‘naazil’ (sanad yang lebih jauh daripada Rasulullah jika terdapat dua sanad dalam satu hadis) dan lain-lain

Page 9: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Matan

Dari segi bahasa : pertengahan jalan

Dari segi istilah :Lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian. Dengan kata lain, ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad. Konteks lain, ia bermaksud percakapan (hadis Nabi) di akhir sanad.

Page 10: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Musnad

Musnad ialah nama bagi kitab-kitab hadis yang dikumpulkan dan disusun didalamnya apa-apa yang diriwayatkan oleh seorang sahabat tertentu atau lebih.

Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat. Misalnya, hadis yang diriwayatkan Saidina Umar disusun dalam satu tempat, selepas itu hadis diriwatkan oleh Saidina Umar dalam satu tempat dan begitulah seterusnya. Contohnya dalam Musnad Imam Ahmad yang menghimpunkan 40,000 hadis.

Page 11: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Musnid

Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia mengetahui Ilmu Hadis atau tidak. Ia juga disebut musabbid, iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

Page 12: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Muhaddis

Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis sama ada Riwayah atau Dirayah dan kecatatannya. Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab-kitab yang Sahih. Muhaddis ialah mereka yang menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis. Antaranya Abu Bakar Ahmad Ibn Marwan al-Maliki, Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

Page 13: Ulum Al Hadith

Tarif dan Istilah-istilah Penting

Al-Muhafiz/al-Hafiz.

Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.

Dari sudut istilah pula para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis. Ada yang mengatakan mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad. Oleh itu, hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah, Muhammad Ibn Hibban.

Page 14: Ulum Al Hadith

PEMBAHAGIAN ULUM AL-HADITH

Page 15: Ulum Al Hadith

Ilmu Hadis Riwayah adalah ilmu hadis yang menukilkan segala yang disandarkan kepada Nabi.

Riwayah berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu , رواية, يروي روي

Riwayah menurut bahasa ialah cerita, khabar, kisah, warta, hikayat atau pemberitahuan.

Riwayah merangkumi memperkenalkan rangkaian perawinya, menjaga lafaz-lafaznya serta segala yang berkaitan dengan permindahan dan pengambilan hadis sahih yang terjaga.

Riwayah juga merangkumi perbincangan mengenai makna, pengajaran dan sebab wurud(wujud)

HADIS RIWAYAT

Page 16: Ulum Al Hadith

Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan sesuatu yang berhubung dengan Baginda Rasulullah s.a.w. sama ada dalam bentuk perkataan, pengakuan dan perbuatan.

Suatu ilmu yang berfungsi untuk memindahkan apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara khusus, sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, pengakuan atau ketetapan dan sifat atau tingkah laku Baginda s.a.w.

Ilmu yang membicarakan penukilan hadis secara bertulis daripada Nabi s.a.w. sama ada dari sudut perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat pengakuan dan juga segala apa yang disandarkan kepada Sahabat dan Tabi’in.

HADIS RIWAYAT

Page 17: Ulum Al Hadith

Jenis Hadis Riwayah

Riwayah dengan lafazRiwayah dengan lafaz bermaksud pemindahan sesuatu hadis dengan menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan sebarang pindaan atau gantian terhadap huruf dan perkataan Rasulullah s.a.w.

Riwayah dengan maknaRiwayah dengan makna ialah perawi mengemukakan hadis tanpa terikat dengan perkataan-perkataan yang telah didengarinya.Dia menukar lafaznya dengan perkataan yang sama maksud dengan perkataan asal.

HADIS RIWAYAT

Page 18: Ulum Al Hadith

Hukum Meriwayat Dengan Makna

• Sebahagian sahabat, tabi’in dan ahli hadis mengharuskan riwayat dengan cara ini

• Sebahagian sahabat,tabi’in dan ahli hadis tidak membenarkan riwayat dengan makna kerana tidak menepati syarat-syarat tertentu.

HADIS RIWAYAT

Page 19: Ulum Al Hadith

Syarat riwayat dengan makna

Perawi mestilah mahir dengan lafaz-lafaz hadis secara mendalam, mengetahui perbezaan antara perkataan tersebut dari aspek tatabahasa dan gaya bahasa Arab segenap aspek.

Riwayat itu mestilah tidak samar-samar atau mengandungi makna tersirat lain yang berkemungkinan boleh menyebabkan terkeluar dari maksud sebenar Rasulullah s.a.w.

Penukaran lafaz hendaklah dengan makna yang seerti dan tepat menurut bahasa Arab dengan lafaz asal.

Lafaz yang diganti hendaklah benar-benar tepat tanpa sebarang tambahan dan pengurangan.

HADIS RIWAYAT

Page 20: Ulum Al Hadith

Majoriti ulama serta jumhur fuqaha’ sepakat mengharuskan

riwayat dengan makna namun perlu mematuhi syaratnya agar

tiada penyelewengan

Ramai kalangan ulama mutakhir ini seperti al-Qadi ‘Iyyad, Ibn

Sirin, ‘Ali bin al Madini, al-Qasim bin Muhammad, tidak

membenarkan cara ini.

Ini kerana jarak waktu yang terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w.

serta dikuatiri dieksploitasi oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Mereka juga tidak membenarkannya untuk

berhujah atau meriwayatkan kepada seseorang kecuali

membicarakannya dalam majlis ilmu.

Justeru, para perawi disaran menggunakan ayat (أوكماقال) atau

seumpamanya.

HADIS RIWAYAT

Page 21: Ulum Al Hadith

Pengasas Ilmu Hadis Riwayah

Imam Muhammad bin Syihab al-Zuhri (m.123H).

Orang pertama yang bertindak sebagai perintis kepada Pengajian Hadis Riwayah.

Seorang yang berusaha gigih dalam mengumpul hadis-hadis Nabi s.a.w. serta membukunya.

Beliau melakukan usaha tersebut dengan arahan khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz

HADIS RIWAYAT

Page 22: Ulum Al Hadith

Tujuan pengajian Hadis Riwayah

Kita dapat mengetahui ketetapan hadis

Dapat memelihara sumber asas hukum Islam iaitu kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah

Selamat digunakan tanpa berasa curiga atau was-was

Pelaksanaan menyampaikan hadis dengan apa yang kita telah pelajari.

HADIS RIWAYAT

Page 23: Ulum Al Hadith

Hukum mempelajari Hadis riwayah

Fardu ain :terhadap setiap individu

Fardu kifayah :terhadap semua umat Islam

HADIS RIWAYAT

Page 24: Ulum Al Hadith

Dirayah secara bahasa bererti pengetahuan dan pengenalan. Ilmu Hadis Dirayah ialah pengetahuan tentang ilmu Hadis atau pengantar ilmu hadis.

Menurut Imam Assyuthi, Ilmu Hadis Dirayah adalah ilmu yang mempelajari tentang hakikat periwayatan, syarat-syaratnya, hukum-hukumnya, keadaan para perawi, syarat-syarat mereka, periwayatannya, dan hal-hal yang berkaitan dengannya

Ilmu hadis dirayah adalah ilmu yang mempelajari tentang kaedah atau aturan dan permasalahan untuk mengetahui keadaan perawi dan yang diriwayatkannya dari segi kesahihan dan dapat diterima atau ditolak.

Kesimpulannya, Ilmu hadis dirayah adalah ilmu undang-undang yang dapat mengetahui keadaan sanad dan matan.

HADIS DIRAYAH

Page 25: Ulum Al Hadith

Juga disebut ilmu Musthalahul Hadis – undang-undang (kaedah-kaedah) untuk mengetahui sanad, matan, cara-cara menerima dan menyampaikan Hadis, sifat-sifat rawi.

Disebut juga ilmu usul al-hadis. Pada mulanya pembahasan ilmu hadis dirayah sangat teratur. Kemudian muncullah beberapa ilmu yang bertalian dengan kajian analisis dan semuanya terangkum dalam satu nama, yakni ilmu hadis.

Berikut di antara ilmu-ilmu yang muncul dari berbagai ragam topik ilmu dirayah :

Ilmu Jarah Wa Al-Ta’dil

Ilmu Mukhtalaf Al-Hadits

HADIS DIRAYAH

Page 26: Ulum Al Hadith

Ilmu Jarah Wa Al-Ta’dilDengan ilmu ini dapat diketahui apakah para rawi

layak menjadi perawi atau tidak. Perbahasan masalah yang membuat mereka tercela atau bersih dalam menggunakan lafaz-lafaz tertentu. Orang yang pertama di bidang ini adalah imam al-bukhari dalam bukunya thabaqat

Ilmu Mukhtalaf Al-HaditsImam Nawawi berkata dalam kitab al-Taqrib, “Ini

adalah salah satu disiplin ilmu dirayah yang terpenting.” Ilmu ini membahas hadis-hadis yang secara lahiriyah bertentangan, namun ada kemungkinan dapat diterima dengan syarat. Jelasnya, umpamanya ada dua hadis yang makna lahirnya bertentangan, kemudian dapat diambil jalan tengah, atau salah satunya ada yang diutamakan.

HADIS DIRAYAH

Page 27: Ulum Al Hadith

Fokus pembahasan ilmu dirayah, iaitu :a) Rijal al-sanad

b) Jarah-ta’dil

Rijal al-sanadMaklumat tentang latar perawi yang menceritakan matan hadis dari satu rawi kepada rawi yang lain. Maklumat itu menceritakan setiap rawi, dari segi bila dia lahir dan wafatnya, siapa guru-gurunya, bila tahun belajarnya, siapa murid-murid yang berguru kepadanya, dari daerah mana dia, dalam keadaan sehat, atau campur aduk kata-katanya (ikhtilath), atau dalam periwatan hadis terdapat illat (cacat) bagi perawi, atau bagi matan hadits.

HADIS DIRAYAH

Page 28: Ulum Al Hadith

Rijal al-sanad

Teknik penulisan matan hadis, sanadnya dimulai dari penyebutan sahabat Nabi, tabi’in, tabi’ al-tabi’in dan murid-muridnya, sampai guru perawi hadis yang ditulis oleh penghimpun hadis (ulama mutaqaddimin) dalam kitab karangannya masing-masing.

Sedangkan penulisan ulama mutaakhirin dalam kitab-kitabnya hanya menyebutkan sahabat Nabi dan nama penghimpun matan hadits itu saja seperti sebutan :

Rawahu al-

HADIS DIRAYAH

Page 29: Ulum Al Hadith

Jarah-ta’dil

Ilmu yang menentukan perawi hadis, diterima atau ditolak matan hadisnya (sahih atau tidak sahih).

Hampir semua kitab Ulum al-Hadis, baik karya ulama mutaqaddimin atau mutaakhirin membahaskan jarah ta’dil. Kitab-kitab yang membahas jarah-ta’dil adalah dengan tujuan dan penerangan yang berbeza-beza.

Tokoh-tokoh yang pertama kali memperhatikan jarah ta’dil sebagai ilmu, adalah Ibn Sirin, Al-Sya’bi, Syu’bah, dan al-imam Malik.

Antara yang menulis kitab jarah-ta’dil adalah Yahya ibn Ma’in, Ali ibn al-Madini, dan Ahmad ibn Hanbal

HADIS DIRAYAH

Page 30: Ulum Al Hadith

Martabat Hadis dan

hukum beramal

dengannya

1) Hadis Sohih

2) Hadis Hasan

3) Hadis Dhoif

Page 31: Ulum Al Hadith

1) Hadis Sahih Hadis Sahih ialah hadis yang berhubung/

bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

Adil Kuat Ingatannya Sejahtera dari keganjilan Sejahtera dari kecederaan yang

memburukkan

Page 32: Ulum Al Hadith

1) Hadis Sahih Hadis Sahih perlu cukup sanadnya dari awal

sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafazannya. Syarat hadis sahih, iaitu:

Sanadnya bersambung Perawinya sudah baligh Berakal Tidak mengerjakan dosa Sempurna hafazannya Perawi yang ada dalam sanad itu adil dan

hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat al-Quran.

Page 33: Ulum Al Hadith

1) Hadis SahihHadis Sahih terbahagi kepada dua: Sahih Lizatihi, iaitu hadis yang sahih dengan

sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).

Sahih Lighairihi, iaitu hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. " (H.R Hasan).

Page 34: Ulum Al Hadith

1) Hadis Sahih Hukum beramal dengannya adalah wajib.

Ulama sepakat menerima hadis Sahih Lighairih, kerana tiada sebarang illah (kecacatan) atau syaz (keraguan).

Justeru itu, ia adalah sama dengan Hadis Hassan Lizatih. Iaitu hadis yang memenuhi syarat hadis Sahih secara keseluruhannya, kecuali para perawinya. Iaitu semua atau sebahagiannya kurang dari sudut kedhabitan dan keadilannya.

Page 35: Ulum Al Hadith

2) Hadis Hasan Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung atau

bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat atau kurang dari sudut kedhabitannya.

Page 36: Ulum Al Hadith

2) Hadis Hasan Hadis Hasan, adalah hadis yang dari segi

hafazannya kurang dari hadis sahih. Hadis Hasan dibahagi dua:

Hasan Lizatihi, iaitu hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.

Hasan Lighairihi, iaitu hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

Page 37: Ulum Al Hadith

2) Hadis Hasan

Syarat Hadis Hasan

1. Perawinya bersifat adil2. Perawinya bersifat dhabit (walaupun tidak

mencapai taraf dhabit hadis Sahih)3. Sanadnya bersambung4. Tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan5. Tidak ada sebarang illah padanya iaitu tidak

cacat.

Page 38: Ulum Al Hadith

2) Hadis Hasan

Kedudukan Hadis Hasan

Menurut pendapat majoriti ulama, wajib beramal dengan Hadis Hasan. Berhujah dengan Hadis Hasan Lizatih dan Hadis Hasan Liqairih sama dengan Hadis Sahih.

Untuk itu, kedudukannya dalah sama adalah sama seperti Hadis Sahih tetapi, darjat perawi tidak mencapai darjat perawi Hadis Sahih yang berbeza dari sudut kedhabitannya.

Page 39: Ulum Al Hadith

2) Hadis Hasan

Kedudukan Hadis Hasan

Menurut padangan minoriti ulama, seperti Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah, kedudukan hadis Hasan adalah setaraf dengan Hadis Sahih.

Walau bagaimanapun mereka ini juga tetap meletakkan darjat Hadis Sahih lebih tinggi dan mestilah diutamakan terlebih dahulu apabila berlaku pertentangan di antara keduanya.

Page 40: Ulum Al Hadith

3) Hadis Dhoif

Dari sudut bahasa :Lemah, lawan kepada kuat.

Dari sudut Istilah : Menurut Ahli Hadis ialah setiap hadis yang tidak menepati syarat-syarat Hadis Sahih juga syarat-syarat hadis Hasan.

Page 41: Ulum Al Hadith

Hadis Maudu’ Hadis Maudu’ merupakan hadis palsu yang

direka oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda yang tersendiri.

Hadis Maudu’ adalah tertolak dan langsung tidak boleh digunakan sebagai hujjah dan untuk apa tujuan sekali pun kecuali untuk menerangkan kedudukan dan status hadis tersebut.

Ini kerana hadis palsu adalah satu pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. dan membuat pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W. adalah satu perbuatan yang haram dan berdosa besar.

Page 42: Ulum Al Hadith

Hadis Maudu’

Punca Sesebuah Hadis Menjadi Taraf Hadis Dhaif

1. Terputusnya sanad hadis2. Terdapat di antara perawi hadis tersebut tidak

adil3. Terdapat juga di antara perawi hadis tersebut

yang lemah ingatannya4. Timbulnya atau wujudnya syaz (keraguan,

keganjilan) pada hadis tersebut5. Terdapat illah (kecacatan) pada hadis tersebut

Page 43: Ulum Al Hadith

3) Hadis Dhoif

Hukum Beramal Dengan Hadis Dhaif

Di dalam menyatakan mengenai hukum beramal dengan hadis Dhaif, para ulama hadis telah berselisih pandangan mengenainya namun begitu jumhur ulama telah mengharuskan menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail al-Amal (kelebihan beramal).

Page 44: Ulum Al Hadith

3) Hadis DhoifHukum Beramal Dengan Hadis Dhaif

Menggunakan hadis Dhaif bagi tujuan Fadhail Amal adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar iaitu:1. Hadis tersebut hendaklah tidak terlalu Dhaif2. Sesuatu hadis itu menggambarkan sesuatu amalan

yang bersandarkan kepada hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain iaitu ia mempunyai asal dalam hadis Sahih atau hadis Hasan yang lain

3. Tidak berikhtikad ketika beramal dengannya bahawa hadis tersebut sabit daripada Rasulullah S.A.W.

Page 45: Ulum Al Hadith

3) Hadis Dhoif

Kitab Yang Menghimpunkan Hadis Dhaif

Antara kitab-kitab yang mahsyur yang menghimpunkan hadis Dhaif ialah:

1. Mizan al-Iktidal karangan Imam al-Dhahabi

2. al-Marasil karangan Imam Abu Daud

3. al-Ilal karangan Imam al-Daraqutni

Page 46: Ulum Al Hadith

3) Hadis Dhoif

Syarat Beramal Dengan Hadis Da’if

Ulama Hadis khususnya, telah menetapkan syarat tertentu untuk beramal denga Hadis Da”if. Antara syarat beramal dengannya menurut pendapat al_hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ialah :

1. Hadis ini asalnya boleh beramal, seperti Tilawah, al-Quran dan berdoa.

Page 47: Ulum Al Hadith

3) Hadis Dhoif

Syarat Beramal Dengan Hadis Da’if

2. Hadis ini tidak mensabitkan hukum syarak atau menjelaskan salah satu dari sifat-sifat Allah iaitu tidak berkaitan dengan perkara akidah dan hukum hakam, tidak amalan harus dan selainnya.

3. Ia bukan hadis palsu.4. Hendaklah berhati-hati dari sudut pegangan

ketika beramal dengannya. Hal ini supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan Nabi.

Page 48: Ulum Al Hadith