mc big

4
Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama, Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. Yang berusaha, ______________________________________________________________ _____ Yang dihormati, ______________________________________________________________ _____ Yang dihormati, ______________________________________________________________ _____ Seterusnya, Peserta-peserta PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 FASA 6 2013 AKTIVITI 1 SIRI 2 BERSAMA GURU CEMERLANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN PISMP SEMESTER 6 / 2013. Assalamualaikum dan salam kedah aman makmur.

description

teks pengacara majlis

Transcript of mc big

Page 1: mc big

Tatang puan tatang cerana,

  Tatang duduk Seri Rama,

Datang tuan datanglah nyawa,

 Datang duduk bersama-sama.

Yang berusaha,

___________________________________________________________________

Yang dihormati,

___________________________________________________________________

Yang dihormati,

___________________________________________________________________

Seterusnya,

Peserta-peserta PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 FASA 6 2013

AKTIVITI 1 SIRI 2 BERSAMA GURU CEMERLANG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PISMP SEMESTER 6 / 2013.

Assalamualaikum dan salam kedah aman makmur.

Page 2: mc big

Hadirin dan hadirat,

 Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izinNya,

membolehkan kita berkumpul pada pagi ini. Pihak majlis mengucapkan ,terima kasih

dan mengalu-alukan, kehadiran hadiran-hadirat ke PROGRAM BINA INSAN GURU

SEMESTER 6 FASA VI/ 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PISMP SEMESTER 6 / 2013.

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita dimulakan dengan bacaan doa,untuk itu marilah sama-sama kita

mengaminkan doa yang akan diketuai oleh saudara Azammudin Bin Taib. Dengan

itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya,tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian

ilmu bersama Guru Cemerlang, Puan Faridah Bt Ahmad untuk sesi Amalan

Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan kaedah digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran). Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan

secara ringkas biodata beliau buat makluman para hadirin.

(bacaan biodata)

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan, Puan

Faridah Bt Ahmad. Dipersilakan.

(slot berjalan)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Faridah Bt Ahmad atas perkongsian sebentar

tadi. Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan minum pagi dan akan

bersambung semula selepas selesai minum pagi. Majlis menjemput semua hadirin

ke kantin untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Page 3: mc big

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya, majlis beranjak maju dengan sesi perkongsian kedua oleh Puan Faridah

Bt Ahmad mengenai , Bengkel “ciri-ciri profesionalisme” (potensi diri, personaliti

kerjaya, citra diri insan guru) serta sedikit sesi soal jawab bersama Guru Cemerlang.

Dengan itu, Majlis mempersilakan.

(slot berjalan)

Alhamdulillah, selesai sudah kedua-dua slot yang telah dirancang untuk program

hari ini. Semoga segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan oleh Puan Faridah

Bt Ahmad sebentar tadi dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk kita bersama.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Kini tiba masanya kita ke Majlis Penutup

program untuk hari ini. Dengan itu, saya menjemput saudara Bazlin Shafik Bin Bakri

selaku Pengerusi Program Bina Insan Guru Semester 6 Fasa 6 2013

Aktiviti 1 Siri 2 Bersama Guru Cemerlang untuk menyampaikan sepatah dua kata

mewakili seluruh pelajar IPG Kampus Darul Aman, PISMP Semester 6

Matematik/PJ/BM. Majlis mempersilakan.

(ucapan pengerusi)

Seterusnya, majlis menjemput ______________________________ untuk

menyampai cenderamata kepada Puan Faridah Bt Ahmad sebagai tanda terima

kasih kerana sudi untuk menjayakan program kita pada hari ini. Dipersilakan.

BERSURAI

Bertiup bayu dipantai indah,

  Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

  Jangan menjadi bekalan pulang.

Page 4: mc big

Dengan itu, tamatlah sudah aturcara kita pada hari ini. Saya mengambil

kesempatan, memohon maaf andai ada tersalah kata serta bicara .yang baik itu dtg

daripada Allah, yang buruk dtg daripada kelemahan saya sendiri. Sekian,

assalamualaikum wbt.