Masyarakat Plural Dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan

15
Masyarakat Plural dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan

description

Era Kemerdekaan

Transcript of Masyarakat Plural Dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan

Masyarakat Plural dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan

Masyarakat Plural dan Pluraliti Baru Dalam Era Kemerdekaan Pluralistik masyarakat Malaysia selepas merdeka akan memberi tumpuan kepada pembetukkan masyarakat di Malaysia. Penumpuan yang jelas diberikan kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu,Cina dan India.Menurutpendapat oleh J.S. Furnival,konsep masyarakat majmuk atau pluralistik itu diertikansebagai masyarakat di mana di dalamnya terdapat pelbagai etnik(kaum) yang hidup didalam satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh ekonomi,tempat tinggal,sosial dan budaya.Masyarakat Malaysia Selepas MerdekaMasyarakat majmuk atau pluralistik di Malaysia selepas kemerdekaan terbentuk disebabkan oleh faktor agama.Jika dulu sebelum merdeka kaum Cina hanya menganuti agama Buddha namun berlaku perubahan selepas merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina sudah menganuti agamaKristian,confucies dan ada juga yang menganuti ajaran agama Islam.Ini juga terjadi pada masyarakat kaum India.Dengan anutan agama asal ialah Hindu,kini terdapat juga kaum India yang sudah manganuti agama Buddha dan Islam.Di sinilah kewujudanmasyarakat majmuk atau pluralistik mula terjadi.Perbezaan Pada Anutan AgamaPemisahan tempat tinggal yang diperkenalkan sejak zaman British telah memisahkan masyarakat secara langsung dari segi penempatan dan ia mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat.Pemisahan ini membawa kepada pengasingan masyarakat samada dari segi ekonomi dan komunikasi yang lebih berkesan diantara satu sama lain. Pengasingan ini akhirnya membawa kepada komposisi penduduk yang tidak seimbang di negeri-negeri di seluruh Malaysia.Pemecahan etnik kepada subetnik berdasarkan negeriKestabilan politk kerjasama antara etnik dengan melaksanakan sistem demokrasi.1955 Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC) memperjuangkan kemerdekaan mengamalkan sikap bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik.1974 Barisan Nasional terus kekal memerintah sehingga kini kerana wujud kerjasama antara parti komponennya.Pengurusan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur berjaya mengekang pihak pembangkang.Struktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipisPemecahan etnik dari segi politik perkaumanPerlembagaan Persekutuan Malaysia undang-undang tertinggi sumber kepada segala perundangan lain.Panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik berlandaskan suatu kontrak sosial persetujuan antara kaum.2 peringkat kontrak sosial:Pertama, pada zaman pluraliti janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja waad berlaku antara Demang Lebar Daun mewakili pihak rakyat dan Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.

Perlembagaan dan etnik Kedua, dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.Antara isu penting soal kerakyatan Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu.Pada masa yang sama orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu.Setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik mencapai persetujuan untuk hidup secara aman.Persetujuan ini menjadi acuan kepada penggabungan parti politik antara kaum seterusnya.Sebelum Penyata Razak 1956 wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional.Terbahagi kepada 3 peringkat: Pertama Pendidikan British rendah dan menengah golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.Kedua sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British menjadikan orang Melayu petani yang lebih baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran.Ketiga sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Pendidikan pelbagai kaum Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi matlamat.Pascamerdeka sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata perlajaran & orientasi untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman Talib (1960)

Bahasa Melayu bahasa rasmi (Perkara 152) untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain.Namun, ada pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu mempunyai motif ekonomi yang tersirat statistik kemasukan pelajar ke IPT bidang kejuruteraan, sains dan perubatan.

Setelah kemerdekaan, rancangan pembangunan ekonomi terbahagi kepada 4 peringkat:1. Rancangan pramerdeka Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).2. Perancangan selepas merdeka Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965); Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).3. Perancangan dalam era DEB.4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.

EkonomiPada umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi oleh sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire); kewujudan sistem ekonomi dualisme.Ekonomi moden berorientasikan budaya bandar dengan asas pasaran bandar, corak pengurusan dan teknok organisasi berteraskan bandar orang asing (British), orang Cina dan India.Sistem ekonomi tradisional sektor ekonomi pertanian padi dan perikanan orang Melayu budaya Melayu luar bandar.Sistem dualisme - mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut kumpulan etnik.

Sektor ketiga (tertiary sector) terdapat ketidakseimbangan antara etnik sektor kerajaan etnik Melayu (termasuk polis); sektor ketiga swasta etnik Cina (bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan) etnik India (pengakutan awam, perniagaan dan kewangan).Dari segi purata pendapatan bulanan kategori Bumiputera ketinggalan.

Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil interaksi beberapa faktor sejarah pluraliti budaya semula jadi (sebelum penjajahan), penghijrahan (zaman penjajahan).Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.

KESIMPULAN