Mapan amalan terbaik

11
TUGASAN 4 AMALAN TERBAIK

Transcript of Mapan amalan terbaik

Page 1: Mapan amalan terbaik

TUGASAN 4AMALAN TERBAIK

Page 2: Mapan amalan terbaik

Soalan:

Anda diminta untuk mencari amalan terbaik di mana-mana bandar, termasuk bandar tempat

anda duduk. Buat laporan ringkas dengan gambar-gambar dan rajah-rajah yang sesuai dalam

bentuk MS PowerPoint. Muat naik slides anda ke SlideShare.com dan berikan link nya.

Page 3: Mapan amalan terbaik

Bandar yang dipilih: Johor Bahru

Amalan Terbaik 1) Program Bandar Selamat

Program ini dianjurkan bersempena Hari Penghargaan Rakan Cop Johor. Bertujuan untuk mewujudkan sebuah bandar yang bebas dari jenayah atau mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Page 4: Mapan amalan terbaik

2) Teknologi untuk pendidikan bestari negeri Johor

• Bertempat di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, pada 8 Oktober 2015

• Berlangsung seminar tersebut yang dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru.

• Kehadiran yang memberangsangkan daripada para pegawai JPN Johor, pegawai PPD Johor Bahru, pegawai PKG Daerah lain, pengetua, guru besar dan guru-guru Penyelaras VLE membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menaikkan dan mengekalkan ranking pencapaian KPI penggunaan VLE Negeri Johor di tempat teratas peringkat Kebangsaan.

Page 5: Mapan amalan terbaik

3) Ketengah budaya Johor Penggiat industri pelancongan di negeri ini, disaran supaya mengetengahkan

keunikan cara hidup, budaya rakyat dan alam semula jadi Johor kepada pelancong domestik mahupun luar negara.

Bertujuan agar pelancong dapat merasai keunikan berkenaan ketika berada di negeri ini.

Industri pelancongan di negara ini termasuklah di Johor kian berkembang pesat malah kerajaan sentiasa memberi galakan agar sektor berkenaan terus mengalami pertumbuhan positif.

http://www.sinarharian.com.my/ketengah-budaya-johor-1.263403

Page 6: Mapan amalan terbaik

4) Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor yang melabuhkan tirai baru baru ini membuktikan keprihatinan Baginda dan kerabat diraja untuk bertemu rakyat secara lebih dekat.

Rakyat Johor bertuah kerana Sultan sendiri sanggup mencemar duli turun padang bagi mendekati rakyat di setiap peringkat umur yang berbilang kaum dan begitu prihatin terhadap keadaan rakyat jelata.

KMJ juga merapatkan hubungan baik antara pihak istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata sekali gus memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan yang dipelopori oleh Negeri Johor.

Page 7: Mapan amalan terbaik

KMJ kini diiktiraf sebagai acara pelancongan utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014.

http://muafakatjohor.com/?p=946

Page 8: Mapan amalan terbaik

5) Kempen 1MALAYSIA 1HALAL Peringkat Negeri Johor

JAKIM melalui Bahagian Hab Halal telah menjadikan negeri Johor sebagai destinasi ke-3 untuk mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6-8 Ogos 2012 bertempat di Danga Bay, Johor Bahru.

Negeri Johor sememangnya terkenal sebagai destinasi utama pelancongan dan mampu menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara terutama para pengunjung dari Singapura.

Meningkatkan kesedaran dan keperihatinan para pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada para pengguna supaya memberi barangan yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja.

Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.

Page 9: Mapan amalan terbaik

Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.

Page 10: Mapan amalan terbaik

KESIMPULAN Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh majlis Bandaraya Johor Bahru

untuk mewujudkan bandaraya yang aman.

Sultan negeri juga turut bekerjasama menjaga negeri johor agar sentiasa mengamalkan amalan terbaik dan menjadi negeri contoh di Malaysia.

Amalan terbaik yang telah dilancarkan dalam negeri haruslah konsisten untuk mencapai matlamat pembangunan bandar mapan yang sejahtera.

Page 11: Mapan amalan terbaik

TAMAT

SEKIAN

TERIMA KASIH

NurNazirah binti RosdiA156812Citra Pembangunan Bandar Mapan