mbe13603

5
Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial MBE 13603 Pensyarah: Dr. Mimi Mohaffiyza Bt Mohamad Anas Redzuan Bin Shariff GB130197

description

mbe13603

Transcript of mbe13603

Page 1: mbe13603

Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial

MBE 13603

Pensyarah:Dr. Mimi Mohaffiyza Bt Mohamad

Anas Redzuan Bin ShariffGB130197

Page 2: mbe13603

Keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh pengurusan yang baik dalam kompenan sosial,ekonomi dan politiknya. Termasuk dalam kompenan penting kesejahteraan negara ini ialahtanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti dipupuk dan disemai sebagai suatu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara. Individu, keluarga dan institusiatau organisasi merupakan agen sosial penting yang menyumbang segala bentuk aktiviti dalamsesebuah masyarakat. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti kejiranan yang mampumenjadi pemangkin dalam memupuk kemesraan antara anggotamasyarakat sekiranya ia dapat berfungsidan melaksanakan peranannya dengan baik (Mashitah et. al, 2009)

Pengenalan

Page 3: mbe13603

Kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif.

Selain itu, kemahiran sosial adalah sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Istilah kemahiran sosial yang digunakan bermaksud keupayaan untuk menghasilkan tingkahlaku atau respon yang sesuai secara lisan atau bukan lisan.

Definisi Kemahiran Sosial

Page 4: mbe13603

Bertanggungjawab bermaksud kewajiban seseorang untuk menanggung, memikul jawab, menanggung segala sesuatunya, atau memberikan jawab dan menaggung akibatnya.

Kewajiban dibahagi kepada dua iaitu: a) kewajiban terbatas

b) kewajiban tidak terbatas

Definisi Kemahiran Tanggungjawab

Page 5: mbe13603

Dalam konteks masyarakat moden kini, aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan seringkalidipandang sepi dan diremehkan lantaran kesibukan tugas seharian yang menyukarkannya untuk dilaksanakan dan sikap tidak mengambil berat atau mengutamakan program-progran sedemikian.Untuk itu, perlu ada satu mekanisme agar aktiviti kejiranan ini mampu menjadi pemangkin dalam proses transformasi sosial ke arah perpaduan. Selain itu, aktiviti kejiranan juga perlu dan boleh berfungsi sebagai penggerak dalam membangunkan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti berbentuk kebajikan, kemasyarakatan dalam ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang memberimanfaat yang besar kepada penduduk setempat.