Matlamat Kh

6
Dalam hasrat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif ilmu rekabentuk dan teknologi adalah aspek yang sangat penting. Murid akan mendapat ilmu mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu yang bernilai berpandukan kepada sumber- sumber yang terdapat disekeliling mereka. Persekitaran yang cantik dan nyaman membolehkan kehidupan seharian manusia menjadi lebih selesa dan sempurna. Jiwa manusia semulajadinya mencintai kecantikkan sudah tentu barang-barang hiasan yang hidup menjadi pilihan utamanya. Dalam melahirkan insan seni dan menjaga persekitaran serta benda hidup yang lain topik Ikan Hiasan membuka minda murid dalam menimpa ilmu yang berkaitan dan menghasilkan benda yang bernilai. Oleh yang demikian, topik ini tidak terkecuali dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Murid sebagai perekabentuk perlu mencari bahan dan maklumat tentang ikan hiasan dari pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan di perpustakaan, majalah, surat khabar, video, internet dan sebagainya. Segala maklumat yang dikumpul akan dibincangkan dalam kumpulan masing-masing. Murid juga memainkan peranan sebagai ketua kumpulan dan sebagai ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencari bahan yang diperlukan. Murid juga perlu mengetahui cara menggunakan internet kerana perlu sentiasa membuka

description

Matlamat Kh

Transcript of Matlamat Kh

Page 1: Matlamat Kh

Dalam hasrat melahirkan murid yang kreatif dan inovatif ilmu rekabentuk dan

teknologi adalah aspek yang sangat penting. Murid akan mendapat ilmu mereka

bentuk dan menghasilkan sesuatu yang bernilai

berpandukan kepada sumber-sumber yang terdapat

disekeliling mereka. Persekitaran yang cantik dan

nyaman membolehkan kehidupan seharian manusia

menjadi lebih selesa dan sempurna. Jiwa manusia

semulajadinya mencintai kecantikkan sudah tentu

barang-barang hiasan yang hidup menjadi pilihan utamanya. Dalam melahirkan

insan seni dan menjaga persekitaran serta benda hidup yang lain topik Ikan Hiasan

membuka minda murid dalam menimpa ilmu yang berkaitan dan menghasilkan

benda yang bernilai.

Oleh yang demikian, topik ini tidak terkecuali dalam matapelajaran Kemahiran Hidup

Sekolah Rendah. Murid sebagai perekabentuk perlu mencari bahan dan maklumat

tentang ikan hiasan dari pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan di

perpustakaan, majalah, surat khabar, video, internet dan sebagainya. Segala

maklumat yang dikumpul akan dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.

Murid juga memainkan peranan sebagai ketua kumpulan

dan sebagai ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu

mencari bahan yang diperlukan. Murid juga perlu

mengetahui cara menggunakan internet kerana perlu

sentiasa membuka internet bagi projek yang dilaksanakan.

Murid akan mahir menggunakan kemudahan ICT untuk mencari maklumat dan

berkongsi maklumat dengan rakan sekelas mereka.

Gambar-gambar dan video yang berkaitan dengan projek akan dipamerkan di kelas.

Murid boleh melihat dan membaca maklumat tambahan yang disertakan oleh guru d.

Setelah murid mengumpul segala maklumat yang diperlukan daripada pelbagai

sumber, perbincangan dalam kelas akan dijalankan. Setiap kumpulan perlu

menjelaskan ilmu yang telah diperolehi di hadapan kelas. Guru akan mempamerkan

bahan-bahan, peralatan seperti ikan hiasan hidup, akurium, tumbuhan akuatik, batu

hiasan dalam akurium dan sebagainya sebagai contoh kepada murid. Guru akan

Page 2: Matlamat Kh

menunjukkan secara praktikal kaedah membina akuarium ikan hiasan, pemasangan

peralatan dengan selamat dan betul. Pada tahap ini, murid sudah mempunyai

maklumat secara teori dan praktikal yang berkaitan dengan projek.

Pada langkah yang seterusnya murid akan menjalankan aktiviti membina akurium

ikan hiasan dalam kumpulan masing-masing. Guru akan memberikan bekas

akuarium dan peralatan yang penting kepada setiap kumpulan. Murid dengan

sendirinya perlu mencari batu hiasan, tumbuhan akuatik yang sesuai berdasarkan

kreativiti masing-masing.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pemasangan peralatan akuarium, masukan

tumbuhan akuatik dan batu hiasan yang telah dicari oleh ahli kumpulan masing-

masing mengikut kreativiti dan inovatif mereka. Setelah murid siap akuarium guru

akan memantau dan menyelia hasil setiap kumpulan. Jika terdapat kesalahan guru

akan memberikan komen dan murid akan membetulkannya. Selepas itu, setiap

kumpulan perlu mencari ikan hiasan yang sesuai mengikut pemahaman dan

kreativiti mereka. Pada tahap ini, murid akan mempelajari secara praktikal air yang

sesuai dan cara masukan air dalam akuarium serta cara yang betul melepaskan ikan

hiasan dalam akuarium. Kaedah yang betul akan ditunjukan oleh guru. Murid akan

mengikuti cara guru untuk memasukkan air dalam bekas dan seterusnya

memasukan ikan hiasan yang telah dibawa dalam akuarium dengan kerjasama

kumpulan masing-masing.

Setelah projek selesai, setiap kumpulan perlu mempamerkan hasil projek mereka

dihadapan kelas. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan penjelasan tentang hasil

mereka, ilmu yang diperolehi daripada projek yang telah dijalankan, faedah projek,

pandangan dan cadangan bagi projek yang akan datang. Guru akan memilih hasil

projek yang terbaik tetapi setiap kumpulan yang terlibat akan menerima cenderahati

daripada guru. Hasil projek murid akan diletakkan dalam beberapa lokasi terpilih

disekolah iaitu sudut bacaan / rehat, bilik guru besar, bilik guru dan perpustakaan.

Hasil murid menjadi kebanggaan sekolah, menghiaskan halaman sekolah serta

menunjukkan prestasi pelajar aktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Page 3: Matlamat Kh

Matlamt Kepiawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Murid dapat mencari dan memuat turun maklumat dari Internet.

Matlamat Kepiawaian Kemahiran Hidup

1. Kemahiran Teknologi

Semasa Mencari bahan dalam pelbagai sumber termasuk internet dan

komputer.

2. Kecenderungan Mereka Cipta

Semasa menjalankan aktiviti membina akuarium ikan dengan mengikut

kreativiti kumpulan.

3. Murid berkemahiran kreatif dan kritis (KBKK).

Semasa mencari dan memilih ikan hiasan, tumbuhan akuatik dan batu

hiasan untuk menghiaskan akuarium.

4. Matlamat Kepiawaian Bahasa Malaysia

Murid menghormati dan cinta akan bahasa rasmi.

a. Murid menggunakan bahasa Malaysia yang piawai dalam

menghasilkan laporan.

b. Murid boleh menyusun maklumat-maklumat yang diperolehi dengan

betul.

Murid boleh berkomunikasi dengan berkesan semasa,

c. Berkongsi maklumat dalam kelas.

d. Berbincang dalam Kumpulan.

e. Memberi komen yang membina terhadap bentangan kumpulan lain.

5. Matlamat Kepiawaian Seni

Murid dapat mempelajari cara menghasilkan barang perhiasan daripada spesis ikan, tumbuhan dan batu-batan. 

Page 4: Matlamat Kh

IKAN HIASAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan

lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini

semakin berkembang seiring dengan perkembangan

ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi

antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak

negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak

mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai

pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu

pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa

ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan

, jantina dan gaya berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan

keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini

berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut

maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain

aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi

memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan

akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing

dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut

ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan

berkembang. berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa

keperihatinan

penternak ikan hiasan.  Ia juga merupakan satu hobi yang

mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan

hiasan dan juga tabiat hidupnya.  Ketekunan dalam memelihara

Page 5: Matlamat Kh

ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan

hiasan.