masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

14
TUGASAN 2 Analisis Isu Nasional Berkaitan Pendidikan PENDIDIKAN ORANG ASLI OLEH: BASIR ZAHROM [BERITA HARIAN/22 DISEMBER 2008] 1.0 Sinopsis Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia. Hasrat tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar segala yang diimpikan menjadi realiti dan bukan sekadar impian. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas. Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar pendidikan. Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlakunya keciciran di dalam kelompok orang Asli tersebut? Bagaimanakah kerajaan, masyarakat serta guru berusaha untuk menampung lompang yang terhasil? Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utama pendidikan sepertimana yang telah disebutkan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentingan pendidikan untuk negara dan bangsa? Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi (sekolah dan masyarakat) merangkumi tajuk-tajuk seperti 1

description

masalah keciciran pelajaran kaum orang aslihasil tugasan dpli upsi 09

Transcript of masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

Page 1: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

TUGASAN 2

Analisis Isu Nasional Berkaitan Pendidikan

PENDIDIKAN ORANG ASLIOLEH: BASIR ZAHROM

[BERITA HARIAN/22 DISEMBER 2008]

1.0 Sinopsis

Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannya

menjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia. Hasrat tersebut diharapkan

dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar segala yang diimpikan menjadi

realiti dan bukan sekadar impian.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaan

agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas.

Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar

pendidikan. Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlakunya keciciran di dalam

kelompok orang Asli tersebut? Bagaimanakah kerajaan, masyarakat serta guru berusaha untuk

menampung lompang yang terhasil? Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utama

pendidikan sepertimana yang telah disebutkan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentingan

pendidikan untuk negara dan bangsa?

Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi (sekolah dan

masyarakat) merangkumi tajuk-tajuk seperti pendidik sebagai aktivis sosial, pendidikan dan

masyarakat, interaksi dan masyarakat serta sejarah sosial pendidikan Malaysia. Sebagai

tambahan, penulis akan memberikan komen serta cadangan untuk menangani permasalahan ini.

Selain itu, penulis akan merungkaikan faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan di

kalangan Orang Asli. Adakah permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya keprihatinan

ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka ataupun terdapat faktor lain yang

mempengaruhi pembelajaran mereka.

1

Page 2: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

1.1 Pengenalan kepada Orang Asli

“Orang Asli (Malay: Original people) is the accepted term for 17 to 25 indigenous ethnic

minorities of Peninsular Malaysia”

Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu.

Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara

Semenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad

ke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu1.

1.2 Keciciran pelajar

Menurut Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan

Masyarakat (Lapuran Keciciran) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid-

murid miskin di luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar.

Kadar keciciran yang paling tinggi ialah di peringkat peralihan persekolahan iaitu dari sekolah

rendah ke menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3).

Seterusnya Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicir

datang daripada keluarga keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasan

yang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran. Walaupun agak sukar untuk

menentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian mengenalpasti

empat faktor yang saling berkait iaitu peajar sendiri, keluarga, persekitaran dan sekolah.

1 Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, muka surat 188

2

Page 3: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

2.0 Analisis mengikut konsep-konsep yang telah dipelajari (8 markah)

2.1 Pendidik sebagai aktivis sosial

Tugas guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan

menanamkan sikap, nilai serta sahsiah yang sempurna dalam diri pelajar-pelajarnya.

Bagaimanapun, perkembangan yang pesat dalam pembangunan serta teknologi yang semakin

maju menyebabkan perubahan terutamanya dari segi sosial. Oleh sebab itu, guru berperanan

sebagai agen sosialisasi dengan membawa kualiti sosial pelajar seiring dengan arus

perkembangan.

Sub topik ini menekankan bahawa guru berperanan untuk membentuk pelajar-pelajar

agar dapat meningkatkan prestasi mereka tidak kira di dalam pelajaran mahupun membaiki nilai-

nilai dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, masalah jurang pendidikan Orang Asli

dengan bangsa yang lain seharusnya dapat dikurangkan memandangkan ramai guru-guru

siswazah telah ditempatkan di kawasan pedalaman bagi membantu golongan ini.

Guru sebagai model seharusnya dapat menyalurkan cita-cita dan mengembangkan bakat

para pelajar terutamanya Orang Asli. Ini kerana guru mempunyai ketokohan yang meyakinkan

serta mempunyai pandangan yang tinggi di dalam masyarakat. Melalui usaha yang berterusan

ini, guru diharapkan dapat merubah Orang Asli dari segi mentalitinya agar mereka mampu

meningkatkan taraf hidup mereka kepada tahap yang lebih baik berbanding dengan keadaan

mereka sekarang.

Peranan guru sebagai fasilitator atau pemudah cara ialah membentuk anak didiknya yang

mentah sehingga mereka menjadi manusia yang berjaya di dalam akademik mahupun di dalam

kehidupan mereka. Segala permasalahan yang dihadapi ketika berhadapan dengan karenah anak

murid haruslah ditangani dengan cara yang positif.

3

Page 4: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

2.2 Pendidikan dan masyarakat

Pendidikan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana keduanya mempunyai

hubungan yang saling berkaitan. Sebagai contoh, dalam pengisian kemerdekaan telah berlaku

pelbagai usaha dalam modenisasi pendidikan negara. Tujuannya tidak terhad kepada ilmu

pengetahuan sahaja, malahan segala pengalaman serta idea yang baru dapat dikembangkan serta

diadaptasikan ke dalam negara bagi memajukan negara.

Orang Asli hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkan

mereka terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan. Kehidupan yang lebih

menumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui pendidikan yang formal. Ini kerana

hanya dengan pendidikan sahajalah mereka mampu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing

setanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

2.21 Pendidikan dalam konteks masyarakat

Pendidikan adalah suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal. Persekolahan

misalnya adalah aktiviti di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui institusi

pendidikan inilah berlakunya transmisi kerana sekolah adalah struktur sosial.

Sekolah adalah tempat berlakunya proses pengajarandan pembelajaran. Fungsinya bukan

sekadar untuk akademik, malahan sebagai tempat untuk belajar bersosial serta kepimpinan.

Sebagai contoh, pelajar yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang serta anutan dipupuk untuk

bersosial sebagai rakyat Malaysia yang harmoni. Perkara yang sama juga harus dialami oleh

Orang Asli kerana terdapat di kalangan pelajar-pelajar Orang Asli yang tidak dapat

menyesuaikan diri mereka dengan situasi yang baru ini.

Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia khasnya generasi

muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk

menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian.

4

Page 5: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

2.22 Berapa kuat hubungan antara status pekerjaan dengan pendidikan?

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat

mobiliti sosial2. pada hari ini kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti

sosial. Perbezaan dalam Status pekerjaan jika diukur dari segi kolar biru dan kolar putih akan

meningkat seiring dengan tingginya tahap pendidikan3.

Di Amerika Syarikat, peratusan untuk semua bangsa bekerja dalam sektor kolar putih

meningkat dengan mendadaknya akibat daripada pendidikan, manakala peratusan yang bekerja

dalam sektor kolar biru turun dengan banyaknya. (Sumber : U.S Department of Labor 2001)

2.3 Interaksi dan masyarakat

2.31 Konflik-konflik dalam pendidikan

Pendidikan adalah untuk mengindoktrinasikan kanak-kanak nilai ekonomi kapitalisme.

Perkara ini terjadi kerana mereka diajar tentang kepentingan untuk mengekalkan status sosial

masing-masing. Menurut Randal Collins (1974), pendidikan digunakan oleh kumpulan masing-

masing untuk memperoleh faedah ekonomi, status dan kuasa.

2.32 Penganiayaan simbolik

Penindasan budaya kemungkinan berlaku kepada pelajar-pelajar Orang Asli. Ini kerena

terdapat perbezaan antara pelajar kaya dan pelajar yang miskin. Selain itu, terdapat banyak dari

kalangan pelajar Orang Asli yang keciciran dalam pelajaran mereka. Ada antara mereka yang

tidak tahu membaca dan lebih malangnya lagi gagal dalam peperiksaan yang diduduki.

Selain itu, keadaan guru yang mengandaikan semua muridnya tahu apa yang diajarkan

semasa di kelas adalah merupakan suatu bentuk penganiayaan simbolik. Tambahannya lagi

pendidikan yang berlaku terlalu berorientasikan akademik dan tidak mengambilkira keinginan

murid.

2 Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books, Tanjung Malim, muka surat 1803 John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education, Belmont, muka surat 383

5

Page 6: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

2.33 Habitus

Perasaan malu dan rasa rendah diri dalam kalangan pelajar Orang Asli seharusnya dapat

dikikis agar tidak melarat sehingga boleh menjejaskan masa depan mereka. Faktor-faktor

sekeliling seperti keluarga dan persekitaran seharusnya diubah agar tidak terus membelenggu diri

pelajar terbabit.

2.4 Reformasi pendidikan

2.41 Pendemokrasian pendidikan

Pendemokrasian pendidikan memberi peluang yang sama kepada pelajar untuk

mendapatkan pelajaran. Ini adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak

sosial.

Akses kepada peluang-peluang dan ganjaran-ganjaran adalah sama bagi setiap warga

negara Malaysia. Orang Asli juga tidak terkecuali di dalam mengejar maklumat serta pendidikan

yang sama seperti bangsa lain.

6

Page 7: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

3.0 Cadangan dan rumusan (4 markah)

Menurut sebab yang utama, seharusnya dana awam dilaburkan pada sekolah-sekolah dan

program-program pendidikan bagi pelaburan modal insan. Secara tidak langsung ini akan

mempromosikan serta memesatkan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik bagi sesebuah

negara.

Penduduk yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan persekolahan yang

sempurna akan menyebabkannya tidak dapat mempunyai peluang untuk mengembangkan

maklumat serta meningkatkan taraf kehidupan ssms seperti yang lain. Pendidikan bukanlah

hanya suatu hak manusia, bahkan pendidikan juga adalah suatu keperluan sosial4.

Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan luar

bandar. Pendidikan yang asas di luar bandar boleh dikumpulkan kepada beberapa perkara iaitu

pendidikan asas, pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga, pendidikan untuk

mengukuhkan komuniti serta pendidikan untuk membina pekerjaan5.

Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meganjurkan siri ceramah yang

berunsurkan pendidikan wajib sama ada melalui media massa atau ceramah di kawasan tertentu

yang dikenalpasti bermasalah6. Perkara ini akan dapat memberikan kefahaman kepada

masyarakat perihal pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.

Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) mengenai merapatkan jurang

pendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur dan ICT luar bandar.

Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanak-

kanak yang berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan Orang Asli serta Penan.

4 Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational for rural people (Aid Agencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and UNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning), muka surat 255 Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen Asia, Singapura, muka surat 156 Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003

7

Page 8: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

Selain itu, pelancaran Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi

(KEDAP)7 yang telahpun dilancarkan pada tahun 2008 mempunyai objektifnya yang tertentu

seperti mengurangkan kadar buta huruf khususnya Orang Asli serta beberapa golongan lagi.

Malahan kelas tersebut adalah sebagai wahana untuk membasmi kemiskinan tegar melalui

agenda pendidikan disamping membantu anak-anak golongan ini di dalam pembelajaran mereka

agar tidak berlaku insiden keciciran.

Mata Pelajaran Vokasional dilihat sebagai suatu alternatif dalam menyediakan pilihan

pelajaran di sekolah menengah harian kepada pelajar yang yang kurang minat dalam akademik

dan lebih cenderung kepada program vokasional yang berbentuk hands-on. perkara seperti ini

akan membantu mengurangkan masalah pelajar yang tidak menghabiskan pelajaran mereka

sehingga tamat tingkatan lima.

Oleh kerana tahap penguasaan 3M dikalangan orang Asli masih di tahap rendah serta

kadar keciciran mereka adalah tinggi, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyediakan peruntukan bagi ibu bapa murid Orang Asli dan pribumi lain mulai dari tahun

2008. Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha untuk meningkatkan

tahap pendidikan mereka yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yang

lain.

Hanya melalui pendidikan Orang Asli dapat membuat perubahan di dalam kehidupan

mereka. Konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) seharusnya dapat ditanam ke

dalam setiap isi masyarakat Orang Asli. Tidak menyalahi sekiranya ibu bapa mempelajari

kemahiran 2M kerana melaluinya mereka dapat mengetahui akan kepentingan pendidikan

terutamanya kepada anak-anak mereka.

Selain itu, mentaliti Orang Asli haruslah berubah agar tidak berada di takuk yang lama.

Kehidupan yang dijalani sekarang mungkin tidak mengalami perubahan yang positif sekiranya

tiada inisiatif daripada mereka sendiri. Sewajarnya mereka sama-sama memajukan diri seiring

dengan perkembangan semasa.

7 Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27 November 2008

8

Page 9: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

Secara tuntasnya, penulis berpendapat bahawa pendidikan Orang Asli mampu

ditingkatkan ke tahap yang lebih baik kerana dasar pendidikan negara yang sentiasa menyokong

golongan ini untuk maju ke depan. Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk sama-sama

memajukan pendidikan dalam negara terutama guru-guru. Tidak kira di mana mereka

ditempatkan sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

4.0 Bibliografi

Buku

Amir Hasan Dawi, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga, 2006, Quantum Books,

Tanjung Malim

Food & Agriculture Organization of The United Nation, Educational For Rural People (Aid

Agencies workshop), Rome, Italy (12-13 December 2002), 2003, Working Document FAO and

UNESCO-IIEP (International Institute for Educational Planning)

John M. Shepard, Sociology, 9th Edition, 2007, Thompson Higher Wadsworth Education,

Belmont

Mohd Fauzi Yaacob, Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan, 2006, Penerbit

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Paiboon Suthasupa, Tertiary Education and Rural Development in Thailand, 1982, Maruzen

Asia, Singapura

9

Page 10: masalah keciciran pelajaran kaum orang asli

Laporan

Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Lapuran

Keciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan Pelajaran. Kuala Lumpur: BPPP dan

Jabatan Perangkaan,1973. v, 147 muka surat

Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP, Mei 1996. 221 muka surat

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kajian Keciciran Di Kalangan Murid Sekolah Rendah : Cabaran Menghadapi Sistem

Pendidikan Wajib. Kuala Lumpur: BPPDP , 2003

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan. Konvensyen Nasional PIPP Kedua 2008, IAB, 24-27

November 2008

10