Math
-
Upload
pavitrra-subbramaniyam -
Category
Documents
-
view
217 -
download
1
description
Transcript of Math
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambarantentang prestasi pelajar
dalam pembelajaran. Justeru itu, instrumen untuk mendapatkanmaklumat perlu berkualiti.
Instrumen berkualiti memerlukan item yang berkualiti. Olehyang demikian, penggubal item ujian
dan peperiksaan perlu mempunyai kemahirandalam menggubal item yang baik
Pe
nta
db
ira
n p
en
tak
sir
an
Keselamatan dan kerahsiaan pentaksiran
pelantikan pengawas pentaksiran
persediaan tempat pentaksiran
persediaan kertas pentaksiran
prosedur
KESAHAN
Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul
maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan
sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau
sepatutnya diukur.
Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman
& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan
interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan
tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan
isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity)
dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).
Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur
ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai
tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah.
Kesahannya bergantung kepada beberapa jenis kesahan.
a) Kesahan isi (content validity)
Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.
Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan, kandungan sukatan
pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat atau
kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting
bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih
atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai. Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis
pencapaian murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji.
Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu,
sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana
tidak meliputi sukatan pelajaran.
b) Kesahan telahan/ ramalan
Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan
seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. Contohnya guru biasa
mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil
peperiksaan PMR, SPM, atau sebagainya. Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita
dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. Demikian juga bagi
Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP
dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan
serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi.
c) Kesahan Semasa/Serentak
Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian
itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya. Sekiranya ujian
kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama ditakbirkan tidak lama kemudian,
pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan
telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.
d) Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu
menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental, seperti sifat peramah, bertanggung
jawab, adil, introvert, bermotivasi, kreatif, cergas otak dan sebagainya. Semua ini merupakan
idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri
yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat
disediakan. Berdasarkan teori atau kajian ini, kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang
ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang
murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif.
Kebolehpercayaan
Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). Menurut
Mokhtar (1995), reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran
terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang.
Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan
‘consistency’. Walau bagaimana pun, persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju
dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah
saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi?
(Rowntree, 1977).
Secara umum, kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam
pendidikan (atau, dengan kata lain, ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel)
melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima
(Martuza, 1977). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati
walau pun orang lain yang menilainya, tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga
walau pun kita menilai pada masa yang berbeza.
Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah
ditunjukkan oleh Dicker (1973), yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.46 apabila 24
guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. Aschersleben (1971)
menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang
bersiri dan empat ujian ‘dictation’. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0.60,
dengan kertas matematik menunjukkan, secara purata, nilai lebih kecil (Ingenkamp, 1977). Ini
menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat
berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. Dengan kata lain pemeriksaan
mereka mempunyai reliabiliti yang rendah.
Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan
dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian
yang sia-sia. Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan
kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan
menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah
dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.
Pada kebiasaannya , sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). Ini amat
ketara dalam prestasi fizikal. Jauh lompatan seseorang misalnya, tidak sentiasa sama kerana
pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya, kedaan atau jenis kasut yang dipakai, latihan, larian
atau sebagainya. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan
oleh pakaiannya, kenyang laparnya dan lain-lain.