mcdbcbajshckjas

47
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan BMM 3103 iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana memilih kami untuk meneruskan pelajaran di sini. Pihak kementerian telah memilih kami dalam kebanyakkan calon yang mengisi borang untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ). Kami bersyukur sekali kerana telah terpilih utuk meneruskan pelajaran di sini. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Ucapan terima kasih seterusya saya ingin sampaikan kepada pensyarah pembimbing, Puan Sarimah Binti Awang kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan ini dan beliau juga tidak pernah berasa jemu dalam mendidik kami menjadi pelajar yang berilmu dan berpengetahuan luas tentang subjek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Ucapan ribuan terima kasih juga saya sampaikan kepada rakan- rakan sekelas yang banyak membantu kami berkongsi maklumat dan bahan untuk kami sama-sama menyiapkan tugasan ini. Kami juga saling memberi pandangan dan pendapat masing-masing berkaitan dengan kerja kursus ini, supaya kami dapat memperbaiki lagi kerja kursus ini serta menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti. Selain daripada itu juga, tidak lupa buat kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberi sumbangan dan pengorbanan yang sangat besar buat kami selama ini, dalam ingin menjadikan kami insan yang berjaya dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Ibu bapa juga selalu memberi sokongan dan dorongan dalam setiap PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 1

description

dbcjasbn,cjnas,xnas,jcn

Transcript of mcdbcbajshckjas

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat ilahi dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan BMM 3103

iaitu Pentaksiran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pertama sekali saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) kerana memilih kami untuk meneruskan pelajaran di sini. Pihak kementerian telah

memilih kami dalam kebanyakkan calon yang mengisi borang untuk masuk ke Institut

Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ). Kami bersyukur sekali kerana telah terpilih utuk

meneruskan pelajaran di sini. Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ). Ucapan terima kasih seterusya saya ingin

sampaikan kepada pensyarah pembimbing, Puan Sarimah Binti Awang kerana memberikan

tunjuk ajar kepada kami tentang cara-cara untuk menyiapkan tugasan ini dan beliau juga

tidak pernah berasa jemu dalam mendidik kami menjadi pelajar yang berilmu dan

berpengetahuan luas tentang subjek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

Ucapan ribuan terima kasih juga saya sampaikan kepada rakan-rakan sekelas yang

banyak membantu kami berkongsi maklumat dan bahan untuk kami sama-sama

menyiapkan tugasan ini. Kami juga saling memberi pandangan dan pendapat masing-

masing berkaitan dengan kerja kursus ini, supaya kami dapat memperbaiki lagi kerja kursus

ini serta menghasilkan kerja kursus yang lebih berkualiti.

Selain daripada itu juga, tidak lupa buat kedua ibu bapa kami yang telah banyak

memberi sumbangan dan pengorbanan yang sangat besar buat kami selama ini, dalam

ingin menjadikan kami insan yang berjaya dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Ibu

bapa juga selalu memberi sokongan dan dorongan dalam setiap pekerjaan yang kami

lakukan, hal ini demikian kerana ibu bapa ingin melihat anak-anaknya membuat keputusan

yang betul dalam apa pekerjaan sekalipun.

Oleh itu, sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak

langsung.

Sekian, Terima Kasih.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 1

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

PENDAHULUAN

Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, merupakan subjek yang sangat wajib diambil

oleh para guru pelatih. Hal ini demikian kerana, subjek ini dapat menyediakan serta

membantu kita ketika berada di sekolah kelak. Sebagai salah satu contoh, ketika kita dilantik

menjadi seorang guru yang bertugas sebagai penggubal soalan. Ilmu yang kita pelajari ini,

dapat kita praktikkan agar soalan yang kita bina berkualiti dan standard mengikut tahap

murid tersebut. Oleh hal yang demikian, subjek ini merupakan antara subjek yang sangat

penting dan perlu dikhatamkan oleh para guru pelatih.

Dalam subjek Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, terdapat beberapa topik

yang telah kami pelajari. Antaranya ialah, pentaksiran, pengujian, penilaian, Taksonomi

Bloom dan cara membina JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian ). Topik-topik yang telah

dinyatakan tersebut, merupakan antara topik yang sangat penting untuk kami pelajari.

Meskipun terdapat banyak lagi topik lain, namun topik ini menjadi keutamaan disebabkan

keperluannya di sekolah nanti.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 2

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

PENTAKSIRAN

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan

seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses

pendidikan. Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi

pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti

pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Pentaksiran dijalankan di sekolah adalah bertujuan mendapatkan gambaran tentang

prestasi murid dalam pembelajarannya. Dengan adanya keputusan prestasi murid, guru

dapat mengetahui sejauhmana keberkesanan pengajarannya dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Di samping bertujuan untuk mendapatkan gambaran prestasi, pentaksiran

juga dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara berterusan tentang

pengajaran dan pembelajaran. Guru akan berusaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan

pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya. Selepas sahaja masalah dikenal pasti,

guru akan mengambil tindakan dengan memperbaiki cara penyampaian dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga, guru juga dapat menyediakan dan merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran secara tersusun dan sistematik mengikut tahap kesesuaian berdasarkan

tahap keupayaan murid. Melalui pentaksiran yang dibuat oleh guru, guru dapat memastikan

tahap keupayaan murid. Melalui hasil tersebut, guru dapat merangka aktiviti pengajaran

dengan baik dan sistematik. Di samping itu juga, guru dapat merancang dan melaksanakan

aktiviti tindakan susulan yang berkesan. Tindakan susulan hanya dibuat setelah mendapat

keputusan hasil daripada pentaksiran.

Ciri-ciri pentaksiran

Berikut merupakan ciri-ciri pentaksiran yang baik.

Kesahan skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan

Kebolehpercayaan skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.

Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir dalam memberikan markah skor.

Kebolehtadbiran : Kerja-kerja yang dijalankan selesai dalam mentadbir ujian yang

dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 3

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Kemudahtafsiran : pentaksir menyenarai maklumat calon berdasarkan skor,

diskriminasi antara calon, dan ketepatan tujuan dalam mengadakan ujian.

Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting sukatan

pelajaran.

Secara kesimpulannya, pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat

dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Maklumat yang ingin di dapati meliputi hal-hal berkaitan seperti topik, bukti dan prestasi

murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi penghakiman pula, melibatkan hal-hal

seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan

hasil.

PENGUJIAN

Pengujian pula ditakrifkan sebagai proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur

pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk

menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dalam hal ini, pengujian

dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau

satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah

laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Pengujian dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap kecergasan, kemahiran,

pengetahuan atau atribut psikologi murid. Ia bertujuan untuk memastikan sejauhmana

objektif atau isi pengajaran dan pembelajaran tercapai. Di samping itu juga, pengujian ini

juga dijalankan bertujuan untuk memotivasi murid. Keputusan yang diterima oleh pelajar,

dapat memotivasikan pelajar untuk terus membuat sesuatu yang terbaik.

Selain itu juga, pengujian dijalankan bertujuan untuk mendiskriminasikan antara

pelajar yang cemerlang dengan yang sederhana. Diskriminasi hanya akan berlaku

berdasarkan keputusan atau markah yang diperolehi. Dengan adanya disriminasi ini, guru

senang membuat bahan bantu mengajar mengikut tahap keupayaan murid. Di samping itu

juga, pengujian dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur keberkesanan pengajaran

yang dijalankan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia akan

memudahkan guru untuk membuat penambahbaikan agar pengajaran yang dilakukannya

akan bertambah baik.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 4

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Ciri-ciri pengujian

Berikut merupakan ciri-ciri pengujian dijalankan :

Mempunyai kata tugas perbuatan : Tuliskan, Tunjukkan, Senaraikan, Terangkan,

Jelaskan, Bincangkan, Kenal pasti dan sebagainya.

Mempunyai kenyataan kandungan : Berdasarkan kepada objektif kursus atau

pengajaran dan pembelajaran.

Mempunyai kerangka masa : satu minggu, satu jangka masa atau akhir semester

dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan

dijalankan secara sistematik. Pengujian juga merupakan satu cara mengukur tingkah laku

seseorang individu. Sebagai contoh, melalui keputusan yang diperoleh kita dapat

mengetahui sama ada murid tersebut seorang yang rajin membaca atau tidak. Pengujian

dijalankan secara tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.

Untuk menjalankan ujian, ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan

tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian seperti ini dikenali sebagai ujian pra atau pre-test.

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan

peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek

pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses atau

prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran,

yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau

sikap.

Penilaian dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau

pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar dalam perkara yang hendak diajar. Sudah

menjadi kebiasaan guru untuk terlebih dahulu mengetahui sama ada murid pernah

mempelajari, mengalaminya dan sebagainya sebelum guru mengajar sesuatu topik.

Sekiranya murid telah mempelajarinya, ia memudahkan lagi pengajaran yang dilakukan oleh

guru. Di samping itu juga, penilaian dibuat adalah bertujuan untuk menolong guru

mengetahui sejauh manakah pelajar telah menguasai atau mempelajari perkara yang telah

disampaikan.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 5

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Selain itu, penilaian juga dijalankan untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan

dan amat lemah dalam pencapaian mereka, khususnya dalam bidang akademik. Melalui

situasi ini, ia memudahkan lagi guru untuk memberi perhatian yang lebih kepada pelajar

yang lemah. Di samping itu, ia juga membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-

kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang. Hal ini demikian kerana,

penilaian seolah-olah berbentuk pengujian. Pelajar yang sedar akan serta merta mengambil

tindakan untuk memperbaiki kelemahan yang dihadapinya.

Rajah. Perkaitan 3P ( Penilaian, pengukuran dan pengujian )

Berdasarkan rajah di atas, kita mendapati bahawa ketiga – tiga konsep berkenaan

mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menentukan tujuan atau objektif sesuatu

penghakiman, produk pengajaran dan pembelajaran membabitkan ketiga-tiga aspek

berkenaan. Penilaian merupakan satu proses yang merangkumi kedua – duanya, iaitu

penilaian dan pengukuran. Hal ini demikian kerana, proses yang melibatkan pengukuran

dan pengujian ini lebih kepada penilaian. Oleh hal yang demikian, penilaian telah

mendominasi semuanya.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 6

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom merupakan kajian tantang prinsip, peraturan dan amalan dalam

pengelasan organisma. Berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.

Taksonomi Bloom ini sangat penting, khususnya dalam bidang pendidikan. Dalam bidang

pendidikan, Taksonomi Bloom ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalis

bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan

bidang-bidang seperti pengetahuan sikap dan psikomotor.

Dalam Taksonomi Bloom, terdapat tiga domain utama yang menjadi tujuan pendidikan

sebenar, iaitu :

Domain kognitif

Domain afektif

Domain psikomotor

Domain Kognitif

Domain kognitif ini membincangkan tentang pengingatan semula atau pengecaman

pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran sesorang murid

tersebut. Objektif bagi domain kognitif adalah berubah- ubah atau tidak statik. Domain

kognitif ini berubah daripada mengingati kembali dengan mudah melalui bahan-bahan yang

telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru

dengan cara yang asli dan kreatif. Domain kognitif ini, membincangkan tentang

pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman. Domain

ini menjadi utama berkaitan dengan kebanyakan perkembangan pengujian masa kini.

Domain Afektif

Bagi domain afektif pula, ia lebih kepada menekankan nada rasa, emosi atau satu

darjah penerimaan atau penolakkan. Sebagai contoh, dalam bidang penulisan sajak,

pantun, syair dan sebagainya. Domain afektif ini berubah-ubah daripada perhatian terhadap

fenomen tertentu hinggalah kepada ciri-ciri dalaman bagi perwatakkan dan suara hati yang

konsisten tetapi kompleks. Seperti yang telah dinyatakan tadi, ia diluahkan melalui hasil-

hasil penulisan sebagai minat, sikap, apresiasu, nilai dan set emosi atau bias ( bayangan

perasaan ).

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 7

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Domain Psikomotor

Untuk domain ini, ia lebih menjurus kepada kemahiran otot atau motor halus. Domain

psikomotor ini sangat menekankan tentang kemahiran otot atau motor. Sebagai salah satu

contoh, dengan mengendalikan bahan atau objek yang dimanipulasi atau beberapa tindakan

yang memerlukan koordinasi otot saraf. Bagi domain ini, ianya lebih menekankan tulisan

tangan dan pertuturan dalam mata pelajaran. Oleh hal yang demikian, guru haruslah

memastikan agar motor halus kanak-kanak berkembang dengan baik.

Dalam Taksonomi Bloom, terdapat beberapa peringkat atau aras kognitif, iaitu :

1.

Mengingat

Pada aras

yang pertama

ini, ia

bertujuan untuk menguji tahap kebolehan murid mengingat kembali fakta, istilah,

hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari. Dalam peringkat ini,

perkataan yang biasa digunakan ialah seperti berikan, nyatakan, senaraikan, siapa,

bila, mana dan sebagainya.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Definisikan Huraikan Pilih

Padankan Tuliskan Nyatakan

Kenalpasti Namakan Gariskan

Terangkan Labelkan

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 8

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

2. Memahami

Kefahaman pula bertujuan untuk menguji kebolehan calon dalam menterjemah,

memahami dan mengintepretasikan fakta asas, konsep prinsip atau bahan yang

dipelajari. Perkataan yang biasanya digunakan dalam peringkat ini, ialah terangkan,

huraikan, ringkaskan, nyatakan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tukarkan Anggarkan Rumuskan

Terangkan Asingkan Bezakan

Generalisasikan Ramalkan Parafrasakan

3. Mengaplikasi

Peringkat aplikasi pula, merupakan peringkat di mana ia bertujuan untuk menguji

calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari

untuk menyelesaikan masalah. Pada peringkat aplikasi ini, perkataan yang biasa

digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan

sebagainya.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tukarkan Selesaikan Hubungkan

Demonstrasikan Operasikan Sediakan

Pindahkan Tunjukkan Kembangkan

Modifikasikan Organisasikan Hasilkan

Gunakan Kirakan

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 9

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

4. Menganalisis

Peringkat ini pula, menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan

menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan. Perkataan

yang biasa digunakan pada peringkat ini, ialah seperti bandingkan, bezakan,

menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tunjukkan Bahagikan Simpulkan

Pecahkan Hubungkan Asingkan

Bezakan Buat kesimpulan Gambarkan

Gambarkisahkan Gariskasarkan Pilih

5. Menilai

Peringkat menilai ini digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan,

mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan

menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Tafsirkan Kritik Sokong

Taksirkan Pertahankan Persamaan

Sahkan Bezakan Selesaikan

Justifikasikan Rumuskan Terjemahkan

6. Mencipta

Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam taksonomi Bloom. Peringkat ini

menguji kebolehan calon untuk mengumpul dan mencantumkan elemen-elemen untuk

membentuk logik dan dapat berfungsi sebagai satu keseluruhan. Mencipta

memerlukan murid untuk mencantumkan bahagian tertentu dalam susunan yang

baharu untuk menghasilkan sesuatu produk. Proses mencipta menggalakkan murid

untuk melalui proses minda iaitu penjanaan, perancangan dan penghasilan.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 10

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Kata kerja atau istilah yang digunakan untuk menghuraikan hasil pembelajaran pada

peringkat ini adalah seperti:

Menciptakan Mengarang Menggabungkan

Merumuskan Menentukan Menceritakan

Merancang Mengembangkan Membuat hipotesis

Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Taksonomi Bloom

menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku

yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan

berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu

aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan,

pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.Elemen ini disusun secara menaik

mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi.

Domain Afektif Kalthwohl 1964

Domain Afektif Krathwohl dasaskan oleh, David R. Krathwohl pada tahun 1964. Domain ini

berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Menurut domain Krathwohl guru harus

berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran

yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang

dapat membentuk sikap positif. Di dalam domain Krathwohl ini terdapat 5 peringkat yang

digariskan oleh David R. Krathwohl iaitu penerimaan, bertindak balas, menilai, organisasi

dan penerimaan.

Peringkat penerimaan menuntut keinginan dan kesanggupan murid untuk menerima.

Keinginan dan kesanggupan ini termasuklah kesanggupan memberi perhatian, mendengar

ucapan atau pendapat orang lain dan menghormati kebudayaan yang berlainan antara

murid. Manakala peringkat tindak balas pula menitikberatkan kesanggupan murid untuk

bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan oleh guru seperti mengambil perhatian

dan bahagian secara aktif di dalam kelas. Apabila murid memberi perhatian terhadap apa

yang diajarkan, murid akan memberi tindak balas terhadap rangsangan yang diberi.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 11

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Pada peringkat menilai ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip

yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.Perlakuan cenderung menjadi

konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh

dipratikkan.Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu

benda atau tingkah laku.Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik melalui

pemerhatian. Seterusnya peringkat organisasi. Organisasi ini membawa maksud

membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka

membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan

dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Peringkat seterusnya ialah peringkat perwatakan.

Peringkat ini membawa kepada perubahan tingkah laku yang positif.

HUBUNG KAIT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Seperti yang telah dibincangkan, Taksonomi Bloom disediakan oleh Benjamin S.

Bloom khusus untuk domain kognitif. Taksonomi ini dibina untuk memudahkan guru

membina dan merancang objektif pengajaran dan penyediaan soalan untuk tujuan

pentaksiran, pengujian dan penilaian. Domain Krathwohl pula merujuk kepada domain

kognitif yang mementingkan perkembangan sikap dan nilai dalam diri murid. Manakala,

menurut definisi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran berfikir

aras tinggi (KBAT) bermaksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran

dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat

keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Ketiga-tiga perkara di atas saling

berkait antara satu sama lain. Oleh itu, marilah kita melihat perkaitan antara domain kognitif

dan afektif dengan kemahiran berfikir aras tinggi ini.

Dalam Taksonomi Bloom terdapat enam aras yang disusun mengikut hierarki

kepayahannya sendiri yang melibatkan pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis sintesis

dan penilaian. Taksonomi Bloom ini sendiri juga mengandungi aras kemahiran berfikir aras

tinggi. Hal ini dapat digambarkan melalui hierarki Taksonomi Bloom yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 12

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

Kemahiran berfikir

aras tinggi

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Rajah di atas jelas menampakkan kemahiran berfikir aras tinggi juga terkandung

dalam Taksonomi Bloom. Aras mengaplikasi menuntut murid untuk menggunakan sesuatu

prosedur berdasarkan situasi yang diberikan. Mengaplikasi ini merujuk kepada situasi

sesuatu bahan yang telah dipelajari digunakan dan dijadikan produk yang baru seperti

jawapan kepada masalah, model dan persembahan. Aras mengaplikasi ini jelas melihatkan

murid perlu berfikir secara mendalam dan meluas kerana ilmu yang dipelajari perlu untuk

diaplikasi mengikut situasi seperti jawapan kepada masalah, model, dan persembahan

seperti yang telah disebutkan tadi.

Seterusnya, aras menganalisis. Aras ini meminta murid untuk memecahkan sesuatu

yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, membezakan antara fakta dan pendapat,

menentukan perkaitan di antara bahagian dengan bahagian lain atau kepada struktur atau

tujuan keseluruhan. Untuk melalakukannya murid berfikir di aras yang tinggi. Selalunya,

apabila seseorang melakukan analisis, dia akan menggambarkan ilustrasi minda melalui

penghasilan carta, gambar rajah dan bancian sesuai dengan kemahiran berfikir aras tinggi

yang menganggap manusia boleh berfikir melalui bentuk perkataan, gambaran dan

renungan.

Aras menilai pula menggalakkan murid untuk berfikir di aras yang tinggi melalui

perbuatan membuat pertimbangan berdasarkan kepada kriteria dan piawaian melalui aktiviti

semakan dan mengkritik. Kritikan, cadangan dan laporan merupakan antara produk yang

dihasilkan melalui proses menilai ini. Untuk melakukan penilaian murid perlu menggunakan

akal fikiran pada aras yang tinggi agar penilaian yang dilakukan oleh mereka adalah tepat

dan dapat membantu mereka untuk membina sesuatu. Hal ini jelas melihatkan perkaitan

Taksonomi Bloom dengan KBAT.

Tambahan, aras seterusnya dalam Taksonomi Bloom iaitu aras mencipta. Proses

mencipta ini merupakan proses yang paling sukar dalam taksonomi ini. Oleh itu, sudah tentu

murid perlu menggunakan kebolehan berfikir mereka di aras yang tinggi. Aras ini meminta

murid untuk menyusun atau mencantum semula elemen-elemen ke dalam bentuk atau

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 13

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

struktur yang baharu melalui proses penjanaan, perancangan atau penghasilan. Akhirnya,

murid akan menghasilkan sebuah produk yang baharu melalui proses berfikir yang

dilakukan. Jelas terbukti bahawa Taksonomi Bloom mampu untuk melahirkan murid yang

mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.

Domain Krathwohl juga berkait rapat dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Hal ini kerana kemahiran berfikir seorang individu adalah berasaskan tahap afektifnya. Hal

ini dapat dibuktikan melalui peringkat-peringkat yang terdapat di dalam domain Krathwohl

ini. Jika kita lihat kepada peringkat gerak balas dalam domain ini. Untuk memberikan gerak

balas terhadap rangsangan yang diberikan murid perlu berfikir di aras tinggi untuk

melibatkan diri dan menjawab rangsangan yang diberikan kepadanya. Selain itu, dalam

peringkat penilaian murid juga perlu berfikir di aras tinggi untuk memahami nilai yang

dipegang dalam masyarakatnya. Setelah itu, barulah murid boleh melakukan proses

penilaian nilai, pemilihan nilai dan komitmen terhadap nilai tersebut. Oleh itu, maka jelaslah

bahawa domain Krathwohl juga mempunyai hubungkait dengan kemahiran berfikir aras

tinggi.

Oleh itu, sebagai guru kita haruslah menggunakan kedua-dua Taksonomi Bloom ini

dan Domain Krathwohl untuk membuatkan murid mampu berfikir pada aras pemikiran yang

tinggi dan bukan sekadar menggunakan kedua-dua taksonomi ini untuk tujuan penilaian

semata-mata. Setelah itu, baharulah usaha kerajaan dalam mentransformasikan pendidikan

melalui kemahiran berfikir aras tinggi ini dapat dilaksanakan.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 14

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak

pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya

mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen

pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi

memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan

pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan

kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian

(JSU).

Jadual Spesifikasi Ujian adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu

ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks,

san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan Jadual Spesifikasi Ujian disediakan adalah

untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya

disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan Jadual

Spesifikasi Ujian dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan

keutuhan.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 15

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual

Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : Langkah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh

maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan

pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya.

Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.

Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan

bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran

perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleks sesuatu tajuk dan masa

pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran

ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.

Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu

diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang

dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas

adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk

menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan

inilah Jadual Spesifikasi Ujian dibina. Lazimnya Jadual Spesifikasi Ujian mengandungi tiga

paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi

kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi

yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan

bilangan soalan.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 16

Mengkaji sukatan

pelajaran

Menganalisis objektif

pengajaran

Menentukan bilangan soalan

Menentukan jenis soalan

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur,

kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,

peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi

pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian adalah

menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan

pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak

diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan

kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi

markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula

bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi

perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu

mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada

objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu

penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan

Jadual Spesifikasi Ujian adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian

secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara

sembarangan. Jadual Spesifikasi Ujian akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan

soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi sampel sukatan pelajaran dapat dijamin.

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian juga dapat menstabilkan taraf dan aras

kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza.

Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan

meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat di antara satu

ujian dengan ujian yang lain.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu

ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian

adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian yang merupakan rancangan

persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, Jadual Spesifikasi Ujian

mempunyai peranan yang penting.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 17

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN UNTUK KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BIL Bentuk Soalan ObjektifKemahiran Kognitif

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item

1.1 Tatabahasa20 3

111

3

31113

Kata nama Kata ganti nama Kata adjektif Kata kerja Tanda baca

1.2 Membaca dan Memaham

10 3

1

3

1

Menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca.

Memberi erti perkataan berdasarkan petikan.

1.3 Aspek seni bahasa

101

13

1

13

Simpulan Bahasa Perumpamaan Pantun

Jumlah 40 18

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 18

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Pembinaan Item Kssr Bahasa Melayu tahun 3

Soalan 1 – 3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Suzi memetik ___________ di taman.

( Aras mengingat )

2. Pak Abu menjala ikan di ____________ yang berhampiran rumahnya.

( Aras mengingat )

3. Ali dan Ahmad bermain bola di ___________ sekolah.

( Aras mengingat )

Soalan 4 hingga 6 berdasarkan petikan di bawah.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 19

sungai bunga padang

18 Julai 2011

Menemui sahabatku Fariza yang berada di Teluk Intan, Perak semoga sihat sejahtera

hendaknya.

Saudari Fariza,

Apa khabar? Untuk pengetahuan saudari, saya telah pergi melancong bersama-

sama keluarga di Sabah pada cuti penggal yang lalu. Negeri Ini merupakan negeri yang

kedua terbesar di Malaysia. Ibu Negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Negeri ini dikenali juga

sebagai Negeri di Bawah Bayu.

Antara tempat pelancongan yang menarik di sini ialah Gunung Kinabalu. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Di kawasan pergunungan ini terdapat Taman Negara Kinabalu. Di Pinggir kawasan ini pula diusahakan tanaman bunga dan the.

Saya rasa sampai di sini sahaja coretan saya. Jumpa lagi di lain lembaran.

Yang benar

Azura

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

4.Siapakah penulis surat ini? ( Aras memahami )

_____________________________________

5.Apakah nama lain bagi Sabah? ( Aras memahami )

_____________________________________

6.Gunung apakah yang tertinggi di Asia Tenggara? ( Aras memahami )

_____________________________________

Soalan 7 – 9

Garisi jawapan yang betul.

7. “Lebih baik (kita , engkau ) pergi sekarang”, kata Azie kepada rakan- rakannya.

( Aras mengaplikasi )

8. Gadis yang ( kacak , jelita ) itu seorang penyanyi terkenal.

( Aras mengaplikasi )

9. Motokar itu ( terbakar , terbabas ) lalu melanggar pokok.

( Aras mengaplikasi )

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 20

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Soalan 10 berdasarkan sajak di bawah.

10.

Ku semaikan benih harapan bermaksud?

( Aras menganalisis )

Soalan 11 berdasarkan petikan di bawah.

11.

Apakah maksud lipas kudung menurut petikan?

( Aras menganalisis )

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 21

Mereka melantik Sang Kancil sebagai hakim. Esoknya, perlumbaan

dimulakan. Arnab berlari dengan pantas seperti lipas kudung. Kura-kura

tertinggal jauh. Di pertengahan jalan, arnab berhenti dan berehat di bawah

pokok lalu tertidur. Kura-kura terus berjalan tanpa berhenti.

Tiba-tiba aku tersedar,

lamunan yang panjang aku lepaskan,

Sejarah hempedu pahit aku lupakan,

Kini, Ku semaikan benih harapan,

Bersama jutaan impian,

Akan ku tempuh segala cabaran.

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

12. Bincangkan maksud peribahasa “bagai anjing dengan kucing” dan berikan satu contoh ayat.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(Aras Menganalisis)

Soalan 13 – 15

Betulkan tanda baca ayat.

13. abu tinggal di kuala lumpur

_________________________________________________

(Aras Menilai)

14. Wah cantik sungguh baju pemuda itu

__________________________________________________

(Aras Menilai)

15. Siapakah lelaki yang memandu kereta mewah itu

___________________________________________________

(Aras Menilai)

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 22

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Soalan 16 – 18

Lengkapkan pantun di bawah.

16. ____________________________________________

Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

(Aras Mencipta)

17. _____________________________________________

Kenyang perut senang hati.

(Aras Mencipta)

18. _____________________________________________

Bangun pagi gosok gigi.

(Aras Mencipta)

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 23

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

ANALISIS KUALITI ITEM YANG DIBINA

Item yang kami bina dinggap berkualiti kerana item tersebut menepati konsep

pentaksiran,pengujian dan penilaian itu sendiri. Hal ini kerana item yam\ng dibina ini mampu

untuk membantu guru untuk mendapatkan maklumat daripada murid, membuat

penghakiman terhadap murid dan menentukan tahap prestasi murid. Contohnya, melalui

keputusan ujian berdasarkan item yang dibina guru boleh menentukan prestasi murid. Hal

ini juga bertepatan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bertujuan untuk

pembangunan modal insan kerana dengan adanya item ini guru boleh merancang

pengajaran seterusnya yang dapat membangunkan modal insan berdasarkan prestasi

murid. PBS juga berkehendak agar guru mendapatkan maklumat yang sah mengenai

prestasi murid. Oleh itu kami menganggap item yang kami bina adalah berkualiti.

Item ini juga kami anggap berkualiti kerana item ini kami bina berdasarkan Jadual

Spesifikasi Ujian. Hal ini bermakna item yang kami bina adalah secara bersistem dan tidak

dibuat secara sembarangan sahaja. Aras kesukaran item kami juga dapat diselaskan

dengan adanya JSU ini. Selain itu, item yang kami bina item yang kami bina juga

mempunyai taburan tajuk yang seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran kerana dibina

menggunakan JSU yang kami bina terlebih dahulu. Sesuai dengan ciri PBS yang menilai

murid secara bersisitem.

Disamping itu, item yang dibina juga dianggap berkualiti kerana item yang dibina

memiliki beberapa ciri seperti kesahan skor, kebolehpercayaan skor, keobjektifan,

kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprensifan. Ciri-ciri ini penting kerana melalui

kita akan dapat membuat penghakiman dan penggredan yang tepat serta jitu.

Item ini juga kami anggap berkualiti kerana item-item yang kami bina adalah

berdasarkan kepada aras Taksonomi Bloom. Melalui aras-aras ini guru dapat memastikan

murid dapat berfikir pada aras yang lebih tinggi kerana aras seperti analisis, penilaian dan

mencipta memerlukan murid berfikir secara mendalam dan luas. Contohnya, dalam item

yang kami bina terdapat soalan mencipta pembayang pantun pada aras mencipta. Dengan

adanya item ini saya yakin murid dapat menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi kerana

untuk menghasilkan pembayang pantun murid perlu menjanakan idea bagaimana yang

dikatakan sebagai pembayang pantun dan seterusnya menghasilkan pembayang pantun.

Pembinaan item seperti ini dapat memberikan peluang kepada murid untuk

memgembangkan kreativiti mereka seperti yang dimahukan PBS dan gelombang pertama

Pelan Transformasi Pendidikan Negara. Justeru, item yang kami bina adalah berkualiti.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 24

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Item kami juga dapat membantu guru untuk membuat diskriminasi dengan

menentukan golongan pelajar yang cemerlang dan golongan yang sederhana. Item ini juga

sekaligus dapat menguji keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Contohnya,

soalan aras mengingat yang berkaitan kata nama dapat menguji keberkesanan pengajaran

guru terhadap topik tersebut. Natijahnya, guru dapat memperbaiki pengajarannya dengan

menambahkan bahan bantu mengajar yang sesuai serta merancang aktiviti untuk

memulihkan murid yang lemah dan merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang

cemerlang bagi meningkatkan penguasaan murid dalam topik yang diajarkan. Bertepatan

dengan PBS yang bertujuan agar guru dapat memperkukuhkan pembelajaran murid yang

akhirnya akan membawa kepada transformasi pendidikan Malaysia. Oleh sebab itu, kami

menganggap item yang dibina adalah berkualiti.

Tambahan pula, item yang kami bina ini adalah bertunjangkan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah yang dapat membantu murid menguasai kemahiran bahasa dengan baik

serta mahir aspek tatabahasa dan apsek seni bahasa Melayu. Contohnya, soalan yang kami

bina meliputi aspek seperti tatabahasa, membaca memaham dan aspek seni bahasa. Item

yang kami bina ini mampu untuk menguatkan dan memperkukuhkan penguasaan murid

terhadap kesemua elemen yang terkandung di dalam kurikulum baharu ini. Kerana itu, kami

menganggap item yang kami binda adalah berkualiti.

Item yang kami bina juga mengandungi perkara seperti ilmu pengetahuan, model

pengetahuan, nilai dan etika. Hal ini dapat memastikan murid bukan sahaja dapat menguji

pengetahuan sedia ada bahkan boleh memperolehi pengetahuan yang baharu. Contonhnya,

dalam soalan aras memahami terdapat input yang diselitkan di dalam petikan seperti, sabah

merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan nama lain bagi Sabah adalah negeri di

bawah bayu. Hal ini jelas menunjukkan item kami mengandungi bukan sahaja soalan untuk

menguji bahkan mempunyai ilmu pengetahuan. Hal ini selaras dengan tujuan PBS digubal

iaitu untuk menerapkan murid dengan ilmu pengetahuan, model intelektual, pembudayaan

progesif, nilai, etika dan moral. Oleh itu, saya menganggap item yang dibina adalah

berkualiti.

Imtiha, item yang kami bina ini dianggap berkualiti secara keseluruhannya kerana

item-item tersebut jelas menepati konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian disamping

bertepatan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mahukan murid diberikan

lebih peluang untuk kreatif dan inovatif. Item ini juga dapat membantu menjana pemikiran

aras tinggi seperti yang dihasrat dalam gelombang pertama Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025. Maka jelaslah bahawa item yang kami bina adalah

berkualiti.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 25

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

RUMUSAN

Setiap guru haruslah mendalami dan memahami tentang konsep pentaksiran,

penilaian dan pengujian supaya dapat mendapatkan maklumat yang tepat mengenai

pencapaian dan penguasaan pelajaran oleh murid. Selain itu, guru juga harus menyediakan

Jadual Spesifikasi ujian setiap kali sebelum membina item penilaian. Tujuannya agar guru

dapat membina item yang berkualiti yang dapat mendiskriminasi murid dan akhirnya dapat

mendapatkan maklumat yang tepat tentang tahap penguasaan murid terdadap pelajaran

sekaligus dapat mengelompokkan murid mengikut tahap kepandaian mereka. Selain itu,

guru juga perlu menguasai dan mendalami setiap aras dalam taksonomi Bloom dan

Krathwohl agar guru dapat merangsang murid untuk berbikir di aras yang tinggi. Akhir sekali,

guru haruslah mendalami akan dasar-dasar kerajaan yang baharu seperti Pentaksiran

Berasaskan Sekolah dan Pelan Pembangunan Pendidikan supaya guru dapat menjalankan

dasar-dasar tersebut di sekolah dengan jayanya.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 26

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

RUJUKAN

Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. (2012). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Draf KSSR Sekolah Kebangsaan (2010). Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Malaya, U. (2007). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. In U. Malaya, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Ng See Ngean. (1991). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noor Rohana Mansor. (2009). Soalan Dan Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa . Cheras: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

JURNAL

Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah. (2007). Sistem Pentaksiran Kebangsaan-Pelengkap Kurikulum Dalam Pembentukan Moral Insan Gemilang. Dalam Prosiding Persidangan Kurikulum Kebangsaan 2007

Tan Hui Leng. (2005). Solo Taxonomy: Teaching And Testing Thinking. Dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid - 1 2005.

INTERNET

http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/10/taksonomi-bloom.html (Tarikh akses 20.8.2013)

http://husnanasihahakimi.blogspot.com/2012/07/tajuk-2-taksonomi-bloom-dan-domain.html

( Tarikh akses 20.8.2013)

http://www.kolejku.com/v2/attachments/article/173/KBAT.pdf (Tarikh akses 1.9.2013)

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 27

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

REFLEKSI

Mohd Syafiq Sholehan Bin Abd.Karim

930823-12-6781

2013340012

Syukur kepada Allah kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk

menyempurnakan tugasan BMM 3102. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan

Sarimah Binti Hj. Awang atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam untuk menyelesaikan

tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu

berkongsi idea dan pendapat bagi memperbaiki tugasan ini. Tugasan ini menuntut kami

untuk mengenali konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, taksonomi Bloom, Jadual

Spesifikasi Ujian dan Pembinaan Item.

Melalui tugasan BMM3103 ini banyak ilmu baharu yang telah saya pelajari dan perolehi

daripada tugasan ini. Antara manfaat serta ilmu yang saya perolehi semasa melaksanakan

kerja kursus ini ialah saya telah mengetahui sedikit banyak mengenai definisi dan konsep

pentafsiran, pengujian, dan penilaian. konsep-konsep ini adalah saling berkait antara satu

sama lain. Hal ini kerana untuk membuat pentaksiran, guru perlu menjalankan pengujian

untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid dan sesudah itu barulah guru boleh

membuat penilaian terhadap muridnya. Melalui tugasan ini saya sedar bahawa pentaksiran

amatlah penting untuk saya mengetahui sejauh mana murid faham akan apa yang diajar

dan sejauh mana pengajaran saya berkesan. Oleh itu, apabila bergelar guru kelak saya

tidak akan mengabaikan aspek pentaksiran ini.

Selain itu, saya juga telah mengetahui mengenai Taksonomi Bloom yang menjadi

rujukan untuk pentaksiran dan penilaian serta pengujian. Taksonomi Bloom ini mengandungi

6 aras iaitu dari aras yang mudah hingga ke aras yang paling sukar. Bermula dari aras

memahami sehinggalah aras mencipta. Oleh itu, saya sedar sebagai seorang guru pelatih

saya perlu menguasai taksonomi ini dan aras-arasnya agar apabila ditempatkan disekolah

nanti saya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan aras-aras ini untuk

menggalakkan murid berfikir di aras yang tinggi.

Saya juga mengetahui mengenai cara-cara atau langkah-langkah pembinaan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) dan kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian ini kepada seorang guru.

Saya juga sedar akan kepentingan JSU ini dalam membina soalan yang seimbang arasnya

dan mencakupi keseluruhan tajuk. Saya berharap agar diri saya dapat terus menggunakan

JSU ini apabila ingin membina item yang berkualiti dan baik.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 28

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

Tugasan ini juga memberi input kepada saya mengenai cara membina item bahasa

Melayu sekolah rendah. Ilmu yang saya dapat ini teramatlah penting kerana saya yakin

apabila berada di sekolah kelak pastinya saya perlu membina item untuk penilaian dalam

sekolah. Oleh itu, saya sedar bahawa saya perlu membina item yang berkualiti yang dapat

menguji murid dari aspek penguasaan pengetahuan. Selain itu, saya juga perlu mempunyai

daya kreativiti dan fikiran yang luas dalam menghasilkan item yang baik.

Melalui tugasan ini juga saya sedar bahawa tugas guru pada hari ini bukanlah tugas

yang mudah. Guru perlu bersedia untuk menggalas aspirasi kerajaan dalam

mentransformasikan pendidikan di negara ini. Saya sebagai guru pelatih harus bersedia

dengan Pentaksiran berasaskan sekolah, Pelan Pembangunan pendidikan dan lain-lain

yang bakal mencorakkan generasi z pada hari ini. Saya juga sedar untuk membuatkan

murid kita berfikir di aras yang tinggi kita sebagai guru perlu memulakan dahulu untuk

berfikir di aras yang tinggi.

Kata cerdik pandai “pengalaman mendewasakan pemikiran,”kerana jika kita belajar,

maka kita akan mendapat hasilnya. Kata cerdik pandai ini sesuai untuk saya gunakan

selepas saya menyelesaikan tugasan ini. Kerana melalui pengalaman saya melakukan

tugasan ini bersama rakan saya dapat belajar sesuatu yang baru dalam hidup ini.

Akhir kata, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberikan kesempatan

kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dan jutaan terima kasih kepada kedua ibu-bapa

saya, Puan Sarimah Binti Awang serta rakan-rakan kerana memberikan saya semangat,

bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.

Sekian, wassalam.

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 29

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3103

LAMPIRAN

PISMP AMBILAN JANUARI 2013 Page 30