manual_pengguna_graduan.pdf
Transcript of manual_pengguna_graduan.pdf
MANUAL PENGGUNA
PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN GURU BAHARU
(e-Graduan)
PERANAN: GRADUAN
Hakcipta Terpelihara © 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 1 -
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan.................................................................................................................................................................... - 2 -
2.0 URL dan Pelayar (Browser) .................................................................................................................................... - 2 -
3.0 Penyataan Penafian ................................................................................................................................................... - 2 -
4.0 Antara Muka e-Graduan .......................................................................................................................................... - 3 -
4.1 Laman Utama e-Graduan .................................................................................................................................. - 3 -
4.2 Pendaftaran Pengguna ........................................................................................................................................ - 4 -
4.3 Log Masuk ................................................................................................................................................................ - 5 -
4.4 Lupa Kata Laluan ................................................................................................................................................... - 6 -
4.5 Tukar Kata Laluan ................................................................................................................................................. - 6 -
4.6 Muat Turun Manual Pengguna ........................................................................................................................ - 7 -
5.0 Kemaskini Maklumat ................................................................................................................................................ - 7 -
5.1 Maklumat Peribadi ............................................................................................................................................... - 7 -
5.2 Maklumat Pasangan ............................................................................................................................................. - 8 -
5.3 Maklumat Kesihatan ............................................................................................................................................ - 9 -
5.4 Borang Pemeriksaan Kesihatan ...................................................................................................................... - 9 -
5.5 Maklumat Pengajian .......................................................................................................................................... - 10 -
5.6 Maklumat Kokurikulum Bakat...................................................................................................................... - 10 -
5.7 Maklumat Pekerjaan ......................................................................................................................................... - 11 -
5.8 Pilihan Negeri Penempatan ........................................................................................................................... - 11 -
5.9 Pengesahan Pengakuan ................................................................................................................................... - 12 -
5.10 Semakan Penempatan ...................................................................................................................................... - 13 -
6.0 Log Keluar .................................................................................................................................................................. - 13 -
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 2 -
1.0 Pengenalan
e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Maklumat Guru (SMG),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan
kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan
(SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).
2.0 URL dan Pelayar (Browser)
URL bagi e-Graduan ialah http://apps.moe.gov.my/egraduan
Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla
Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.
3.0 Penyataan Penafian
PENAFIAN: Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti
pengguna masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada
sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan
kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 3 -
4.0 Antara Muka e-Graduan
4.1 Laman Utama e-Graduan
4.1.1 Laman utama e-Graduan memaparkan beberapa maklumat penting iaitu
Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan Penafian.
Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari ruangan pengumuman dan
Log Masuk ke e-Graduan dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP
yang telah didaftarkan.
4.1.2 Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna sekiranya butiran
yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat.
4.1.3 Bantuan yang disediakan di e-Graduan adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar
kata laluan, dan pendaftaran pengguna.
Pengumuman
Log Masuk
Hakcipta
Bantuan
Paparan
Mesej Ralat
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 4 -
4.2 Pendaftaran Pengguna
4.2.1 Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika
log masuk ke sistem. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu
diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata
laluan.
4.2.2 Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke
ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran
dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Ruangan
wajib diisi
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 5 -
4.3 Log Masuk
4.3.1 Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari
LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.
Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT
LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran
adalah tepat seperti didaftarkan.
Masukkan ID
Peng guna,
Kata Laluan,
dan No. KP
Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 6 -
4.4 Lupa Kata Laluan
4.4.1 Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh mendapatkan semula kata
laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan yang berada di
laman utama e-Graduan. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan yang
disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui
emel yang telah didaftarkan.
4.5 Tukar Kata Laluan
4.5.1 Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata
Laluan yang berada di laman utama e-Graduan. Semua ruangan wajib diisi.
Masukkan
No. KP
Klik di sini
Klik di sini
Semua ruangan
perlu diisi.
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 7 -
Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti
membuat pendaftaran pengguna.
4.6 Muat Turun Manual Pengguna
4.6.1 Pengguna yang berjaya untuk log masuk ke sistem akan mendapat paparan
seperti di atas. Terdapat nama dan no. kad pengenalan berserta beberapa tab
yang perlu dikemaskini. Manual Pengguna perlu dimuatturun bagi
memudahkan proses kemaskini dilakukan.
5.0 Kemaskini Maklumat
5.1 Maklumat Peribadi
Klik di sini
Medan untuk dikemaskini
Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 8 -
5.1.1 Tab Maklumat Peribadi perlu dikemaskini terutama yang bertanda (*). Bagi
medan yang tidak boleh dikemaskini, pengguna boleh menghantar emel dan
menyatakan ralat/ kesilapan pada maklumat untuk diperbetulkan.
5.1.2 Sekiranya pilihan Status Perkahwinan adalah BERKAHWIN, pengguna perlu
melampirkan sijil nikah/ kahwin. Ralat seperti di bawah akan dipaparkan
sekiranya tiada lampiran.
5.1.3 Klik butang KEMASKINI bagi setiap perubahan yang dibuat. Paparan tarikh
akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada ruangan atas bagi memudahkan
pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini terkini.
5.2 Maklumat Pasangan
5.2.1 Tab Maklumat Pasangan perlu dikemaskini sekiranya Pengguna telah
berkahwin. Klik butang KEMASKINI untuk setiap perubahan yang dibuat.
Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada ruangan atas
bagi memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini terkini.
Medan untuk
dikemaskini
Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 9 -
5.3 Maklumat Kesihatan
5.3.1 Tab Maklumat Kesihatan perlu dikemaskini sekiranya perlu. Bagi medan sakit kronik,
pengesahan surat doktor perlu dilampirkan. Klik butang KEMASKINI untuk setiap
perubahan yang dibuat. Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada
ruangan atas bagi memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini
terkini.
5.4 Borang Pemeriksaan Kesihatan
5.4.1 Tab Borang Pemeriksaan Kesihatan memerlukan pengguna untuk memuatnaik Borang
Pemeriksaan Kesihatan (boleh didapati di laman web SPP : www.spp.gov.my). Borang
yang telah lengkap diisi dan disahkan perlu dimuatnaik. Klik butang KEMASKINI
setelah memilih fail yang berkaitan. Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini
dipaparkan pada ruangan atas bagi memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan
masa kemaskini terkini.
Medan untuk
dikemaskini
Klik di sini
Klik untuk pilih lampiran
Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 10 -
5.5 Maklumat Pengajian
5.5.1 Tab Maklumat Pengajian adalah paparan untuk Pengguna memastikan butiran yang
dipaparkan adalah tepat. Sekiranya mempunyai sebarang ralat/ kesilapan pada rekod
berkaitan, pengguna perlu menghantar salinan ijazah/ sijil SPM yang telah disahkan
melalui emel untuk dikemaskini.
5.6 Maklumat Kokurikulum Bakat
Klik di sini
Medan untuk
dikemaskini
Pastikan maklumat
yang dipaparkan
adalah betul.
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 11 -
5.6.1 Tab Kokurikulum Bakat adalah paparan untuk pengguna mengisi maklumat pada
medan yang disediakan. Klik butang KEMASKINI untuk setiap perubahan yang dibuat.
Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada ruangan atas bagi
memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini terkini.
5.7 Maklumat Pekerjaan
5.7.1 Tab Maklumat Pekerjaan adalah paparan untuk pengguna mengisi maklumat terkini
pada medan yang disediakan. Klik butang KEMASKINI untuk setiap perubahan yang
dibuat. Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada ruangan atas
bagi memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini terkini.
5.8 Pilihan Negeri Penempatan
Medan untuk dikemaskini
Klik di sini
Medan untuk dikemaskini
Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 12 -
5.8.1 Tab Pilihan Negeri Penempatan adalah paparan untuk pengguna memilih negeri
penempatan. Klik butang KEMASKINI untuk setiap perubahan yang dibuat.
Paparan tarikh akhir maklumat dikemaskini dipaparkan pada ruangan atas bagi
memudahkan pengguna mengetahui tarikh dan masa kemaskini terkini.
5.8.2 Ralat seperti di bawah akan dipaparkan sekiranya pilihan negeri adalah sama.
5.9 Pengesahan Pengakuan
5.9.1 Tab Pengesahan Pengakuan adalah paparan yang wajib dibaca dan ditanda pada kotak
ruangan Saya setuju. Klik butang HANTAR untuk memastikan semua maklumat yang
telah dikemaskini direkodkan.
Perlu ditanda Klik di sini
e-Graduan : Pengambilan dan Penempatan Guru Baharu Manual Pengguna
- 13 -
5.10 Semakan Penempatan
5.10.1 Tab Semakan Penempatan adalah paparan yang dipaparkan ketika makluman
berkaitan penempatan telah dibuat. Paparan di atas adalah contoh paparan dengan
maklumat berkaitan penempatan.
6.0 Log Keluar
6.1 Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Keluar bagi menamatkan sesi
penggunaan sistem. Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba
menyalahgunakan maklumat pengguna.
Contoh paparan
penempatan
Klik di sini