Mari Berkongsi (Siri 4)

116
Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4) Jurang Mariana - bukti Keagungan Allah Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkuasa memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain. Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina. Jurang Mariana ialah jurang yang dalam di dunia ( lokasi paling dalam Permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer. . Jurang sepanjang 2550 kilometer ini memiliki kelebarannya sehingga 69 km. Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut. 1

Transcript of Mari Berkongsi (Siri 4)

Page 1: Mari Berkongsi (Siri 4)

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Jurang Mariana - bukti Keagungan Allah

Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana  telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkuasa  memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan  dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain.

Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T

Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni

membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.

Jurang Mariana ialah jurangyang dalam di dunia ( lokasi

paling dalam Permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer. .

Jurang sepanjang 2550 kilometer ini memiliki kelebarannya sehingga 69 km.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

1

Page 2: Mari Berkongsi (Siri 4)

Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 km dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 km dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Dengan dasar yang sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yang sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yang hidup di permukaan dan pertengahan laut.

Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta’ala melalui ciptaan-ciptaanNya yang unik dan misteri. Inilah antara hidupan marin yang terdapat di celah Jurang Mariana yang berjaya dirakamkan.

2

Page 5: Mari Berkongsi (Siri 4)

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

3/1474/Al-Fath. ) dan Muslim (2 /sahabat Ibnu 'Umar - radhiyallahu

Subhanallah. . Allah Maha Pencipta, Maha Hebat lagi Maha Besar!

Rasulullah saw bersabda:"Seseorang diantara kalian akan selalu meminta-minta sehingga ia nanti bertemu dengan Allah sedangkan mukanya tidak ada daging sama sekali," [HR. Al-Bukhary zakat/720) , dan Ahmad (2/15) dari anhu- ).

5

Page 6: Mari Berkongsi (Siri 4)

Wajah-wajah tak berdaging...

Jika kita melihat dan memperhatikan fenomena-fenomena yang terjadi ke belakangan ini, maka kita akan mendapati sebahagian dari kaum muslimin berada dipinggir jalan mencuba mengais rezeki dengan menengadahkan tanganya kepada setiap orang yang melintas. Ini adalah suatu pemandangan yang sangat memilukan hati. Padahal meminta-minta adalah perbuatan yang tercela didalam Islam. Mereka tinggalkan usaha atau berkarya dengan tangan mereka sendiri. Padahal Allah swt telah menjamin rezeki bagi mereka.

Allah swt berfirman:"tidak ada satu binatang melatapun di bumi ini melainkan Allahlah yang mengatur rezekinya."(Hud: 6)

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Rasulullah saw bersabda, :"Seandainya kamu sekalian benar-benar tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Ia memberi rezeki kepada burung. Dimana burung itu keluar pada waktu pagi dengan perut kosong(lapar) , dan pada waktu petang ia kembali dengan perut kenyang." [HR.At-Tirmidzy( 4/2344),Ibnu Majah(2/4164) ,dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak( 4/318),dan dia berkata: ” hadits ini hasan shahih.” dan disepakati oleh Adz-Dzahaby) ]

Dari keterangan ini, maka jelaslah! bahwasanya setiap dari kita telah dijamin rezekinya oleh Allah swt tinggal usaha dari kita untuk mendapatkannya . Karena rezeki tidak turun begitu saja dari langit, akan tetapi diperlukan usaha, kesungguhan serta tawakkal yang sempurna. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w memberikan perumpamaan dengan seekor burung yang keluar dari sarangnya untuk mencari rezeki. Burung itu tidak tinggal di dalam sarangnya menunggu rezeki yang datang kepadanya. Akan tetapi, dia berusaha dengan terbang kesana kemari untuk mendapatkan makanannya. Dan manusia yang Allah swt memberikan banyak kelebihan kepadanya dibandingkan

Allah swt berfirman:

6

Page 7: Mari Berkongsi (Siri 4)

burung ( berupa kaki, tangan, hati, dll ) maka itu lebih layak baginya untuk berusaha dalam mencari rezekinya.

Sebagaiman firman Allah swt :“Apabila solat telah selesai ditunaikan maka bertebaranlah kamu sekalian dimuka bumi ini dan carilah karunia Allah." (Al-Jum’ah:10)

Rasulullah s.a.w sangat menganjurkan agar seorang muslim untuk makan dari hasil usaha sendiri dan menjaga kehormatan diri dengan tidak meminta dan mengharapkan pemberian dari orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Sungguh salah seorang diantara kalian pergi mencari kayu bakar dan dipikulkan ikatan kayu itu di punggungnya, maka itu lebih baik baginya dari pada ia meminta-minta kepada seseorang baik orang itu memberi ataupun tidak memberinya."[HR.Al-Bukhary ( 4/2073/Alfath. ), Muslim(2/zakat/ 721), dan An-Nasa’y(5/2573),dari Abu Hurairah ra].

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Dan Rasulullah s.a.w bersabda, :"Tidak ada seseorang, makan makanan yang lebih baik daripada makan dari hasil usahanya sendiri dan sesungguhnya nabi Allah Daud-’alaihi salaam-makan dari hasil usahanya sendiri." [HR.Al-Bukhary( 4/2072/Al- Fath.), Ahmad didalam Musnadnya(4/ 131,`132) , dari sahabat Al-Miqdam bin Ma'dikarib - ra )

Oleh kerana itu, hendaknya setiap dari kita untuk menjaga kehormatan dirinya dengan tidak meminta-minta kepada orang lain. Kerana sesungguhnya, tidaklah seseorang meminta dari orang lain, kecuali ia menjadi hina dan rendah dalam pandangan orang lain itu.

Rasulullah s.a.w bersabda, : .

"Tangan yang diatas, itu lebih baik dari pada tangan yang dibawah. Tangan yang di atas adalah tangan yang memberi dan tangan yang di bawah adalah tangan yang meminta-minta. "[HR.Al-Bukhary( 3/1429/Al- Fath.),dan Muslim (2/zakat/717) , dari sahabat Ibnu 'Umar - ra).

7

Page 8: Mari Berkongsi (Siri 4)

Rasulullah s.a.w telah memperingatkan akan bahaya atau balasan terhadap orang yang meminta-minta.

Bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Seseorang diantara kalian akan selalu meminta-minta sehingga ia nanti bertemu dengan Allah sedangkan mukanya tidak ada daging sama sekali," [HR. Al-Bukhary (3/1474/ Al-Fath. ) dan Muslim(2/zakat/ 720),dan Ahmad (2/15) dari sahabat Ibnu 'Umar -ra ).

Dan Rasulullah s.a.w juga bersabda:"Barang siapa yang meminta-minta kepada sesama manusia dengan tujuan untuk memperbanyak kekayaannya, maka sesungguhnya ia meminta bara api. Terserah padanya apakah ia mengumpulkan sedikit saja atau akan memperbanyaknya. " [HR.Muslim(2/ zakat/760) , Ibnu Majah(2/1737) ,Ahmad didalam Musnadnya(2/ 231), dan Al-Baihaqy dalam Sunannya(4/196) , dari sahabat Abu Hurairah - ra).

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Dengan melihat ancaman seperti ini, maka seorang muslim hendaknya takut dan menahan dirinya serta menjaga kehormatannya dari meminta-minta kepada orang lain kecuali dalam keadaan darurat. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Qabishah Bin Mukhariq Al-Hilali -ra bahwasanya dia berkata:

"Saya memiliki tanggungan (hutang, diat dan sebagainya) lalu saya mendatangi Rasulullah s.a.w untuk meminta sesuatu kepada Beliau s.a.w.Rasulullah s.a.w bersabda: "tinggallah! sampai datang kepada kami sedekah, nanti akan kami perintahkan agar dibagikan kepadamu". Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Hai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali bagi salah satu dari tiga orang, Pertama, orang yang sedang menanggung beban (denda, hutang dan sebagainya) maka ia boleh meminta sampai ia melepaskan tanggungan (beban) itu. Kedua, seseorang yang tertimpa

8

Page 9: Mari Berkongsi (Siri 4)

kecelekaan/musibah yang menghabiskan hartanya, maka ia boleh

meminta-minta sehingga ia bisa memperoleh kehidupan yang layak. Ketiga, seseorang yang sangat miskin, sehingga disaksikan oleh tiga orang cerdik pandai dari kaumnya bahwa "si fulan benar-benar miskin" maka ia boleh meminta-minta sehingga ia bisa memperoleh kehidupan yang layak. Hai Qabishah, meminta-minta yang selain karena tiga sebab ini maka itu adalah usaha yang haram, dan orang yang memakannya berarti makan barang yang haram." [HR. Al-Bukhary( 3/1479/Al- Fath.), dan Muslim (2/zakat/719)

Saudaraku…kelaparan dan sedikit ibadah lebih baik daripada kamu memakan dari hasil meminta-minta dari orang lain seraya melakukan banyak ibadah.

Asy-Syaikh Muqbil Bin Hadi Al Wadi'i – rahimahullah - berkata:"Saya nasihatkan kepada Ahlus Sunnah agar bersabar menghadapi kemiskinan. Kerana kemiskinan ini adalah keadaan yang telah dipilihkan oleh Allah untuk Nabinya Muhammad s.a.w. Dan Rabb Yang Maha Perkasa berfirman dalam Kitab-Nya yang mulia :

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

"dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikilt ketakutan kelaparan jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan inna lillahi wa inna lillahi rajiun mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"; ( Al-baqarah 155-157 )

Perhatikanlah beberapa petikan tentang kesabaran Nabi dan para sahabatnya - radhiyallahu - Ta'ala - 'anhum - di dalam menghadapi kemiskinan, kelaparan dan kekurangan di dalam berpakaian (tidak memiliki pakaian).

Imam Muslim meriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah – r.a dia berkata :

Asy-Syaikh Muqbil Bin Hadi Al Wadi'i – rahimahullah - berkata:

9

Page 10: Mari Berkongsi (Siri 4)

Pada suatu hari atau malam Rasulullah s.a.w keluar rumah, tiba-tiba bertemu dengan Abu Bakar dan Umar , lalu beliau berkata : "apa yang mengeluarkan kalian dari rumah kalian, pada saat seperti ini?"

Keduanya menjawab "lapar ya Rasulullah" .

Beliau bersabda: " demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, saya juga dikeluarkan oleh yang menyebabkan kalian keluar, bangkitlah !"

Lalu keduanya bangkit bersama Beliau lalu mendatangi seorang sahabat Ansar ternyata dia tidak ada di rumah, namun Ketika isteri sahabat tersebut melihat dia berkata " selamat datang". Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya kemana Si pulan ? wanita itu berkata : "keluar mencari air minum untuk kami". Kemudian datanglah sahabat Ansar tersebut dan melihat Rasulullah s.a.w beserta kedua sahabatnya kemudian dia berkata: "segala puji bagi Allah tidak seorangpun pada hari ini yang tamunya lebih mulia daripada aku". .

Kemudian dia pergi dan membawa setandan kurma lengkap, ada busr (kurma muda), tamr (kurma matang) dan ruthab (kurma yang masih basah) dia berkata: " silakan makan". 'setelah itu dia mengambil pisau. Rasulullah s.a.w menegurnya :" hati-hati jangan ambil yang sedang menyusui". Diapun menyembelih seekor kambing.

Jurang Mariana – Bukti Keagungan Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Merekapun makan dari kambing dan setandan kurma dan minum. Setelah kenyang dan hilang dahaga, Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Bakar dan Umar :" demi zat yang jiwaku ada di tangan-Nya kalian pasti akan ditanyai tentang kenikmatan ini pada hari kiamat”. Rasa lapar telah membuat kalian keluar dari rumah kalian, kemudiann kalian tidak pulang kecuali telah menyantap kenikmatan ini" . [HR. Muslim (3/1609)].

Oleh kerana itu janganlah engkau berkecil hati dengan kemiskinan yang menimpa dirimu dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya rahmat Allah itu luas maka berusahalah dengan kemampuan yang ada pada dirimu tentunya dengan cara yang halal dan bersifatlan dengan sifat qona’ah iaitu merasa cukup dengan apa yang ada pada dirimu. Kerana sesungguhyan kekayaan itu bukanlah

10

Page 11: Mari Berkongsi (Siri 4)

dilihat dari banyaknya harta benda akan tetapi dilihat dari lapangnya dada dalam menerima keadaan kita yang telah diberikan oleh Allah swt.

Rasulullah saw bersabda;‘Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dianamakan kaya sebenarnya adalah kekayaan jiwa’. [HR. Al-Bukhari (11/6446/Al-Fath.) & Muslim(2/zakat/ 726) dari Abu Hurairah ra ).

Seorang penyair pernah berkata:sungguh kekayaan itu adalah kaya akan jiwameski tanpa berbalut baju tanpa beralas kakiorang tiada puas meski lebih dari sederhananamun bila hati menerima, sebagian sajapun mencukupi.

Inilah yang dapat dihuraikan dalam masalah tercelanya meminta-minta dari sejumlah ayat Al Qur’an dan Hadits yang sahih agar binasa orang yang memang sepatutnya binasa dengan keterangan yang jelas dan hidup orang yang memang selayaknya hidup dengan keterangan yang nyata.

Wassalam........

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

Makna Nasihat Dalam Agama

Menjadi dambaan bersama tercapainya kebahagiaan dunia dan akhirat, hidup berdampingan saling mencintai dalam lingkungan ukhuwah Islamiyah yang diikat dengan kesatuan aqidah, kesatuan bendera, dan kesatuan manhaj dalam mengharungi bahtera kehidupan. Namun, tentulah hal itu tidak mudah untuk direalisasikan manakala masing-masing individu kita sudah hilang kepeduliannya terhadap diri sendiri maupun terhadap orang lain, sementara Islam datang sebagai agama nasihat yang bila saja setiap individu muslim

11

Page 12: Mari Berkongsi (Siri 4)

melaksanakan apa yang terkandung dari makna-makna nasihat itu tentulah akan terwujud apa yang menjadi dambaannya.

Lebih dari itu, nasihat adalah merupakan sunnah-sunnahnya para rasul:

Berkata Nuh 'alaihis salam kepada kaumnya, "Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak ketahui." (Q.S: Al A'raaf: 62).

Hud berkata kepada kaumnya, "Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepada mu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu." (Q.S: Al A'raaf: 68).

Soleh berkata kepada kaumnya, "Aku telah menyampaikan amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat." (Q.S: Al A'raaf: 79).

Syu'aib berkata kepada kaumnya, "Aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?" (Q.S: Al A'raaf: 93).

Cukuplah seseorang dikatakan mulia bila ia melakukan apa yang telah dilakukan oleh makhluk yang paling mulia iaitu para nabi dan rasul (dalam hal menyebarkan nasihat) apalagi bila diketahui bahwa nasihat adalah amalan yang paling afdhal, seperti pernyataan Imam Abdullah

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

ibnul Mubarak saat ditanya amalan apakah yang paling afdhal, beliau menjawab, "Nasihat kerana Allah." Dalam Shahih Bukhori dan Muslim dari sahabat Abu Ruqoyah Tamim bin Aus Ad Daary, Rasulullah saw bersabda, "Agama itu nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Bagi Allah, kitabNya, dan rasulNya, dan bagi para pemimpin Islam, dan bagi muslimin umumnya."

12

Page 13: Mari Berkongsi (Siri 4)

Hadits ini mempunyai kedudukan yang agung dimana memberikan nash bahwa tiang agama dan asasnya adalah nasihat. Dengan keberadaannya maka agama pun akan tetap tegak di tengah-tengah kaum muslimin, sebaliknya dengan lenyapnya nasihat maka akan terjadilah kepincangan di tengah-tengah mereka dalam seluruh aspek kehidupannya.

Definasi Nasihat

Nasihat secara bahasa diambil dari kata-kata "An Nush-hu" yang bererti memurnikan, membersihkan, juga bererti memperbaiki. Adapun secara istilah nasihat adalah kalimat yang menyeluruh yang bermakna memberikan tuntunan perbaikan untuk orang yang dinasihati. Dan para ahlul ilmi mengibaratkan orang yang bersungguh-sungguh memberikan perbaikan kepada yang lainnya seperti orang yang sedang memperbaiki pakaiannya yang rosak.

.

Nasihat Bagi Allah

Nasihat bagi Allah maknanya beriman kepadaNya dengan benar dan beriman kepada seluruh apa yang terdapat dalam Kitab dan Sunnah dari nama-namaNya yang husna dan sifat-sifatNya yang tinggi dengan keimanan yang benar tanpa menyerupakanNya dengan yang lain, tanpa meniadakan dan tanpa merubah-rubah maknanya. Mengesakan Nya dalam hal ibadah dan meniadakan kesyirikan, melaksanakan perintahNya dan menjauhi larangan-laranganNya, mencintai apa yang dicintaiNya dan membenci apa yang dibenciNya. Memberikan hak kepada hamba-hambaNya yang beriman dan berlepas diri dari musuh-musuhNya serta melawan orang – orang yang kafir terhadapNya.

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

Menerima dan mengakui segala nikmat-nikmatNya dan mensyukurinya serta mengikhlaskan untuk Nya dalam segala perkara.

.

13

Page 14: Mari Berkongsi (Siri 4)

Nasihat Bagi KitabNya

Nasihat bagi kitabNya adalah beriman bahwa ia sebagai kalamullah yang diturunkan dariNya dan bukan makhluk, tidak akan dapat didatangi oleh kebatilan dari arah manapun, depannya maupun belakangnya. Meskipun seluruh jin dan manusia bersekutu untuk mendatangkan yang semisalnya niscaya tidak akan dapat menyerupainya.

Allah berfirman, "Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur`an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur`an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuatnya, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang yang kafir." (Q.S: Al Baqoroh: 23-24).

"Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa dengan Al Qur`an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." (Q.S: Al Israa`: 88).

Berkata Imam At Thohawi rohimahullah, "Sesungguhnya Al Qur`an adalah kalam Allah, barangsiapa yang mendengarnya lalu mengiranya sebagai kalam (perkataan) manusia, maka ia telah kufur dan sungguh Allah telah mencelanya dan mengancamnya dengan neraka Saqar.

Allah berfirman, "Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar." (Q.S: Al Mudatstsir: 26).

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

Ketika Allah mengancam dengan neraka Saqar bagi orang yang mengatakan, "Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia." (Q.S: Al

14

Page 15: Mari Berkongsi (Siri 4)

Mudatstsir: 25), maka kita ketahui dan yakini bahwa Al Qur`an adalah kalam pencipta manusia, tidak serupa dengan perkataan manusia."

Termasuk nasihat bagi kitabNya ialah mengagungkannya dan meyakininya sebagai konsep kehidupan yang sempurna dan universal sesuai untuk setiap zaman dan tempat.

Allah berfirman, "Thaa Siin. (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Qur`an dan (ayat-ayat) kitab yang menjelaskan untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman." (Q.S: An Naml: 1-2). Termasuk nasihat bagi kitabNya adalah membacanya dengan benar dan khusyu' serta mengajarkannya. Allah berfirman, "Dan bacalah Al Qur`an itu dengan perlahan-lahan."(Q.S: Al Muzzammil: 4).

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkan nya. " (HR - Bukhori).

Nasihat Bagi RasulNya

Nasihat bagi RasulNya adalah membenarkan risalahnya, beriman kepada seluruh apa yang dibawanya, mentaati perintah-perintahnya dan larangan-larangannya, membelanya pada saat hidupnya dan setelah meninggalnya, membenci orang-orang yang membencinya dan mencintai orang-orang yang mencintainya, mengagungkan haknya dan memuliakannya, menghidupkan jalannya dan sunnah-sunnahnya, mengumandangkan dakwahnya dan menyebarkannya, menepis segala tuduhan-tuduhan yang ditujukan kepadanya, berkhidmat terhadap ilmunya dan memahami makna-maknanya, menyeru kepadanya dan mengagungkannya, menahan diri dari membicarakannya tanpa ilmu, berakhlak dengan akhlaknya yang mulia dan beradab dengan adabnya, mencintai ahli baitnya dan para sahabat - sahabatnya,

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

15

Page 16: Mari Berkongsi (Siri 4)

menjauhi orang-orang yang mengadakan hal yang baru dalam sunnah-sunnahnya atau mencela sebagian dari kalangan sahabatnya.

Berkata Imam Al Qurthubi, "Nasihat bagi rasulNya adalah membenarkan nubuwahnya, komitmen dalam ketaatannya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, mencintai orang yang mencintainya dan membenci orang yang membencinya, menghormatinya, mencintainya dan mencintai ahli baitnya, mengagungkannya dan mengagungkan sunnah-sunnahnya, menghidupkan sunnahnya setelah meninggalnya dengan mencarinya dan mempelajarinya, membelanya dan menyebar kannya, serta berakhlak dengan akhlak yang mulia."

Nasihat Bagi Para Pemimpin Islam

Nasihat bagi para pemimpin Islam dengan cara tolong-menolong bersama mereka di atas kebenaran, mengarahkan mereka kepada kebenaran, mengingatkannya dengan cara yang lemah lembut dan halus, membangunkannya dari kelalaian, meninggalkan dari mem berontak kepadanya, solat di belakangnya dan berjihad bersamanya, meninggalkan dari memberontak kepadanya dengan pedang (senjata) ketika nampak pada mereka kezholiman dan perlakuan yang tak semena-mena, serta mendo'akannya senantiasa dengan kebaikan.

Berkata Ibnu Hajar Al-Asqolany, "(Nasihat bagi para pemimpin Islam) dengan membantu tugas yang diamanahkan kepadanya, meng ingatkan dari kelalaiannya, mengupayakan persatuan di bawahnya, dan di antara nasihat terhadap mereka yang paling besar adalah menolak kezalimannya dengan cara yang baik."

Nasihat Bagi Muslimin Secara Umum

Berkata Imam Nawawi rohimahullah, "(Nasihat bagi muslimin) iaitu dengan mengarahkan mereka kepada apa yang membuatnya maslahat baik untuk akhiratnya ataupun untuk dunianya serta menahan diri dari menyakiti mereka, mengajari apa yang mereka tidak ketahui dari perkara agamanya, membantu mereka dengan ucapan atau pun

16

Page 17: Mari Berkongsi (Siri 4)

Makna Nasihat Dalam Agama (Mari Berkongsi siri 4)

perbuatan, memerintah mereka kepada yang ma'ruf dan mencegah mereka dari yang mungkar dengan lemah lembut dan penuh keikhlasan, menyembunyikan aibnya dan menutupi kelemahannya, menolak kemudharatan dari mereka dan mendatangkan kemaslahatan untuk mereka, menghormati yang besarnya dan menyayangi yang kecilnya, memberikan pengajaran yang baik dan meninggalkan dari berbuat curang dan dengki kepada mereka, mencintai kebaikan untuk mereka dan membenci kejelekan pada mereka serta membela harta-hartanya dan kehormatannya, mendorong mereka untuk berakhlak dengan apa yang telah disebutkan dari nasihat dan menumbuhkan kesemangatan nya agar senantiasa taat."

Hukum Memberikan Nasihat

Berkata Imam Nawawi rohimahullah, "Nasihat adalah fardhu kifayah, jika sebahagian orang telah melakukannya, jatuhlah kewajiban bagi yang lainnya, dan ia (nasihat) adalah sebuah keharusan sesuai dengan kemampuan." Kalangan ahlul ilmi yang lainnya berpendapat bahwa nasihat itu ada yang hukumnya fardhu 'ain, ada pula yang fardhu kifayah, yang wajib dan yang mustahab, kerana Rasulullah s.a.w menerangkan bahwa agama itu nasihat, sedangkan perkara agama ada yang wajib, yang mustahab, yang fardhu 'ain, dan juga fardhu kifayah." Wal 'ilmu 'indallah. .

Penutup Dan Kesimpulan

Demikianlah memang nasihat merupakan bahagian penting dalam agama dan kehidupan kita, bahkan nasihat adalah salah satu di antara kelebihan-kelebihan yang membedakan kita dengan umat-umat lainnya dimana Allah telah lebihkan kita menjadi umat pilihannya.

Allah berfirman, "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasulnya (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (Q.S: Al Baqoroh: 143).

17

Page 18: Mari Berkongsi (Siri 4)

Makna Nasihat Dalam Agama, Apakah Dosa Yang Paling Besar Di Sisi Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Dari penjelasan di atas dapat kita ambil kesimpulan-kesimpulan sebagai berikut:

1. Bahwasanya nasihat itu dinamakan sebagai agama dan Islam.

2. Bahwasanya agama itu terkait dengan amalan seperti halnya terkait dengan ucapan.

3. Tidak ada agama bagi yang tidak menjalankan nasihat bagi Allah, kitabNya, dan rasulNya, serta bagi para pemimpin Islam, dan bagi muslimin umumnya.

4. Wajibnya nasihat atas seluruh kaum muslimin dalam seluruh perkara yang disebutkan dengan segala jenisnya sesuai dengan kadar kemampuannya, ilmunya, dan kedudukannya di tengah-tengah masyarakat.

Nasihat adalah bahagian dari iman.Walhamdulillahi rabbil 'alamin. Wal 'ilmu 'indallah.

********************

Apa dosa yang paling besar di sisi Allah?

Dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah, dengan dalil firman Allah: .

"Wahai anakku janganlah kamu mempersekutukan (syirik) kepada Allah, sesungguhnya syirik itu merupakan kezaliman yang paling besar." (Luqman:13). .

Dan ketika Rasulullah s.a.w ditanya: "Dosa apa yang paling besar? Beliau bersabda: ”Kamu menjadikan tandingan bagi Allah, sedang Dialah yang mencipta kanmu”. (HR. Bukhari - Muslim). .

18

Page 19: Mari Berkongsi (Siri 4)

Apakah Dosa Yang Paling Besar Di Sisi Allah (Mari Berkongsi siri 4)

Apakah Syirik Akbar itu?

Syirik besar (Akbar) adalah beribadah kepada selain Allah, seperti berdoa kepada selain Allah, meminta berkah kepada orang yang mati atau hidup tapi tidak berada di tempat orang yang meminta, seperti firman Allah: .

"Beribadahlah kepada Allah dan jangan kamu sekutukan sesuatu dengan Allah." (an-Nisa':36).

.

Dan sabda Rasulullah s.a.w: .

"Termasuk dosa besar yang paling besar adalah berbuat syirik kepada Allah." (HR. Bukhari). .

Apakah syirik itu berlegar pada umat sekarang ini?

Benar, dengan dalil firman Allah: .

"Dan kebanyakan dari mereka tidak beriman kepada Allah, kecuali mereka dalam keadaan berbuat syirik." (Yusuf:106) .

Dan sabda Rasulullah s.a.w: .

"Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga segolongan besar dari ummatku cenderung pada orang-orang musyrik dan ikut beribadah pada berhala”. ( HSR. Tirmidzi ).

.

Apa hukum berdoa kepada orang yang mati atau ghaib?

Berdoa kepada orang yang mati dan ghaib itu syirik akbar, sebagaimana firman Allah: .

"Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, apa yang tidak memberimu manfaat dan memberimu madharat; sebab jika kamu melakukan (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk

19

Page 20: Mari Berkongsi (Siri 4)

orang-orang yang zalim." (Yunus: 106). .

Dan sabda Rasulullah s.a.w: .

"Barangsiapa yang mati sedang dia menyeru/berdoa kepada selain Allah sebagai tandingan, nescaya masuk neraka." (HR.Bukhari).

Apakah Dosa Yang Paling Besar Di Sisi Allah, Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

Apakah doa itu ibadah?

Ya, doa itu ibadah, sebagaimana firman Allah: .

"Berdoalah kepada-Ku akan Ku penuhi permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina." (Ghafir : 60).

Dan sabda Rasulullah s.a.w: . "Doa itu ibadah." (HR.Ahmad dan Tirmidzi, beliau berkata: hasan sahih).

Apakah orang mati itu boleh mendengarkan doa?

Tidak boleh mendengar, dengan dalil firman Allah: .

"Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar." (an-Naml : 80). .

"Dan kamu sekali-kali tidak sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar." (faathir : 22).

********************

Sebelas Hal yang Dilakukan Ketika Datang dan Pulang dari Masjid

20

Page 21: Mari Berkongsi (Siri 4)

Sebidang tanah di bumi ini yang paling dicintai oleh Allah swt adalah rumah-rumah - Nya (masjid) yang di dalamnya ditegakkan ibadah kepada-Nya dan Dia di Esakan ..

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :“Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang ” . (An Nur : 36)

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

Maksud ayat ini bahwa Dia Yang Maha Tinggi memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya agar menjaga dan membersihkan masjid dari kotoran, permainan, perkataan dan perbuatan yang tidak boleh dilakukan di dalamnya. Sebagaimana yang dikatakan Ali bin Abi Tholhah dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu dan para ulama ahli tafsir yang lainnya tentang ayat ini bahwa Allah melarang melakukan sesuatu yang sia-sia di dalamnya .

.

Kaum Muslimin, semoga Allah memberi taufik kepada kita semua, bahwa masjid dibangun dengan tujuan digunakan sebagai tempat berdzikir kepada Allah swt, solat, menyampaikan ilmu agama, mengadakan pembicaraan yang baik dan yang sejenisnya.

.

Oleh kerana itu seharusnya bagi setiap muslim untuk memuliakan rumah-rumah Allah dengan menjaga adab-adab ketika hendak memasukinya dan ketika di dalamnya, di antara adab hendak masuk masjid dan ketika berada di dalamnya sebagaimana dituntunkan didalam agama kita adalah :

1. Membersihkan mulutnya dari bau yang tidak enak ketika hendak mendatangi Masjid.

Disebutkan di dalam Shahih Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdillah, dari Nabi s.a.w beliau bersabda:

21

Page 22: Mari Berkongsi (Siri 4)

”Siapa yang makan bawang merah, bawang putih atau bawang bakung (jering, petai dan selainnya), maka sungguh janganlah dia mendekati masjid kami, kerana malaikat terganggu dengan apa manusia terganggu dengannya”.

2. Membaca selawat atas nabi dan berdoa ketika hendak masuk ketika telah sampai pada pintunya.

Disebutkan dalam Sunan Abu Dawud dan dishahihkan Al Imam Ibnu Hibban dari sahabat Abu Humaid atau Abu Usaid Al Anshory, berkata:

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

Rasulullah s.a.w bersabda : .

“Jika seseorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah dia membaca selawat atas nabinya, kemudian hendaknya dia berkata :“Ya Allah ya Tuhan kami, bukalah pintu – pintu rahmat – Mu untukku”

Kemudian ketika keluar membaca :“Ya Allah ya Tuhan kami , sesungguhnya aku meminta kepada-Mu dari keutamaan - Mu“. .

Atau membaca doa-doa yang terdapat di dalam hadith-hadith sahih yang lainnya. .

3. Ketika masuk mendahulukan kaki kanan,

Ini kerana bahagian kanan itu untuk sesuatu yang mulia , sedangkan ketika keluar melangkahkan kaki kiri, dalam rangka memuliakan yang kanan.

Al Imam Bukhari dan Muslim telah mengeluarkan di dalam ” Sahih Keduanya ” , dari Aisyah ra, dia berkata :

22

Page 23: Mari Berkongsi (Siri 4)

“Bahwasanya Nabi s.a.w suka mendahulukan bahagian yang kanan ketika memakai sandal, bersisir, bersuci dan dalam semua urusannya (yang mulia) ” .

4. Menunaikan hak masjid iaitu melakukan solat dua rakaat sebelum duduk (solat tahiyyatul masjid)

Ketika manapun seseorang masuk dan walaupun sudah terlanjur duduk sebelum solat. .

Disebutkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Qatadah bin Rib’i Al-Anshory, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda :“ Jika seseorang dari kalian masuk masjid maka janganlah dia duduk ( di dalamnya ) sehingga dia melakukan solat dua rakaat “.

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

Al Imam Ibnu Hibban telah meriwayatkannya di dalam “ Sahihnya ” dari sahabat Abu Dzar bahwa dirinya telah masuk masjid (dan dia duduk sebelum solat), maka Nabi s.a.w berkata kepadanya : ’ Apakah kamu telah melakukan solat dua rakaat ?’, dia berkata : belum , maka beliau katakan : ‘ berdirilah kamu dan solatlah dua rakaat ‘” .

5. Tidak mengumumkan barang yang hilang di dalamnya.

Al-Imam Ahmad, Muslim dan selain dari keduanya telah meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu;“Barang Siapa yang mendengar seseorang sedang mencari barang yang hilang di dalam masjid,  maka hendaklah dia berkata : Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid-masjid itu tidaklah dibangun untuk demikian ini ”

.

6. Tidak melakukan jual beli di dalamnya .

23

Page 24: Mari Berkongsi (Siri 4)

Disebutkan di dalam hadis yang telah diriwayatkan Al Imam Tirmidzi, Nasai dan selain keduanya, juga dishahihkan oleh Al Imam Ibnu Khuzaimah dan Hakim dari sahabat Abu Hurairah ra, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda :

“Jika kalian melihat seseorang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka katakanlah Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perdaganganmu… ” .

Jual beli secara syar’i adalah tukar menukar barang dengan suka rela di atas sisi yang disyariatkan, maka jual beli itu ada empat macam:

1. Barang dijual (ditukar) dengan barang .

2. Barang dijual dengan matawang .

3. Mata wang dijual dengan mata wang (tukar menukar wang) baik yang sejenis seperti Ringgit dengan Ringgit atau yang tidak

sejenis seperti Ringgit dengan Dolar. .

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

4. Manfaat dengan harta ( jual jasa) .

Segala sesuatu yang tergolong dalam makna jual beli secara syar’i dan dilakukan di dalam masjid maka dia telah melakukan pelanggaran di dalamnya sehingga berhak didoakan kerugian sebagaimana yang ditunjukkan di dalam hadis ini, dan sebahagian ulama memakruhkan memberikan pelajaran untuk anak-anak (juga dewasa) di dalam masjid yang ditetapkan upah di dalamnya kerana tergolong dalam jual beli.

7. Tidak melakukan pekerjaan yang manfaatnya kembali kepada peribadi seseorang

Sedangkan jika manfaatnya kembali kepada umum agama kaum muslimin seperti berlatih menggunakan pedang, mempersiapkan alat-alat perang untuk berjihad dan yang lainnya yang tidak mengandungi

24

Page 25: Mari Berkongsi (Siri 4)

makna penghinaan bagi masjid, maka tidak mengapa. .

Di dalam “Shahih Bukhari dan Muslim” dari Aisyah ra , dia berkata :“Sungguh aku melihat Rasulullah s.a.w pada suatu hari di pintu kamarku, sedangkan kaum muslimin Habasyah sedang bermain-main tombak (berlatih menggunakannya) di dalam masjid , sementara Rasulullah s.a.w menutupi aku dengan pakaiannya , maka aku melihat permainan mereka” .

Di dalam salah satu lafadznya Umar masuk lalu merendahkan badannya untuk mengambil kerikil, maka kerikil itu dilemparkannya kepada mereka, kemudian Beliau s.a.w berkata : “ Biarkan wahai Umar ”

8. Tidak mengeraskan suara ketika berbicara

Di dalam ” Shahih Bukhari ” dari sahabat Sa’ib bin Yazid radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Aku pernah berdiri di dalam masjid , maka ada seseorang yang telah melempar kerikil kepadaku, lalu aku perhatikan orangnya ternyata dia adalah Umar bin Khathab, maka dia berkata: “datangilah dua orang itu kemudian bawalah mereka kepadaku”, lalu aku mendatanginya dengan dua orang itu , dan dia berkata: “Siapa

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

kalian ini atau dari mana kalian berdua ini ?”, maka keduanya berkata :dari Thaif, lalu Dia (Umar) berkata : “Kalau kalian berdua dari penduduk negeri (Madinah) ini tentu aku cambuk kalian, kerana kalian telah mengeraskan suara di masjid Rasulullah saw”. .

Sebahagian ulama membolehkan mengeraskan suara dalam pembicaraan ilmu (agama) dan selainnya yang diperlukan kaum muslimin kerana ia adalah tempat berkumpulnya mereka yang terkadang harus melakukan nya.

25

Page 26: Mari Berkongsi (Siri 4)

9. Tidak membaca syair-syair yang mengandung makna syirik dan mungkar,

sedangkan jika mengandung makna yang benar seperti makna tauhid dan ketaatan tidaklah terlarang selama tidak menjadikan orang lain yang ada di masjid terganggu dengannya dari ibadahnya. .

Terdapat di dalam “Shahih Bukhari dan Muslim”, dari sahabat Abu Hurairah bahwasanya Umar berjalan melewati Hasan bin Tsabit sedang mendendangkan syair-syair di dalam masjid , maka Umar mengarahkan perhatian kepadanya dengan tidak suka , maka Hasan berkata : “Sungguh aku pernah mendendangkan syair (di dalam masjid) dan di dalamnya ada seseorang yang labih baik dari engkau (iaitu Rasulullah s.a.w)”.

10. Tidak duduk melingkar di dalamnya sebelum ditegakkan nya Solat Jumaat

Walaupun untuk mempelajari ilmu (agama), disebabkan akan memutus saf-saf kaum muslimin dan disamping itu mereka diperintahkan untuk berkumpul lebih awal pada hari Jumaat dan merapatkan saf yang di depan dan seterusnya.

.

Terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan Al Imam Ibnu Khuzaimah di dalam “Shahihnya” , dan Tirmidzi di dalam “Sunannya” dan dia

Sebelas Hal (Mari Berkongsi siri 4)

menghasankannya dari Amer bin Syu’aib dari bapaknya dari datuknya, dari Rasulullah s.a.w:

“…. Sesungguhnya beliau melarang manusia duduk melingkar (di dalam masjid) pada hari Jumaat sebelum sholat (Jumaat) “ .

26

Page 27: Mari Berkongsi (Siri 4)

.

11. Tidur di dalam masjid dibolehkan baik laki-laki maupun perempuan

terlebih lagi bagi para musafir dan orang yang tidak memiliki rumah atau kerana ada hajat. .

Terdapat di dalam “Shahih Bukhari” dan selainnya bahwa Ibnu Umar ra. tidur di masjid Nabi s.a.w di masa beliau ketika dirinya masih muda sebelum berkeluarga . .

Al Imam Bukhari menyebutkan hadis dari Abu Hurairah ra., dia berkata : Sungguh aku melihat tujuh puluh ahli suffah – iaitu para sahabat yang fakir – (tidur di masjid Nabi), tidak ada dari mereka yang memiliki rida (pakaian bahagian atas badan) , sebaliknya di antara mereka ada yang memiliki kain penutup badan saja , atau satu helai pakaian saja, kain itu mereka ikatkan pada leher-leher mereka, maka di antara pakaian itu ada yang naik sampai pertengahan kedua betisnya, dan di antaranya ada yang naik sampai kedua mata kakinya , lalu dia rapatkan dengan tangannya kerana tidak suka auratnya terbuka.

.

Wahai saudaraku muslimin hiasilah diri engkau dengan adab dan akhlak yang mulia di manapun berada terlebih lagi ketika di dalam masjid, pakailah masjid itu hanya sebagai tempat zikir (beribadah) kepada Allah, janganlah dijadikan sebagai tempat bermain, berdagang, tempat duduk-duduk, dan sebagai jalan tanpa ada sebab, janganlah engkau berikan bahagian (ibadah) itu untuk selain Allah swt. di dalamnya.

Dia Yang Maha Suci berfirman :

Sebelas Hal, Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

27

Page 28: Mari Berkongsi (Siri 4)

“Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah ” . (QS Al-Jin :18).

Seseorang yang menegakkan perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah dan Rasul-Nya nescaya dia meraih keberuntungan di dunia dan di akhirat kelak .

“Dan barangsiapa menta`ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar“. (QS Al-Ahzab:71) .

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga `Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya“. (QS Al Bayyinah: 7-8).

Wallahu a’lam … .

********************

Kesalahan-kesalahan Dalam Berwuduk

Berwuduk, suatu kegiatan yang sudah akrab dengan kaum muslimin. Seorang muslim yang ingin beramal ibadah dengan benar sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w tentunya juga ingin mengetahui kesalahan-kesalahan yang terjadi yang dilakukan orang dalam praktik berwuduk, agar dapat terhindar dari kesalahan-kesalahan tersebut, diterangkan kesalahan-kesalahan yang sering terjadi! .

Memisahkan Antara Kumur-Kumur dan Menyedut Air

Memisahkan antara kumur-kumur dengan menyedut air, dengan cara mengambil air tersendiri untuk sedut (melalui hidung) selain dari air untuk berkumur - kumur, merupakan kesalahan yang hampir merata di tengah

28

Page 29: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

masyarakat. Perlu kami terangkan bahwa memisahkan antara kumur-kumur dengan menyedut air tidak dilandasi tuntunan yang benar dari Rasulullah s.a.w.

Orang yang melakukan hal tersebut sandarannya hanyalah berdasarkan di atas hadis yang lemah. Berikut ini penjelasannya. .

Hadits Thalhah bin Musharrif dari ayahnya, dari datuknya, beliau berkata:,“Saya masuk menemui Nabi s.a.w. dan beliau sedang berwudhu. Air menyucur dari wajah dan janggut beliau di atas dadanya. Saya melihat beliau memisahkan antara kumur-kumur dengan menyedut air ke hidung.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan - nya no. 139, Al -Baihaqy dalam Sunan - nya 1/51, dan Ath-Thabarany jilid 19 no. 409-410. Semuanya dari jalan Al-Laits bin Abi Sulaim dari Thalhah bin Musharrif, dari ayahnya, dari datuknya. Lalu dalam salah satu riwayat Ath-Thabarany dengan lafazh,

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berwuduk lalu berkumur-kumur tiga kali dan menyedut air tiga kali. Beliau mengambil air baru (baca: tersendiri) untuk setiap anggota ….” .

Hadis ini adalah hadis yang lemah sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hatim dalam Al-‘Ilal 1/53 karya anaknya. Ada dua kelemahan dalam sanadnya: .

Pertama , terdapat rawi yang bernama Al-Laits bin Abi Sulaim dan ia telah dilemahkan oleh Ibnu Mahdy, Yahya Al-Qaththan, Ibnu ‘Uyyainah, Ibnu Ma’in, Ahmad, Abu Hatim, Abu Zur’ah, Ya’qub Al-Fasawy, An-Nasa`i dan lain-lainnya, bahkan Imam An-Nawawy, dalam Tahdzib Al-Asma` Wa Al-Lughat 1/2/75, menukil kesepakatan para ulama atas lemah dan goncangnya hadis Al-Laits bin Abi Sulaim.

29

Page 30: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Kedua , ayah Thalhah bin Musharrif adalah rawi yang majhul ‘tidak dikenal’.

Baca Tahdzibut Tahdzib , Al-Badrul Munir 3/277-286, At-Talkhish Al-Habir 1/133-134, dan Nashbur Rayah 1/17. .

Al-Hafizh Ibnu Hajar, dalam At-Talkhish , menyebutkan bahwa Ibnus Sakan menyebut dalam Shahih - nya satu hadits dari jalan Abu Wa`il Syaqiq bin Salamah, bahwa beliau berkata:,

“Saya menyaksikan ‘Ali bin Abi Thalib dan ‘Utsman bin ‘Affan berwudhu tiga kali-tiga kali, lalu keduanya menyendirikan (baca: memisahkan) kumur-kumur dari menyedut air. Kemudian keduanya berkata, ‘Demikianlah kami melihat Rasulullah s.a.w berwudhu.’.”

.

Saya berkata , “Al-Hafizh Ibnu Hajar tidak menyebutkan sanad hadis ini, tapi boleh dipastikan bahwa hadis ini lemah kerana ‘Utsman bin ‘Affan, dalam riwayat Bukhary-Muslim dan selainnya, telah memperagakan cara Rasulullah s.a.w berwuduk dan beliau tidak memisahkan antara kumur-kumur dan menyedut air. Demikian pula ‘Ali bin Abi Thalib, dalam riwayat yang sahih dari beliau, memperagakan cara Rasulullah s.a.w berwudhu, tetapi tidak memisahkan antara kumur-kumur dan menyedut air.

Kemudian saya menemukan sanad hadis Abu Wa`il Syaqiq bin Salamah yang disebutkan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar tersebut, yaitu diriwayatkan oleh Ibnul Ja’d sebagaimana dalam Al-Ja’diyyat no. 3406 dan dari jalannya diriwayatkan oleh Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah no. 347 dari jalan ‘Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban, dari ‘Abdah bin Abi Lubabah, dari Syaqiq bin Salamah, sama dengan lafaz yang disebut oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar tapi ‘Ali bin Abi Thalib tidak disebutkan.

30

Page 31: Mari Berkongsi (Siri 4)

.

Adapun ‘Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban, yang ada di dalam sanad, adalah rawi yang dha’if maka hadis ini adalah mungkar kerana menyelisihi riwayat para rawi yang tsiqah ‘terpercaya’ yang tidak menyebutkan lafaz ini.” .

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Maka sebagai kesimpulan, seluruh hadis, yang menjelaskan bahwa kumur-kumur dipisah dari menghirup air, adalah lemah.

Berkata Imam An-Nawawy dalam Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab 1/398, “Adapun memisah (antara kumur-kumur dan menyedut air), tidak ada sama sekali hadis yang tsabit ‘kuat, sah’. Yang ada hanyalah hadis Thalhah bin Musharrif dan ia adalah (rawi yang) lemah.”

.

Berkata Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma’ad 1/192-193, “Dan tidaklah datang (keterangan tentang) memisah antara kumur-kumur dan menyedut air dalam hadis yang sahih sama sekali.”

.

Setelah membaca huraian lemahnya hadis yang menjelaskan disyariat kannya memisahkan antara kumur-kumur dan menyedut air, mungkin akan muncul pertanyaan di dalam benak, “Kalau cara memisah antara kumur-kumur dan menyedut air itu salah, lalu bagaimana cara yang benarnya?” .

Cara Yang betul (dari dua sudut):

Secara global , kami menetapkan bahwa berkumur-kumur dan menyedut air adalah menggabungkannya dengan cara mengambil air lalu digunakan untuk berkumur-kumur sekaligus menghirup air. .

Secara teperinci , dalam hadits Rasulullah s.a. w diterangkan tiga kaifiyah ‘cara’ dalam berkumur-kumur dan menghirup air.

31

Page 32: Mari Berkongsi (Siri 4)

.

* Pertama ,

berkumur-kumur dan menyedut air secara bersamaan dari satu telapak tangan sebanyak tiga kali cidukan. Hal ini diterangkan dalam beberapa hadis, di antaranya hadis ‘Abdullah bin Zaid riwayat Bukhary - Muslim,

“Maka beliau berkumur-kumur dan menyedut air dari satu telapak tangan. Beliau mengerjakan itu sebanyak tiga kali.”

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

* Kedua ,

berkumur-kumur dan menyedut air secara bersamaan sebanyak tiga kali dari satu kali cidukan air dengan satu telapak tangan. Cara ini, walaupun agak sulit diterapkan, tetapi memungkinkan dan mampu dilakukan, sebab kaifiyah ini telah diterangkan dalam hadis ‘Abdullah bin Zaid riwayat Bukhary, .

“Maka beliau berkumur-kumur dan (menyedut air lalu) mengeluarkannya sebanyak tiga kali dari satu cidukan.”

.

* Ketiga ,

berkumur-kumur tiga kali lalu menyedut air tiga kali dari satu kali cidukan dengan satu telapak tangan. Hal ini dijelaskan dalam hadis ‘Ali bin Abi Thalib, .

“Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bejana lalu berkumur-kumur tiga kali dan menyedut air tiga kali.” (diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasa`i dan lain-lain, dan disahihkan oleh Syaikh Muqbil dalam Jami’ Ash-Shahih dan Al-Hafizh, dalam At-Talkhish , menyebutkan jalan-jalan yang banyak dari hadis ini).

.

32

Page 33: Mari Berkongsi (Siri 4)

Walaupun hadis ini mengandung ihtimal ‘kemungkinan’, tetapi zahirnya menunjukkan kaifiyah tersendiri. Wallahu a’lam.

.

Baca Ikhtiyarat Ibnu Qudamah 1/158, Al-Mughny 1/170-171, dan Al-Majmu’ 1/397-398 .

Lalai Dalam Menyempurnakan Wudhu

Lalai dalam menyempurnakan wudhu, sehingga menyebabkan ada bahagian dari anggota wudhu (anggota badan dalam berwudhu) yang terluput dari basuhan air, adalah kesalahan besar, apalagi kalau yang terluput dari basuhan air itu adalah anggota yang merupakan rukun wudhu, maka wudhu dianggap batal. Dimaklumi bersama, bahwa anggota yang merupakan rukun wudhu adalah yang tertera dalam ayat 5 surah Al-Maidah,

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

“Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian berdiri hendak mengerjakan solat, maka cucilah wajah-wajah kalian dan tangan-tangan kalian sampai ke siku, lalu usaplah kepala-kepala kalian dan cucilah kaki-kaki kalian sampai ke mata kaki.” .

Berikut ini beberapa dalil yang menunjukkan kewajiban dan keutamaan menyempurna-kan wudhu. .

Pertama ,

hadis Abu Hurairah, bahwa Rasulullah s.a.w. mengajar seseorang yang buruk solatnya,“Jika kamu hendak solat, maka sempurnakanlah wudhu.” (diriwayatkan oleh Bukhary-Muslim). .

Kedua ,

Hadis Laqith bin Saburah, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya, “Sempurnakanlah wudhu.” .

33

Page 34: Mari Berkongsi (Siri 4)

(Diriwayatkan oleh Asy-Syafi’iy dalam Al-Umm 1/52, Ahmad 4/32-33, ‘Abdurrazzaq no. 79, Abu ‘Ubaid dalam Ath-Thahur no. 284, Ath-Thayalisy no. 171, Al-Bukhary dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 166, Abu Daud no. 141, Tirmidzy no. 788, Ibnu Majah no. 407, An-Nasa`i 1/66,79, Ibnul Mundzir dalam Al-Ausath 1/406-407, Ibnu Khuzaimah no. 150 168, Ibnu Hibban no. 1053, 1087, Al-Hakim 1/247-248 dan 4/123, Al-Baihaqy 1/50, 51, 76 dan 7/303, Ath-Thabarany 19/no. 281, dan Ibnu ‘Abdil Barr 18/223. Dishahihkan oleh Syaikhuna Muqbil dalam Al-Jami’ Ash-Shahih ). .

Ketiga ,

hadis Abu Hurairah dan ‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash riwayat Bukhary-Muslim dan hadis ‘Aisyah riwayat Muslim, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Celakalah tumit-tumit dari api neraka.”

.

Sebab wurud (pengucapan) hadis adalah kerana sebahagian dari para shahabat yang berwudhu dan hanya mengusap di atas kakinya,

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

maka Rasulullah s.a.w menegur mereka dengan hadis di atas. .

Keempat ,

hadis ‘Utsman bin ‘Affan, Rasulullah s.a.w bersabda,

.

“Tidaklah seorang muslim berwudhu lalu ia menyempurnakan wudhu yang Allah tetapkan atasnya kemudian dia mengerjakan solat lima waktu, kecuali ia menjadi kaffarah (penggugur dosa) di antara kelimanya.” (diriwayatkan oleh Muslim) .

Kelima ,

34

Page 35: Mari Berkongsi (Siri 4)

Hadis ‘Utsman bin ‘Affan riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w menyata kan”,“Barangsiapa yang berwudhu untuk solat, lalu ia menyempurnakan wudhunya kemudian melangkah untuk mengerjakan solat wajib sehingga ia solat wajib bersama orang-orang atau bersama jamaah atau di masjid, maka Allah mengampuni untuk dosa-dosanya.”

.

Mencuci Anggota Wudhu Lebih Dari Tiga Kali

Rasulullah s.a.w, dalam mencuci anggota wudhu, mencontohkan beberapa kaifiyah. .

Kadang beliau mencuci anggota wudhunya tiga-tiga kali, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis yang sangat banyak, seperti hadis ‘Utsman bin ‘Affan riwayat Bukhari - Muslim dan hadis ‘Abdullah bin Zaid riwayat Bukhari – Muslim. .

Kadang pula beliau mencuci anggota wudhunya dua-dua kali, sebagaimana dalam hadis ‘Abdullah bin Zaid riwayat Bukhari,“Sesungguhnya Nabi s.a.w berwudhu 2 kali 2 kali.”

Kadang beliau juga mencuci anggota wudhunya satu-satu kali, dan ini merupakan batasan wajibnya. Hal ini diterangkan oleh Ibnu ‘Abbas

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

dalam riwayat Bukhari, “ Nabi s.a.w berwudhu satu kali satu kali. ”

Selain itu, kadang-kadang beliau berselang-seli dalam mencucinya dengan cara mencuci sebahagiannya tiga kali, sebahagian lain dua dan satu kali, sebagaimana praktik wudhu Rasulullah s.a.w. yang diperagakan oleh ‘Abdullah bin Zaid,

.

35

Page 36: Mari Berkongsi (Siri 4)

“Maka beliau menuangkan air di atas telapak tangannya kemudian mencucinya tiga kali kemudian beliau memasukkan tangannya (ke dalam bejana) lalu mengeluarkannya kemudian beliau berkumur-kumur dan menghirup air dari satu telapak tangan, beliau lakukan itu tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangannya lalu mengeluarkannya kemudian mencuci wajahnya tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangannya lalu mengeluarkan kemudian mencuci kedua tangannya sampai ke siku dua kali dua kali. Kemudian beliau memasukkan tangannya lalu mengeluarkannya kemudian mengusap kepalanya; menggerakkan kedua tangannya ke belakang dan mengedepankan nya. Kemudian beliau mencuci kedua kakinya sampai ke mata kaki.” (diriwayatkan oleh Bukhari - Muslim, dan lafazh ini milik Muslim).

Ini tuntunan Rasulullah s.a.w dalam mencuci anggota wudhunya, tidak dinukil beliau mencuci anggota wudhunya lebih dari tiga kali, bahkan yang ada adalah larangan melebihi tiga kali sebagaimana yang diterangkan dalam hadis dari jalan ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya,

“Datang seorang A’raby kepada Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya tentang wudhu. Maka beliau memperlihatkan wudhu tiga-tiga kali lalu beliau berkata, ‘Inilah wudhu, siapa yang menambah di atas ini maka ia telah berbuat jelek, melampaui batas dan berbuat zhalim.’.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud no. 135, Ibnu Majah no. 422, An-Nasa`i no. 140, Ahmad 2/180, Ibnul Jarud dalam Al-Muntaqa no. 75, Ibnu Khuzaimah no. 174, Ath-Thahawy dalam Syarh Musykil Al-Âtsar 1/36 , Ibnul Mundzir dalam Al-Ausath 1/361 no. 329, dan Al-Baihaqy 1/79 dengan sanad yang hasan).

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Para ulama menyebutkan bahwa dikatakan ia berbuat buruk kerana meninggalkan yang lebih utama dan dikatakan melampaui batas kerana melampaui batasan sunnahnya dan dikatakan berbuat zhalim kerana menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya. .

36

Page 37: Mari Berkongsi (Siri 4)

Tapi, perlu diingat, bahwa larangan mencuci anggota wudhu lebih dari tiga kali ini berlaku kalau anggota wudhunya dengan tiga kali telah terbasuh sempurna dengan air, adapun seperti orang yang berada di terik matahari atau semisalnya kemudian tatkala dia membasuh anggota wudhunya tiga kali dan ternyata setelah itu masih ada bahagian yang belum tersentuh oleh air maka di sini ia boleh menambah dan membasuh bahagian yang belum tersentuh air tersebut berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan di atas tentang kewajiban menyempurnakan wudhu. .

Selain itu, para ulama berbeza pendapat tentang larangan melebihkan cucian dari tiga kali, apakah larangan itu bersifat makruh atau haram

Imam Syafi’i dan majoriti ulama syafi’iyah menganggap hal tersebut makruh ”karahah tanzih” ‘makruh yang tidak sampai haram’.

Ibnul Mubarak berkata, “Saya tidak menjamin seseorang yang melebihkan wudhunya lebih dari tiga kali bahawa ia tidak berdosa.”

Berkata Ahmad dan Ishaq, “Tidak ada yang menambah lebih dari tiga kali kecuali orang yang tertimpa musibah/malapetaka.”

.

Imam Al-Bukhary berkata, “Dan Nabi s.a.w. menerangkan bahawa kewajiban wudhu adalah satu-satu kali dan beliau juga berwudhu dua-dua kali dan tiga-tiga kali dan beliau tidak menambah di atas tiga kali, dan para ulama menganggap makruh berlebihan di dalamnya dan melewati perbuatan Nabi s.a.w.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Itu juga adalah bid’ah dan kesesatan menurut kesepakatan kaum muslimin. Bukanlah sunnah dan bukan ketaatan dan qurbah ‘pendekatan diri’ dan siapa yang

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

37

Page 38: Mari Berkongsi (Siri 4)

mengerjakannya di atas dasar itu sebagai ibadah dan ketaatan maka hendaknya dilarang dari hal tersebut. Kalau tidak mau, maka diberi ta’zir ‘hukuman pelajaran’ untuknya kerana itu.” .

Baca Al-Mughny 1/193-194, Sahih Al-Bukhary bersama Fathul Bary 1/232-234, Al-Majmu’ 1/466-468, Al-Fatawa 21/168, Nailul Authar 1/218, dan lain-lain. .

Mengusap Kepala Tiga Kali

Mengusap kepala tiga kali juga termasuk kesalahan-kesalahan dalam wudhu kerana hal tersebut tidak dibangun di atas landasan yang kuat.

Untuk mengetahui tidak kuatnya landasan pendapat ini semak huraian pendapat para ulama dalam masalah ini. .

Pendapat pertama ,

disunnahkan mengusap kepala tiga kali. Ini adalah pendapat Imam Syafi’iy dan pengikutnya, pendapat Imam Ahmad dalam satu riwayat, dan Daud Azh-Zhahiry. Dalilnya sebagai berikut:

1. Hadis-hadis yang disebutkan di atas bahawa Nabi s.a.w. berwudhu tiga kali-tiga kali. Masuk di dalamnya tiga kali-tiga kali.

2. Mereka juga berdalilkan dengan hadis ‘Utsman bin ‘Affan dalam sebahagian riwayat dengan maksudnya,

“Dan beliau mengusap kepalanya tiga kali.”

Pendapat kedua ,

tidak disyariatkan mengusap kepala kecuali satu kali. Ini merupakan pendapat jumhur ulama seperti Abu Hanifah, Malik, Ahmad yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, Salim bin ‘Abdillah, An-Nakha’iy, Mujahid, Thalhah bin Musharrif dan Al-Hakam bin ‘Utaibah. .

38

Page 39: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Dalil akan kuatnya pendapat ini sangat banyak, di antaranya:

Hadis ‘Abdullah bin Zaid riwayat Bukhari - Muslim, “ Kemudian beliau mengusap kepalanya mengedepankan dan mengebelakangkannya satu kali.”

Hadis ‘Ali bin Abi Thalib r.a. ketika beliau mencontohkan wudhu Rasulullah s.a.w.,

“ Kemudian beliau mengusap kepalanya satu kali .”

.

Riwayat Abu Daud no. 111, Tirmidzy no. 48, An-Nasa`i no. 92, Ahmad 1/154, Al-Baihaqy 1/68, Al-Maqdasy no. 642, dan lain-lain. Disahihkan oleh Syaikhuna Muqbil dalam Al-Jami’ Ash-Shahih. .

Hadis-hadis yang sangat banyak yang menjelaskan sifat wudhu Rasulullah s.a.w., yang hadis-hadis tersebut menyebutkan seluruh anggota wudhu dicuci tiga kali kecuali kepala tidak disebutkan berapa kali diusap. Ini menunjukkan bahwa jumlah usapan kepala tidaklah sama dengan anggota yang lainnya. .

Adapun dalil-dalil pendapat pertama di jawab sebagai berikut,

1. Konteks hadis-hadis yang menunjukkan bahwa Nabi s.a.w. mencuci anggota wudhunya tiga kali-tiga kali adalah riwayat yang global/ mutlak dan riwayat global ini telah diterangkan secara terperinci dalam hadis-hadis yang telah disebutkan bahawa Nabi s.a.w. mengusap kepala satu kali.

2. Seluruh hadis-hadis yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w. mengusap kepala lebih dari satu kali adalah hadis-hadis yang lemah.

39

Page 40: Mari Berkongsi (Siri 4)

Berikut penjelasan hadits-hadits lemah (yang dimaksud pada poin di atas) tersebut.

Hadis Pertama:

Hadis Ar-Rubayyi’ bintu Mu’awwidz,

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

“Dan beliau mengusap kepalanya dua kali.”

Hadis ini dikeluarkan oleh ‘Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf no. 11, Abu Daud no. 126, At-Tirmidzy no. 33, Ibnu Majah no. 438, Ahmad 6/359, Ath-Thabarany 24/no. 675, 681, 686, 687 dan dalam Al-Ausath no. 939, dan Al-Baihaqy 1/64. Semuanya dari jalan ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil dan dia ini adalah rawi yang diperselisihkan oleh para ulama apakah bisa diterima hadisnya atau tidak. Dan saya lebih condong ke pendapat syeikh Muqbil rahimahullah yang menguatkan akan lemahnya riwayatnya, apalagi dalam hadis ini dia telah goncang dalam meriwayatkannya. Kegoncangan tersebut kerana di dalam riwayat lain, yang dikeluarkan oleh Abu Daud no. 129, At-Tirmidzy no. 34, Ibnu Abi Syaibah no. 59, Al-Baihaqy 1/58-60, Ath-Thabarany 24/no. 689 dan dalam Al-Ausath no. 2388, 6100 dan dalam Ash-Shaghir no. 1167, dan Ibnul Jauzy dalam At-Tahqiq no. 144, ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil menyebutkan mengusap kepala satu kali bukan dua kali. Maka ini memperkuat akan lemahnya hadis ini, Wallahu A’lam.

Hadis Kedua:

Hadits ‘Utsman bin ‘Affan.

Berkata Imam Al-Baihaqy dalam As-Sunan Al-Kubra 1/62, “Telah diriwayatkan dari riwayat-riwayat yang aneh dari ‘Utsman ra. pengulangan dalam mengusap kepala, akan tetapi riwayat-riwayat tersebut - bersamaan dengan menyelisihi riwayat para huffazh ‘ahli hafalan’ yang tsiqah - bukanlah hujah di kalangan Ahli Ma’rifat ‘para ulama’ walaupun sebagian Ashhab ‘orang-orang Syafi’iyah’ berhujah dengannya.”

40

Page 41: Mari Berkongsi (Siri 4)

Berkata Abu Daud dalam As-Sunan 1/64 (cet. Dar Ibnu Hazm), “ Hadis-hadis ‘Utsman yang sahih semuanya menunjukkan bahwa mengusap kepala itu hanya sekali saja.” .

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Ini kesimpulan secara global tentang kelemahan riwayat mengusap kepala tiga kali dalam hadis ‘Utsman bin ‘Affan. .

Adapun penjelasan lemahnya secara terperinci adalah sebagai berikut.

Penyebutan kepala diusap tiga kali dalam hadis ‘Utsman bin ‘Affan datang dalam lima jalan: .

Pertama ,

dari jalan ‘Abdurrahman bin Wardan, dari Abu Salamah, dari Humran, dari ‘Utsman bin ‘Affan. .

Diriwayatkan oleh Abu Daud no. 107, Al-Bazzar no. 418, Ad-Daraquthny 1/91, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah no. 328, dan Al-Baihaqy 1/62.

‘Abdurrahman bin Wardan ini rawi yang lemah di tingkatan syawahid ‘pendukung’.

Kedua ,

dari jalan ‘Amir bin Syaqiq bin Jamrah, dari Syaqiq bin Salamah, dari ‘Utsman.

Diriwayatkan oleh Abu Daud no. 110, Ad-Daraquthny 1/91 dan Al-Baihaqy 1/63. Di dalam sanad hadis ini ada dua cacat:

41

Page 42: Mari Berkongsi (Siri 4)

   1. ‘Amir bin Syaqiq hádala layyinul hadis ‘ lembik hadisnya ’ sebagaimana yang disimpulkan oleh Ibnu Hajar dalam At-Taqrib .

2. ‘Amir bin Syaqiq telah goncang dalam meriwayatkan hadis ini kerana, dalam Sunan Abu Daud , Musnad Al-Bazzar no. 393, dan Sahih Ibnu Khuzaimah , dia meriwayatkan hadis yang sama dan tidak menyebutkan bahwa kepala diusap tiga kali.

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Ketiga ,

dari jalan Muhammad bin ‘Abdillah bin Abi Maryam, dari Ibnu Darah Maula ‘Utsman, dari ‘Utsman. .

Dikeluarkan oleh Ahmad 1/61, Ad-Daraquthny 1/91-92, Al-Baihaqy 1/62, Al-Maqdasy no. 364, dan Ibnu Jauzy dalam At-Tahqiq no. 136. Ibnu Darah ini majhulul hal ‘tidak dikenal’ sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam At-Talkhis 1/146 (cet. Mu’assah Qurthubah), dan ada kemungkinan dia goncang dalam meriwayatkan hadis ini, sebab dalam riwayat Al-Bazzar no. 409 tidak disebutkan mengusap kepala tiga kali.

Kempat ,

Dari jalan Ishaq bin Yahya, dari Mu’awiyah bin ‘Abdillah bin Ja’far bin Abi Thalib, dari ayahnya, dari ‘Utsman.

.

Dikeluarkan oleh Imam Ad-Daraquthny dan Al-Baihaqy 1/63. Ishaq bin Yahya ini matrukul hadis ‘ditinggalkan hadisnya’. .

Kelima ,

dari jalan Shalih bin Abdul Jabbar, dari Ibnu Bailamany, dari ayahnya, dari ‘Utsman bin ‘Affan. .

42

Page 43: Mari Berkongsi (Siri 4)

Diriwayatkan oleh Imam Ad-Daraquthny 1/92 dan di dalam sanadnya ada tiga kelemahan: .

1. Shalih bin ‘Abdul Jabbar meriwayatkan hadis - hadis yang mungkar dari Ibnul Bailamany. Demikian ulasan Al-‘Uqaily.

2. Ibnul Bailamany, namanya adalah Muhammad bin Abdurrahman. Ia ini rawi yang mungkarul hadis, bahwa dianggap Muttaham ‘dicurigai berdusta’, oleh Ibnu ‘Ady dan Ibnu Hibban. .

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

3. Ayah Ibnul Bailamany, yaitu ‘Abdurrahman, dha’if sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar.

.

(Lihat Mizanul I’tidal , Lisanul Mizan , Taqribut Tahdzib dan lain-lain.)

Catatan

ada beberapa jalan lain yang disebutkan oleh Ibnul Mulaqqin dalam Al-Badru Al-Munir, tapi setelah saya merujuk keasalnya, ternyata tidak ada lafazh mengusap kepala tiga kali. Kerana itu, kami tidak menyebut kannya.

Hadis Ketiga :

Hadis ‘Ali bin Abi Thalib.

Iman Az-Zaila’iy dalam kitabnya, Nashbur Rayah 1/32-33, menyebutkan bahwa ada tiga jalan dalam hadis ‘Ali bin Abi Thalib yang menyebutkan bahwa kepala diusap tiga kali. Berikut ini huraian jalan-jalan tersebut.

Pertama ,

43

Page 44: Mari Berkongsi (Siri 4)

dari jalan Abu Hanifah meriwayatkan dari Khalid bin ‘Alqamah, dari ‘Abdul Khair, dari Aly. .

Diriwayatkan oleh Abu Hanifah sebagaimana dalam Musnad - nya, Abu Yusuf dalam Kitabul Atsar no. 4, dan Al-Baihaqy 1/63. .

Di dalamnya ada dua kelemahan: 1. Abu Hanifah dha’if menurut jumhur ulama Al-Jarh Wat-Ta’dil.

Baca Nasyru Ash-Shahifah karya Syaikhuna Muqbil rahimahullah.  

2. Imam Ad-Daraquthny menyebutkan bahwa Abu Hanifah telah menyelisihi Sekelompok ulama Al-Huffadz ‘ ahli hafalan ’ seperti Zaidah bin Qudamah, Sufyan Ats-Tsaury, Syu’bah, Abu ‘Awanah, Syarik, Ja’far bin Harits, Harun bin Sa’d, Ja’far bin

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Muhammad, Hajjaj bin Artha`ah, Aban bin Taghlib, Aly bin Shalih, Hazim bin Ibrahim, Hasan bin Shalih dan Ja’far Al-Ahmar. Semua menyebutkan bahwa kepala hanya diusap satu kali, bukan tiga kali. Demikian dinukil Az-Zaila’iy dalam Nashbur Rayah dan lihat juga ‘ Ilal Ad-Daraquthny 4\48-31.

.

Kedua ,

diriwayatkan oleh Imam Al-Bazzar dalam Musnad -nya no. 736 dari jalan Abu Daud Ath-Thayalisi, dari Sallam bin Sulaim Abul Ahwash, dari Abu Ishaq, dari Abu Hayyah bin Qais, dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dan disebutkan bahwa beliau mengusap kepalanya tiga kali.

Demikian riwayat Al-Bazzar. Tetapi riwayatnya ini diselisihi oleh para imam lainnya seperti Abu Daud dalam Sunan -nya, At-Tarmidzi, An-Nasa`i , Ibnu Majah no. 436, 456, Al-Bukhari dalam Al-Kuna hal. 24, Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id Al-Musnad 1/127,157, Abu Ya’la, Al-Maqdasy dalam Al-Mukhtarah no. 795-798, dan Al-Baihaqi 1/75.

44

Page 45: Mari Berkongsi (Siri 4)

.

Maka jelaslah dari sini ada kesalahan dalam riwayat Al-Bazzar. Tetapi, dari mana asal kesalahan ini, sedangkan seluruh rawi Al-Bazzar Muhtajun Bihim ‘ dipakai berhujjah ’?

.

Saya lebih condong menitikberatkan kesalahan pada Al-Bazzar kerana beliau memiliki kelemahan dari sisi hafalannya. Wallahu A’lam.

Ketiga ,

diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabarany dalam Musnad Asy-Syamiyyin no. 1336. Di dalam sanadnya terdapat rawi-rawi yang saya tidak temukan biografinya, dan ada rawi yang bernama Sulaiman bin Abdurrahman dha’if dan rawi lain bernama ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Ubaidillah Al-Himsyi dha’if kadang-kadang meriwayatkan hadis mungkar.

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Hadis Keempat:

Hadis Abu Hurairah.Diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabarani dalam Al-Ausath no. 5912 dari Abu Hurairah ra. berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berwudhu maka beliau berkumur-kumur tiga kali dan menghirup air tiga kali dan mencuci wajahnya tiga kali dan mencuci kedua tangannya tiga kali mengusap kepalanya tiga kali dan mencuci kedua kakinya tiga kali.” .

Di dalam sanadnya terdapat dua cacat:

45

Page 46: Mari Berkongsi (Siri 4)

1. Guru Imam Ath-Thabarany, Muhammad bin Yahya bin Al-Mundzir Al-Qazzaz Al-Bashry, tidak disebutkan padanya jarh dan ta’dil.

2. ‘Amir bin ‘Abdul Wahid Al-Ahwal disimpulkan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Taqribut Tahdzib bahwa beliau hádala shaduqun yukhti`u, bererti ia menurut penilaian Al-Hafizh aníllala dipakai sebagai pendukung. Kemudian tidak pantas ia bersendirian dari ‘Atha` bin Abi Rabah dalam meriwayatkan hadis yang seperti ini kerana ‘Atha` adalah seorang rawi yang terkenal mempunyai banyak murid lalu dimana murid - muridnya yang lain yang lebih senior? Kenapa mereka tidak meriwayatkan hadis ini? Wallahu A’lam.

.

Dari huraian di atas jelaslah lemah pendapat bahwa kepala boleh diusap lebih dari satu kali. Bererti dengan hal ini nampak kuat pendapat bahwa kepala hanya diusap satu kali. .

Pendapat ini yang dikuatkan oleh Ibnu Qudamah, Ibnu Taimiyah, Syaikh Muqbil, dan lain-lain. Wallahu a’lam. .

Baca Al-Mughny 1/178-180, Al-Majmu’ 1/460-465, Al-Fatawa 21/125-127.

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Mengusap Telinga Dengan Air Tersendiri

Dalam praktik wudhu di tengah masyarakat, kebanyakan dari mereka ketika mengusap kepala mengambil air kemudian setelah itu mengambil air lagi untuk mengusap telinga. Ini juga merupakan kesalahan dalam wudhu. .

Kami tegaskan demikian kerana dua alasan:

Alasan pertama ,

46

Page 47: Mari Berkongsi (Siri 4)

dalil-dalil yang dipakai tentang disyariatkannya mengambil air baru untuk telinga bersumber dari hadis yang lemah, yakni hadis ‘Abdullah bin Zaid,

“Sesungguhnya ia melihat Rasulullah s.a.w. berwudhu lalu beliau mengambil untuk kedua telinganya air selain dari air yang dia ambil untuk kepalanya.” .

Hadis dengan lafazh ini diiriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari jalan Al-Haitsam bin Kharijah dari Ibnu Wahb dari ‘Âmir bin Harits dari ‘Itban bin Waqi’ Al-Anshary dari ayahnya dari ‘Abdullah bin Zaid. Imam Al-Baihaqi juga menyebutkan bahwa ada rawi lain juga meriwayatkan hal yang sama dari Ibnu Wahb yaitu ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Imran bin Miqlash dan Harmalah bin Yahya. .

Hadis ini syadz ‘lemah’ sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram . Kami menetapkan syadz-nya hadits ini kerana tiga sebab: .

1. Imam Muslim meriwayatkan hadis ini dari jalan Ibnu Wahb tetapi dengan lafazh, “ Dan beliau mengusap kepalanya dengan air bukan sisa ( air untuk mencuci ) tangannya.”

2. Imam Ibnu Turkumany, dalam Al-Jauhar An-Naqy , menyebutkan bahwa Ibnu Daqiq Al-Ied melihat dalam riwayat Ibnul Muqri’ dari

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

harmalah dari Ibnu Wahb bukan seperti lafazh Al-Baihaqi tetapi seperti lafazh Muslim.

3. Enam orang rawi semua meriwayatkan dari Ibnu Wahb dan mereka menyebutkan hadis dengan lafazh riwayat Muslim. Enam rawi itu adalah: Harun bin Ma’ruf, Harun bin Sa’id, Abu Ath-Thahir, Hajjaj bin Ibrahim Al-Azraq, Ahmad bin ‘Abdirrahman bin Wahb, dan Syuraij bin Nu’man. Lihat riwayat mereka dalam Sahih Muslim no. 236, Musnad Abu ‘Awanah , dan Musnad Ahmad 4/41.

47

Page 48: Mari Berkongsi (Siri 4)

Nampaklah dari sini kesalahan riwayat Al-Baihaqi yang menetapkan bahwa telinga diusap dengan air tersendiri, sehingga riwayat ini tidak boleh dipakai berhujah.

Alasan kedua ,

mengambil air tersendiri untuk kedua telinga adalah menyelisihi sunnah Rasulullah s.a.w., sebab dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah s.a.w. menyatakan,

“ Kedua telinga itu bahagian dari kepala. ” ( Disahihkan oleh Syaikh Al-Albany dalam Ash-Shahihah no. 36 ). .

Maksud hadis ini bahwa telinga itu sebahagian dari kepala dan hukumnya sama dengan kepala. Kerana sebahagian dari kepala, maka kedua telinga diusap dengan air yang diambil untuk kepala.

Sebagai kesimpulan bahwa kedua telinga diusap dengan air lebih dari kepala setelah mengusap kepala dan tidak disyaratkan meng ambil air tersendiri untuk telinga. Wallahu a’lam.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, “ Dan cara wudhu yang pasti dari beliau s.a.w., dalam riwayat Ash-Shahihain ( Bukhari – Muslim ) dan lain-lainnya dari beberapa jalan, tidak ada padanya ( keterangan ) mengambil air baru bagi telinga. ” Lihat Al-Fatawa 11/279.

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Berkata Ibnul Qayyim, “ Dan tidak tsabit ‘tetap/sahih’ dari beliau bahwa beliau mengambil untuk kedua ( telinga)nya air baru. ” Lihat Zadul Ma’ad 1/195).

.

Pendapat yang kami kuatkan ini adalah pendapat Jumhur ulama.Baca Al-Mughny 1/183-184, Al-Majmu’ 1/424-426, Nailul Authar 1/204

48

Page 49: Mari Berkongsi (Siri 4)

dan lain-lainnya.

Mengusap Leher dan Tengkuk

Termasuk kesalahan dalam berwudhu adalah mengusap leher atau sebahagian darinya seperti tengkuk. Kesalahan perkara tersebut adalah jelas kerana tidak ada hadis yang sahih yang menunjukkan hal tersebut. Yang ada hanyalah hadis – hadis yang lemah ataupun palsu, di antaranya:

Hadis Laits bin Abi Sulaim dari Thalhah bin Musharrif, dari ayahnya, dari datuknya,

“ Sesungguhnya beliau melihat Rasulullah s.a.w. mengusap kepalanya hingga ke belakang kepala ( tengkuk ) dan yang setelahnya dari permulaan batang leher .” .

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad 3/481, Abu Daud no. 132, Al-Baihaqi 1/60, Ath -Thahawy dalam Syarh Ma’any Al - Atsar 1/30, Ath - Thabarani 19/180/407, dan Al- Khatib dalam Tarikh Baghdad 6/169. Di dalam sanadnya ada rawi yang bernama Laits bin Abi Sulaim dan ia adalah seorang rawi yang lemah. Juga riwayat Thalhah bin Musharrif dari ayahnya dari datuknya ada kelemahan sebagaimana yang telah dijelaskan pada pembahasan memisah antara kumur - kumur dan menyedut air. .

Mungkin kerana itulah Imam An - Nawawi, dalam Al - Majmu’ 1/488, berkata , “ Ia adalah hadis yang lemah menurut kesepakatan ( para ulama - pent. ) .” .

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

Demikian pula hadits yang bermaksud,“ Mengusap leher adalah pengaman dari Al-Ghill‘ dengki, iri hati, benci ’

Juga hadits yang bermaksud,

49

Page 50: Mari Berkongsi (Siri 4)

“ Siapa yang berwudhu dan mengusap lehernya, ia tidak akan dibelenggu dengan ( rantai ) belengguan hari kiamat .” . Kedua :

hadis ini adalah hadis palsu sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Al-Albany dalam Silsilah Ahadits Adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah no. 69 dan 744.

Berkata Imam An-Nawawi , “ Tidak ada sama sekali (hadis) yang sahih dari Nabi s.a.w. dalamnya (yakni dalam masalah mengusap leher/tengkuk- pent.) .”

.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al-Fatawa 21/127-128, “Tidak benar dari Nabi s.a.w. bahwa beliau mengusap lehernya dalam wudhu, bahkan tidak diriwayatkan hal tersebut dari beliau dalam hadis yang sahih. Bahkan hadis-hadis sahih, yang di dalamnya ada (penjelasan) sifat wudhu Nabi s.a.w., (menerangkan bahwa) beliau tidak mengusap lehernya. Kerana itulah, hal tersebut tidak dianggap sunnah oleh Jumhur Ulama seperti Malik, Ahmad dan Syafi’e dalam zhahir madzhab mereka …, dan siapa yang meninggalkan mengusap leher, maka wudhunya adalah benar menurut kesepakatan para ulama .” .

Berkata Ibnul Qayyim, “ Tidak ada satu hadis pun yang sahih dari beliau tentang mengusap leher .” Lihat Zadul Ma’ad 1/195.

.

Baca Al-Majmu’ 1/488 dan Nailul Authar 1/206-207.

Berdoa Setiap Kali Mencuci Anggota Wudhu

Tidak jarang kita melihat ada orang yang berwudhu, ketika berkumur-kumur, membaca,:

Kesalahan Dalam Berwudhu’ (Mari Berkongsi siri 4)

50

Page 51: Mari Berkongsi (Siri 4)

“ Ya Allah berilah saya minum dari telaga Nabi - Mu satu gelas yang saya tidak akan haus selama - lamanya.” .

Lalu ketika mencuci wajah, dia membaca ,“ Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari wajah - wajah menjadi hitam.”

Kemudian ketika mencuci tangan, dia membaca ,“ Ya Allah, berikanlah kitabku di tangan kananku dan janganlah engkau berikan di tangan kiriku.” .

Selanjutnya ketika mengusap kepala, dia membaca ,“ Ya Allah, haramkanlah rambut dan kulitku dari api neraka.”

Lalu ketika mengusap telinga, dia membaca ,“ Ya Allah, jadikanlah saya dari orang - orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaiknya.”

.

Terakhir ketika mencuci kaki, dia membaca ,“ Ya Allah, kukohkanlah kedua kakiku di atas jembatan ( hari kiamat ).”

Doa ini banyak disebutkan oleh orang-orang kebelakangan di kalangan Syafi’iyah, dan ini adalah perkara yang anih kerana tidak ada sama sekali landasan dalilnya. Bahkan Imam Besar ulama Syafi’iyah, yang dikenal dengan nama Imam An-Nawawi, menegaskan bahwa doa ini tidak ada asalnya dan tidak pernah disebutkan oleh orang-orang terdahulu di kalangan Syafi’iyah. .

Maka, dengan ini, tidak diragukan bahwa doa ini termasuk bid’ah sesat dalam wudhu yang harus ditinggalkan. [Lihat Al-Majmu’ 1/487-489].

Wallahu Ta’ala A’lam Wa Fauqa Kulli Dzi ‘Ilmin ‘Alim .

********************

51

Page 52: Mari Berkongsi (Siri 4)

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

Perlukah hari khusus untuk ingat kepada ibu?

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa. .

Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. .

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa - dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

.

Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. .

Allah SWT berfirman : Maksudnya : ” Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. ” (Mumtahanah : 8) .

1. Umum ayat larangan dalam Al-Quran.

Antara ayat yang umum yang berkaitan ialah ayat-ayat larangan daripada mengikuti jejak langkah golongan yang bukan Islam, antaranya ialah firman Allah SWT: . ” Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui

52

Page 53: Mari Berkongsi (Siri 4)

(peraturan janjiKu).” – (Yunus: 89). .

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

Dan firman Allah kepada Rasulnya SAW: ” Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka Turutlah syariat itu, dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang - orang Yang tidak mengetahui (perkara Yang benar).” – (Al-Jaathiah: 18).

.

2. Hadis yang melarang meniru kaum bukan Islam.

Hadis nabi s.a.w :” barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka.” – riwayat Abu Daud. .

( ”meniru”, iaitu berusaha untuk menyerupai sesuatu kaum dengan usaha dan sengaja.) .

Hadis di atas adalah hadis yang sahih melalui riwayat Abu Daud. Di sana terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz yang memberikan maksud yang sama seperti riwayat Tarmizi yang berbunyi: ” bukan dari kalangan kami orang yang meniru golongan yang lain. ”

Hadis ini sebenarnya mempunyai makna yang umum, iaitu barangsiapa yang meniru kaum yang baik, maka baiklah dia dan barangsiapa yang meniru kaum yang tidak baik dan kufur, maka ia juga sebahagian daripada mereka. .

Pengajaran hadis:

Penyerupaan kaum yang bukan Islam bukanlah diharamkan secara mutlak. Kategorinya adalah seperti berikut: .

53

Page 54: Mari Berkongsi (Siri 4)

1. Jika penyerupaan itu mempunyai unsur ibadat yang bukan Islam, maka ia adalah haram tanpa khilaf dan takwil. Jelasnya pengharaman memasang lilin bagi tujuan pemujaan adalah haram bagi umat Islam berdasarkan hadis di atas dan dalil-dalil yang lain.

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

2. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat, ianya adalah budaya dan adat bukan Islam yang bersusur galur daripada kepercayaan tertentu yang mempunyai hubungan kait dengan syirik, perbuatan tersebut tidak mempunyai manfaat yang realiti bagi pelakunya, atau alat tersebut digunakan bukan bagi tujuan asal pembuatannya, maka hukumnya juga adalah haram kerana termasuk di dalam kategori berusaha dengan sengaja menyerupai kaum tersebut. Jelasnya, kategori kedua dan ketiga iaitu menyalakan lilin bagi tujuan berkabung dan kepercayaan kepada kuasa juga adalah haram. Ini kerana, perbuatan ini adalah perbuatan dan amalan bukan Islam, ia bersusur galur daripada kepercayaan agama, nyalaan lilin di dalam kategori kedua dan ketiga di atas bukan digunakan bagi tujuan asal iaitu menerangi ketika gelap.

3. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat tetapi ianya mempunyai manfaat yang realiti bagi penggunanya, maka ia diharuskan. Contohnya penggunaan kereta yang asalnya daripada bukan Islam.

Ringkasnya, hadis di atas asalnya merupakan larangan meniru cara golongan yang bukan Islam secara umum dan mutlak, sama ada meniru perbuatan ibadat mereka, adat dan budaya mereka yang bermanfaat atau tidak bermanfaat bagi umat Islam yang menirunya. .

Tetapi meniru cara dan perkara yang bermanfaat daripada golongan bukan Islam diharuskan berpandukan kepada cara penggalian parit yang ditiru oleh Nabi Saw daripada kaum Parsi kerana penggalian parit itu bermanfaat bagi umat Islam guna sebagai strategi

54

Page 55: Mari Berkongsi (Siri 4)

mempertahankan Madinah.

Sambutan hari ibu asalnya mempunyai simbolik tertentu dan ia  dikategorikan di dalam kategori syubhah. Syubhah bermaksud halal dan haramnya tidak jelas. Sabda nabi Saw: .

” Halal itu nyata dan haram itu nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” – Hadis

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

sahih riwayat muslim dan lain-lainnya. .

Sambutan ini di sambut bagi memperingati Ibu dianggap sebagai syubhat kerana: .

1. halalnya tidak jelas kerana cara dan pengamalannya datangnya daripada golongan bukan Islam yang mempunyai kaitan dengan pemujaan dan kepercayaan berkaitan roh dan kematian. Berbeza dengan melepaskan burung merpati sebagai simbol kebebasan, sekalipun ianya berasal daripada amalan dan cara mereka yang bukan Islam, tetapi ia tidak mempunyai asas cara ibadat yang bukan Islam sebagaimana pemujaan dewa ibu tersebut.

2. haramnya juga tidak jelas kerana ia mempunyai maksud dan simbol tersendiri yang mengenepikan maksud sengaja meniru kaum tersebut.

3. Kenapa perlu hari tertentu untuk memperingati ibu kita?

Sikap kita umat Islam terhadap perkara syubhat sebagaimana pesan nabi SAW berkenaan perkara syubhat: .

” Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat, maka ia telah selamatkan agamanya dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh (melakukan) perkara syubhat, maka ia terjatuh ke dalam perkara haram, sama seperti pengembala yang mengembala berhampiran dengan kawasan larangan, maka mudahlah (gembalaannya)

55

Page 56: Mari Berkongsi (Siri 4)

menceroboh kawasan larangan tersebut. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya bagi setiap raja mempunyai kawasan larangannya, dan ketahuilah kawasan larangan Allah di bumi ini adalah larangannya (perkara yang haram).” - Hadis sahih riwayat muslim dan lain-lainnya. .

Justeru itu, sikap kita terhadap perkara yang syubhat adalah seperti berikut:

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

1. Tidak boleh menganggap si pelakunya melakukan perkara yang haram.

2. Perkara syubhat ini juga tidak boleh dianggap halal dan harus sehingga boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

3. Perlu disarankan mereka yang terlibat supaya menjauhinya kerana ia boleh menjuruskan kepada perkara yang haram. Berbeza dengan sikap kita terhadap perkara yang jelas haram, di mana mencegah perbuatannya adalah wajib.

Niat tidak boleh jadi ukuran jika perbuatan itu adalah haram

Jikalau sesuatu perbuatan jelas pengharamannya dan bukan syubhat, maka niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram tersebut. .

Kaedah ini cukup jelas diperbahaskan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab usul. Dr. Yusof Al-Qardhawi dengan jelas meringkaskan perbahasan tersebut dan menyusun penjelasan yang begitu mudah dan terang di dalam kitabhnya Halal Dan Haram Dalam Islam. .

Kaedah ini, iaitu niat yang baik tidak boleh mengharuskan perbuatan yang haram bukan sahaja diaplikasikan dalam bab ini, tetapi di dalam

56

Page 57: Mari Berkongsi (Siri 4)

semua bab di dalam fekah seperti ibadat, muamalat, perundangan dan lain-lain. Contohnya, seseorang tetap haram bersembahyang dengan menyembah (mengadap) pokok sekalipun niatnya ikhlas untuk khusyuk, seseorang pemain judi tetap haram sekalipun niatnya ingin bersedekah kepada pemenang, seseorang guru tetap dikenakan hukuman kisas jika membunuh muridnya sekalipun dengan niat mendidik, dan banyak lagi bab yang aplikasi yang sama di dalam semua bab fekah. .

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

Sambutan Hari Ibu di merata dunia

Ahad ke-2 Februari Norway

2 Februari  Greece (Bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.).

30 Shevat (antara 30 Januari dan 1 Mac) Israel. .

3 Mac Georgia.

8 Mac Afghanistan, Albania*, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Korea Selatan, Laos, Macedonia*, Moldova*, Montenegro, Romania*, Rusia*, Serbia**, Taiwan, Ukraine, dan Vietnam. *Di Albania, Belarus, Bulgaria, Guyana, Itali, Macedonia, Mongolia, Rusia, dan Ukraine hari ini disambut sebagai Hari Wanita Sedunia dan bukan Hari Ibu secara khususnya. .

57

Page 58: Mari Berkongsi (Siri 4)

Ahad ke-4 dalam Lent (Mothering Sunday) Ireland, Nigeria, United Kingdom

21 Mac (vernal equinox) Bahrain, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Lubnan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Sudan, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Yaman (Semua negara Arab secara amnya). .

25 Mac Slovenia

7 April Armenia

2 April (kalendar Cina)* China, Baisakh Amavasya (Mata Tirtha Aunsi) Nepal

Ahad pertama Mei Hungary, Lithuania, Portugal, Sepanyol.

8 Mei Albania (Hari Ibu Bapa), Korea Selatan (Hari Ibu Bapa).

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu? (Mari Berkongsi siri 4)

10 Mei El Salvador, Guatemala, Mexico.

Ahad ke-2 Mei Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belanda, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Republik Rakyat China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Ecuador, Estonia, Filipina, Finland, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Iceland, India, Itali, Jamaica, Jepun, Jerman, Kanada, Latvia, Malta, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Peru, Puerto Rico, Slovakia, St. Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Suriname, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, Ukraine, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe.

15 Mei Paraguay.

26 Mei Poland.

27 Mei Bolivia.

58

Page 59: Mari Berkongsi (Siri 4)

Ahad terakhir Mei Algeria, Republik Dominica, Haiti, Maghribi, Mauritius, Perancis (kecuali jika bertindih dengan hari Pentekosta, oleh itu dibawa ke Ahad pertama Jun), Sweden, Tunisia. .

May 30 Nicaragua.

1 Jun Mongolia (Hari Ibu dan Kanak-kanak Sedunia. Mongolia ialah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.). .

Ahad ke-2 Jun Luxembourg.

Ahad terakhir Jun Kenya.

12 Ogos Thailand (hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara).

15 Ogos (Assumption Day) Antwerp (Belgium), Costa Rica.

Isnin kedua Oktober Malawi.

14 Oktober Belarus.

Ahad ke-3 Oktober Argentina (Día de la Madre).

Perlukah Hari Khusus Untuk Ingat Kepada Ibu?, Senyuman Yang Ikhlas (Mari Berkongsi siri 4)

Ahad terakhir November Rusia.

8 Disember Panama.

16 Disember, (Kalendar Iran: 25 Azar, Pengasasan Ibu dan Anak) Iran.

22 Disember Indonesia.

Di China baru-baru ini, sesetengah orang mula memupuk Hari ibu sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja.

********************

59

Page 60: Mari Berkongsi (Siri 4)

Senyuman Yang Ikhlas

HAKIKATNYA, kita manusia adalah milik Allah Taala. Tiada hak mutlak ke atas tubuh badan ini, apatah lagi hak ingin memilih ikut suka hati kita sendiri. Memang Allah Yang Maha Pengasih sentiasa memberi kebebasan atas apa juga keinginan manusia. Siapalah kita untuk menolak ketentuan Allah Taala.    Kehidupan yang diciptakan Allah Taala terlalu bernilai bagi manusia yang kerdil. Limpahan nikmat-Nya yang mencurah-curah mendatangkan kebahagiaan di hati insan. Sepatutnya hanya senyuman yang layak dipamerkan setiap pagi, senyuman tanda syukur dan gembira di atas nikmat-Nya. Senyuman itu begitu mahal harganya dan tiada ibadat yang paling berharga selain ukiran senyum syukur di bibir insan yang beriman.

Senyuman itu berintikan redha, kasih dan cinta kepada ketentuan Allah SWT. Senyuman itu juga menyimpan rasa rindu dan igauan untuk akur di atas segala suruhan-Nya. Tidak terbit sedikitpun di hati untuk ingkar dan berpaling kerana hati itu dijinakkan oleh nikmat kurniaan daripada-Nya. Hati itu sentiasa mengingati betapa Allah Taala terlalu menyayangi di mana tiada siapapun yang sanggup menyayangi seperti Dia. Dialah Allah Taala, kekasih yang paling setia, paling memahami dan paling

Senyuman Yang Ikhlas (Mari Berkongsi siri 4)

bertolak ansur. Jika insan yang anda sayang boleh menikam anda dari belakang, ingatlah sesungguhnya Allah SWT hendak memberi ingatan kepada anda bahawa hanya Dia saja yang paling setia kepada anda.

Sebaik membuka mata pada pagi hari, nikmat hadir di sekeliling kita. Isteri tempat bermesra, anak yang menjadi cahaya mata, rumah yang aman dan selesa, kesihatan tubuh badan, harta dan ilmu. Iman dan Islam yang menjadi punca kebahagiaan itu pun dipilih untuk kita. Adakah Tuhan lain yang layak ditaati selain Dia Yang Maha Pemberi Nikmat? Jika kita berdosa, Allah Taala menghulurkan sedikit masa untuk menunggu agar kita kembali pulang kepada-Nya, bertaubat dan mengakui kesilapan, tersungkur di atas dosa dan noda mengharap

60

Page 61: Mari Berkongsi (Siri 4)

rahmat-Nya. Allah Taala memberi peluang kepada kita kerana Dia Maha Lembut dan Kasih.

Siapakah paling berbahagia dalam kehidupannya? Orang beriman tentu lebih banyak tersenyum daripada merungut kerana mereka tidak mahu Allah Taala mendengar keluhan atas takdir mereka hari ini. Selain tersenyum dan bersyukur, mereka juga optimis dalam menjalani ranjau kehidupan. Kegembiraan itu menjadi roh kebangkitan apabila hati disentuh duri ujian. Mereka cepat melupakan kesedihan dan bangkit kembali dengan senyuman syukur kepada Allah SWT.

Senyuman yang ikhlas menjadi pemangkin kejayaan seorang mukmin dunia dan akhirat. Mulakan dengan senyuman yang menerbitkan cahaya iman. Senyuman ikhlas menandakan seseorang itu berada pada tahap kualiti amal yang produktif. Kerana keceriaan itu berhubungan langsung dengan keadaan emosi. Jika emosi seseorang baik maka ia akan melakukan amal dan kerja dengan gembira dan berkualiti. Begitulah kekuatan sebuah senyuman yang ikhlas. Rasulullah SAW suka mendengar perbualan sahabat Baginda ketika bergaul mesra dengan mereka. Hal ini dijelaskan dalam hadis diriwayatkan daripada Samak bin Harb. Aku bertanya kepada Jabir bin Samurah:

Pernahkah kamu duduk bersama-sama Rasulullah SAW. Jawab Jabir: “Bahkan sering. Biasanya baginda SAW belum bangun dari tempat solat Subuh sebelum terbit matahari. Apabila terbit matahari barulah Baginda

Senyuman Yang Ikhlas, Buat Renungan (Mari Berkongsi siri 4)

berdiri. Selama duduk itu sahabat ada bercerita mengenai zaman jahiliah mereka dulu, lalu mereka tertawa dan baginda pun tersenyum.” (Riwayat Muslim).

Ketika Rasulullah SAW berada di sisi isterinya, Baginda amat sukakan gurauan untuk memikat hati mereka, seperti yang digambarkan Anas bin Malik, beliau berkata:

61

Page 62: Mari Berkongsi (Siri 4)

Pada suatu ketika Ummu Sulaim bermusafir bersama isteri Rasulullah SAW, diiringi seorang hamba berkulit hitam bernama Anjasyah. Baginda bersabda yang bermaksud: Wahai Anjasyah, perlahan-lahanlah kamu mengiringi botol kaca (perumpamaan bagi wanita yang halus dan lembut)”. (Riwayat Muslim).

Oleh itu, seorang hamba Allah yang kuat iman dan amalnya tidak seharusnya meninggalkan aktiviti yang mendatangkan keceriaan pada wajahnya. Jika kita menganggap iman boleh diukur dengan wajah serius, tidak mahu bergurau senda dan bencikan hiburan, maka orang yang menjalani hidup seperti ini adalah orang sakit dan terdera mentalnya. Hiduplah dengan gembira dan nyatakan kesyukuran kepada Allah SWT dengan hati ceria dan reda kepada-Nya. Senyuman itu boleh menguatkan iman.

********************

Buat Renungan

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" .

Buat Renungan (Mari Berkongsi siri 4)

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar

62

Page 63: Mari Berkongsi (Siri 4)

larangan-Nya? " .

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? " .

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera ter-sedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? ".

.

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

.

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." .

Buat Renungan, Jannah DiSebalik Musibah (Mari Berkongsi siri 4)

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, ”Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak

63

Page 64: Mari Berkongsi (Siri 4)

kehendaknya. ” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. ”Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil terisak-isak.

********************

Jannah di sebalik musibah

Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, si ibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, si anak sakit. Si ibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Si anak masih berdegil, lalu si ibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Jannah DiSebalik Musibah (Mari Berkongsi siri 4)

64

Page 65: Mari Berkongsi (Siri 4)

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:

.

“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”

.

Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi: .

65

Page 66: Mari Berkongsi (Siri 4)

Jannah DiSebalik Musibah (Mari Berkongsi siri 4)

“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun amat pedih), kenang-kenangkan kebaikan/ anugerah Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam.

Semua perkara perlu diputuskan mengikut apa yang diturunkan oleh Allah. Allah menurunkan musibah disebabkan sebahagian dosa-dosa manusia. Tiada pilihan bagi orang Islam kecuali hukum yang diturunkan oleh Allah.

”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia

66

Page 67: Mari Berkongsi (Siri 4)

Jannah DiSebalik Musibah, Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

adalah orang-orang yang fasik”. . ”Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Surah AlMaidah. 49-50)

*******************

Manusia Sempurna

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-Tirmizi).

Di dalam surah Abasa:1-2, dikatakan Rasulullah SAW bermasam muka. "Dia bermasam muka dan berpaling kerana telah datang seorang buta kepadanya."

Ayat ini menurut persepakatan ulama ahlul sunnah diturunkan kepada Ibn Ummi Makhtum yang datang menemui Nabi SAW ketika beliau sedang berada bersama-sama dengan pembesar Bani Umaiyyah, meminta Nabi SAW mengajarkannya tentang keilmuan Allah tanpa mengetahui bahawa Rasulullah SAW ketika itu sedang sibuk melayani tetamu itu. Oleh kerana itu Nabi SAW dikatakan bermuka masam dan berpaling darinya.

Walau bagaimanapun al-Murtadha mengatakan ayat ini pada zahirnya tidak menunjukkan ia dihadapkan kepada Nabi SAW sebaliknya merupakan suatu penyucian kerana bukan Nabi SAW yang menjadi sasaran, tetapi orang lain. Ini disebabkan sifat bermasam muka bukanlah salah satu sifat baginda, sama ada terhadap lawan mahupun kaum muslimin umumnya [Al-Tibrisi, Majma' al-Bayan, juzuk 10, hlm.437].

67

Page 68: Mari Berkongsi (Siri 4)

Bukti ini dapat diperkuatkan dengan firman Allah SWT dalam surah 68:4, yang memuji akhlak Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah 3:159, yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. "

Berdasarkan riwayat Imam Ja'far al-Sadiq AS [Al-Tibrisi, Majma' al-Bayan, Juzuk 10, hlm.437; Al-Tabatabai, Al-Mizan, Juzuk 20, hlm.309-310] , ayat tersebut diturunkan kepada Nabi SAW dan ditujukan kepada seorang pembesar Bani Umaiyyah yang berada di sisi Nabi SAW pada ketika itu. Apabila dia melihat Ibn Ummi Makhtum, perasaan tidak senang mula timbul melalui sikap bermasam muka dan berpaling itu. Beliau juga menjelaskan di dalam riwayat yang lain dengan mengatakan bahawa Rasulullah SAW sentiasa bersikap lembut terhadap Ibn Ummi Makhtum hingga menyebabkan Ibn Ummi Makhtum melarang Rasulullah SAW melakukan perbuatan seumpama itu terhadap dirinya.

Al-Qur'an seringkali juga menggunakan gaya dan bentuk. Allah SWT memberitahu kepada Nabi SAW tetapi sebenarnya dihadapkan kepada orang lain agar mereka mendengarkannya. Di antara ayat-ayat yang termasuk dalam kategori ini, ialah seperti firman Allah SWT dalam surah 10:94 yang bermaksud: "Jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu."

Perkataan syak atau ragu-ragu menerusi ayat ini dari segi zahirnya ditujukan kepada Nabi SAW tetapi pada hakikatnya diarahkan kepada umatnya. Ini bermaksud, kalau kamu ragu-ragu bertanyalah. Dalilnya terbukti dalam akhir surah Yunus:104, yang bermaksud:

68

Page 69: Mari Berkongsi (Siri 4)

"Katakanlah: Hai manusia, jika kamu masih dalam keraguan tentang agamamu, maka ketahuilah aku tidak menyembah yang kamu sembah, selain Allah."

Seterusnya di dalam ayat 67 surah al-Anfal dikatakan Nabi SAW mempunyai kecenderungana terhadap harta dunia:

Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

"Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi, kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah menghendaki akhirat."

Menurut kebanyakan ulama tafsir, ayat ini diturunkan semasa Perang Badar. Ayat ini mengandungi celaan Allah terhadap para sahabat Nabi SAW dari kalangan mukmin yang mengisyaratkan pengambilan wang tebusan atau ghanimah [Al-Qurtubi, Jami al-Ahkam, Juzuk 4, hlm. 2884 juga lihat Al-Tibrisi, Majma al-Bayan, Juzuk 4, hlm. 557]. Pada ketika itu Umar al-Khattab mahukan tawanan perang dipenggal tetapi Abu Bakar meminta tawanan perang dilepaskan dengan syarat mereka membayar wang tebusan [Al-Suyuti, Asbabul Nuzul, tafsir surah al-Anfal, ayat 67-68]. Nabi SAW kemudian membuat keputusan bahawa tawanan perang yang tidak mampu membayar wang tebusan dibebaskan. Ada di kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW yang melanggar perintah Nabi SAW dengan mengutip wang tebusan daripada setiap tawanan perang tersebut [Aqa Mahdi Puya, Tafsir surah al-Anfal ayat, 67-68]. Justeru, turunnya ayat tersebut kepada Nabi SAW adalah untuk menegur kehendak sahabat-sahabat Nabi SAW yang cenderung kepada harta duniawi.

Demikian juga dengan firman Allah dalam surah 17:74, yang bermaksud: "Kalau Kami tidak memperkuatkan hatimu, nescaya kamu sedikit demi sedikit cenderung kepada mereka."

Pada hakikatnya kalimah tersebut dengan jelas membuktikan ismah yang menghalang kebinasaan. Justeru itu, Allah SWT berfirman demikian bertujuan menjelaskan tentang pemeliharaan Allah ke atas

69

Page 70: Mari Berkongsi (Siri 4)

Nabi SAW. Oleh kerana itu Nabi SAW telah dibendung dari kecenderungan tersebut [Al-Razi, Tafsir al-Kabir, Juzuk 21, hlm. 21].

Demikian juga terdapat sebahagian ayat-ayat al-Qur'an menganjurkan Nabi SAW supaya memohon keampunan kepada Allah SWT, seperti dalam firmanNya dalam surah 40:55, yang bermaksud: "Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohon ampunan untuk dosamu."

Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

Menurut Imam Ja'far al-Sadiq AS, dosa-dosa yang disandarkan kepada diri Nabi SAW berdasarkan perhubungan di antara Nabi SAW dengan umat nya, kerana kedudukan beliau itu termasuk sebahagian dari umatnya sendiri. Walaupun Nabi SAW tidak berdosa, tetapi ia dipertanggungjawabkan di atas diri baginda SAW semata-mata untuk memungkinkan Allah SWT mengampuni mereka bagi pihak Nabi SAW.

Menurut Al-Tibrisi, ayat ini menggesa Nabi SAW berdoa dan beristighfar dalam usaha untuk meningkatkan lagi kedudukannya, di samping menjadi suatu sunnah bagi generasi berikutnya [Al-Tibrisi, Majma al-Bayan, Juzuk 8, hlm.568]

Menerusi al-Qur'an, terdapat begitu banyak ayat-ayat yang membuktikan ismah (kemaksuman) Rasulullah SAW.

Pertama:

Firman Allah SWT dalam surah 33:33 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa-dosa kamu Ahlul Bayt dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersih. "

Ayat ini membentangkan dengan jelas tentang kebersihan, kesucian serta kekudusan fitrah (keluarga Nabi SAW atau Ahlul Bayt AS) dari sebarang cacatcela. Penyucian ini bukanlah dilakukan oleh manusia sendiri, tetapi oleh Allah  SWT. Kalau keluarga Nabi SAW dibersihkan dengan sesuci-suci nya, tentulah Nabi SAW termasuk juga di dalam pengertiannya, dan turut sama dibersihkan dari perbuatan yang tercela dan seumpamanya.

70

Page 71: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kedua:

Firman Allah dalam surah 59:7 yang bermaksud: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkan dia."

Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

Ini menunjukkan perintah dan larangan Rasul sentiasa diperkenankan Allah SWT. Tentulah seseorang itu boleh memastikan dengan yakin tentang perintah dari orang yang maksum berbanding dengan yang bukan maksum.

Ketiga:

Firman Allah dalam surah 3:31 yang bermaksud: "Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. "

Di sini kecintaan Allah bergantung kepada kecintaan dan ketaatan mereka kepada Nabi SAW. Kedua-dua cinta ini terangkum sekaligus di dalam ayat tersebut. Kalau seseorang itu mencintai Allah, maka sewajarnya dia menuruti Rasulullah SAW kerana dengan melaksanakan perbuatan sedemikian, Allah akan mencintai mereka. Perkara seumpama ini tentu tidak dapat dibayangkan, sekiranya Nabi-nabi tidak maksum dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan.

Keempat:

Kemaksuman Nabi SAW tidak terbatas kepada perbuatan semata-mata, malahan kata-kata beliau juga termasuk di dalam himpunan perintah Alllah SWT. Firman Allah dalam surah 53:3-4, yang bermaksud: "Tiadalah yang diucapkannya itu, menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada."

71

Page 72: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kelima:

Firman Allah SWT dalam surah 62:2 yang bermaksud: "Dialah yang mengutuskan kepada kaum umiyyin seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah." 

Nabi Muhammad SAW dipertanggungjawabkan mengajarkan umatnya mengenal Kitabullah. Ini bererti beliau memahami perintah dan arahan

Manusia Sempurna (Mari Berkongsi siri 4)

Allah SWT. Justeru itu, baginda berusaha membersih dan memelihara umat manusia serta mengajarkan mereka tentang hikmah. Ini menunjukkan beliau SAW adalah seorang yang maksum dan bijaksana. Tentulah tidak layak bagi Nabi SAW memikul tugas ini, andaikata beliau SAW mengetahui perkara yang tidak dikehendaki Allah SWT tetapi terus juga melakukannya.

Keenam:

Penyaksian tentang akhlak Rasulullah SAW yang tinggi dan sempurna. Allah SWT dalam surah 68:4 berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi."

Justeru itu, Nabi SAW bukanlah seorang yang berdosa dan tidak memiliki akhlak yang rendah kerana ayat ini telah menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memuji beliau SAW.

Kesimpulan, jelas bahawa ismah Rasulullah SAW tetap terpelihara dan tidak memungkinkan Nabi SAW melakukan perkara-perkara yang menimbulkan dosa-dosa.

Apakah kita kaum Muslim boleh menisbahkan kepada Rasulullah saw suatu perbuatan yang dilarang oleh Tuhan yang mengutus Rasulullah saw dengan kebenaran ?

72

Page 73: Mari Berkongsi (Siri 4)

Apakah Rasulullah SAW boleh memohonkan ampunan untuk pamannya, ibunya dan ayahnya, kalau benar ia seorang musyrik, sementara beliau mengetahui banyak ayat yang semuanya melarang perbuatan tersebut sehingga beliau mengabaikannya dan tidak menghentikan perbuatan yang telah dilarang itu kecuali setelah wahyu membisikkan kepadanya dengan ayat ini dari surah at-Taubah?

Betapa banyak larangan seperti ini di dalam ayat-ayat surat tersebut. Namun, Rasulullah SAW - dan kami  memohon ampunan kepada Allah - tidak mentaati Tuhannya, melainkan ketika ayat tentang larangan yang jelas diturunkan kepadanya.

Manusia Sempurna, Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

Kami tidak tahu, berdasarkan apa kita memahami adanya permohonan ampunan Rasulullah untuk pamannya, ibunya dan ayahnya, sementara pada saat yang sama wahyu turun kepadanya yang menyuruh beliau agar memutuskan segala hubungan dengan orang-orang musyrik.

Ya Allah, hal ini tidak boleh terjadi pada Rasulullah pembawa petunjuk dan rahmat. Hal ini hanyalah menodai kesucian Rasulullah SAW, meruntuhkan kedudukannya tinggi, dan menyakitinya.

Ya Allah, kami memohon perlindungan kepada-Mu dari menyakiti Rasulullah SAW agar kami tidak mendapatkan murka dan siksa-Mu yang telah Engkau janjikan bagi orang yang menyakitinya sedikit pun, baik melalui pamannya, ibunya, maupun ayahnya.

Fakta menegaskan keimanan bapak-bapak (datuk dan seterusnya) dan ibu-ibu (nenek dan seterusnya) Rasulullah SAW hingga silsilah itu berhujung pada Mukmin pertama, iaitu Adam.

********************

‘Hati Yang Sejahtera’

Firman Allah SWT yang bermaksud,

73

Page 74: Mari Berkongsi (Siri 4)

“…(yaitu) pada hari itu harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera…” (Surah asy-Syu‘araa’ [026] ayat 88~89). .

Hati yang sejahtera (baik) di dalam ayat di atas bermaksud orang yang meninggal dunia dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, akhir kehidupannya dapat mengucap kalimah syahadah, kehidupan mereka di akhirat nanti akan mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT. Itulah kesudahan bagi mereka yang memiliki hati yang sejahtera (baik) atau qalbun salim.

.

Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

Jenis-jenis hati

Hati yang merajai dan memimpin anggota manusia terbahagi kepada tiga jenis:

1. hati yang sejahtera (qalbun salim),

2. hati yang sakit (qalbun saqim),

3. hati yang mati (qalbun mayyit)

Hati yang sejahtera disebut juga qalbun salim diterima di sisi Allah SWT. Ia mempunyai sifat tersendiri, iaitu:

1. Hati yang sentiasa kembali kepada Allah (Qalbu munib). Hati orang yang kembali kepada Allah ialah mereka yang mempunyai sifat al-khasyyah, penyerahan kepada Allah (al-Islam lillah), at-tawakkal, at-tadakkur (memperingati ayat Allah), bersih daripada bentuk kesyirikan dan penyembah taghut, bertakwa terutama yang paling asas ialah tetap mendirikan solat dan rukun Islam yang lain.

2. Hati yang sejahtera ialah hati yang bersifat tenang (mutmainnah), iaitu hati yang sebati dengan zikrullah, hati yang mempunyai keyakinan iman dalam peringkat ‘ainul yakin’; hati

74

Page 75: Mari Berkongsi (Siri 4)

yang berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, zahir atau batin, iaitu hati yang berjaya menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat yang merosakkan.

Checklist untuk kita lihat sama ada kita mempunyai hati yang sejahtera atau sebaliknya. Antara ciri-ciri hati yang sejahtera ;

1. Sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan, ketika berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, lidahnya sentiasa basah mengingati Allah SWT.

2. Sentiasa membaca al-Quran dan mentadabburkan makna - maknanya.

Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

3. Sentiasa peka dengan kewajipan-kewajipan yang ditaklifkan serta menunaikannya dengan cara yang paling sempurna.

4. Sentiasa berhati - hati terhadap larangan-larangan agama dan menjauhkannya.

5. Sentiasa bermuhasabah diri dan segera bertaubat kepada Allah SWT.

6. Berperibadi dengan akhlak yang mulia.

7. Sentiasa berbaik sangka dan menjauhkan dari berburuk sangka, hasad dengki dan semua sifat-sifat mazmumah dalam hati.

8. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan redha dengan ketetapan ilahi.

Menurut Ibnu Taimiyah, “Hati manusia secara tabii berhajat kepada Allah kerana dua sebab iaitu untuk beribadat dan untuk berserah diri.”

Hati tidak akan menjadi baik dan berjaya, tidak selesa dan gembira, tidak bersih dan tenang, selagi belum sepenuhnya beribadah

75

Page 76: Mari Berkongsi (Siri 4)

menyembah Allah dan sepenuh cinta berpaut kepada Allah. Keadaan ini benar-benar menepati maksud sebaris dari doa yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah, “Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” .

Ibnul Qayyim menjelaskan dalam tafsirnya, dari Ibn Abbas r.a. maksud hati yang selamat sejahtera adalah individu yang mempunyai aqidah yang mantap dalam diri dan melakukan ibadah selari dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. .

Ke arah mana jua pun kita hadapkan pandangan mata dan pandangan hati, ketahuilah Allah berada bersama-sama kita. Dengan itu, tumpukan segenap jiwa dan raga kita kepada bersegera melaksanakan suruhan-Nya serentak menjauhi larangan-Nya. Sentiasalah ingat kepada ikrar kita :

Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

“sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.”

Dengan yang demikian akan kita perolehi hati yang sejahtera dan sempurna. Juga berjaya memenuhi fitrah dan keperluan hati bagi insan yang bernyawa. .

Apabila telah kita ikhlaskan seluruh hidup ini untuk berubudiyah (mengabdi diri/ beribadah) kepada Allah, akan tersingkaplah hijab dari hati dan akan sempurna sifat insaniah kita;

1. mengenali diri

2. menemui rahsia kewujudan

3. merasai kebahagiaan rohani.

Begitulah juga yang dimaksudkan dengan “kemanisan iman.” Ianya hanya akan dirasai setelah kita mengenali Allah dan mengutamakan Allah daripada segala yang lain. Kata Ibnu Qayyim :

.

76

Page 77: Mari Berkongsi (Siri 4)

“Tidak ada yang lebih disukai oleh hati, melainkan suka kepada Penciptanya kerana :

1. penciptanya memelihara dan mentadbir segala urusannya

2. penciptanya memberi rezeki

3. penciptanya menghidup dan mematikan cinta kepada Allah adalah;

4. kebahagiaan semua jiwa

5. kehidupan segala roh

6. makanan setiap hati

7. cahaya bagi akal dan mata.”

Imam Fakhru Al-Razi berkata, “Orang yang memahami faedah beribadat akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah.” .

Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

Hal demikian berlaku kerana hati yang sihat sejahtera menyedari bahawa :

1. Beribadat merupakan perkara sempurna yang memberi kebaikan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

2. Ibadat merupakan amanah terbesar seperti maksud firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah mempelawakan amanah (tugas beribadah) kepada isi langit dan bumi serta bukit-bukau, semuanya enggan memikul bebannya dan merasa takut hendak memikul, tetapi manusia sanggup memikulnya.”

Melalui kenyataan ini dapat difahami memenuhi amanah juga merupakan kesempurnaan yang digemari oleh hati yang sejahtera dan sempurna. Bukankah lazimnya jika satu pihak menunaikan amanah terhadap pihak yang lain, kedua-dua pihak akan saling memenuhi amanah? .

77

Page 78: Mari Berkongsi (Siri 4)

Cuba renungi kisah berikut :

Seorang sahabat Rasulullah SAW menceritakan; “Pada suatu ketika, aku terlihat seorang Arab desa datang ke masjid lalu segera masuk untuk menunaikan solat. Sedangkan untanya tidak ditambat dan dibiarkan begitu saja. Dia sendiri agak lama solat dan duduk berdoa di dalam masjid. Kami semua hairan melihatkan telatahnya. Apabila dia keluar dari masjid didapati untanya sudah tidak ada. Lalu katanya, “Aku telah menyempurnakan amanah-Mu ya Allah, maka di manakah amanahku?” Tidak lama kemudian datang seorang lelaki memulangkan unta lelaki tersebut. .

Daripada kisah ini, dapat dilihat satu pengajaran yang menarik iaitu apabila lelaki tersebut memelihara amanah Allah, maka Allah memelihara pula amanah lelaki itu. Keadaan sedemikian menjelaskan lagi maksud sabda Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas, “ Peliharalah amanah Allah dengan baik nescaya Allah memelihara kamu. ”

.

Hati Yang Sejahtera (Mari Berkongsi siri 4)

Kesimpulan

Begitulah hasil yang bakal kita perolehi dari hati yang sejahtera dan sempurna. Apabila ibadah telah disempurnakan, bererti kita berpindah dari alam tipu daya dan khayalan ke alam kehidupan sebenar yang membahagiakan. Juga mengeluarkan diri dari kesibukan yang memenuhi naluri makhluk kepada matlamat keredhaan Allah. Dengan yang demikian akan terasa semakin mendalam kemanisan iman. Di situlah letaknya keistimewaan hati yang sempurna. .

Ya Allah anugerahkanlah kami hati yang sejahtera, hati yang baik, yang dapat memimpin kami ke jalan yang Engkau redhai.

Amiin.

Setitik Hitam Jika tak Dibersihkan Lama-kelamaan Akan Mengotori Hati Kita

Hati yang sejahtera adalah hati yang…

78

Page 79: Mari Berkongsi (Siri 4)

…kenal dan mencintai Allah SWT dan takut kepada-Nya.

…meletakkan Allah SWT dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya, secara konsisten.

…dekat dengan Allah SWT dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan-Nya.

...bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan.

…dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.

…sentiasa tawaduk dan merendah diri.

...ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci dengan segala bentuk kejahatan, walau sekecil

mana sekalipun.

Semua orang inginkan kejayaan, tetapi tidak ramai yang tahu jalan untuk mencapainya dan bagi mereka yang tahu, tidak ramai pula yang sanggup membayar harganya. Usaha untuk berjaya akan tersasar jika

Hati Yang Sejahtera, Hidup Untuk Beribadah (Mari Berkongsi siri 4)

konsep kejayaan yang difahami itu sendiri tidak tepat. .

Ada yang menganggap kejayaan bergantung kepada nasib, atau kepada peluang, kepada kuat bekerja, kepada perhubungan (cable), kepada pengiktirafan dan pelbagai lagi. .

Kejayaan itu sebenarnya bukan suatu destinasi atau kedudukan yang diidamkan. Kejayaan adalah peningkatan kualiti hidup setiap hari secara istiqamah dalam semua aspek kehidupan. Peningkatan kualiti hidup hanya boleh berlaku apabila seseorang itu berupaya membangunkan dirinya dalam semua aspek secara istiqamah pada setiap hari. .

79

Page 80: Mari Berkongsi (Siri 4)

Usaha membangunkan diri secara istiqamah hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mampu membuat pilihan yang baik dan tepat setiap hari dan mampu melaksanakan setiap keputusannya sehingga mencapai apa yang diinginkan. Mengikut kajian, seseorang manusia purata membuat 200 hingga 300 keputusan setiap hari.

.

Apakah faktor yang menentukan sama ada keputusan yang dibuat itu tepat atau tidak? Kalau pun tepat, tepat mengikut kehendak siapa? Untuk membolehkan seseorang membuat keputusan yang tepat, perlu diselaraskan terlebih dahulu keinginannya dengan kehendak Pencipta nya yang bersifat Maha Mengetahui terhadap keperluan diri manusia.

********************

Hidup untuk beribadah

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah (beribadah) kepada-Ku.” (Surah adz-Dzaariyaat [051] ayat 56). . .

Hidup Untuk Beribadah (Mari Berkongsi siri 4)

Tujuan manusia itu diciptakan hanya sanya, semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT, tiada tujuan yang lain. Ulama membahagikan ibadah kepada tiga bentuk iaitu :

1. Ibadah asas, yakni kepercayaan kepada enam rukun iman dan penghayatan kepada lima rukun Islam,

2. Ibadah sunat, iaitu segala amalan sunat dan

3. Ibadah umum, iaitu semua aktiviti selain daripada ibadah asas dan sunat

80

Page 81: Mari Berkongsi (Siri 4)

Ketiga-tiga bentuk ibadah ini mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Dalam erti kata lain, keputusan tepat yang perlu dibuat oleh seseorang adalah menentukan setiap pilihan selaras dengan tujuan dia diciptakan. Jika manusia memilih untuk tidak berfungsi mengikut tujuan dia diciptakan, maka dia telah merosakkan dirinya secara tidak sedar.

Biasanya manusia bertindak bukan atas dorongan apa yang difikirkan baik, benar dan betul, tetapi mereka bertindak atas dorongan apa yang diinginkan, apa yang tersentuh di hatinya; apa yang dirasa baik, benar dan betul pada pandangannya. Hati manusia ditempa oleh apa yang lazim difikirkan, apa yang lazim diucapkan, dilihat, didengar, dialami dan apa yang biasa dilakukan. Kalau input yang masuk itu baik, maka baiklah keinginan hatinya, sebaliknya kalau yang masuk itu tidak baik, tidak tepat, maka tidak baik dan tidak tepat pula keinginan hatinya; justeru mendorong kepada tindakan yang salah. .

Rasulullah SAW bersabda, “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Bila baik daging itu, baiklah seluruh jasad. Bila rosak dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Hadis riwayat Muslim).

Hati yang sejahtera

Dalam kehidupan di dunia ini, Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana telah mensyaratkan supaya manusia berusaha untuk memiliki hati yang

Hidup Untuk Beribadah (Mari Berkongsi siri 4)

sejahtera, untuk layak diterima sebagai hamba-Nya di akhirat kelak.

Para hukama ada menyebut : “Hendaklah anda membenarkan ucapan dengan amalan. Membenarkan amalan dengan niat dan ikhlas. Membenarkan niat dan ikhlas dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan punca segala

81

Page 82: Mari Berkongsi (Siri 4)

perkara.”

Memiliki hati yang sejahtera sepatutnya menjadi agenda utama setiap Muslim. Lantaran iatu mengetahui dan memahami gambaran hati yang selamat sejahtera itu merupakan suatu perkara yang sangat kritikal. Ulama telah mejelaskan hati yang sejahtera adalah hati yang bebas daripada syirik dalam apa jua bentuk. Hati yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT, yang berakhlak sesama manusia, hati yang dapat memberi respons positif terhadap semua perkara, walaupun negatif. .

Hati yang begini, adalah hati yang kenal mana yang baik, yang kurang baik; mana yang tepat, yang kurang tepat. Hati yang begini mampu membuat pilihan yang tepat dalam kehidupannya dan mampu pula untuk menggerakkan dirinya untuk mengambil tindakan terhadap keputusan yang telah dibuat. .

Sebaik-baik manusia

Peningkatan diri seseorang bermula daripada keupayaan membuat pilihan yang baik dan tepat pada setiap hari. Daripada keputusan yang baik dan tepat dan keupayaan melaksanakan keputusan itu untuk membolehkan dia memiliki tabiat yang baik pula. .

Apabila seseorang dapat memiliki tabiat yang lebih baik, ini bererti dia berjaya memiliki akhlak yang lebih baik. Orang yang berjaya memiliki akhlak yang lebih baik, bererti telah berjaya menjadikan dirinya lebih berharga. Seseorang yang berupaya menjadikan dirinya lebih berharga, menjadikan dia memberi dan menyumbang kebaikan dengan lebih banyak. Lebih banyak seseorang itu dapat memberi dan menyumbang kebaikan kepada manusia lain, lebih berjayalah kehidupannya di dunia

Hidup Untuk Beribadah, Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

ini dan berjaya pula di akhirat, insya Allah. .

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia, manusia yang paling banyak dapat memberi manafaat kepada orang

82

Page 83: Mari Berkongsi (Siri 4)

lain.”

Wassallam...

********************

Melaksanakan Ibadah Korban Di Bawah Bimbingan Rasulullah

1 – Definisi Dan Hukumnya:

Al-Udhiyah: Adalah haiwan ternakan yang disembelih pada hari ‘Idul Adha dan hari-hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu wa Ta’ala. Haiwan ternakan yang dibolehkan untuk korban adalah unta, lembu, kambing, atau biri-biri. (Abu Malik Kamal, Ensikolopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 115. Rujuk juga: ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 566) .

Hukum Berkorban:

Menurut Ibnu Taimiyah: .

“Tidak wajib menyembelih korban, melainkan hanya bagi mereka yang mampu.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 23/162-164). .

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: .

“Sesiapa yang memiliki keluasan (rezeki) namun dia tidak berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/321)). .

Manakala sebahagian ulama menyatakannya sebagai sunnah sahaja.

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

83

Page 84: Mari Berkongsi (Siri 4)

Namun, menurut pendapat yang lebih kuat dan tepat (rajih) hukumnya adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Ali Hasan al-Halabi, Meneladani Rasulullah Dalam Berhari Raya, m/s. 86). .

2 - Waktu Menyembelih Haiwan Korban:

Hari yang disyari’atkan untuk menyembelih haiwan korban adalah pada 10, 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Imam asy-Syafie rahimahullah berkata: “Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha… Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” (Imam asy-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m/s. 737).

.

“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat ( Aidiladha ), dia hendaklah mengulanginya.” ( Hadis Riwayat al - Bukhari, hadis no. 5561 )

“Seluruh hari TasyriQ merupakan waktu untuk penyembelihan (korban).” (Hadis Riwayat Ahmad (4/8). Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Manakala Syaikh Ali Hasan al-Halabi menghasankannya)(Lihat juga perbahasan lainnya berkenaan masa untuk menyembelih di dalam Subulus Salam, susunan imam ash-Shan’ani). .

3 – Ciri-ciri Haiwan:

Jenis haiwan: Haiwan ternakan yang berupa Unta, Lembu, Kambing, Kibas, atau biri-biri. (Bidayatul Mujtahid, jil. 2, m/s. 559. Dinukil dari Abu Malik Kamal, Shahih Fiqh Sunnah, jil. 3, m/s. 362). .

Had umur: Berdasarkan hadis yang umum, harus mencapai usia Musinnah dan Jadza’ah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam

84

Page 85: Mari Berkongsi (Siri 4)

bersabda (maksudnya): “Janganlah kamu menyembelih (haiwan ternak) kecuali

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup/6 bulan) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1963).

.

Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan mereka (ulama) adalah sebagaimana berikut: Unta 5 tahun (atau lebih), lembu 2 tahun (atau lebih), kambing 1 tahun (tidak kurang darinya), dan kibas (domba) 6 bulan. (Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam kitabnya asy-Syarhul Mumti’, jil. 7, m/s. 460). .

Binatang Yang Tidak Boleh Berkorban Dengannya: Yang jelas butanya, yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), yang tidak bersumsum (yang teramat kurusnya/tidak berlemak), dan yang putus telinganya. .

Dari al-Barra’ bin Azib radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di tengah-tengah kami dan bersabda, “Empat haiwan yang tidak boleh dijadikan korban adalah: Yang jelas butanya, yang jelas sakitnya, jelas cacatnya (tidak boleh berjalan betul), dan yang tidak bersumsum (yang teramat kurusnya/tidak berlemak)”.” (Hadis Riwayat Ahmad, dan beliau menghasankannya. Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dengan katanya hasan sahih. Rujuk: Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 577. Juga disahihkan oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2802).

Dari Ali radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan kami supaya memeriksa mata dan telinganya...” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 7/217). .

85

Page 86: Mari Berkongsi (Siri 4)

Bagi Setiap Korban Adalah Bagi dirinya Dan Keluarganya: Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-anshari, beliau berkata: “Pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya. Mereka memakan dan memberi makan orang

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

lain, kemudian manusia berbangga sehingga seperti yang engkau lihat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1541. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih. Lihat juga Imam Malik, al-Muwaththa’, 387 dan Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 584).

.

Menurut Imam ash-Shan’ani: “Seekor kambing boleh untuk satu orang lelaki dan keluarganya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. (Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, 584).

Setiap Unta Untuk Sepuluh Orang: Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menyebutkan satu unta untuk sepuluh orang.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5543) Juga dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Ketika kami bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam dalam musafir, lalu tibalah hari raya korban, kemudian kami bersepakat untuk membeli seekor unta untuk sepuluh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, no. 907. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih).

Manakala sebahagian pendapat yang lain dan lebih masyhur ( serta ijma’ ) adalah seekor unta untuk tujuh orang. Wallahu a’lam. .

Setiap Seekor Lembu Untuk Tujuh (bahagian) Orang: “... dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi, no. 907. Menurut al-Albani, hadis ini Shahih).

Tidak disyaratkan bahawa tujuh orang yang berkorban dengan satu unta atau lembu adalah orang-orang yang berada dalam satu rumah (atau keluarga). Kerana, para sahabat pun ketika mereka berkorban

86

Page 87: Mari Berkongsi (Siri 4)

bersama adalah orang-orang yang berasal dari pelbagai kabilah. (Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 118).

.

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

4 – Penyembelihan Haiwan:

Disunnahkan Untuk Menyembelih Di Musholla: Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Dahulu menjadi kebiasaan Rasulullah saw menyembelih haiwan korban di musholla iaitu kawasan lapang tempat menunaikan solat ‘Ied al-Adha.” (H.Riwayat al-Bukhari, no. 5552).

Ini adalah sebagaimana yang telah kita fahami dan ketahui (melalui riwayat-riwayat yang sahih) bahawa solat di Masjid Nabawi adalah lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid selainnya (kecuali Masjidil Haram). Namun ternyata walaupun dengan keutamaan sebesar ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tetap memerintahkan para sahabat untuk mendirikan solat Hari Raya di musholla. .

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Mengerjakan solat Hari Raya di musholla (kawasan lapang) adalah sunnah, kerana dahulu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Begitulah juga para khulafa’ al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika melaksanakan solat Hari Raya.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 3, ms. 260). .

Afdhal Menyembelih Dengan Tangan Sendiri: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menjelaskan bahawa, “Rasulullah saw pernah memerintahkan dibawa kepadanya seekor kambing kibas bertanduk, yang kaki, perut, dan sekitar matanya berwarna hitam. Maka dibawakanlah haiwan tersebut kepada beliau. Beliau minta

87

Page 88: Mari Berkongsi (Siri 4)

dibawakan pisau yang diasah dengan batu. Beliau pun mengambil pisau dan kambing tersebut, lalu membaringkannya dan menyembelihnya dengan berkata (berdoa), “Bismillah, Ya Allah, terimalah (korban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya.” (H. Riwayat Muslim, no. 1966).

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah saw berkorban dengan dua ekor kambing kibas bertanduk. Beliau mengucapkan “Bismillah” dan bertakbir (أكبر cوالله iالله iسم lalu beliau ,(بmeletakkan kaki beliau di atas dahi binatang tersebut. Beliau

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

menyembelihnya dengan tangan beliau sendiri”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5558). .

Disunnahkan supaya Membaringkan Haiwan Korban (Bagi Kambing): . “... Beliau pun mengambil pisau dan kambing tersebut, lalu membaringkannya dan menyembelihnya dengan berkata (berdoa), “Bismillah, Ya Allah, terimalah (korban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1966).

.

Berdasarkan hadis ini, menurut Imam ash-Shan’ani:

Hadis ini menjelaskan posisi kambing korban yang direbahkan, sehingga tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya (di mana dengan tangan kanan memegang pisau dan tangan kiri memegang kepala). Dan ini adalah ijma’ (kesepakatan) para ulama. Caranya adalah dengan merebahkan haiwan di atas lambung kirinya. .

Disunnahkan juga berdoa supaya diterimanya haiwan sembelihan (ibadah korban yang dilakukan). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, jil. 3, m/s. 569).

88

Page 89: Mari Berkongsi (Siri 4)

Menyembelih Dengan Pisau Yang Tajam: Ketika Nabi hendak menyembelih, beliau meminta ‘Aisyah mengambil pisau dan mengasahnya terlebih dahulu. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, no. 1966).

Boleh Mewakilkan Dalam Menyembelih & Menguruskan Haiwan Korban: Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkanku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagikan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1717). .

Mengucapkan Bismillah dan Bertakbir: “... Beliau mengucapkan “Bismillah” dan bertakbir (أكبر والله iالله iسم ب ), lalu beliau meletakkan kaki beliau di atas dahi binatang tersebut. Beliau menyembelihnya dengan tangan

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

beliau sendiri. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5558). .

5 - Daging Korban Untuk Dimakan, Disedekahkan, Dihadiahkan,

Dan boleh juga Disimpan:

Allah swt berfirman: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara (miskin) dan fakir.” (Surah al-Hajj, 22: 28). .

Nabi saw bersabda: “Makanlah, berikanlah (sedekahkanlah) kepada orang lain, dan simpanlah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1974).

Dari Ali radhiyallahu ‘anhu, “Rasulullah saw memerintahkan kepadaku supaya menguruskan korbannya, dan membahagi-bahagikan daging,

89

Page 90: Mari Berkongsi (Siri 4)

kulit, dan pakaiannya kepada orang-orang miskin. Dan aku tidak dibenarkan memberi apa pun dari korban tersebut kepada penyembelih nya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1716). .

Tidak Menjadikan Daging Korban Sebagai Upah Dan Bahan Jual-Beli: Dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah saw memerintahkan ku untuk menyembelih untanya, dan membahagi-bahagi kan kulitnya serta peralatan yang biasa diletakkan di punggung unta. Beliau juga memerintahkanku supaya tidak memberikan daging tersebut kepada tukang sembelih (atau yang mengurus). Akan tetapi kami memberikan upah kepadanya dengan wang kami sendiri.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1717) “...Dan aku tidak dibenarkan memberi apa pun dari korban tersebut kepada penyembelihnya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1716).

Menurut Ibnu Rusyd, “Ulama bersepakat bahawa menjual daging korban adalah dilarang. Mereka berselisih pendapat dalam masalah kulit dan rambut yang boleh dimanfaatkan. Majoriti ulama menyatakan bahawa perkara tersebut tidak dibolehkan ( untuk dujual beli ). ( ash - Shan’ani,

Melaksanakan Ibadah Korban (Mari Berkongsi siri 4)

Subulus Salam, jil. 3, m/s. 582) .

6 – Tidak Memotong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Hendak Berkorban:

Rasulullah saw bersabda: “Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan ada di antara kamu semua yang ingin berkorban, maka janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1977). .

Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah:”Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan

90

Page 91: Mari Berkongsi (Siri 4)

menghilangkan rambut sama ada dengan mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa juga cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain.” (Imam an-Nawawi, Syarh Muslim, jil. 13, m/s. 138-139).

.

Manakala sekiranya dia melakukan perkara tersebut (memotong kuku atau rambut), Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: .

“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah dia memohon keampunan dari Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau pun terlupa”. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, jil. 11, m/s. 96)

“ PمRكPن UمWا وZن Uم Rالله WلZب WقWت”“Semoga Amalan Kami & Anda Diterima”

********************

BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Mimpi-Mimpi Rasulullah SAW (Mari Berkongsi siri 4)

Mimpi-Mimpi Rasulullah S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ”Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....”. . 

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA. .

Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA. .

91

Page 92: Mari Berkongsi (Siri 4)

Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah. .

Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu. .

Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas. . .

Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

.

Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang. .

Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah

Mimpi-Mimpi Rasulullah SAW (Mari Berkongsi siri 4)

SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya. .

Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. .

Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut

92

Page 93: Mari Berkongsi (Siri 4)

dan diserahkan kepada malaikat rahmat. .

Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya. .

Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan. .

Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelma lah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat. .

Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu. .

Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya. .

Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu

Mimpi-Mimpi Rasulullah SAW , Etika Terhadap Rasulullah saw (Mari Berkongsi siri 4)

mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya. .

93

Page 94: Mari Berkongsi (Siri 4)

Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu  mucullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

.

Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

********************

Etika Terhadap Rasulullah saw

Orang Muslim merasa dalam kedalaman hatinya tentang kewajiban bersikap santun dengan sempurna terhadap Rasulullah saw., kerana alasan-alasan berikut:

1. Sesungguhnya Allah Ta‘ala mewajibkan semua kaum Muslimin, laki-laki dan wanita untuk bersikap santun terhadap Rasulullah saw. Itu dengan ketegasan firman-firman Allah seperti berikut,

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya." (Al-Hujurat: 1).

Etika Terhadap Rasulullah saw (Mari Berkongsi siri 4)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian meninggikan suara kalian lebih dari suara nabi. Dan janganganlah kalian berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kalian terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan kalian sedangkan kalian tidak menyedari." (Al-Hujurat: 2).

94

Page 95: Mari Berkongsi (Siri 4)

"Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah saw, mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar." (Al-Hujurat: 3).

"Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu dari luar kamar kebanyakan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat: 4-5).

"Janganlah kalian jadikan panggilan Rasul di antara kalian seperti panggilan sebahagian kalian kepada sebahagian yang lain." (An-Nuur: 63).

"Sesungguhnya yang sebenar-benar orang Mukmin ialah orang orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah saw dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah saw) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad), mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka." (An-Nuur: 62).

"Hai orang-orang beriman, apabila kalian mengadakan pembicaraan khusus dengan rasul, hendaklah kalian mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum pembicaraan itu. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian dan lebih bersih jika kalian tidak memperoleh

Etika Terhadap Rasulullah saw (Mari Berkongsi siri 4)

(yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Mujadilah: 12).

95

Page 96: Mari Berkongsi (Siri 4)

2. Sesungguhnya Allah Ta'ala mewajibkan kaum Mukminin taat kepada Rasulullah saw. dan mencintainya dalam firman-firman-Nya, seperti firman-firman Nya berikut ini, "Hai orang-orang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul." (Muhammad: 33).

"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih." (Al-Nuur: 63).

"Apa yang diberikan Rasul kepada kalian maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagi kalian maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya." (Al-Hasyr: 7).

"Katakanlah, ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian'."(Ali Imran: 31).

Jadi, orang yang wajib ditaati dan tidak boleh ditentang itu harus disikapi dengan etis (santun) dalam semua keadaan.

3. Allah SWT telah memilih Rasulullah saw. dan menjadikannya sebagai imam (pemimpin) dan hakim. Hal ini terlihat dalam banyak firman-firman-Nya, seperti dalam firman-firman-Nya berikut, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu." (An-Nisa': 105).

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka." (Al-Maidah: 49).

Etika Terhadap Rasulullah saw (Mari Berkongsi siri 4)

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang

96

Page 97: Mari Berkongsi (Siri 4)

mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa': 65).

"Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21).

Jadi bersikap bersopan santun terhadap pemimpin dan hakim itu diwajibkan Syariat, akal dan logika sihat/rasional.

4. Allah Ta‘ala mewajibkan kaum Muslimin mencintai Rasulullah saw. melalui sabda-sabda beliau, misalnya sabda beliau, "Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, salah seorang dan kalian tidak beriman hingga aku lebih dicintai daripada anaknya, ayahnya, dan seluruh manusia." (Muttafaq Alaih).

Jadi, orang yang wajib dicintai itu wajib disikapi/dilayan dengan bersopan santun.

5. Rasulullah saw. diberi pemberian khusus berupa keindahan fizikal, akhlak, kesempurnaan diri, manusia yang paling tampan, dan paling sempurna di dunia. Orang yang keadaannya seperti itu, bagaimana tidak diwajibkan bersikap bersopan santun terhadapnya?

Inilah sebahagian alasan kenapa kita harus bersikap etis (santun) terhadap Rasulullah saw., di samping alasan-alasan lain. Pertanyaannya, bagaimana etika terhadap Rasulullah saw.? Etika terhadap beliau seperti apa? Inilah yang harus diketahui seluruh kaum Muslimin.

Etika terhadap Rasulullah saw. adalah sebagai berikut:

Etika Terhadap Rasulullah saw (Mari Berkongsi siri 4)

97

Page 98: Mari Berkongsi (Siri 4)

1. Taat kepada Rasulullah saw., menapaktilasi jejaknya, dan meniti jalannya dalam seluruh jalan dunia dan akhirat.

2. Cinta kepada Rasulullah saw., hormat kepadanya, dan peng-agungan kepadanya harus didahulukan daripada cinta kepada orang lain, hormat kepada yang lain, dan pengagungan kepada yang lain, siapa pun orangnya.

3. Mencintai siapa saja yang dicintai Rasulullah saw., memusuhi siapa saja yang dimusuhi beliau, redha dengan apa saja yang diredhai nya, dan marah kepada apa yang dimarahi beliau.

4. Mengagungkan nama Rasulullah saw., menghormatinya ketika namanya disebutkan, mengucapkan selawat dan salam untuknya, dan menghormati seluruh kelebihannya.

5. Membenarkan apa yang dijelaskan Rasulullah saw. tentang per-soalan dunia, dan masalah-masalah ghaib di kehidupan dunia atau kehidupan akhirat.

6. Menghidupkan sunnah Rasulullah saw., memenangkan syariatnya, menyampaikan dakwahnya, dan melaksanakan wasiat-wasiatnya.

7. Merendahkan suara di kuburannya, dan di masjidnya bagi orang yang mendapatkan kehormatan bisa menziarahi kuburannya.

8. Mencintai orang - orang soleh, berbaik kepada mereka kerana kecintaan Rasulullah saw. kepada mereka, marah kepada orang-orang fasik, dan memusuhi mereka, kerana kemarahan beliau kepada mereka.

Inilah sebahagian bentuk etika terhadap Rasulullah saw. Setiap Muslim harus berusaha keras melaksanakan etika-etika tersebut dengan sempurna dan menjaganya dengan sempurna pula, kerana kesempurnaan dirinya sangat terkait dengan pelaksanaan etika tersebut dan kebahagiannya sangat tergantung kepadanya. Kita memohon

98

Page 99: Mari Berkongsi (Siri 4)

Etika Terhadap Rasulullah saw, Etika Terhadap Al-Quran (Mari Berkongsi siri 4)

kepada Allah Ta'ala agar Dia memberi bimbingan kepada kita, sehingga kita dapat beretika terhadap Rasulullah saw., menjadikan kita sebagai pengikut-pengikutnya, pembela-pembelanya, kita diberi kurnia berupa ketaatan kepadanya, dan kita tidak diharamkan atas syafa'atnya, ya Allah, kabulkanlah!

********************

Etika Terhadap Al-Qur'an

Orang Muslim beriman kepada kesucian firman Allah Ta'ala, kemuliaannya, keutamaannya atas semua ucapan, dan bahwa Al-Qur'an al Karim adalah firman Allah Ta‘ala yang tidak ada kebatilan di depan dan di belakangnya. Barangsiapa berkata dengannya, ia dipercayai Dan barang siapa mengamalkannya, ia boleh bersikap adil.

Para qari'Al-Qur'an adalah keluarga Allah Ta‘ala dan orang-orang khusus-Nya. Orang-orang yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an adalah orang-orang yang selamat dan beruntung, sedang orang-orang yang berpaling daripadanya adalah orang orang yang binasa dan rugi.

Keimanan orang Muslim kepada keagungan Kitabullah (Al-Qur'an), kesucian, dan kemuliaannya semakin bertambah dengan hadits-hadits dari Rasulullah saw. tentang keutamaan Al-Qur'an, sebagaimana berikut,

"Bacalah kalian Al-Qur ‘an, kerana pada hari kiamat Al-Qur‘an datang menjadi pemberi syafa‘at bagi pembacanya." (HR Bukhari).

"Orang terbaik dari kalian ialah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya." (HR An-Nasai, Ibnu Majah, dan Al Hakim dengan sanad yang baik).

99

Page 100: Mari Berkongsi (Siri 4)

"Orang-orang Al-Qur'an adalah keluarga Allah dan orang-orang khusus-Nya." (HR An-Nasai, lbnu Majah, dan Al-Hakim dengan sanad yang baik).

Etika Terhadap Al-Quran (Mari Berkongsi siri 4)

"Sesungguhnya hati boleh berkarat seperti besi berkarat." Ditanyakan kepada Rasulullah saw., "Apa penghilangnya, wahai Rasulullah?" Rasulullah saw. bersabda, "Membaca Al-Qur'an dan ingat mati." (HR Al-Baihaqi dengan sanad yang dhaif).

Pada suatu hari, musuh bebuyutan Rasulullah SAW. datang kepada beliau dan berkata, "Hai Muhammad, bacakan Al-Qur'an kepadaku." Kemudian Rasulullah SAW. membaca firman Allah Ta‘ala, "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji kemungkaran dan permusuhan." (An-Nahl: 90).

Rasulullah saw. belum selesai menuntaskan pembacaan ayat di atas, tiba-tiba musuh bebuyutan beliau meminta pengulangan pembacaan ayat tersebut kerana kagum kepada keagungan bahasanya, kesucian maknanya, kerana ingin mengambil keterangannya, dan kerana tertarik pada kekuatan pengaruhnya. Tidak lama berselang, musuh bebuyutan tersebut mengangkat suaranya memberi pengakuan, bersaksi atas kesucian Firman Allah Ta‘ala, dan keagungannya. Ia berkata dengan satu perkataan, "Demi Allah, sungguh Al-Qur'an ini betul-betul manis, di dalamnya terdapat keindahan, bawahnya berdaun lebat, dan atasnya berbuah. Al-Qur'an ini tidak diucapkan oleh manusia." (HR Ibnu Jarir Ath-Thabari dan Al-Baihaqi dengan sanad yang baik. Musuh yang dimaksud ialah Al-Walid bin Al-Mughirah).

Oleh kerana itu, di samping orang Muslim menghalalkan apa yang dihalalkan Al-Qur'an, mengharamkan apa yang diharamkan Al-Qur'an, dan konsisten dengan adab dan akhlak Al-Qur'an, ia dalam membacanya juga konsisten dengan etika-etika berikut:

100

Page 101: Mari Berkongsi (Siri 4)

1. Ia membacanya dalam kondisi yang paling sempurna, misalnya dalam keadaan bersih, menghadap kiblat, dan duduk dengan santun.

Etika Terhadap Al-Quran (Mari Berkongsi siri 4)

2. Ia membacanya dengan tartil, tidak tergesa - gesa, dan tidak mengkhatamkannya kurang dari tiga malam, kerana Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa mengkhatamkan Al-Qur‘an kurang dari tiga malam, Ia tidak akan memahaminya." (HR semua penulis Sunan dan di-shahih-kan At-Tirmidzi).

Rasulullah SAW. memerintahkan Abdullah bin Umar ra mengkhatamkan Al-Qur'an dalam tujuh hari. Abdullah bin Mas'ud, Utsman bin Affan, dan Zaid bin Tsabit khatam sekali dalam setiap minggu.

3. Khusyu' dalam membacanya, nmemperlihatkan kesedihan, dan menangis, atau pura-pura menangis jika ia tidak boleh menangis, kerana Rasulullah SAW. bersabda, "Bacalah Al-Qur‘an dalam keadaan menangis. Jika kalian tidak boleh menangis. Maka pura-puralah menangis." (HR Ibnu Majah dengan sanad yang baik).

4. Memperindah suaranya ketika membaca Al - Qur'an, kerana Rasulullah saw. bersabda, "Hiasilah Al-Qur'an dengan suara kalian." (HR Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasai, dan Al-Hakim. Al-Hakim men-shahih-kan hadits ini).

"Bukan termasuk golongan kita, orang yang tidak bersenandung dengan Al-Qur'an." (Muttafaq ‘Alaih).

"Allah tidak mengizinkan sesuatu sebagaimana Dia mengizinkan Rasul-Nya untuk bersenandung dengan Al-Qur'an." (Muttafaq Alaih).

101

Page 102: Mari Berkongsi (Siri 4)

5. Merahsiakan tilawahnya, jika ia khawatir jatuh dalam riya', atau sum‘ah, atau mengganggu orang yang solat, kerana Rasulullah saw. bersabda, "Orang yang membaca Al-Qur'an dengan terang-terangan itu seperti orang yang bersedekah dengan terang-terangan." (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Daud, dan Ahmad).

Etika Terhadap Al-Quran (Mari Berkongsi siri 4)

Sebagaimana diketahui, sedekah itu disunnahkan dilakukan secara rahsia, terkecuali jika terang-terangan itu mempunyai tujuan yang diharapkan boleh tercapai, seperti mendorong manusia bersedekah. Tilawah Al-Qur'an juga begitu.

6. Ketika ia membaca Al - Qur'an, ia tidak termasuk orang – orang yang melalaikan atau menentangnya. Sebab, sikap seperti itu boleh jadi menyebabkan ia mengutuk diri dengan dirinya sendiri, sebab jika ia membaca firman Allah Ta‘ala, "Laknat Allah bagi orang yang zhalim." (Al-A'raaf: 44).

Jika ia termasuk orang yang berdusta, dan orang zhalim, maka ia melaknat dirinya sendiri. Riwayat berikut menjelaskan kadar kesalahan orang-orang yang berpaling dari Al-Qur'an, melalaikannya, dan sibuk dengan selain Al-Qur'an. Diriwayatkan dalam Taurat, bahwa Allah Ta‘ala berfirman,

"Tidakkah engkau malu kepada Ku? Engkau mendapatkan surat dari salah seorang saudaramu ketika berjalan di salah satu jalan, kemudian engkau singgah/minggir ke tepi/samping jalan untuk duduk membaca nya, dan merenungkannya kata demi kata, hingga tidak ada satu kata pun yang tertinggal/terlewatkan darimu. Padahal ini adalah Kitab-Ku yang Aku turunkan kepadamu. Lihatlah bagaimana Aku memperincikan untukmu firman di dalamnya? Betapa seringnya Aku berkata berulang-ulang kepadamu di dalamnya agar engkau merenungkan panjangnya Kitab-Ku, lebarnya. Namun, engkau malah berpaling daripadanya. Aku menjadi lebih hina bagimu daripada salah seorang saudaramu. Wahai hamba-Ku, salah seorang saudaramu duduk kepadamu, kemudian engkau menghadapkan seluruh wajahmu

102

Page 103: Mari Berkongsi (Siri 4)

kepadanya, dan engkau mendengarkan seluruh perkataannya dengan seluruh hatimu. Jika seseorang berbicara, atau mengganggumu sehingga engkau tidak boleh mendengarkan perkataannya, engkau pasti memberi isyarat kepadanya agar ia menahan diri. Inilah, Aku datang kepadamu, dan berfirman kepadamu. Tragisnya, engkau malah berpaling dengan seluruh hatimu dan apakah engkau menjadikan-Ku lebih hina daripada salah seorang saudaramu?"

Etika Terhadap Al-Quran, Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

7. Berusaha keras bersifatkan sifat-sifat orang-orang yang menjadi keluarga Allah Ta'ala dan orang-orang pilihan-Nya. Seperti dikatakan Abdullah bin Mas'ud r.a., "Para qari' (pembaca) Al-Qur'an harus diketahui dengan malamnya ketika manusia sedang tidur, dengan siangnya ketika manusia tidak puasa, dengan tangisnya ketika manusia tertawa, dengan ke-wara'-annya ketika manusia rosak - tidak mengenal kebaikan dengan keburukan - , dengan diamnya ketika manusia larut dalam pembicaraan yang tidak bermanfaat, dengan kekhusyu'annya ketika manusia sombong, dan dengan kesedihannya ketika manusia berpesta-pora."

Muhammad bin Ka'ab berkata, "Kita mengenali qari' (pembaca) Al-Qur'an dengan warna kulitnya yang pucat kerana lama tidak tidur dan bertahajjud."

Wuhaib bin Al-Wirdu berkata, "Ditanya kepada seseorang, ‘Kenapa Anda tidak tidur?' Orang tersebut menjawab, ‘Sesungguhnya keajaiban Al-Qur'an menerbangkan tidurku'."

Dzun Nun melantunkan syairnya,

Al-Qur‘an dengan janjinya, dan ancamannya

Melarang bola mata untuk tidur pada malam hari

Mereka memahami firman-Nya dari Raja Teragung

Dengan pemahaman yang membuat manusia hina dan tunduk kepada nya.

********************

103

Page 104: Mari Berkongsi (Siri 4)

Etika terhadap Allah Ta'ala

Orang Muslim melihat dalam dirinya nikmat-nikmat Allah Ta'ala yang tidak boleh terkira/dikalkulasikan sejak ia masih berupa sperma di perut ibunya hingga ia menghadap Allah Ta'ala. Oleh kerana itu, ia bersyukur kepada-

Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

Nya atas nikmat-nikmat tersebut dengan lisannya dengan memuji-Nya dan menyanjung-Nya, kerana Dia berhak mendapatkan sanjungan dan ia bersyukur dengan anggota badannya dengan menggunakannya dalam ketaatan kepada-Nya. Ini etikanya terhadap Allah Ta‘ala, sebab tidak beretika/etis mengingkari nikmat, menentang keutamaan Pemberi nikmat, memungkiri Nya, memungkiri kebaikan-Nya, dan memungkiri nikmat-nikmat-Nya.

Allah SWT berfirman, "Dan apa saja nikmat yang ada pada kalian, maka dari Allah." (An Nahl: 53).

"Dan jika kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak dapat menentukan jumlahnya." (An-Nahl: 18).

"Kerana itu, ingatlah kalian kepada-Ku nescaya Aku ingat kepada kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari (nikmat)-Ku." (Al-Baqarah: 152).

Orang Muslim mengakui pengetahuan Allah Ta'ala kepadanya, dan penglihatan-Nya terhadap seluruh kondisi/keadaannya, kemudian hatinya penuh dengan ketakutan kepada-Nya, dan ia mengagungkan-Nya. Ia malu bermaksiat kepada-Nya, menentang-Nya, dan tidak tidak taat kepada-Nya. Inilah etikanya terhadap Allah Ta'ala. Sebab, sangat tidak etis/beretika seorang hamba mempertontonkan kemaksiatannya kepada Tuhannya, atau mempersembahkan keburukan kepada-Nya, padahal Dia melihatnya dan menyaksikannya.

104

Page 105: Mari Berkongsi (Siri 4)

"Mengapa kalian tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakn kalian dalam beberapa tingkatan kejadian." (Nuh: 13-14).

"Dan Allah mengetahui apa yang kalian rahsiakan dan apa yang kalian lahirkan." (An-Nahl: 19).

Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

"Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Qur'an dan kalian tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi kalian di waktu kalian melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit." (Yunus : 61)

Orang Muslim berpendapat bahawa Allah Mahakuasa atas dirinya dan memegang ubun-ubunnya. Ia tidak mempunyai tempat melarikan diri, atau tempat menyelamatkan diri, kecuali kepada-Nya. Kemudian ia lari menghadap kepada-Nya, menjatuhkan diri di depan-Nya, menyerahkan seluruh persoalannya kepada-Nya dan bertawakal kepada-Nya. Inilah etikanya terhadap Tuhan dan Penciptanya. Sebab, tidak etis/beretika lari kepada pihak yang tidak boleh memberikan perlindungan, bergantung kepada pihak yang tidak mempunyai kekuasaan, dan menyerahkan diri kepada pihak yang tidak mempunyai daya dan upaya.

"Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-alah yang memegang ubun-ubunnya." (Huud: 56).

"Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah, sesungguhnya aku pemberi peringatan yang nyata dari Allah untuk kalian." (Adz-Dzariyat: 50).

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kalian bertawakkal, jika kalian benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah: 23).

105

Page 106: Mari Berkongsi (Siri 4)

Orang Muslim melihat kebaikan-kebaikan Allah Ta'ala dalam semua urusan-Nya, rahmat-Nya kepadanya, kepada semua makhluk-Nya, kemudian ia ingin mendapatkan tambahan rahmat-Nya, tunduk kepada-Nya dengan ketundukan dan doa yang ikhlas, bertawwasul kepada-Nya dengan perkataan yang baik dan amal perbuatan yang sohih. Inilah etikanya terhadap Allah Ta'ala, sebab, tidak etis/beretika merasa putus asa dari mendapatkan tambahan rahmat yang meliputi segala hak, putus asa dari kebaikan yang mencakup semua makhluk, dan putus asa dari kebaikan Yang Mengatur alam raya.

Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

"Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu." (Al-Araaf: 156).

"Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya." (Asy-Syuura: 19)

"Dan jangan kalian berputus asa dari rahmat Allah." (Yusuf: 87).

"Janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah." (Az-Zumar: 53).

Orang Muslim melihat kedahsyatan kekuatan Tuhannya, kekuatan pembalasan-Nya, dan kecepatan penghisaban-Nya, kemudian ia bertakwa dengan taat dan tidak bermaksiat kepada-Nya. Ini etikanya terhadap Allah Ta‘ala, sebab, tidak etis/beretika bagi orang-orang berakal, kalau hamba yang lemah dan tidak berdaya melakukan kemaksiatan kepada Tuhannya Yang Maha Perkasa, Mahakuasa, Mahakuat, dan Maha Menang.

"Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selama Dia." (Ar-Ra'd: 11).

"Sesungguhnya adzab Tuhanmu benar-benar keras." (Al-Buruj: 12).

"Dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai balasan." (Ali Imran: 4).

Orang Muslim melihat kepada Allah Ta‘ala ketika ia bermaksiat dan tidak taat kepada-Nya. Ia merasa seolah-olah ancaman Allah Ta'ala telah mengenai dirinya, siksanya telah terjadi padanya, dan hukumannya telah turun padanya. Ia juga melihat kepada Allah Ta'ala

106

Page 107: Mari Berkongsi (Siri 4)

ketika ia taat dan mengikuti syariat-Nya. Ia merasa seolah-olah Dia telah memberikan janji-Nya kepadanya, dan pakaian keridhaan telah dikenakan padanya. Kemudian ia berbaik sangka kepada-Nya, sebab, tidak etis/beretika seseorang berlaku buruk terhadap Allah Ta‘ala, kemudian ia bermaksiat dan tidak taat kepada-Nya, serta berpendapat bahwa Allah Ta‘ala tidak melihat dirinya, dan tidak menghukumnya atas pelanggarannya.

"Namun kalian mengira bahwa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kalian kerjakan. Dan yang demikian itu adalah prasangka kalian yang telah kalian sangka terhadap Tuhan kalian, prasangka itu

Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

membinasakan kalian, maka jadilah kalian termasuk orang-orang yang merugi." (Fushshilat: 22-23).

Juga tidak etis/beretika terhadap Allah Ta‘ala, kalau seseorang bertakwa kepada-Nya dan taat kepada-Nya, kemudian ia berprasangka bahwa Dia tidak mengganjarnya kerana amal perbuatannya yang baik, tidak menerima ketaatan dan ibadahnya.

"Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan." (An-Nuur: 52).

"Barangsiapa mengerjakan amal solih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97).

"Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)." (Al-An'am: 160)

107

Page 108: Mari Berkongsi (Siri 4)

Kesimpulannya, bahwa kesyukuran orang Muslim kepada Allah Ta‘ala atas nikmat-nikmat-Nya, rasa malunya kepada-Nya jika ia cenderung bermaksiat kepada-Nya, bertaubat dengan benar, bertawakkal kepada-Nya, mengharapkan rahmat-Nya, takut akan siksa-Nya, berbaik sangka bahwa Allah Ta'ala pasti menetapi janji-Nya, dan berbaik sangka bahwa Allah Ta‘ala pasti melaksanakan ancaman-Nya kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya dan hamba-hamba-Nya adalah etika terhadap Allah Ta'ala. Semakin ia konsisten dengan etika tersebut dan menjaganya, darjatnya semakin tinggi, kedudukannya melangit, dan kemuliaannya agung hingga kemudian ia berhak mendapatkan perlindungan Allah Ta'ala, pemeliharaan-Nya, cucuran rahmat-Nya, dan sasaran nikmat-Nya.

Etika Terhadap Allah swt (Mari Berkongsi siri 4)

Inilah puncak keinginan orang Muslim dan yang diidam-idamkan sepanjang hidupnya. Ya Allah, berilah kami perlindungan-Mu. Jangan haramkan kami atas pemeliharaan-Mu. Jadikan kami orang-orang bertakwa di sisi-Mu, ya Allah, wahai Tuhan alam semesta.

********************

108

Page 109: Mari Berkongsi (Siri 4)

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat kita manfaatkan bersama untuk

mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Kongsikanlah bersama orang tersayang

kerana pesan Nabi saw: ” Sampaikan dariKu walaupun satu ayat ”. Tempatkanlah

diri kita sebagai penyambung tugasan Nabi saw dalam ”amar ma’aruf nahi mungkar”

untuk dijadikan bekalan ketika mengadap Allah azzawajal. Jika perlu, perbanyakkan

lah untuk dikongsikan agar dapat dimanfaatkan seramai mungkin... Bertekadlah

untuk menjadi pewaris Nabi saw selagi hayat masih ada. Insya Allah jika diizinkan

Allah kita akan bertemu lagi dalam ” Mari Berdiskusi : Siri 5 ”. Sekiranya pembaca

mempunyai artikel untuk dimuatkan, sila e-mail kan ke [email protected] agar

dapat kita kongsikan bersama.

109