MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor...

31
MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN UTM TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor...

Page 1: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENCAPAIAN

AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN

UTM

TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

Page 2: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP

PENCAPAIAN AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS

Alamat Tetap: NO 38 KAMPUNG KUALA DONG, USTAZ ABDULLAH BIN SULONG 27400 DONG, RAUB, Nama Penyelia PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: 13 Mei 2011 Tarikh: 13 Mei 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.

Tandatangan : ............................................................

Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 4: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENCAPAIAN

AKADEMIK DI KALANGAN PELAJAR: KAJIAN TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU ABDUL RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

ii  

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penulis : TENGKU FATIN NABILAH BT TENGKU

ABDUL RAHMAN

Tarikh : 13 MEI 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

iii  

DEDIKASI

Ya Allah Ya Tuhanku...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan padaMu atas setiap anugerahMu...

Hanya kepadaMu aku berserah dan memohon pertolongan, berkatilah kehidupanku...

Istimewa Buat Bonda Yang Dirindui,

Zaiti yang telah kembali menghadap Ilahi,

Moga rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman, Aminn…

Buat Ayahanda dan Ummi,

Terima kasih di atas segala pengorbanan, bimbingan dan perhatian ,

Tengku Abdul Rahman & Rabitah Bt Mokhtar

Kakanda dan Adinda,

Kakanda Tengku Ainul Farha & Tengku Nurul Aqilah,

Adinda Tengku Naqia Afifah Najwa, Tengku Adibah Izzati, & Tengku Sapura Mumtaz,

Teruskan perjuangan,. jadilah insan yang terbaik.

Penyelia Yang Disanjungi

Ustaz Abdullah Sulong, terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar.

Moga Allah membalas segalanya.

Para pensyarah Fakulti Pendidikan & Fakulti Tamadun Islam,

Terima kasih atas segala ilmu sepanjang pengajianku.

Sahabatku Sekalian

Terima kasih di atas segala-galanya, semoga kejayaan milik kita bersama.

Kenangan bersama tidak akan kulupakan.

Page 7: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

iv  

PENGHARGAAN

Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah yang telah melimpahkan nikmat

Iman, Islam, kesihatan dan kelapangan masa sehingga dapat kita melakukan tugas-tugas

yang telah dipertanggungjawabkan. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,

para ahli keluarga dan sahabatnya yang telah menggunakan seluruh masa hidup mereka

untuk Islam.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin

Sulong, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu

memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh ini bagi memastikan

PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga

buat semua pensyarah FTI, UTM dan FP, UTM, atas segala curahan ilmu dan

didikan yang diberikan selama ini.

Tidak dilupakan buat ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan seperjuangan

yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa kalian amat

dihargai. Didoakan agar ukhuwah yang dibina berkekalan selamanya. Semoga kita

sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada

semua pembaca. Amin, Wallahu a'lam.

Page 8: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

v  

ABSTRAK

Pencapaian akademik adalah perkara yang penting dalam proses pembelajaran.

Sistem pembelajaran di Malaysia telah mengambil kira tahap pencapaian akademik

bagi mengukur kecemerlangan pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat

persepsi pelajar terhadap ciri-ciri keluarga bermasalah, mengenal pasti hubungan di

antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor

masa dengan pencapaian akademik, dan melihat sejauhmana hubungan pengaruh

masalah keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar. Faktor-faktor yang dikaji

ialah faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor

masa. Satu set soal selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 60

orang pelajar tahun 4 yang telah mengambil bidang daripada pelbagai kursus di FP,

UTM Skudai iaitu bidang Sarjana Muda Sains serta Pendidikan. Kursus yang terlibat

adalah SPI, SPM, SPK, SPS, dan SPJ. Analisis deskriptif dibuat untuk mendapatkan

nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 15.0 for Windows. Dapatan kajian

menunjukkan persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah, faktor

hubungan dengan keluarga dan faktor agama berada pada min yang tinggi iaitu 4.51

dan 4.43, 4.25. Bagi faktor kewangan, menunjukkan tahap min berada dalam

kategori min yang sederhana iaitu 3.54 manakala faktor masa, dan faktor penceraian

berada pada tahap min yang rendah iaitu 1.99 dan 1.89. Ia juga dianalisis secara

statistik inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson (r) dan regrasi (r2) untuk

melihat hubungan dan pengaruh yang wujud antara pencapaian akademik dengan

faktor-faktor yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara faktor yang dikaji dengan pencapaian akademik dan tidak terdapat

pengaruh antara pencapaian akademik dengan faktor hubungan dengan keluarga iaitu

r = 0.048, (r2) = 0.002, faktor agama r = -0.268, (r2) = 0.072, faktor kewangan r = -

0.061, (r2) = 0.004, faktor penceraian r = -0.298, (r2) = 0.089, dan faktor masa r = -

0.226, (r2) = 0.051. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan

lagi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar pada akhir kajian.

Page 9: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

vi  

ABSTRACT

Academic achievement is an important matter in the learning process. Education

system in Malaysia has taken into account by academic achievement levels to assess

succeeds among student. Thus, the purpose of this study is to know perceptions’

student of criteria of family’s problems, the relationship between family relationship

factors, religion factors, financial factors, divorce factor, and time factors, and how

far the influence of family problems related to academic achievement. The factors

studied were related to family relationship factor, religion factor, financial factor,

divorce factor, and the time factor. A questionnaire containing 47 items were

distributed to 60 student’s final years who took the field from a variety of courses in

the Faculty of Education, UTM Skudai the field of Science and Bachelor of

Education. The courses involved are SPI, SPM, SPK, SPS, and SPJ. The pilot study

results showed that the Cronbach's Alpha 0.936. Materials used for this study was a

questionnaire. Descriptive analysis is made to find the frequency, percentage and

mean by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 for

Windows. The findings showed that students' perception about the criteria of

family’s problems, factors related to the family relationship and religion factor are at

a high mean 4.51, 4.43 and 4.25. For the financial factors shown in a moderate level

of 3.54 mean while for time factors and the factors of divorce are at a low level of

mean 1.99 and 1.89. It will also be analyzed by statistical inference using the Pearson

correlation (r) and regression (r2) to examine the relationship and existing influence

between academic achievements factors studied. The findings of this research

showed that there were significant relations between these factors to academic

achievement and not existing influence between importance of academic

achievement and factors related to the family relationship r = 0.048, (r2) = 0.002,

religion factors r = -0.268, (r2) = 0.072, financial factors r = -0.061, (r2) = 0.004,

divorce factor r = -0.298, r2) = 0.089, and time factor r = -0.226, (r2) =

0.051. Several suggestions have been made to improve academic achievement

among students at the end of the study.

Page 10: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

vii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT QURAN xvi

SENARAI HADIS xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI SIMBOL xix

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Pengaruh 12

Page 11: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

viii  

1.9.2 Masalah 12

1.9.3 Keluarga 13

1.9.4 Pencapaian 13

1.9.5 Akademik 14

1.10 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Pengertian Keluarga Bermasalah 17

2.3 Ciri-ciri Keluarga Bermasalah 20

2.3.1 Rumah Tangga Yang Tidak Berasaskan

Kasih Sayang 21

2.3.2 Tidak Menjalankan Peranan Dan

Tanggungjawab 23

2.3.3 Masalah Komunikasi Dan Waktu

Bersama Keluarga 24

2.4 Faktor-faktor Yang Mempunyai Hubungan

Dengan Masalah Keluarga 25

2.4.1 Faktor Hubungan 26

2.4.2 Faktor Agama 27

2.4.3 Faktor Kewangan 29

2.4.4 Faktor Penceraian 30

2.4.5 Faktor Masa 32

2.5 Kajian Lepas 33

2.6 Kesimpulan 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 38

Page 12: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

ix  

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 41

3.5.1 Data Primer 41

3.5.2 Data Sekunder 43

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 44

3.7 Kajian Rintis 45

3.8 Kajian Sebenar 46

3.9 Analisis Data 46

3.10 Jangka Masa Kajian 48

3.11 Kesimpulan 49

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 52

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 52

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Kursus 53

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan Penjaga 54

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Pendapatan Keluarga Sebulan 54

4.2.5 Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut

Tahun Kemasukan 55

4.2.6 Pencapaian Akademik Pelajar Mengikut

Semester Pengajian 56

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 56

4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Pencapaian Akademik Pelajar 57

Page 13: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

x  

4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga

Bermasalah 57

4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Hubungan Keluarga 63

4.3.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Agama 67

4.3.5 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Kewangan 71

4.3.6 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Penceraian 75

4.3.7 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min

Bagi Faktor Masa 79

4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 83

4.4.1 Analisis Kolerasi 83

4.4.2 Analisis Regrasi 87

4.5 Analisis Keseluruhan 89

4.6 Kesimpulan 92

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 93

5.2 Perbincangan 94

5.2.1 Latar Belakang Responden 94

5.2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 96

5.2.3 Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga

Bermasalah 97

5.2.4 Faktor-faktor Keluarga Bermasalah 99

i. Faktor Hubungan Keluarga 99

Page 14: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xi  

ii. Faktor Agama 100

iii. Faktor Kewangan 103

iv. Faktor Penceraian 104

v. Faktor Masa 105

5.2.5 Analisis Inferensi 106

5.3 Rumusan 109

5.3.1 Persepsi Terhadap Ciri-ciri Keluarga

Bermasalah Dan Faktor-faktor Seperti

Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,

Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar 109

5.3.2 Hubungan Faktor-faktor Keluarga Bermasalah

Seperti Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,

Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar 110

5.3.3 Pengaruh Faktor-faktor Keluarga Bermasalah

Seperti Hubungan Keluarga, Agama, Kewangan,

Penceraian Dan Masa Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar 111

5.4 Cadangan 111

5.4.1 Mempertingkatkan Kesefahaman Dalam

Keluarga Dan Menjalankan Tanggungjawab

Untuk Mengelakkan Berlakunya Penceraian 111

5.4.2 Mengukuhkan Nilai Agama 113

5.5 Cadangan Lanjutan Kajian 114

5.6 Kesimpulan 115

BIBLIOGRAFI 117

LAMPIRAN

Page 15: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah populasi dan sampel mengikut kursus 40

3.2 Spesifikasi item soal selidik 42

3.3 Pengkelasan Skala Likert 42

3.4 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk,

dan jumlah item dalam soal selidik 43

3.5 Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan

objektif kajian 46

3.6 Nilai skor min 47

3.7 Klasifikasi kekuatan korelasi 47

4.1 Taburan responden mengikut jantina 52

4.2 Taburan responden mengikut kursus 53

4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan penjaga 54

4.4 Taburan responden mengikut pendapatan keluarga

sebulan 54

4.5 Taburan responden mengikut tahun kemasukan 55

4.6 Taburan responden mengikut semester pengajian 56

4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi

pencapaian akademik 57

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 57

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 58

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 58

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 59

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 60

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 60

Page 16: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xiii  

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 61

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 61

4.16 Taburan min keseluruhan bagi persepsi pelajar

terhadap ciri-ciri keluarga bermasalah 62

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 63

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 63

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 64

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 64

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 65

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 65

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 66

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 66

4.25 Taburan min keseluruhan bagi faktor hubungan

keluarga 67

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 67

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 68

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 69

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 69

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 70

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 70

4.32 Taburan min keseluruhan bagi faktor agama 71

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 71

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 72

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 72

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 73

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 73

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 74

4.39 Taburan min keseluruhan bagi faktor kewangan 75

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 75

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 76

Page 17: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xiv  

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 76

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 77

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 77

4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 78

4.46 Taburan min keseluruhan bagi faktor penceraian 78

4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 79

4.48 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 80

4.49 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 80

4.50 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 81

4.51 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 81

4.52 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 82

4.53 Taburan min keseluruhan bagi faktor masa 83

4.54 Hubungan antara pencapaian akademik dengan

faktor hubungan keluarga 84

4.55 Hubungan antara pencapaian akademik dengan

faktor agama 85

4.56 Hubungan antara pencapaian akademik dengan

faktor kewangan 85

4.57 Hubungan antara pencapaian akademik dengan

faktor penceraian 86

4.58 Hubungan antara pencapaian akademik dengan

faktor masa 86

4.59 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan

faktor hubungan keluarga 87

4.60 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan

faktor agama 88

4.61 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan

faktor kewangan 88

4.62 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan

faktor penceraian 88

Page 18: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xv  

4.63 Pengaruh antara pencapaian akademik dengan

faktor masa 89

4.64 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 90

4.65 Keputusan kolerasi 90

4.66 Keputusan regrasi 91

Page 19: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xvi  

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH MUKASURAT

Al-Mujadalah 4

Ar-Rum 17

An-Nisa’ 2

19

Al-Furqan 21

At-Tahrim 23

Luqman 28

Adz-Dzariyat 29

Al-Isra’ 101

Page 20: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xvii  

SENARAI HADIS

HADIS RIWAYAT MUKASURAT

Muslim 3

Ibnu Hibban 22

Muslim 26

Abu Daud & Ibnu Majah 31

Page 21: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xviii  

SENARAI SINGKATAN

a.s ‘Alaihissalam

Bil. Bilangan

CPA Cumulative Point Average

KS Kurang Setuju

No. Nombor

FP Fakulti Pendidikan

FTI Fakulti Tamadun Islam

RM Ringgit Malaysia

S Setuju

SAW Sallallahu ’Alaihi Wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SPH Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPI Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPM Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)

SPS Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awan

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

IQ Intelligence Quotient

TS Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 22: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

xix  

SENARAI SIMBOL

 

 

% Peratus

Ha Hipotesis alternatif

Ho Hipotesis nol

n Jumlah Bilangan Sampel

r Pekali Korelasi

r2 Pekali Regrasi

x Pemboleh ubah bebas

y Pemboleh ubah bersandar

Page 23: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Institusi kekeluargaan adalah amat penting dalam membentuk masyarakat.

Seperti yang kita ketahui, setiap manusia mempunyai keluarga dalam membentuk

generasi yang akan datang. Keluarga juga adalah elemen yang terpenting bagi

mencorakkan suasana dan gaya hidup individu. Ini berkait rapat dengan peranan ibu

bapa dalam melahirkan anak yang baik dan seterusnya bangsa yang berguna kepada

agama dan juga negara. Dari sudut Islam, kewujudan keluarga bermula daripada

penyatuan Nabi Adam a.s dengan Hawa. Dengan itu, hasil daripada hubungan Nabi

Adam a.s dan Hawa maka lahirlah zuriat manusia yang berkembang sehingga kini.

Sebagaimana firman Allah SWT.

 

Page 24: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

$pκ š‰ r'≈ tƒ â¨$Ζ9 $# (#θà) ®?$# ãΝ ä3−/ u‘ “Ï% ©!$# / ä3s) n=s{ ⎯ ÏiΒ <§ø ¯Ρ ;ο y‰Ïn≡ uρ

t,n=yz uρ $pκ ÷] ÏΒ $yγ y_÷ρy— £] t/ uρ $uΚåκ ÷] ÏΒ Zω% y Í‘ # Z ÏWx. [™!$|¡ÎΣuρ 4 (#θà) ¨?$# uρ

©!$# “Ï% ©!$# tβθä9 u™!$|¡s? ⎯ Ïμ Î/ tΠ% tn ö‘ F{ $# uρ 4 ¨βÎ) ©!$# tβ% x. öΝ ä3ø‹n=tæ

$Y6Š Ï%u‘ ∩⊇∪

Maksudnya :“ Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

[An-Nisa’ 4 : 1]

Keluarga amatlah penting bagi setiap individu, kerana jika kita lihat tanpa

keluarga pastilah seseorang itu akan berasa sunyi dan hidup bersendirian. Tiada siapa

yang dapat mendengar segala rintihan dan masalah yang dihadapi, tiada siapa yang dapat

kita mencurahkan kasih sayang dan seterusnya tiadalah kebahagiaan. Peranan daripada

ibu dan bapa adalah sangat membantu dan banyak mempengaruhi perkembangan anak.

Anak adalah ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Ia

bergantung kepada keluarga tersebut sama ada membawa kepada corak dan gaya hidup,

yang membawa kepada kebaikan atau sebaliknya. Anak juga mestilah dididik dan diberi

ajaran yang sempurna baik dari segi agama, akhlak dan akademik bagi menjamin masa

depan mereka.

Page 25: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

Selain agama, akademik atau ilmu dunia juga dituntut oleh kita setiap Muslim

untuk mempelajarinya. Ini kerana ilmu ini akan menjadi bekalan selepas meninggal

dunia kelak. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang

pentingnya ilmu ini. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda

mafhumnya:

“Apabila anak Adam (manusia) mati terputuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang selalu mendoakannya."

[Riwayat Muslim]

[Kitab Shahih Riyadhus-Shalihin Jilid II, halaman: 320]

Berdasarkan hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tuntutan menuntut

ilmu itu amatlah penting dan menjadi kewajipan kepada kita seorang muslim. Manusia

yang diciptakan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi seharusnya mempunyai ilmu

pengetahuan sebagai benteng dan panduan kepada diri. Jika kita lihat sekarang

khususnya kepada pelajar, akademik dan ilmu pengetahuan amatlah penting dan selalu

dititik beratkan. Dengan pencapaian yang baik dan cemerlang akan membuka peluang

yang besar kepada pelajar dalam memberi sumbangan dalam bidang yang diceburi.

Setiap perjalanan dalam mencari ilmu ada ganjarannya di sisi Allah SWT. Bertepatan

dengan mafhum hadis ini. Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

[Riwayat Muslim]

[Kitab Shahih Ibnu Hibban Jilid I, hadith nombor 84: halaman 310] 

Page 26: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

1.2 Latar Belakang Masalah

Pencapaian akademik bagi seseorang pelajar adalah satu perkara yang amat

penting. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar terhadap apa yang dipelajarinya.

Pencapaian yang menaik atau menurun akan memberi kesan dan impak kepada pelajar

sama ada isi pembelajaran dapat dikuasai atau tidak. Kebiasaannya ia menjadi ukuran

tahap IQ seseorang pelajar semakin tinggi pencapaian akademik, maka disimpulkan

bahawa pelajar tersebut sudah mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan cerdik.

Dengan pencapaian akademik ini, maka pelajar tersebut dapat meneruskan pengajian

dan masuk ke institusi-institusi yang ditawarkan.

Seperti mana yang kita sedia maklum, betapa pentingnya ilmu untuk kita

pelajari, tidak kira sama ada ilmu agama atau dunia asalkan ia adalah ilmu. Telah

dijelaskan di dalam Al-Quran firman Allah SWT:

( # sŒ Î) uρ Ÿ≅Š Ï% (#ρâ“ à±Σ$# (#ρâ“ à±Σ$$sù Æì sùötƒ ª!$# t⎦⎪Ï% ©!$# (#θãΖtΒ# u™ öΝ ä3ΖÏΒ

t⎦⎪Ï% ©!$# uρ (#θè?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈ y_u‘ yŠ 4 ª!$# uρ $yϑÎ/ tβθè=yϑ÷ès? × Î7 yz ∩⊇⊇∪

Maksudnya: “Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

[Al-Mujadalah, 58: 11]

Page 27: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

Berdasarkan dalil di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT

telah memberikan pengiktirafan dan kemudahan jalan ke syurga kepada orang yang

menuntut ilmu. Rentetan dari kelebihan menuntut ilmu ini, setiap orang boleh mencipta

kejayaan dan mendapatkan pencapaian akademik yang sebaiknya disusuli dengan

keikhlasan dalam menuntut ilmu. Kejayaan amat penting bagi pelajar dan ini menjadi

satu nilaian masa hadapan mereka. Apa yang akan mereka ceburi dalam bidang

pekerjaan berkait rapat dengan bidang atau kursus yang diambil semasa belajar. Jadi,

jika pencapaian akademik jatuh merudum ini akan menjejaskan reputasi pelajaran dan

memberi kesan ke dalam diri pelajar.

Kecemerlangan dalam akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan

seseorang pelajar. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan

yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus

mengekalkan kecemerlangan dan kejayaan mereka. Namun dalam proses dan langkah

untuk mencapai kejayaan tersebut semestinya perlu melalui beberapa halangan dan

cabaran untuk mencapainya. Persekitaran yang membentuk keyakinan dan jati diri kita,

jika suasana persekitaran mengakibatkan seseorang tertekan ini secara tidak langsung

mengganggu sistem pembelajaran.

Setiap manusia yang diciptakan Allah SWT sudah pasti mempunyai bakat serta

kebolehan semula jadi yang istimewa pada diri masing-masing. Namun, ini bergantung

kepada diri sendiri bagaimana seseorang itu mampu mencipta dan menuju kepada

kejayaan tersebut. Perbezaan untuk berjaya itu dapat dikenal pasti apabila mereka

menggunakan tahap kecerdasan, motivasi, dan juga pengaruh persekitaran yang dialami

seperti masalah-masalah yang sering menggangu dan menghalangnya. Jelasnya di sini,

aspek kejayaan ini amat penting bagi setiap manusia sehinggakan dalam semua perkara

perlu kepada matlamat serta kejayaan yang ingin digapai.

Page 28: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

1.3 Pernyataan Masalah

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan

berkeluarga ahli yang terlibat dalam satu institusi keluarga itu dapat bergantung kepada

satu sama lain. Bukan sahaja dapat bertukar-tukar pandangan serta idea malah bantu-

membantu dalam segala hal terutamanya apabila ahlinya berada dalam masalah. Setiap

aspek perlu ada dalam mewujudkan sesebuah institusi sesebuah keluarga seperti aspek

agama, kebajikan, sahsiah atau moral dan lain-lain.

Dalam institusi keluarga juga terdapat peranan-peranan yang tertentu yang

ditaklifkan kepada setiap ahli sesebuah keluarga. Umumnya, sesebuah institusi itu

mempunyai ketua, penolong ketua, dan juga ahli jawatankuasa, maka konsep inilah juga

yang ada dalam organisasi keluarga. Jelasnya di sini, setiap orang memainkan peranan

masing-masing supaya sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera akan terbentuk.

Namun jika sebaliknya, terdapat pelbagai masalah di dalam sesebuah keluarga

berkenaan secara automatiknya memberi kesan kepada mana-mana ahli di dalamnya.

Namun dalam dunia sains dan teknologi kini negara kita amat menitik beratkan

tentang bidang pendidikan terutamanya akademik pelajar. Banyak perubahan yang perlu

dilakukan oleh generasi baru dalam bersaing dengan arus globalisasi dunia. Maka,

seharusnya ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menguruskan

akademik anak-anak. Akademik seharusnya ada kaitannya dalam mencapai aspek

kejayaan. Ini kerana dalam bidang pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menetapkan tahap pencapaian yang perlu dicapai oleh pelajar melalui gred. Namun

masih ramai pelajar yang tercicir dalam pelajaran mereka, banyak faktor yang

mengundang kepada perkara ini. Salah satunya faktor keluarga, status ekonomi yang

Page 29: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

tidak stabil menyebabkan pelajar berhenti belajar dan mencari kerja bagi menampung

kewangan keluarga.

Aspek kejayaan adalah penting bagi setiap manusia secara umumnya dan

tentunya setiap ahli keluarga secara khususnya. Jika terdapat masalah yang melanda dan

mengganggu dalam keluarga berkenaan pastinya akan mencatatkan keputusan yang

kurang baik kepada pencapaian akademik. Kadang-kadang terdapat juga ibu bapa yang

menyalahkan guru dan sekolah kerana pencapaian akademik anak mereka mempunyai

masalah. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan, seperti

persekitaran, rakan sebaya, budaya sekolah, keluarga serta ibu bapa. Salah satu faktor

adalah daripada ibu bapa mereka sendiri iaitu orang yang paling dekat dengan pelajar

dan juga mengetahui diri anak mereka.

Keluarga dan juga ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membina

kejayaan bagi anak-anak mereka. Ibu bapa juga telah dipertanggungjawabkan terhadap

pentadbiran sesebuah rumahtangga seperti dalam memberi kasih sayang juga perhatian,

sokongan serta motivasi kepada anak. Semua perkara ini perlu diambil perhatian kerana

akan memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar. Keluarga yang mempunyai

masalah boleh memberi tekanan kepada pelajar dan akhirnya pencapaian akademik

anak-anak akan terganggu. Keharmonian dalam keluarga mampu memberi satu ikatan

dan sokongan yang padu pada anak-anak bagi mengecapi kejayaan.

Page 30: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

1.4 Objektif Kajian

Pengkaji menentukan tiga objektif dalam kajian yang dijalankan iaitu:

1.4.1 Melihat persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah.

1.4.2 Mengenal pasti hubungan di antara faktor hubungan keluarga, faktor agama,

faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian

akademik.

1.4.3 Melihat sejauhmana pengaruh masalah keluarga terhadap pencapaian akademik

pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi matlamat kajian, maka persoalan kajian yang telah diutarakan

ialah :

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa tentang ciri-ciri keluarga bermasalah?

Page 31: MASALAH KELUARGA DAN PENGARUHNYA TERHADAP … · antara faktor hubungan, faktor agama, faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa dengan pencapaian akademik, dan melihat

 

1.5.2 Adakah terdapatnya hubungan di antara faktor hubungan keluarga, faktor agama,

faktor kewangan, faktor penceraian, dan faktor masa terhadap pencapaian

akademik?

1.5.3 Adakah masalah keluarga dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar?